Showing posts with label Press Release. Show all posts
Showing posts with label Press Release. Show all posts

Monday, July 26, 2021

MyClaaz.com: Platform Digital Yang Menyokong Tenaga Pengajar Dengan Pelbagai Peluang Untuk Menjana Pendapatan

Pasaran dalam talian untuk pendidikan ini menawarkan pelbagai kelas bimbingan oleh guru dan pelatih bertauliah 



Pertama seumpamanya di Asia, platform digital pendidikan ini tidak hanya memberi kemudahan kepada golongan tenaga pengajar dan pelajar malah membolehkan janaan pendapatan lumayan penggunanya.Sehingga kini, MyClaaz.com, platform di web dan aplikasi Android dan Apple mempunyai lebih daripada 15,000 ribu pengguna dan 600 mata pelajaran berdaftar.

Sejak pelancaran platform berkenaan pada Jun 2020, kini terdapat lebih 14,000 transaksi pengguna daripada 20 negara. Menariknya, terdapat kira-kira 100 pengguna yang membuat transaksi lebih daripada 10 kali dalam tempoh setahun berkenaan.

Berdasarkan perkembangan yang memberangsangkan ini, Pengasas Myclaaz.com Dr Zaharuddin Abd Rahman, menyifatkan ia suatu peluang untuk menjana pendapatan dan ilmu serta kemahiran tambahan secara digital buat kalangan tenaga pengajar di platform berkenaan. Malah, pengguna turut berpeluang belajar secara berstruktur kemas dengan harga berpatutan dan mendapat sijil professional melalui platform mycourse.my (iaitu sub portal myclaaz) bagi meningkatkan peluang karier mereka



Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengasas Myclaaz.com


“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah. Malah, perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran mereka boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini,” jelasnya.



MyClaaz®️ adalah platform padanan antara pelajar-tenaga pengajar secara automatik yang memanfaatkan teknologi berasaskan pengenalpastian jarak lokasi serta turut menyediakan ruang digital sebagai pasaran dalam talian untuk sebarang produk pendidikan.

Menurutnya, pembangunan teknologi pendidikan ini bertujuan mempelbagaikan cara golongan pendidik berhubung dengan pelajar tanpa mengira lokasi dengan menawarkan ciri serta perkhidmatan yang inovatif.

Pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus seharusnya mengambil kesempatan dengan mendaftarkan diri di platform ini tanpa sebarang pembayaran, seterusnya memanfaatkan semua kemudahan Myclaaz.com.




“Golongan sasaran ini boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah. Malah kini MyClaaz®️ mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana sehingga RM300,000 nilai jualan hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan, e-buku dan bahan pembelajaran mereka,"jelasnya.

Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas secara sekali bayaran dengan harga serendah RM10.

Justeru, golongan daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti kelaziman oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengenakan syarat kepada pelajar untuk mengikuti pengajian mereka bagi tempoh yang lama.

Ini sekaligus dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih subjek tertentu di samping meminta sesi daripada pelbagai tenaga pengajar yang mereka selesa dan yakin.

Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian serta penjualan produk termasuk nota, ujian, peperiksaan dalam talian dan tiket acara. Myclaaz.com juga memberi kemudahan kepada tenaga pengajar menjalankan sesi pembelajaran dengan cekap melalui persidangan video berserta ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar



Bukan itu sahaja, MyClaaz menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek melalui laman sesawang sub (mycourse.my) dengan harapan ia akan digunakan sebagai platform inovatif untuk menjalani pembelajaran dalam talian pada harga mampu milik

Penawaran mata pelajaran yang diluluskan di platform ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum dan subjek kemahiran profesional.

"Kami telah menggunakan myclaaz untuk membuat lebih daripada 20 transaksi dalam beberapa bulan terakhir dan itu termasuk membuat tempahan untuk kelas peribadi dalam talian, membeli tiket untuk acara pendidikan dan banyak lagi. Kami mendapati platform ini menarik dan ia menjadikan proses pembelajaran lebih mudah. Ini adalah sesuatu yang anda mesti cuba. Terima kasih myclaaz! " kata Suhaidah, pengguna MyClaaz dari Singapura

Myclaaz®️ juga diiktiraf antara pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan integriti, reputasi dan kepercayaan pihak kami dalam pemudahan sektor pendidikan.

Selain itu, pengasas syarikat ini yang dikenali sebagai ahli akademik dan tokoh awam terkemuka, Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman, juga menganggotai beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bermatlamat untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel, Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.  Untuk maklumat lanjut, layari https://www.myclaaz.com,  hubungi 01158530774 atau hello@myclaaz.com.


Monday, July 5, 2021

Tokio Marine Life Dan RHB Menyediakan Jaminan Pembayaran Tunai Pertama Dalam INndustri Menerusi Insurans Hayat RHB Treasure 100

Memelihara Kekayaan Dan Menyediakan Perlindungan Insurans Hayat Sehingga Usia 100 Tahun.

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. (“Tokio Marine Life”)  bersama rakan kongsi Bancainsurans, Kumpulan Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan”) melancarkan RHB Treasure 100, suatu penyelesaian komprehensif insurans hayat yang menawarkan Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup yang pertama dalam industri sehingga usia 100 tahun,  memelihara kekayaan para pemegang polisi dan pada masa yang sama menyediakan perlindungan insurans.

 


Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup berkenaan dilakukan setiap tahun mulai akhir tahun pertama polisi, sehingga mencecah usia 100 tahun untuk hayat yang menerima perlindungan insurans. Pemegang polisi RHB Treasure 100 boleh memilih untuk menerima bayaran tunai biasa, atau sebagai pilihan melabur semula bayaran tunai berkenaan dengan Tokio Marine Life untuk terus mengembang dan mengumpul kekayaan mereka.  Polisi berkenaan menyepadukan perlindungan untuk kematian serta Ketidakupayaan Sepenuhnya dan Kekal, di samping tiga peruntukan tambahan pilihan untuk meningkatkan perlindungan hayat, termasuklah perlindungan hayat untuk kedua-dua pemegang polisi dan hayat yang diberikan perlindungan insurans bagi memperoleh perlindungan dan manfaat yang lebih meluas.

 

“Tokio Marine Life terus komited dengan kerjasama kami bersama RHB. Kami sentiasa bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian insurans yang unik bagi meningkatkan kualiti kehidupan pemegang polisi kami dan pihak yang tersayang mereka. Menerusi RHB Treasure 100, kami menyediakan suatu pelan untuk memelihara kekayaan dan mengekalkan legasi untuk waris mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life, Encik Toi See Jong.

 

Mengenai pelancaran RHB Treasure 100, Ketua Perbankan Runcit Kumpulan Perbankan RHB, Rakesh Kaul, berkata, "RHB Treasure 100 menyediakan fleksibiliti kepada pemegang polisi dari segi memelihara komitmen kewangan yang ringkas dan mudah diurus, berserta pilihan syarat bayaran premium sama ada 5 tahun atau 10 tahun dan pada masa yang sama memelihara kekayaan dan menyediakan perlindungan sehingga usia 100 tahun.  Tambahan yang tepat pada masanya kepada penyelesaian kekayaan RHB ini membuka lebih banyak pilihan kepada para pelanggan kami, sekali gus membolehkan mereka menyesuaikannya dengan keperluan kewangan masing-masing. Kami mensasarkan untuk memperoleh sehingga 2,000 pemegang polisi baharu menerusi pelan ini bagi tempoh dua belas bulan akan datang.”

 

Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan sepanjang pandemik COVID-19 yang kian berlarutan ini, Kumpulan Perbankan RHB dan Tokio Marine Life telah mengoptimumkan penggunaan platform digital mereka dalam menyediakan sokongan tanpa gangguan kepada pihak pelanggan bagi perkhidmatan polisi insurans, pembayaran tanpa tunai secara dalam talian yang selamat, penghantaran tuntutan secara dalam talian dan mendapatkan sejarah tuntutan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai RHB Treasure 100, sila  klik  di sini.



Wednesday, June 16, 2021

Si Gala Mengambil Alih Big Bad Wolf Books Dan Memperkenalkan Serigala Jahat

“PERKARA YANG PALING PENTING DALAM KEHIDUPAN BUKANLAH KEMENANGAN TETAPI PERJUANGAN” ~ Pierre de Courbertin ~

Mulai hari Jumaat, 11 Jun 2021, laman web e-dagang BIG BAD WOLF Books [https://online.shopbigbadwolfbooks.com/] akan diambil alih oleh Si gala, seekor serigala bibliophile yang licik dan pandai memujuk. Tawaran potongan harga sebanyak 95% dari harga asal yang ditawarkan di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT akan memaparkan beribu-ribu buku berbahasa Malaysia yang pasti akan menyeronokkan pencinta buku bagi semua peringkat umur di negara Malaysia.



Bertujuan untuk memupuk niat membaca dan melahirkan perasaan riang ketika membaca sambil meluaskan pasaran di penduduk luar bandar, jualan Buku ini “diambil alih” untuk keseronokkan dan untuk memperkenalkan persona baharu. Dengan memberi tumpuan terhadap buku berbahasa Malaysia, Si gala telah berjaya menghimpun beberapa penerbit tempatan terkenal seperti PTS Media Group Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi, Penerbitan IMAN, dan Buku Fixi untuk menyertai Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT.

Apa yang peminat buku boleh harapkan dari Si gala di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT? Baiklah, Si gala mempunyai tawaran promosi berikut: tawaran eksklusif buku Bahasa Malaysia terpilih yang bernilai dari RM1.00; dapatkan potongan diskaun tambahan sebanyak 10% [dibatasi pada RM20 untuk setiap transaksi] apabila membelanjakan minimum RM200 dalam satu transaksi; beli mana-mana dua (2) Buku Ajaib dengan harga RM15; dapatkan tiga (3) Buku Bergambar cerita dongeng klasik dengan harga RM20 atau beli mana-mana tiga (3) Buku Berbunyi FUNTIME dengan harga RM25 sahaja; penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia dengan pembelian bersih RM100; dan dapatkan potongan diskaun sebanyak 50% dari penghantaran untuk Malaysia Timur tanpa perbelanjaan minimum.

Jadi, jom lah sertai Si Gala dan bersiap sedia untuk meneroka dan berbelanja di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT untuk buku-buku Bahasa Malaysia yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dari keselamatan dan keselesaan rumah anda sepanjang tempoh PKP penuh ini. 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BIG BAD WOLF Books, sila lawati:

Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/.

Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks.

Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/.

Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks.

Hashtag: #BigBadWolfBooks | #SerigalaJahat | #SiGala

Monday, May 31, 2021

Poligami Tingkatkan Risiko Kanser Pangkal Rahim

Jangan Tuding Jari Kepada Kaum Wanita




Siapa kata hidup bermadu itu manis? Jangan kata perlu berkongsi suami dan membahagi-bahagikan kehidupan seharian dengan insan ketiga (atau keempat dan kelima), bayangkan sekiranya perkongsian ini membawa akibat lebih buruk lagi. 

Kerap kali apabila bercerita tentang kanser pangkal rahim, suasana terus menjadi tegang kerana penyakit ini dikaitkan dengan tabiat seksual rambang oleh masyarakat. “Sebenarnya itu persepsi yang perlu diperbetulkan oleh masyarakat. Walaupun anda mempunyai satu pasangan sahaja, anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim,” kata Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan (Kanser Ginekologi) dari Hospital Pantai Kuala Lumpur. 



Apatah lagi apabila sesebuah keluarga mengamalkan poligami atau pernah bercerai dan berkahwin semula. Menurut Dr. Hatta, masyarakat perlu mengetahui bagaimana jangkitan HPV boleh berlaku. Secara dasarnya, virus tersebut adalah sejenis bendasing yang boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau perempuan. “Sebenarnya tubuh kita boleh melawan jangkitan HPV secara semula jadi sekiranya kita mempunyai sistem imun yang kuat. Namun, apabila jangkitan ini berlaku berulang-kali, kebarangkalian untuk ia bermutasi menjadi kanser adalah sangat tinggi,” tambah Dr. Hatta. 

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang sering menuding jari kepada kaum Hawa apabila mereka menghidap kanser pangkal rahim. Ramai menganggap pesakit kanser pangkal rahim mempunyai tabiat seksual seperti terlalu aktif dan kerap bertukar pasangan”.




“Kadang-kala kita terlupa orang lelaki juga boleh menjadi pembawa virus HPV. Hanya kerana mereka tidak mempunyai rahim seperti wanita, maka mereka tidak menghidap kanser pangkal rahim”. 

Sebab itu, Dr. Hatta juga mengingatkan kepada masyarakat, sama ada sudah berkahwin atau tidak, asalkan individu tersebut mengadakan hubungan seks, risiko untuk jangkitan HPV adalah tinggi. “Begitu juga dengan keluarga yang mempunyai lebih daripada satu isteri. Sekiranya salah seorang isteri menghidap penyakit kanser pangkal rahim, kebarangkalian isteri yang lain untuk menghidapnya juga agak tinggi kerana si suami bertindak sebagai pembawa virus tersebut. Oleh itu, janganlah kita hanya menuduh orang lain mempunyai hubungan seks rambang apabila mereka menghidap kanser tersebut. Tuduhan itu hanya menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan kita tentang kanser pangkal rahim,” tambah Dr. Hatta. 



Dr. Hatta juga menerangkan, bagi pasangan yang mengamalkan monogami tanpa mempunyai hubungan seksual dengan orang lain selain suami isteri juga masih boleh dijangkiti HPV kerana sifat virus tersebut yang sebenarnya boleh didapati di sekeliling kita termasuklah pada tangan, pakaian dan permukaan benda di sekeliling kita. “Pokoknya adalah apabila virus tersebut terdedah pada pangkal rahim seorang wanita. Sebab itu, ia boleh berkembang menjadi kanser pada masa hadapan. Kita perlu faham, kanser pangkal rahim ini adalah sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi. Sebab itu apabila seorang wanita sudah berumah tangga, doktor sakit puan akan menyarankan supaya wanita tersebut membuat ujian pap smear setiap tiga tahun apabila ujian pertama jelas menunjukkan keputusan smear yang normal,” katanya. 




Tambah Dr. Hatta lagi, kebarangkalian untuk dijangkiti HPV walaupun menggunakan kondom apabila mengadakan hubungan intim adalah lebih tinggi berbanding HIV. “HIV tersebar menerusi bendalir dalam badan, HPV pula tersebar menerusi sentuhan. Sebab itu, saya berharap masyarakat dapat memahami konsep ini dan tidak membuat andaian apabila ada wanita yang mereka kenali menghidap kanser pangkal rahim. Perbezaan antara dua virus ini adalah, HPV masih boleh dibendung dengan suntikan vaksinasi”. 





Suntikan vaksinasi HPV lazimnya diberikan sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan untuk melengkapkan antibodi wanita melawan virus tersebut. “Kita sebagai rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi tersebut diberikan kepada pelajar perempuan dari usia persekolahan lagi. Ada negara Barat seperti Australia yang mewajibkan vaksinasi HPV kepada kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan dalam usaha mengawal risiko kanser yang berpunca daripada HPV. Ada juga negara lain yang tidak mempunyai program vaksinasi seperti ini langsung. Sebab itu, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia boleh menjadi negara yang sifar kanser pangkal rahim pada masa akan datang,” kata Dr. Hatta, mengakhiri perbualan. 

Selain daripada kanser pangkal rahim, HPV juga boleh menyebabkan kanser lain termasuk kanser alat kelamin dan kanser hidung atau nasopharyngeal yang mencatatkan bilangan tinggi dalam kaum lelaki Cina di Malaysia. 


Tuesday, May 25, 2021

Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan. 


Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang vaksin Pfizer sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Dr. Premitha masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka. 



“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit,” katanya. “Secara umumnya, seorang ibu hamil digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan Tdap untuk melindungi dirinya daripada influenza, kancing gigi, difteria dan batuk kokol (whooping cough)”. Batuk kokol adalah sejenis penyakit mudah berjangkit yang boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan bayi baharu lahir. 

Menurut Dr. Premitha, vaksin batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertussis itu lazimnya diberikan kepada bayi selepas 3 bulan kelahiran. Oleh itu, si ibu perlu diberikan vaksin Tdap untuk memastikan antibodi yang dibina dalam badan boleh disalurkan kepada bayi untuk memberikan perlindungan jangka pendek sementara menantikan vaksinasi tersebut. 


“Sebenarnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit. Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin COVID-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr. Premitha. “Dalam kes positif COVID-19 yang melibatkan ibu hamil, kategori klinikal penyakit tersebut boleh bertambah serius dalam masa singkat berbanding individu lain. Sekiranya mereka yang tidak hamil masih boleh dikuarantinkan di rumah bagi Kategori 1 atau 2, keadaan ibu hamil boleh melarat dengan cepat kerana rahim ibu yang mengembang mengikut tempoh kehamilannya khususnya selepas memasuki bulan ke-4 memberi impak terhadap paru-paru si ibu. Sebab itu, ibu hamil yang disahkan positif sering kali ditahan di hospital untuk perhatian lanjut sehingga betul-betul sembuh”. 

“Sebagai Perunding Perbidanan & Sakit Puan, antara tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua ibu menikmati pengalaman kehamilan yang mudah dan menggembirakan. Namun, sejak pandemik ini melanda, kami perlu bekerja lebih keras supaya ibu-ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat,” tambahnya. 

Bercerita tentang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang merisaukan, Dr. Premitha meyakinkan golongan ibu hamil bahawa kesan selepas vaksinasi seperti rasa lenguh, pening kepala, mual dan demam boleh dirawat dan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa terdekat. Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat paracetamol untuk ibu hamil menangani kesan sampingan tersebut. “Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas,” katanya. “Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?”


“Terbaharu, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90% kakitangan kesihatan seluruh negara. Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor anda tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin COVID-19,” jelas Dr. Premitha. “Malah, kakitangan kesihatan yang hamil juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Sehingga kini, mereka juga tidak mengalami apa-apa isu berkaitan COVID-19 sepanjang kehamilan mereka. Para ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh sebaran di Media Sosial kerana setiap kehamilan adalah unik. Sebab itu ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor tentang menghadapi kehamilan sepanjang tempoh pandemik”. 

Antara lain, Dr. Premitha menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil. Para suami perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka. 



Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting. “Walaupun kakitangan kesihatan boleh menawarkan suasana yang selamat untuk ibu dan bayi di hospital, cabaran sebenar adalah apabila si ibu dan bayi pulang ke rumah,” kata Dr. Premitha. “Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda. Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19”. 

Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan dalam negara setiap hari, Dr. Premitha berharap ibu hamil dan menyusukan akan terus mengikut SOP yang digariskan dan memilih untuk divaksinkan. 


Saturday, April 24, 2021

Langkah Ke Arah Penglihatan Yang Lebih Baik

Teknologi baru dalam kanta progresif menyediakan fungsi optik dan ketahanan yang tiada tandingan untuk visi yang sempurna


Peranti digital telah menakluki dunia pada kadar yang amat cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seterusnya memberi pelbagai cabaran baharu kepada mata manusia. Selain daripada melihat skrin digital pada jarak dekat selama beberapa jam sehari, tindakan mudah seperti menukar antara pandangan dekat dan jauh juga telah banyak meningkat.

 


Menurut Hoya Vision (“Hoya”), hasil kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia meluangkan masa antara 8 hingga 10 jam sehari untuk melihat skrin digital. Menukar antara skrin komputer riba kepada telefon mudah alih, dan dari tablet kembali kepada komputer riba dan navigasi dalam kenderaan boleh memberi tekanan kepada mata seseorang.

 

Bukan itu sahaja, mata kita juga sentiasa berubah dengan pertambahan usia, dengan mengambil kira pelbagai cabaran baharu dan masalah mata yang sering dikaitkan dengan usia yang mungkin kerap berlaku seperti presbiopia. Presbiopia, sejenis masalah penglihatan yang biasanya berlaku dalam kalangan individu yang berusia 40 tahun ke atas, menyukarkan mata untuk memfokus kepada objek dalam jarak dekat. Oleh itu, mereka yang menghadapi masalah ini sering kali mengalami kesukaran untuk melaras fokus kepada buku, skrin komputer dan papan putih di bilik mesyuarat. Kebanyakan orang akan menggunakan kanta dwifokus untuk membetulkan masalah ini. Namun, kanta dwifokus tidak menawarkan kebolehan yang sama seperti kanta progresif kerana pemakai perlu melaras posisi mereka untuk mendapatkan zon yang ‘betul’ agar dapat melihat dengan jelas.
 

Kanta progresif yang berfungsi dengan cara yang sama mungkin dapat menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, banyak kanta progresif di pasaran tidak disesuaikan dengan pemakai, seterusnya membawa masalah seperti gangguan pada penglihatan periferi mereka. Antara masalah lain apabila memakai kanta progresif yang tidak disesuaikan dengan pemakai adalah lengkok pembelajaran yang lebih curam, di mana pemakai perlu melatih diri untuk melihat melalui bahagian yang betul pada kanta semasa melaksanakan tugas harian. Malah, pemakai juga mungkin berasa tidak seimbang dan loya kerana melihat melalui bahagian yang tidak betul pada kanta tersebut.
 

Sebagai peneraju industri, Hoya telah menjalankan penyelidikan menyeluruh selama bertahun-tahun demi menyempurnakan kanta-kanta progresifnya. Produk terkini yang dibangunkan syarikat ini iaitu Hoyalux ID Myself, memberi penyelesaian yang dapat disesuaikan 100% bagi memastikan prestasi yang cemerlang untuk semua aktiviti, memberikan pemakai perspektif dan visi yang baharu sepenuhnya. Kanta ini memfokus kepada pemprosesan imej yang stabil, terutamanya ketika bergerak. Dengan gangguan yang minimum, penglihatan yang selesa untuk pelbagai jarak, serta transisi yang lancar antara jarak dekat, sederhana dan jauh, apa yang diperlukan hanyalah sepasang cermin mata yang disesuaikan dengan kanta progresif Hoyalux ID Myself untuk menikmati segala yang disukai dalam hidup ini.
 

Kanta progresif Hoyalux ID Myself memberikan kuasa fokus yang betul untuk melihat objek dengan jelas dari mana-mana jarak. Buat pertama kalinya, kanta progresif definisi tinggi baharu ini bukan sahaja sesuai dengan keperluan penglihatan khusus pemakai, ia juga disesuaikan dengan parameter pemakai itu sendiri. Ini memberikan pemakai lebih penglihatan, lebih jarak, penglihatan jarak dekat yang lebih baik, lebih ke kiri, lebih ke kanan, dan prestasi optik yang lebih baik sepanjang hari.
 

Antara ciri-ciri utamanya adalah Penglihatan Binokular 3D yang membolehkan pemakai menikmati manfaat pengurangan gangguan dan kesan berayun yang tinggi dalam semua dimensi. Teknologi Pengharmonian Binokular yang digunakan juga meningkatkan persepsi kedalaman dan kejelasan penglihatan walaupun untuk preskripsi yang berbeza antara mata kiri dan mata kanan. Model Mata Binokular menganalisa bagaimana mata akan saling bekerjasama semasa melihat melalui kanta ini dalam pandangan semua arah, mengambil kira perbezaan yang mungkin wujud antara paras dan paksi visual mata.
 

Teknologi AdaptEase Hoya juga meningkatkan lebar visual dekat dan sederhana dan transisi pandangan tanpa mempengaruhi penglihatan jarak jauh dan hasil lapangan visual yang optimum, Hoyalux ID Myself menawarkan pengalaman yang hebat semasa menggunakan peranti digital.
 

Melalui penghasilan Hoyalux ID Myself, Hoya telah mencetuskan anjakan paradigma dalam kanta progresif individu yang boleh disesuaikan sempurna dengan mata pemakai. Ia berkemampuan sepenuhnya untuk merealisasikan potensi penglihatan seseorang dengan melaksanakan proses pembinaan yang menghasilkan salah satu kanta yang paling tepat untuk sesiapa sahaja. 

Friday, April 23, 2021

‘Capture Infinity’ Raya Ini Dengan Telefon Pintar Pertama Realme Dengan 108MP Kamera & Pengecasan Pantas 50W

Pra-pesanan ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ bermula hari ini


realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan produk heronya tahun ini - realme 8 Pro. Ini adalah peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP, iaitu megapiksel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa. Peminat fotografi dan videografi akan dapat merakam momen-momen yang luar biasa tanpa batasan dengan realme 8 Pro, terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.




Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen 'Raya Syokmo dengan 8 Pro' bermula 22 hingga 30 April dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah pra-pesanan dan tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuklah realme Smart TV 43 ", realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale.

 "Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan bangga memperkenalkan telefon pintar realme pertama kami yang dilengkapi dengan Kamera 108MP Kejelasan Tanpa Batasan yang menggunakan piksel tertinggi yang ada di industri. Dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat. Sekali lagi, ia adalah 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah dan pemandangan spektakuler yang ditangkap dengan lensa kameranya," kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.




































Kamera Ultra Quad 108MP

realme 8 Pro adalah telefon pintar realme pertama yang dilengkapi dengan kamera 108MP, mengguna pakai Sensor ISOCELL HM2 generasi ketiga dengan piksel ultra tinggi 108MP. Ia dilengkapi dengan sensor ekstra besar 1 / 1.53 inci yang mencapai resolusi maksimum 12000x9000.

realme juga mengembangkan algoritma definisi ultra tinggi baru untuk kejelasan yang tiada tandingannya dalam setiap tangkapan 108MP dengan sensor HM2 resolusi yang baru ditingkatkan dan super tinggi. Mod 108MP yang sangat jelas membolehkan anda mengambil gambar jelas tanpa batasan dalam warna yang terang hanya dengan menghidupkan fungsi pengecaman pemandangan AI.





















Teknologi Smart-ISO adalah bantuan pencahayaan terbaik anda kerana secara automatik memilih penyediaan ISO terbaik mengikut persekitaran, memastikan gambar yang diambil jelas, terang, hierarki dan berwarna-warni. Selain itu, sensor HM2 menyokong teknologi Pixel 9-in-1 Binning yang meningkatkan kualiti gambar di bawah cahaya redup.

Mod Super Nightscape telah diperbaharui ke generasi kelima di mana fungsi baru termasuk algoritma Pure Raw Nightscape dengan pengurangan kebisingan gambar AI dan penghapusan piksel mati automatik. Ia meningkatkan gambar pemandangan malam agar kelihatan cerah.

Bagi teknologi Zoom In-Sensor 3X baru pada realme 8 Pro, ia dapat meningkatkan gambar yang diperbesar dengan Algoritma Peningkatan Kejelasan. Teknologi ini mempunyai ukuran pengimejan yang lebih kecil dan kelajuan pencitraan yang lebih cepat. Ia menggabungkan lapan foto 12-megapiksel yang ditangkap dengan cepat setiap masa dan output untuk meningkatkan ketajaman dan kejelasan.

realme juga memperkenalkan mod Starry generasi kedua yang ditingkatkan dengan mengoptimumkan proses pengimejan. Langkah pencerahan bintang dipisahkan dari algoritma dan diproses oleh ISP di SoC yang dipromosikan sebagai kesan pencerahan dan pengurangan kebisingan pada gambar.

realme secara eksklusif telah mengembangkan Algoritma Video Selang Masa Starry Pertama di Dunia yang membolehkan anda mengambil 16 foto individu setiap 15 saat selama 4 minit dan digabungkan menjadi gambar akhir. Untuk Video Starry Time-lapse, anda boleh mengambil gambar pada selang 15 saat yang sama tetapi hanya 15 foto terakhir yang disimpan untuk menjimatkan lebih banyak storan sambil menyusun gambar berbintang dan menggabungkannya menjadi video selang 30fps.


Mod Tilt-shift pada realme 8 Pro dapat mengubah dunia nyata menjadi dunia miniatur hanya dengan kesan kabur yang menjadikan sebahagian foto menjadi jelas dan kabur. Anda juga dapat menyesuaikan bentuk, sudut, kedudukan dan ukuran kesan kabur secara manual atau sesuaikan kesan kaburnya agar sesuai dengan pemandangan. realme 8 Pro menampilkan Mod Video Time-lapse Tilt-shift Pertama di Dunia yang menyokong video selang waktu dengan pemutaran 10x, menghadirkan dunia nyata dengan cara yang lebih unik.


Seterusnya, realme 8 Pro juga menawarkan mod potret di mana Potret Neon meningkatkan kesan kabur pada lampu latar untuk menghasilkan tangkapan yang lebih "mengasyikkan"; Dynamic Bokeh menghasilkan gerak menarik untuk gambar jalan anda; Potret Warna AI mempamerkan protagonis unik sebagai watak utama dikesan berwarna dengan latar belakang hitam dan putih. Potret AI Baru secara automatik menggambarkan dalam pelbagai senario, menghasilkan gambar potret yang kelihatan semula jadi dan terang. Potret Selfie 16MP pada realme 8 Pro membawa gambar diri anda ke tahap seterusnya dengan Kecantikan AI, Mod Potret dan Super Nightscape.


Pengguna YouTube dan Tiktok kini dapat merakam klip kreatif dan menarik dengan kamera depan dan belakang pada masa yang sama dengan menggunakan Video Dual-view serba baru. Algoritma peningkatan AI pada Ultra Nightscape Video telah ditingkatkan dengan pengesanan pencahayaan pintar yang meningkat kecerahan dan kejelasan gambar, membolehkan anda mengambil video malam yang indah.


Pengecasan Pantas 50W dan Bateri Besar 4500mAh

realme 8 Pro mempunyai bateri besar 4500mAh yang cukup untuk penggunaan sepanjang hari kerana digabungkan dengan pemproses penggunaan kuasa rendah dan Paparan Super AMOLED. Ia boleh berlangsung selama 33 jam panggilan telefon, 82 jam bermain muzik Spotify, 8 jam permainan, 22 jam teks atau 20 jam bermain video. realme 8 Pro boleh dicas sepenuhnya dalam 47 minit atau 50% dicas dalam 17 minit dengan 50W SuperDart Charge, pengecas 65W hadir di dalam kotak untuk penggunaan pengecasan pantas yang lain pada rangkaian peranti yang lebih luas.


Apabila Mod Penjimatan Kuasa Super dihidupkan, realme 8 Pro boleh bersiap sedia selama 32 jam walaupun pada bateri 5% tahap. Pengoptimuman bateri lain termasuk Pengoptimuman Siaga Tidur, Pembekuan Pantas Aplikasi dan Penjaga Caj Malam.


Skrin penuh 6.4 Inci Super AMOLED

realme 8 Pro dilengkapi dengan Layar Penuh Super AMOLED 6.4 inci yang mempunyai warna yang lebih baik, kontras yang lebih tinggi dan paparan yang lebih realistik berbanding dengan skrin LCD. Skrin ini mencapai resolusi Full HD hingga kadar pensampelan sentuhan 180Hz untuk respons yang lebih pantas ketika bermain. Ciri Paparan Sentiasa Hidup di mana anda dapat melihat maklumat penting sekaligus. Sensor cap jari dalam paparan sensitif cahaya yang cepat dibuka menawarkan pengalaman yang lebih interaktif dan cekap.




realme 8 Pro boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Infinite Blue dan Infinite Black. Infinite Blue seperti mimpi dan mempesonakan sementara Infinite Black adalah lebih kepada misteri. Kedua-dua warna menggunakan reka bentuk slogan besar yang lebih berani dan reka bentuk trendy yang unik seiring dengan semangat jenama Dare to Leap. 

Panel belakang realme 8 Pro menggunakan teknologi AG-Crystal Process yang dapat menarik perhatian pengguna dengan rasa tangan yang halus dan berkualiti tinggi. Ia menghasilkan kristal mineral semula jadi, gabungan kilat dan matte, kasar dan halus, tekstur yang indah dan halus seolah-olah sedang melihat langit berbintang yang terdiri daripada butiran kecil yang padat, seolah-olah mimpi dan futuristik. 

Peranti ini sangat nipis dan ringan dengan berat 176g dan ketebalan 8.1mm, ia selesa digunakan berbanding dengan kebanyakan telefon pintar yang beratnya melebihi 200g pada masa ini. Model realme 8 Pro juga merupakan telefon pertama yang dilengkapi dengan sistem realme UI 2.0 dalam memberikan pengalaman yang lebih pantas, lancar dan selamat. 

 

Ketersediaan Produk

 

Versi

Warna

Maklumat Jualan

 

 

 

 

 

realme 8 Pro

(8GB+128GB)

RM1,299

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Infinite Blue

and

Infinite Black

Pra-pesanan ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ di stor rasmi dan pengedar sah realme seluruh negara

●        Tempoh pra-pesanan: 22 - 30 April 2021

●        Setiap pembelian berpeluang untuk cabutan bertuah semasa mengambil realme 8 Pro pada 1 Mei 2021

●        Percuma kotak hadiah pra-pesanan & tambahan 1 tahun jaminan

●        Hadiah cabutan bertuah merangkumi 352 hadiah:

○        88 unit x realme Smart TV 43"

○        88 unit x realme Buds Air Pro

○        88 unit x realme M1 Sonic Electric Toothbrush

○        88 unit x realme Smart Scale

 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh ikuti laman rasmi Facebook page dan Instagram @realmemalaysia. 



Monday, April 19, 2021

Program Adiguru CENDANA Tanda Penghargaan Buat Adiguru Kesenian Tradisional dan Mempertingkatkan Kelestarian Tradisi Kebudayaan Tempatan

Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA - dari MyCreative Ventures), dan pertubuhan kebudayaan PUSAKA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menandakan titik awal usahasama dalam mempertingkatkan kelestarian, keterlihatan dan pemeliharaan para adiguru kesenian tradisional atau mereka yang mengungguli kesenian tradisional di Malaysia. Antara hasil usahasama ini termasuklah pelancaran Program Adiguru CENDANA yang merupakan antara program Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Acara MoU ini disaksikan oleh Pengerusi MyCreative Ventures, Ts. Noor Azmi Mat Said.

Izan Satrina Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA (kiri) dan Eddin Khoo, Pengasas - Pengarah PUSAKA (kanan) pada majlis menandatangani MoU


Program Adiguru CENDANA fokus untuk menyokong mereka yang secara khusus terlibat dalam bidang-bidang seperti Tradisi Lisan, Muzik, Tarian, Teater, Penceritaan, Seni Rupa dan Kraf. Program ini merupakan sebuah program kesenian masyarakat yang bermatlamat untuk:


  • Menghargai individu atau kumpulan atas kepakaran dan pencapaian seumur hidup dalam memupuk kecemerlangan, daya tahan dan perkembangan kesenian tradisional Malaysia dalam masyarakat mereka;
  • Memperkuat usaha-usaha para adiguru kesenian tradisional dalam memastikan kelestarian amalan seni mereka dalam masyarakat;
  • Menyokong para adiguru kesenian tradisional dalam mengajar seni mereka kepada golongan muda setempat;
  • Membolehkan para adiguru untuk menyelenggara/ menambahbaik infrastruktur atau menambahbaik kelengkapan lain bagi kesenian tradisional dalam masyarakat setempat;
  • Membantu dalam meningkatkan penonjolan diri para adiguru bagi menggalakkan lagi penghargaan dan pemahaman; serta
  • Memudahkan jalinan dan perkongsian antara para adiguru masyarakat mereka, dan pembangunan koridor ekonomi wilayah dan lain-lain lagi.


“Kami sangat berbesar hati apabila usahasama ini membuahkan hasil dalam memastikan segala perkhidmatan dan perancangan merangkumi para pengamal kreatif kita di luar bandar. Kami berharap usahasama ini akan berkekalan agar ianya menjadi tanda iltizam kami terhadap masyarakat kreatif tradisional dan tempatan di Malaysia. Usaha ini adalah sebahagian daripada visi MyCreative Ventures untuk membangunkan Ekonomi Jingga (Orange Economy) negara, yang sejajar dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama dalam membangunkan semula ekonomi dalam era selepas pandemik COVID-19,” menurut Noor Azmi Mat Said.

Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA - dari MyCreative Ventures), dan pertubuhan kebudayaan PUSAKA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Adiguru CENDANA telah memulakan panggilan bagi permohonan dan pencalonan sejak 8 April 2021, kepada mereka yang memiliki pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam amalan serta penyampaian pelbagai bentuk kesenian tradisional. Permohonan dan pencalonan akan diadili oleh sebuah Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada para pakar dalam kebudayaan dan kesenian. Adiguru yang terpilih akan diumumkan pada bulan Jun 2021. Dengan memanfaatkan geran sehingga RM30,000, segala kegiatan akan diadakan sepanjang tempoh 12 bulan bermula pada pertengahan bulan Julai.


“Sebagai sebuah agensi ekonomi seni budaya, dan sebagai sebahagian daripada masyarakat kesenian, kita mesti mengakui sumbangan para adiguru dan mereka yang dari generasi ke generasi mengungguli kesenian tradisional kepada Malaysia, baik untuk masa lalu, sekarang, ataupun masa hadapan. Usahasama dengan PUSAKA ini akan memastikan bahawa usaha ini dijalankan dengan cara yang terhormat, berpengetahuan, relevan dari segi budaya dan terangkum,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin.

Pengasas-Pengarah PUSAKA, Eddin Khoo, menyambut baik jalinan usahasama antara CENDANA, sambil menegaskan bahawa usaha melindungi kesenian tradisional dalam masyarakat setempat adalah penting. “Kesenian tradisional Malaysia adalah wadah bagi ilmu yang mendalam, pandangan dunia, konsep-konsep estetika, dan ingatan bersama masyarakat kita. Kesemuanya mengandung ‘semangat’ kreatif masyarakat kita, dan mencerminkan proses pertemuan kebudayaan yang sudah membentuk pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia,” menurut beliau. “Kita perlu mengakui keahlian dan kepintaran masyarakat kesenian tradisional kita, dan agensi seperti CENDANA layak menjadi pemudah caranya.”


Program Adiguru CENDANA fokus untuk menyokong mereka yang secara khusus terlibat dalam bidang-bidang kesenian


Program Adiguru CENDANA akan turut menampilkan komponen ‘Program Residensi Penceburan Kontemporari dan Tradisional’, bagi mengajak para pengamal kreatif untuk terlibat dalam program residensi penceburan bersama adiguru daripada Program Adiguru CENDANA. Dengan memupuk usahasama kreatif antara kesenian tradisional dan para pengamal kreatif, pengalaman-pengalaman penceburan ini akan menggalakkan lagi penghargaan terhadap kesenian tradisional dalam kalangan masyarakat dan turut sama merintis jalan-jalan baharu bagi penerokaan kreatif dan pembangunan kebudayaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Adiguru CENDANA, sila rujuk https://www.cendana.com.my/opportunities/our-funding-programmes/adiguru-cendana


Saturday, April 17, 2021

UNHCR Dan Tulus Menjalinkan Kerjasama Dalam Bantuan Sokongan Pelarian Di Malaysia

Tulus berjanji untuk mengumpulkan dana sebanyak USD 600,000 melalui aplikasi mobil untuk program kesihatan, pendidikan, dan keganasan berasaskan gender..


UNHCR, Agensi Pelarian PBB, dan Tulus Digital Sdn Bhd telah menjalinkan suatu kerjasama strategik dalam pemerkasaan pengumpulan sumber sumbangan bagi membantu golongan pelarian di Malaysia. Melalui kerjasama ini, Tulus yang merupakan peneraju aplikasi mobil dan platform digital berkonsepkan Kewangan Sosial Islam telah bersetuju untuk memberikan bantuan solusi bagi pengumpulan dana berjumlah USD 600,000 bermula tahun 2021 sehingga 2023 bagi membantu orang pelarian yang amat memerlukan bantuan di dalam sektor kesihatan, pendidikan, dan keganasan berasaskan gender (gender-based violence).


 

Bantuan pencarian dana ini merupakan suatu inisiatif kritikal terutama dalam membantu golongan rentan yang terkesan akibat daripada impak pandemik COVID-19. Sekitar 178,000 orang pelarian sudah didaftar oleh UNHCR di Malaysia. Dianggarkan seramai 45% adalah tergolong dari golongan wanita dan kanak-kanak, ramai antara mereka yang berada dalam keadaan rentan dan terjejas dari segi ekonomi dan juga sosial akibat pandemik ini.
 

“FinTech merupakan inisiatif terbaik bagi memulihkan keadaan yang telah terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda. FinTech membolehkan pengguna menjalankan pelbagai transaksi secara telus, mudah, dan dapat menghubungkan penderma kepada perkara yang behubungkait,” kata Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Tulus Digital Sdn Bhd.
 

“Tulus memberi pengertian hati yang ikhlas, murni dan jujur dalam Bahasa Melayu, dan aplikasi ini terbinanya hasil daripada maksud tersebut – menjadikan segala aktiviti kami bersama penderma, penerima, dan rakan kerjasama termasuk UNHCR akan dijalankan secara telus dan ikhlas.”
 

“Sifat dermawan (philanthropy) tidak mengenal erti agama, tiada usul atau batas sempadan, dan tidak berpegang kepada mana-mana status sosial yang mana ianya adalah berasaskan kemanusiaan sepenuhnya. Oleh yang demikian, pihak kami amat positif untuk menggunakan platform digital ini dalam memberikan manfaat kepada komuniti.”

 


UNHCR secara teguh sentiasa berusaha dalam memperkasakan kerjasama dalam bidang Kedermawanan Islam (Islamic Philanthropy) melalui sistem kewangan sosial Islam bagi membantu orang pelarian yang paling terjejas di Malaysia.


“Tulus Digital Sdn Bhd merupakan rakan kerjasama FinTech Islam UNHCR yang pertama dan juga merupakan satu langkah yang besar dalam membantu mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan populasi orang pelarian di Malaysia,” kata Thomas Albrecht, Wakil UNHCR.

 
“FinTech juga adalah sebuah solusi inovatif dalam perkara ini. Penggunaan teknologi sebagai satu bentuk penggerak sokongan awam adalah merupakan langkah yang sangat praktikal terutamanya dalam keadaan yang memerlukan penjarakkan sosial.”

 
“UNHCR amat mengalu-alukan kerjasama bersama Tulus Digital Sdn Bhd sebagai Rakan FinTech Islam UNHCR yang pertama dan amat berharap agar dapat menjalinkan kerjasama yang berpanjangan yang mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada orang pelarian yang terjejas di Malaysia.”


Friday, April 16, 2021

KL Alternative Bookfest 2021, Acara Yang Mesti Dihadiri Edisi ke-12 Ini Diadakan Selari Dengan KLWBC 2020

Persatuan Patriots Malaysia (The Patriots), dengan kerjasama Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) dan Buku FIXI akan menganjurkan Kuala Lumpur Alternatif Bookfest (KLAB) kali ke-12 pada 9–11 April 2021. Acara 3 hari ini akan berlangsung di Tingkat 4, Selera Street, Sunway Putra Mall.

Kuala Lumpur Alternative Bookfest merupakan pameran buku fizikal yang diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2008 yang menampilkan wajah-wajah terkenal dalam industri penerbitan indie Malaysia. Penggerak utama di sebalik KLAB sejak penubuhannya ialah Encik Amir Muhammad, Ketua Pengarah Eksekutif Buku FIXI.



Pengerusi Jawatankuasa Penganjur KLAB 2021, Encik Syazrul Aqram berkata, “Kuala Lumpur Alternatif Bookfest menyokong penerbit buku kecil dan sederhana di Malaysia. Pesta buku ini ialah usaha untuk meningkatkan produktiviti industri buku negara. Oleh sebab pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19, acara tahun ini akan diadakan pada skala yang lebih kecil. Walau apa pun, kami sepenuhnya berusaha untuk mengumpulkan para penerbit, penulis serta pembaca tempatan di satu tempat.”

 “KLAB juga bertujuan untuk menarik para peminat buku di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan bahan bacaan secara langsung. Memandangkan tidak terdapat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur fizikal diadakan sejak tahun lalu, KLAB 2021 ialah satu acara yang tidak boleh dilepaskan. Selain meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan sambil mengikuti Prosedur Operasi Piawai (SOP), pengunjung juga dapat melihat buku-buku baharu, jarang ditemui serta edisi terhad. Sejumlah 19 penerbit akan terlibat dalam KLAB 2021, antaranya ialah Patriots Publishing, Fixi, Iman Publication, PTS dan Karangkraf. Penerbit-penerbit mandiri juga dijemput untuk turut sama menjayakan acara ini,” tambahnya.

Penyelaras KLAB 2021, Encik Nadzri Ali Udin berkata, “Kemudahan di lokasi acara ini merangkumi stesen LRT dan KTM yang berdekatan, tempat parkir kereta, medan selera, tandas serta ruang solat. Kami juga akan memastikan bahawa semua pengunjung dan peserta pameran mematuhi SOP dengan ketat. Pengimbas suhu dan pembersih tangan akan ditempatkan di beberapa stesen selain pegawai medik yang akan bertugas. Mendaftar melalui Kod QR MySejahtera, mengimbas suhu badan dan memakai topeng adalah wajib bagi semua orang sebelum memasuki premis acara.”

 


“Sebagai langkah pencegahan tambahan, kami juga akan menetapkan garis penghadang dan penunjuk arah yang jelas untuk memudahkan urusan keluar masuk para pengunjung dan pempamer. Kaunter pembayaran berpusat tidak akan disediakan bagi mengelakkan kesesakan. Pembayaran boleh dilakukan secara terus di kaunter setiap meja pempamer. Bersama-sama, mari kita menjadikan acara ini selamat, menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan,” beliau menambah.

Acara ini akan dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar Mohd Zain selaku Ketua Sekretariat KLWBC 2020. Beberapa forum berkaitan buku juga akan diadakan dengan barisan panel seperti Dr Maszlee Malik, Ayman Rashdan Wong, Zamir Mohyeddin dan ramai lagi.

Sekretariat KLWBC dengan slogan “KL Baca – caring through reading” bertindak sebagai penaja bagi acara ini untuk merangsang aktiviti perbukuan sepanjang tempoh berlangsungnya Festival KLWBC 2020 yang bermula pada 18 April 2020 hingga 22 April 2021. Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai World Book Capital bagi tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah