Monday, May 22, 2017

Asyik Makan Jer Kerjanya...

Hi korang...
Last week kan SA balik kampung..selain aktiviti yang korang tengok SA buat..SA pun masak jugak dengan Mak Lang SA..masak sama-sama untuk makan tengahari..ada gak lauk yang SA masak dari rumah..bila dah berkumpul ramai-ramai makan jadi best kan..but knowing me yang sedang berjaga bab makan..hanya ambil sesenduk nasi dan selebihnya ratah lauk je...jadi la..lepas tu SA minum Stea Pure Green Tea..bagi detox balik..hehehe...takut sangat gemuk kan...

Jom tengok makanan yang ada Sabtu lepas...


Daging masak lemak cili api - mak lang masak


Ikan tilapia goreng


Pedal ayam goreng cili api


Sup Ayam bawa dari rumah


Budu


Sup Cendawan Busut bawa dari rumah


Singgang ikan bawal emas


Ikan tenggiri jeruk goreng

Alhamdulillah rezeki sesekali berkumpul walau x cukup corumn..kalau ramai lagi best..sure makan berebut- rebut..tapi masing-masing dh ada family kan..so maybe x dpt luangkan masa macam sebelum kahwin dulu..

Sorry eh korang buat korang semua terliur..hahaa..memang sengaja pun..oppss..larikkkkkk

Neutrogena® Tampil dengan Fesyen Buat Pertama Kali Meraikan Keceriaan Kulit yang Sihat

Jenama No.1 yang Disarankan oleh Pakar-pakar Dermatologi Muncul di Landasan Fesyen STYLO dengan Koleksi Happy Skin 24/7

Akhirnya, muncullah fesyen yang tidak lapuk dek musim! Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.

Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik. 

Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita. “Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat – sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri apabila di depan cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit yang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilkan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®,” katanya.



Tambah Teo lagi: “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!








Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.

“Happy Skin adalah relevan bagi setiap musim – ianya sememangnya bukan trend sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan cantik dan kekal gembira setiap masa!

Kami bekerjasama dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®,” sambung Teo.

Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”

Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.

Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.

Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.

Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:
https://www.facebook.com/myneutrogena/
https://www.instagram.com/neutrogenamy/

Saturday, May 20, 2017

Abah Pun Nak Glamour Jugak..Soba Yo La...

Aktiviti SA Di Kampung Mertang, Seri Menanti.

Hi korang...

Ini la aktiviti SA kat kampung, sesekali habiskan masa kat kampung ni la kerja SA...petik cili api...boleh dikatakan beratus- ratus batang pokok cili tengah berbuah lebat di keliling rumah..hasil Pak Lang berbudi pada tanah...best kan?Ada orang tak suka aktiviti leceh macam ni...tapi SA suka. Masa ni la kita rasa perit jerih mereka yang bertani dan bergantung hidup dengan hasil bertani..seronok sangat tau...tapi SA tak larat pungut habis semua pokok...panas..kalau tak panas ok lagi....


Get ready untuk mulakan memetik cili api yang masak...


Amboiii khusyuknya.....

tapi kan....tiba- tiba....

Abah: Long..ooo long...meh la copek ha..amik gambar abah ni...
SA: amik gambar abah nak buek apo..
Abah: iyo la..masuk la dalam blog..abah nak yo glemer...
SA: aik....masuk blog bukan abah buek bisnes pun..
Abah: eh....jangan x tau...mahal ni gambar abah ni...masuk an yo..bukan ghamai yg ponah meghaso jadi oghang kampung...
SA: ish...iyola..iyola...
Maka jadi la sekeping gambar Abah den yg tetibo nak glemer...


Acah- acah kutip terung telunjuk...hahahaha....suka sangat dia bila ada yang komen dia comel...


Banyak kan...bukan petik yang masak sahaja, yang tua pun petik jugak...


seronok sesekali...mak lang cakap seminggu sekali baru petik cili api...masa tu dah banyak masak dah


Alhamdulillah...dapat la sedulang...separuh mak lang jual dan kami ambil sedikit untuk bawak balik seremban..


Terung telunjuk untuk dijual juga...

Seronok kan?

Seronok sangat bila hasil berbudi pada tanah menjadi...boleh dimakan sendiri dan boleh dijadikan pendapatan sampingan...duduk di kampung kalau rajin boleh buat duit yang lumayan kan?Inilah hasil bila rajin...

SA kalau banyak duit nak beli / buat rumah atas tanah kawasan kampung macam ni....seronok bercucuk tanam...Impian SA bila dah pencen nanti...

Bonding Time Mama dan Anak Dara Di Hujung Minggu

Hari Minggu Mama Dan Anak

Hi korang...

Pergi mana hari ni?SA dan Dania hari ni habiskan masa bersama dengan Atuk dan Uwan. Lama dah mama tak luangkan masa dengan Dania sampai dia merajuk sekejap hari tu...well mama cari rezeki la kakak...So minggu ni SA tolak banyak event semata- mata nak luangkan masa dengan anak dara kesayangan SA ni ha...macam- macam yang kami buat dari sarapan sama- sama kat luar samapai lah balik kampung kejap. Alaa...kampung SA tak jauh...kat Kuala Pilah je...


Bila ada amsa terluang ni la kerja kami...hahahaha...macam- macam hal..mama melayan je kerenah anak dara...makan aiskrim...best plak bonding time kami...disebabkan Atuk dan Uwan ikut sekali takde la aktiviti macam tengok wayang atau shopping...kami ronda- ronda je..ada anak dara dah besar ni best sikit sebab boleh jadi kawan buat- aktiviti wanita...apa aktiviti wanita? Shopping la...apa lagi...tapi minggu ni tak la...balik kampung dan kejap lagi kang kami nak pi Mydin Seremban 2. Dah lama x jalan- jalan...

Nanti SA cerita lai aktiviti kami eh..ada aktiviti kat kampung di next entry..

Stay Tune....

Akhirnya Dapat Jugak Cendawan Busut Yang Diidamkan

Cendawan Busut Hanya Dapat Bila Musim Hujan

Hi korang,

Pernah makan cendawan busut? cendawan rare yang tumbuh bila musim hujan. Bukan hujan biasa ye..hujan yang di selang seli dengan guruh dan petir berdentum. Kalau duduk di kampung dan ada tanah luas esoknya confirm ada cendawan yang tumbuh. Kat NS dipanggil cendawan busut..kalau kat utara dipanggil Kulat tahun kan? tak tau la betul ke tak...Ekceli dah lama idamkan cendawan busut ni...memandangkan SA jarang balik Seremban dan jarang ke pasar malam, tapi disebabkan minggu ni balik Seremban nak dijadikan rezeki ada yang jual. Sepiring kecil RM10 dan beli la 3 piring...jadi la makan untuk 4 orang kat rumah..Buat sup aje sebab cendawan ni lagi manis dan sedap dari daging ayam...


Rupa sebelum dibersihkan..SA beli yang belum kembang..kalau dah kembang tak sedap


Dah siap bersih dan SA siang belah2 macam ni....


Dah siap sup...

Cendawan ni kan selain sedap dibuat sup, Mak SA cakap masak lemak cili api campur ikan bilis dan serai, Masak kari dan jugak buat rendang...SA prefer masak sup je...inipun dah sedap dah...tak perlu campur bahan lain. Masak dia je. Tumbuk bawang putih dan bawang merah serta sedikit ikan bilis, titik serai 2 batangdan tumis sampai naik bau, masukkan cendawan, masukkan air dan tunggu sampai menggelegak..perasakan garam ..dah siap...

Sedap hirup....manis sangat cendawan ni...awas jangan makan banyak..boleh jadi mabuk atau sakit perut...makan kena berpada- pada...

Patut La Cuaca Panas....

PERMULAAN MONSUN BARAT DAYA

Perasan tak seminggu ni cuaca panas lain macam? Ketara sungguh kan..SA fikir maybe sebab nak masuk bulan puasa sebab tu panas tak hingat kan...Dah la rumah sewa SA ni memang takde ekon..SA plak duduk bilik bawah memang selalunya sejuk la...ini tak..dari malam sampai ke pagi memaang panas...takde nak guna selimut lagi dah....

Rupa- rupanya memang dah keluar pekeliling mengatakan permulaan monsun barat daya...haih bertabah la....

Bila SA merungut cuaca agak panas ada plak yang kata..ala...panas dunia je...panas akhirat nanti rasa la plak..baru sikit dah tak tahan...hello....ko dah masuk neraka ke macam tau plak panasnya macam mana...looser betul la..tak boleh ke cakap yang elok- elok..Akhirat atau Kiamat tu memang la pasti...macam SA x berfikir plak nak sound macam tu...
Memang negara kita ni jenis cuaca panas Humid tau...kalau ada yang tak tahan itu normal la kan...SA memang akui tak tahan..sebab tu SA kalau kat opis rela duduk dalam opis sampai waktu balik...kalau balik kerja kalau boleh nak cepat2 naik train sebab tak tahan panas..Bertabah lah kita semua sampai bulan September ye...in the man time harap2 allah turunkan hujan, kesian pokok-pokok kekurangan air...

Friday, May 19, 2017

Hadiah Top Komentators May 2017


Hi korang,

Lambat plak SA publish pasal hadiah untuk Top Komentator May 2017 ni...SA sibuk dan kurang sihat skit..So hari ni SA nak announce yang pemenang utama Top Komentators May 2017 akan menerima sebuah buku Motivasi. Tebal weyh buku ni...tapi banyak manfaat. Buku berbahasa Inggeris bertajuk CHANGE ANYTHING.
So..untuk hadiah 2 pemenang lagi..macam SA nyatakan hari tu...akan memenangi Mask SASA jugak...so apa tunggu lagi korang....jom la komen banyak- banyak..mana tau korang antara yang trpilih sebagai pemenang utama atau antara 2 pemenang seterusnya kan?

All the best...kita tunggu siapa pemenangnya.....

Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

Kadang- kadang kita tak faham, kadang- kadang suami tak faham, tapi itu lah hakikat apabila hidup dalam serba serbi harga naik ni...kalau 20 tahun yang dulu gaji RM3k bersih memang cukup, sebab masa tu ekonomi tak macam sekarang...sebab tu kebanyakkan isteri bekerja demi membantu suami dan ada jugak isteri yang suri rumah sepenuh masa bekerja dari rumah. Mungkin buat bisnes online, jadi baby sitter jaga anak orang, meniaga kuih, kek dan sebagainya. Zaman sekarang sangat perlu dua-dua bekerja. Mana nak fikir persekolahan anak, kesihatan keluarga, makan minum pakai semua kan...semua tu memang perlu diambil kira. Nak menyimpan banyak sebulan memang susah la nak cakap kan....gaji pulak belum tentu naik setiap tahun.



Jom baca kisah di bawah ni sebagai teladan. Ambil iktibar...


Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RM30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...
'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..
'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...



Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

**Copy Paste

Kekal Ramping Dengan Stea Pure Green Tea

Hi korang...

Sebulan lagi nak raya kan.....alaaaa....macam mana ni...dh la badan naik mendadak akibat makan tak ingat sepanjang awal tahun. Macam mana la badan tak naik..jemputan food review sana sini...makan aje la kan..baju pun dah banyak tak muat dah...

Baru- baru ni SA di perkenalkan dengan produk Stea Pure Green Tea...waaaaaaa.....bagai orang mengantuk disorong bantal..kecik tapak tangan SA ni...padang sekolah SA tadahkan..memang tepat pada masanya la kan...Stea Pure Green Tea sangat membantu SA mengurangkan berat badan dan membantu proses detox. 

Best sangat tau..sebab Stea Pure Green Tea ni memang tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Sepanjang hampir 12 hari SA amalkan memang tiada kesan yang teruk..mula-mula consume cuma kerap buang air kecil dan air besar..3 hari lepas tu dah back to normal dh sebab dia ikut keserasian badan seseorang, lain orang lain kesannya...dan SA perasan bahagian paha SA dah mula selesa. Bila pakai seluar mudah aje sarung..sebelum ni macam payah dan perlukan kudrat nak sarung keluar..hehehe...berat SA sebelum consume Stea Pure Green Tea 60kg..sekarang dah tinggal 56.5kg..SA lost 3.5kg dalam masa 12 hari...satu pencapaian yang sgt baik...Kan?


Sekotak Stea Pure Green Tea mengandungi 28 sachet...kalau korang nak tau la kan... Stea Pure Green Tea dijamin Halal oleh JAKIM, HACCO Food Safety Vertified, ISO 22000 Awarded. Bahan semulajadi digunakan iaitu dengan pemilihan 100% daun teh yang berkualiti tinggi dari negara Jepun bagi mengekalkan kualiti, rasa dan mutu. Rasa yang sangat mild, tak kelat macam sesetengah green tea yang ada di pasaran. Stea Pure Green Tea sedap diminum serta tanpa bau dan pewarna tambahan. Sesuai juga diminum seisi keluarga.


Cara pengambilan yang mudah...masukkan 1 sachet Stea Pure Green Tea dalam air panas  dan biarkan 2-3 minit serta keluarkan warna seperti dalam gambar...kalau nak jimat keluarkan sachet yang di rendam tadi dan simpan dalam peti sejuk..nak guna time tengahari boleh rendam sekali lagi sehingga la warna green tea tadi pudar. Lepas tu boleh buang..1 sachet boleh guna 2 kali sekurang- kurangnya atau lebih...ikut kekerapan korang minum. SA memang guna cara SA...SA buat 3 kali..

Untuk konsisten dan keputusan yang memberansangkan korang hanya perlu disiplin dan
  • Minum 3 atau lebih liter air sehari
  • Katakan tidak kepada Cafein / minuman berkarbonat
  • Katakan tidak kepada makanan segera
  • Lebihkan sayur dan buah- buahan
  • Jarakkan pengambilan 15-20 minit jika korang mengambil sebarang ubat / produk menguruskan badan


SA mampu minum 3 botol Stea Pure Green Tea setiap hari....korang boleh?disiplin ok...memang kekerapan ke toilet buang air agak kerap...ye la..minum banyak kan...so dia buang toksin badan melalui air kencing...diorang kat opis pun macam pelik bila SA kerap ke tandas..dah la tandas jauh skit dari work station SA. Nak kurus punya pasal SA sanggup..

Cadangan 7-14 hari pengambilan untuk keputusan yang memberansangkan..macam SA ambil 12 hari dah nampak keputusan walau berat tidak turun secara mendadak..hilang 3.5kg adalah awesome....hehhehe...

Dan....

HASILNYA......TADAAAAA....


SA ketika berat 60kg

v

v

v

v

v

TERKINI!!!!!!! 56.5kg


SA dengan hasil 12 hari minum Stea Pure Green Tea...SA masih perlu turunkan lagi 6.5kg..


Stok masih ada lagi dan SA akan teruskan pengambilan setiap hari. Wish me luck untuk dapatkan berat badan idaman seperti sebelum ini iaitu 49kg...agak agak SA boleh capai target tak?tak sabar sebenarnya ni....nak sarung balik baju- baju size S.

Maklumat lanjut korang boleh layari

Facebook:
https://www.facebook.com/steamalaysiahq/

Instagram: instagram.com/stea_malaysia_hq


Thursday, May 18, 2017

Aglio Olio Melayu....

Hi korang...

Eh...paginya SA masak...haha...SA sebenarnya MC hari ni...tak berapa sihat...lapar plak so quickly bangun masak yang paling ringkas...chop..chop..cut..cut...then tumis je..campak sana sini..itu ini...tadaaaaaaaa....jadilah spaghetti Aglio Olio Melayu....hahahaha..sebab apa melayu? SA xde stock seafood maka SA tambah apa yang ada..aglio olio letak daging dan sawi...helloooooo.....ko dah kenapa SA?main belasah je...hahaha...


Nak resepi?

Alaaaa....sebenarnya segan nak bagi resepi version yang ni...tapi kalau ada yang nak boleh aje...

AGLIO OLIO MELAYU

Resepi

  • Spaghetti ( direbus sehinga lembut)
  • 3 biji bawang putih di cincang halus
  • daging di hiris halus ( ikut suka berapa banyak)
  • 2 batang sawi
  • Cili Flakes
  • Oregano
  • Garam
  • sedikit perasa
  • cili api dihiris ( siapa yg suka pedas)
Cara- cara

  • tumis bawang guna minyak zaitun
  • masukkan daging
  • masukkan oregano
  • garam dan serbuk perasa
  • masukkan sawi
  • sedikit air bagi nampak berkuah
  • masukkan cili flakes
  • tutup api
  • masukkan spaghetti
  • gaul mesra
  • siap dihidang

Selamat Mencuba sayang- sayang semua..


Wednesday, May 17, 2017

Streat Thai Tawarkan 60 Jenis Hidangan Sempena Ramadhan 2017

Hi korang...

Terkejut tak baca tajuk? Banyak kan hidangan yang ditawarkan oleh Streat Thai untuk Buffet Ramadhan mereka?Bertempat di Jaya One Petaling Jaya, Streat Thai menawarkan hidangan yang semuanya berunsurkan masakan dari Negara Thailand. Sekarang dah tak.perlu tempah tiket ke Thailand semata-mata ingin menikmati makanan Thai. Di Streat Thai semua ada malah kebanyakkan makanan adalah dari beberapa daerah terkenal di Thailand. Banyak betul makanan sampai tak tahu yang mana satu nak pilih..SA plak tengah diet nasi kan..so leka meratah je la..nak plak ada Tomyam kegemaran SA..memang layan tomyam je ..kalau ada yg perasan Tomyam dan SA memang serasi bersama.


SA suka suasana di Streat Thai sebab sangat santai sesuai untuk semua especially yang berkeluarga


Antara hidangan yg ada


Striploin - Daging bakar yang dihidang dengan sos istimewa


Chicken grilled



Fried Egg Sala


Hidangan popular masyarakat Thailand, pulut mangga dan juga disediakan Sangkaya


Aneka bubur Red Ruby, Sago in cocunut milk dan pumpkin in coconut milk


Coconut Jelly


Tom Yam Clear Soup


Pandan Chicken


Kebanyakkan makanan di sini mewakili daerah di Thailand


Gerai Thai Noodles


Gerai Thai Salad


Gerai Thai Dessert


SA dan salah satu hidangan iaitu Fish Cake



Terima kasih kepada pengurusan Strat Thai kerna sudi menjemput SA dan kepada korang yang masih tercari- cari buffet Ramadhan mengikut bajet korang boleh lah cuba di Streat Thai. Pada SA harga yang ditawarkan pun tak mahal dan lokasi pun agak senang dicari.Nak bawak family ramai pun ok tetapi kena la booking awal kan?

Harga :

Dewasa : RM49.90
Kanak-Kanak : 19.90 (6 tahun -12 tahun)

EARLY BIRD :
RM39.90 (tempahan 7 hari lebih awal)

Buffet bermula : 27 May 2017 sehingga 24 Jun 2016.

STREAT THAI - AUTHENTIC THAI STREET EAT

ALAMAT :
100-G.001 The School (Jaya One)
No.72A, Jalan Universiti
Petaling Jaya, 46200
Selangor Darul Ehsan

TEL :
03-74961296 / 012-9073581


WEBSITE :
www.eatatstreat.com

FACEBOOK :
www.facebook.com/streatthai

INSTAGRAM :
www.instagram.com/streatthai


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah