Showing posts with label Event review. Show all posts
Showing posts with label Event review. Show all posts

Friday, February 14, 2020

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi
‘Gaji untuk Seumur Hidup’!
Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan #NestleGajiSeumurHidup


PETALING JAYA, 13 Februari 2020 – Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit. 

Photo 1: Mr. Juan Aranols, Chief Executive Officer, Nestlé (Malaysia) Berhad presenting his welcoming address at the launch of Nestle's biggest nationwide contest to date.

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020

 Photo 2: Mr. Juan Aranols officially launching Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, where Malaysians stand a chance to win a 'Salary for Life' along with other exciting prizes.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”

 Photo 3: The Nestlé leadership team joining Mr. Juan Aranols [centre] to kick-off Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, offering Malaysians the chance of a lifetime to win a 'Salary for Life'!

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini. 

 Photo 4: From left to right: Local celebrities Hefny Sahad, Dayah Bakar, Sherry Alhadad, Fiza Sabjahan, Yasmin Hani and Nana Mahazan liven up the launch of Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, together with Mr. Juan Aranols [centre].


Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

Saturday, February 10, 2018

Meriahnya Pembukaan Butik Kosmetik Jenama NYX Di Sunway Pyramid

Hi korang...

Khamis minggu lepas SA berkesempatan berkunjung ke majlis pembukaan dan perasmian butik terbaru produk jenama NYX di Sunway Pyramid. Seawal pukul 10 pagi dah ramai berkumpul di depan butik untuk memeriahkan majlis perasmian. SA sampai 9.30 pagi tapi lambat masuk area butik sebab leka amik gambar di photo booth ruang legar ground floor. Nasib baik nampak beberapa rakan blogger dari The Butterfly Project..so follow diorang je ke butik.Korang nak tau apa yang best kat sini? Korang confirm jadi giler macam SA..rosak dompet weyh...SA habis RM200++ kat sini...baca entry ni sampai habis ok?

Mula- mula sampai macam biasa la...SA bawak korang tengok gambar jer la eh...awas entry kali ni memang banyak sangat gambar...bertabah lah korang....


Booth yang disediakan di grounfloor untuk pencinta NYX bergambar..ada contest rasanya masa ni


Kan betul SA cakap ada contest Selfie..tapi SA x join la...


VVIP bersedia untuk opening ceremony..


Yeay...opening ceremony done!!!


Blogger, influencer semua memenuhi depan butik NYX


Pose with hashtag wajib


Pose lagi


Cakk!!!i'm NYX Lover.....


Menguji kesabaran tengok semua ni


Ni la Eyeshadow Palette yang SA terjebak


Step by step macam mana nak guna pastel Mochi


Selfie lagi kali ni ngan baloon plak..


SA dan blogger Mimi Azirah..


Penuh sesak kat dalam ni...nak jalan pun tak dapat tau..


Colour Correcting Concealer


NYX Lipstick..


Geram la tengok semua tu ha....kalau tak sedar diri memang dah grab semua tu


Eye Liner rasanya ni..


Liquid Foundation..


NYX Eye shadow


Banyak lagi product baru Mochi ni


Mochi Highlighter yang SA suka..dah beli dah pun..



Ni yang SA sempat grab beli...Mochi Pallete, Mochi Highlighter dan NYX Matte Foundation..yang bawah tu door gift..total 3 barang kat atas tu RM280 tolak RM50 less utk The Butterfly Project Blogger so SA kena bayar RM230...giler kan?hahahaha...bahaya weyh duduk dalam butik NYX ni...ni baru opening new outlet kat Sunway Pyramid. Kalau buka kat NuSentral? Lagi jahanam dompet...sure punya...nama pun perempuan kan?

Apapun sesekali layan event yang macam ni memang best...korang dah boleh terjah Butik NYX bagi pencinta- pencinta kosmetik jenama NYX ni...biasa terjah Sephora je kan..kali ni dah ada butik semua jenama NYX ada kat situ...dari product basic makeup sampai la semua yang advance- advance mekap yang SA pun tak boleh nak ikut sangat.Tapi awas..jangan sampai terjebak macam SA...huwaaaaa........padan muka......

Tuesday, January 30, 2018

Pengalaman Makan Durian Musang King Di DurianBB Park

Hi korang...

Bagai pucuk dicita ulam mendatang..SA berkesempatan join KENDURIAN di DurianBB Park Jalan Imbi KL last week..SA dan rakan blogger di jemput untuk makan durian dan memang sedap giler semua jenis durian tu...ada yang first time SA makan macam durian D197 dan D13. Yang lain pernah makan la macam D24 dan Musang King . Sorry SA memang tak mahir bab gred durian..korang tanya la gred dan harganya memang SA tak tau sebab masa ni kami semua hanya perlu update di social media tentang event ni dan takde pun info tentang harga. Maybe ikut harga di pasaran la kot kan..macam Musang King tu la..antara durian termahal...takut nak beli kan..tapi kalau dah pencinta durian sure beli jugak sebab keenakkan durian Musang King tu...

Jom la ikut SA tengok gambar yang sempat SA rakam kan..


Signboard di pintu masuk


Musang King Egg Roll biscuits antara product yang dihasilkan di sini


okey organizer cakap kena makan dari kiri ke kanan...sebab makan yang light dulu baru last sekali Musang King...sebabnya?tak nak terlalu muak...ye ke?


second plate


Warna menarik..rasa pun sedap


third plate


D24 atau XO dan D13


Korang nampak SA berpeluh2 makan durian?


Muka happy makan Durian banyak


antara yang SA dah makan...lepas tu panas badan...padan muka den


Tak tau durian apa tapi berat giler....


Antara Durian dengan Gred terbaik kot...jenis SA x tau..


Jangan tanya SA ni durian jenis apa...xde label so SA x tau..


Pose SA dan maskot durian...weyyy...berat oii durian sebiji tu...


SA dan maskot Durian 


Rakan blogger aunty Lily dan Family...


Antara blogger dan orang ramai yang hadir menikmati Durian


Dodol Durian antara product yang di jual di DurianBB Park




Okey cukup dah....SA dah tak nak makan durian dah...dah muak dah...kita tunggu tahun depan plak la...

Korang yang nak makan durian dengan gred yang terbaik...korang boleh terjah DurianBB Park..tak susah mana pun nak ke sini...on kan aje waze...hehehe..tak tau la nak guide korang cane nak ke sini..diri sendiri pun sesat sebab tak pernah sampai pun area ni.Dah la parking jauh giler...but betul..SA gigih ke sini walau agak jauh...bukan sebab nak makan durian sangat. Tapi sebab janji...manusia berpegang dengan janji kan...lagi pun kenal Stella dah lama..dah dia ajak makan durian..SA memang tak tolak la...

Friday, December 8, 2017

Tefal Carnival Sale Dan Demonstrasi Memasak Pacific West Di SACC

Pacific West Best CooK Is At Home @ Tefal Carnival Sale

Sebut pasal Tefal ada ke yang tak kenal? Mustahil kan...Tefal merupakan jenama yang menjadi idaman semua wanita terutama Surirumah. Dewasa ini rasanya dah banyak produk Tefal kat rumah masing- masing kan..Malah product Tefal ni tak susah nak cari, ada jer di jual di mana- mana mall..SA sendiri ada frying pan jenama Tefal..pada SA jenama Tefal ni memang terbukti kualitinya dan tahan lama.

26hb November yang lepas SA berpeluang mengunjungi Tefal Carnival Sale yang diadakan di SACC dan sampai aje SA dah teruja dengan carnival ni sebab ramai betul pengunjung yang shopping barangan dapur kat sini.Kalau la SA ni banyak betul duit..dah banyak dah barang yang SA beli semasa Tefal Carnival Sale ni. Boleh dikatakan banyak juga barang yang habis dijual sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung.


Demonstrasi Memasak produk Pacific West Oleh Chef Jemputan


Chef Leong sedang memulakan Demonstrasi Masakan..

Sementara menunggu Chef Leong memasak..SA jalan- jalan di sekitar kawasan karnival Tefal ni untuk tengok apa yang menarik...sekali tengok memang boleh dikatakan semua menarik..giler laaaa....SA ni dah la suka bab- bab perkakas dapur ni kan...dah la hobi memasak..dah tentu suka perkakas dapur dan jenama Tefal memang menjadi pilihan utama SA...hajat dihati memang nak tambah beberapa barangan..tapi nanti la dulu sebab ada lagi benda yang lebih penting perlu diutamakan..jom tengok apa yang SA sempat rakamkan...


kaunter promosi..demo barangan turut diadakan


Cantik kan?dari harga RM369 masa karnival ni jadi RM200...haduiiiiiii....murahnyaaaaa


Frying pan Tefal..dari harga RM169 terus jadi RM50  cuma tak pasti apakah jenis yang ini


Blender dan Fruit Extractor


Food Steamer


Iron yang SA idamkan jugak


Semua murah- murah kan...nasib baik SA dah ada iron dan masih elok...


Kita bergambar aje la...


Antara Blender jugak...


Huwaaaaaa...nak semua ni laaaa


Bestnya jakau dapat beli ni...satu utk mak, satu untuk SA dan satu lagi utk mak mertua...ehhhhh


Yang ni kot yang harga RM50 tu


selain Tefal..ada jugak booth product Jasmine..SA dapat beras free masa kat sini cuma like je page Jasmine pas tu tag 3 kawan...dapat free 1 peket beras Pusa Cream..sedap berasnya...


Selain Product Tefal, Pacific West turut buat promosi kaw- kaw petang tu...harga memang murah sangat2..ada yang x tau ye..product Pacific West product apa...Pacific West ni pengeluar makanan sejuk beku yang dah lama bertapak dalam pasaran..SA mmg suka dan rasa nak beli...tapi takut tamak sangat dan x tau nak simpan kat mana sebab duk rumah sewa kan..so SA tunggu la dari penganjur..alhamdulillah dapat yang combo deal RM50 tu sekali dengan cooler bag...psst...cooler bag tu ada 3 SA dapat..hahahaha...yang ada combo deal tu SA bagi cik abg SA 2 item...selebihnya SA ambik..la ni yang tinggal kat rumah sewa Sotong ngan cheezy fish fillet...nak buat Egg Yolk Cheezy Fish Fillet nanti...


Fish Fillet yang di goreng panas..dan diberikan secara percuma sekeping sorang utk pengunjung petang tu...ye la hari terakhir kan...


Yang ni rasanya untuk mereka yang dapat kupon...


Antara product Pacific West yang dijual secara combo 


Cheezy Fish Fillet merupakan product terbaru Pacific West


Squid chips yang sedap..yang ni la yang Chef Ezani masak sweet sour tu...


Oven Baked Fish Fillet   
 

Chef Ezani


SA dapat naik pentas untuk cuba masakan Chef Ezani..cuma x dan nak bergambar dengan dia..


Sebelum pulang sempat bergambar...


Pada pendapat SA Tefal patut adakan carnival macam ni 3 kali setahun la...bukan apa...SA nak beli gak Tefal ngan harga promosi....jeles tengok ramai yang beli especially chinese...nampak...nampak...SA ada tanya diorang beli untuk guna sendiri ke..diorang cakap normally diorang beli untuk hadiahkan pada sanak saudara atau beli untuk family members diorang...huiiii....best betul la...

Korang nanti tahun depan hadiahkan SA barangan Tefal tau....hehehehe.....bukan bagi hadiah kahwin...hadiah birthday...tapi kalau nak bagi hadiah kahwin pun apa salahnya...kecik tapak tangan SA..Stadium Merdeka SA tadahkan.....hahahaha....larikkkkkkkkkk

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah