Thursday, September 19, 2019

Masak Simple - Simple Je Minggu Lepas..

Hi korang....

Bertabah la ye...entry hari ni seketul ni banyak gambar makanan...hahahaha....rasanya takde apa pun entry lain nak buat..ini jer yang ada dalam draft...SA dah draft gambar ni masa dalam MRT tadi..cuma sebab jerebu dan nak bernafas pun seksa..tekak perit bagai...terus mood nak mengarang ayat tu takde..terbang bersama bauan asap jerebu. Apapun..hari ni bacaan index pencemaran udara dan semakin pulih kan...sesetengah tempat jer masih teruk..tapi jangan tertipu sebab angin bawak jerebu ke Sarawak dan Utara Malaysia plak..silap hb dia datang balik petang nanti..nanti kita check IPU petang ye...Last week kan mereput kat rumah...takde la masak beria sangat...Ahad makan kenduri...so kat bawah ni lauk Sabtu dan jugak lauk2 bekal SA pi kerja minggu ni....


Ikan Tilapia abah pancing goreng berlada..


Ikan bilis goreng tempoyak


Sayur kobis goreng


Adik beli roti John Paroi...


Kat bawah ni plak koleksi makanan SA masak dan ada beli gak untuk bekal lunch...sarapan pagi SA beli je...


Sup ayam lauk Jumaat lepas..


Kari ikan tongkol..dah makan sikit baru amik gambar..gambar pun malas nak rotate


Kari Ayam lauk semalam...sendiri masak..guna kari instant..hahaha...sedap gak..


Beli sayur je semalam...ngan hati ayam tu..


Sarapan hari Selasa..beli kat Family Mart...lupa nama


Pegaga crispy ex Malakoff jual...sedap...pedas dan lagi sedap ada bawang putih goreng, bawang merah goreng dan ikan bilis goreng...


SA ni kalau dah mood malas sampai tu...memang takde la nak asing- asingkan entry...belasah jer la semua entry makanan ni dalam satu post. Hari ni bangun pukul 6 pagi sebab nak buat nasi goreng..alahai masak nasi malam tadi macam terlebih air plak..so nasi SA tak berapa berderai. SA suka nasi yang berderai tak banyak air...tapi takpe la kan..dah rezeki hari ni...nasi goreng dengan ayam goreng seketul. Bleh makan untuk sampai tengahari jugak...Jerebu so malas nak keluar...lepas tu kang masa rehat nak tido...SA tengah sakit belikat sebelah kiri ni...so agak tak selesa hari ni...

Korang jangan keluar tau...walau index IPU menurun...masih ada lagi jerebu...

Anak- anak yang bercuti tu duduk kat rumah, ulangkaji pelajaran. Jangan nak pi merayau plak..ni ada yang siap bawak anak- anak pi jenjalan lagi...macam- macam hal la....kang kalau jatuh sakit kan ke susah..

Jaga kesihatan ok...minum air banyak skit.....


Wednesday, September 18, 2019

Perangkap Lebih Banyak Kekotoran Dengan Lebih Cepat Menggunakan Philips SpeedPro Max Aqua - Vakum Tanpa Wayar Terpantas Dengan Fungsi Pembersihan 3-dalam-1

Hi korang....

Dalam dunia moden hari ini, kita dijangka berupaya melakukan pelbagai tugasan serentak dan juga menyempurnakan lebih kerja dalam tempoh yang semakin singkat. Oleh itu, kita juga inginkan kebolehan yang serupa daripada peralatan-peralatan di rumah - berfungsi dengan lebih pantas, berupaya melakukan lebih banyak dan menyiapkan semua kerja dengan baik. Jika peralatan itu kelihatan cantik dan mampu menjimatkan ruang simpanan? Tentunya lebih bagus lagi! Sama ada anda cuba membersihkan rumah dengan segera bagi menyambut kedatangan tetamu mengejut selepas anak-anak dan haiwan peliharaan mengucar-ngacirkan rumah atau anda hanya mahu membuat sedikit pembersihan yang cepat sebelum berhenti berehat selepas mengharungi hari yang sibuk di pejabat Philips SpeedPro Max Aqua mungkin alat yang sempurna bagi anda!


 Diuji bersama 10 vakum batang tanpa wayar paling laris yang berharga melebihi 300€ di Jerman pada tahun 2017, menggunakan ujian pembersihan lantai keras dengan kekotoran kasar yang telah dibangunkan oleh Philips serta mematuhi standard antarabangsa IEC60312-1. Jan 2018



“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan, malah mengatasi jangkaan mereka, kami di Philips mementingkan usaha terus menginovasi peralatan-peralatan yang mempertingkatkan mutu kehidupan pengguna. Kami berhasrat untuk menambah baik kehidupan 3 bilion pengguna di seluruh dunia pada setiap tahun menjelang 2030. Oleh itu, untuk mencapai sasaran ini, kesemua inovasi kami adalah penting. Peralatan di rumah mungkin bukan alat yang kritikal, tetapi kebolehan membantu pengguna mewujudkan sebuah rumah yang bersih dan selesa dengan mudah dapat membantu mereka menjimatkan masa untuk melakukan lebih banyak perkara yang lebih penting. Ini seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan emosi mereka,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara merangkap Ketua Kesihatan Peribadi dan Sistem Kesihatan, Philips Malaysia. 

Duduk dari kiri: Nicholas Lee, Vice President / General Manager - Personal Health, Philips ASEAN Pacific; Azura Zainal - TV host and emcee; Muhammad Ali Jaleel, Country Manager and Personal Health and Health Systems Leader, Philips Malaysia flanked by friends of Philips at the launch


Dari kiri: Sahil Mehra, Product Manager for Floorcare, Philips Malaysia, Wendy Ho, Marketing Director, Philips Malaysia , Muhammad Ali Jaleel, Country Manager, Philips Malaysia, Nicholas Lee, Vice President / General Manager - Personal Health, Philips ASEAN Pacific , Azura Zainal, TV Host and emcee opening the launch.


Dengan kelajuan tanpa tandingan, keupayaan pembersihan 3-dalam-1 tanpa gangguan dan aliran udara paling unggul – Philips SpeedPro Max Aqua menggunakan teknologi inovatif untuk memberikan pengalaman pembersihan yang berkuasa. Menerapkan muncung sedut 360O yang berkuasa, sebuah sistem vakum dan mop yang unik serta alat pegangan tangan bersepadu, ia membolehkan pengguna menangani kekotoran pada pelbagai jenis lantai di rumah dalam hanya satu sesi pembersihan. Tiada lagi keperluan untuk menggunakan pelbagai peralatan untuk memastikan rumah bersih! Anda akan berupaya memerangkap lebih banyak kekotoran, malah kekotoran degil, yang biasanya tidak dapat disedut oleh vakum biasa - kesemuanya dalam tempoh yang lebih singkat. Direka dengan mengambil kira kehidupan yang sibuk, vakum dan mop pegangan tangan tanpa wayar 3-dalam-1 ini membantu anda mewujudkan rumah yang amat bersih, dan pada masa yang sama, memberikan kelapangan masa yang membolehkan anda melakukan perkara-perkara yang anda gemari. 


Lebih pantas dengan meningkatkan impak setiap pergerakan

Philips SpeedPro Max Aqua menampilkan pengalaman pembersihan 3-dalam-1 tanpa wayar paling pantas setakat ini1, dengan bantuan muncung sedut 360° yang inovatif, motor digital PowerBlade dan teknologi PowerCyclone 8. Menyampaikan aliran udara yang terunggul1, muncung 360° menyedut debu dan kekotoran dengan lebih pantas - bukan hanya semasa pergerakan ke hadapan, tetapi juga ke belakang dan daripada semua sudut. Direka khusus untuk mencerminkan amalan pembersihan manusia, ia juga membersih dengan lebih cepat dan menyeluruh berbanding vakum-vakum tanpa wayar biasa yang lain. Selain itu, sistem penapis tiga peringkat dengan teknologi terkini juga memerangkap sehingga 100%  debu-debu halus, bakteria dan alergen  bagi penghasilan udara yang lebih bersih. 

Sistem vakum dan mop yang inovatif serta unik

Sistem vakum dan mop Philips SpeedPro Max Aqua dengan injak-injak AquaBoost yang inovatif membolehkan anda mengawal pelepasan air dan meningkatkan kadar kelembapan bagi ruang-ruang sukar atau kekotoran degil, lalu menyingkirkan 99% bakteria3. Teknologi pembersih vakum tanpa beg disepadukan di dalam bahagian batang untuk kuasa sedutan yang lebih kuat bagi tempoh yang lebih lama. Mudah untuk digunakan serta efisien, Philips SpeedPro Max Aqua adalah alat ideal untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih.  

Pembersihan tanpa wayar tanpa gangguan dengan alat pegangan tangan dan aksesori bersepadu 



Bagi pembersihan tanpa gangguan, bateri ion litium 25.2V membolehkan operasi sehingga 75 minit sebelum anda perlu mengecasnya semula, sementara paparan digital pintar mempamerkan kelajuan dan penggunaan bateri agar anda tidak perlu merisaukan keperluan membersihkan penapis sehingga tiba masa anda perlu melakukannya. Philips SpeedPro Max Aqua memudahkan usaha memerangkap kekotoran di sudut-sudut sukar seperti di bingkai pintu atau kusyen perabot, dengan mengubah kepada mod pembersihan menggunakan unit alat pegangan bersepadu. Mudah digunakan dengan hanya satu klik, aksesori ini menampilkan alat bagi celah sempit dan berus yang memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan. Malah, partikel kecil seperti cebisan makan serta bulu haiwan juga mudah disedut dalam hanya beberapa saat. 

Daripada lantai dapur berjubin sehingga bilik tidur berpermaidani, Philips SpeedPro Max Aqua menyampaikan hasil luar biasa dengan segera2 dan efisien, dibantu muncung sedut 360O, sistem vakum dan mop yang unik serta alat pegangan tangan bersepadu – lalu membolehkan anda meluangkan lebih masa bersama insan-insan tersayang. 

Harga dan ketersediaan 

Philips SpeedPro Max Aqua (FC6904/01) dijual pada harga runcit yang disyorkan RM2,599 di Philips Brand Store yang terletak di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur, serta di rangkaian rakan peruncitan dan kedai rakan pengedar Philips di seluruh negara, di samping gedung rasmi dalam talian di laman web Lazada di pautan https://www.lazada.com.my/philips-official-store/

Untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my.

WW: Jerebu Semakin Teruk

DIGALAKKAN GUNA TOPENG MUKA N95 SEMASA JEREBU

Hi korang...

Jerebu makin teruk, banyak sekolah-sekolah yang dah ditutup akibat bacaan index pencemaran melebihi 200 kan...area Seremban anak- anak masih bersekolah...bacaan masih di bawah 200. Tapi hati seorang mama kat KL ni sentiasa risau. Anak kat sekolah tak tau apa keadaan dia..mama kat KL pun bertarung nyawa ngan udara tak sihat ni...dada rasa ketat nak bernafas payah, mata pedih dan tekak perit. Harap- harap tak batuk la..kalau batuk lagi seksa rasanya...

Benda paling penting kena ada di sisi SA sekarang adalah 2 benda ni...katanya topeng muka N95 ni yang paling bagus sebab dia cover seluruh hidung dan mulut dan mempunyai respirator yang mampu menapis udara tidak elok atau bendasing ketika jerebu. SA guna dah cuma rasa sedikit lemas masa mula- mula guna tapi bagus bila tarik nafas..tapi SA standby jugak mask muka yang biasa tu..yang tu pun ok sebenarnya...Yang jenis N95 tu macam dah takde kat pasaran sekarang, inipun company yang bekalkan dan beli dari supplier kalau tak salah. 





Jom tengok index pencemaran terkini yang SA tengok di apps MyIPU pagi tadi...SA tumpukan 2 tempat ni je la ye..tak snap yang lain..






Ni gambar pagi ni di MRT Sg Buloh...


Ni gambar semalam masa SA balik kerja...

SA pelik sebab area KL ni tak ramai pakai mask atau topeng muka, rasanya macam boleh dikira..pelik betul fikir..diorang tak rasa perit tekak or sesak nafas ke erk?Macam selamba ker semuanya...SA kat dalam office pun rasa sesak nafas..rasa macam asap jerebu dah masuk office dah...lagi satu ada jugak SA nampak yang selamba hembus asap vape dan masih ramai merokok secara terbuka...selesa erk diorang merokok dalam asap jerebu ni..tak fikir orang keliling...aduhaiiii....

Monday, September 16, 2019

Pizza Roti Simple Air Tangan Kakak Dania....

Hi korang....

Menarik x Pizza Roti kakak Dania ni....haaa..jangan x percaya ye..ni semua dia yg buat.. Amacam...ok tak?


Apa yang SA dua beranak buat tatkala mereput tak kemana-mana di cuti Hari Malaysia? hahaha..bila ada anak dara yang sedang membesar dan sedang belajar memasak menu-menu ringkas memang mencabar...kalau setakat masak nasi goreng tu dia dh expert dah..siap dapat pujian dari atuk dan makcik2 dia...memang sedap nasi goreng dia masak petang semalam..hari ni dia request plak nak buat piza roti yang dia tengok video di instagram..memang la simple je anak oiii...tapi belanjanya besar...tapi takpe la..reward la dia nak exam ni kan...pergi jer la beli bahan- bahan buat pizza roti walau agak mahal kosnya...tengah dia bersemangat nak buat tu kan...SA tolong gak la skit2 dan semua bahan topping tu dia tumis sendiri..SA bantu part panaskan oven dan pantau je la....

Jom tengok bahan-bahan...


Roti Gardenia..better pakai roti ni sebab tebal...dan bahan-bahan lain seperti di bawah


Sos Pasta Adabi & Mixed Herbs


Smoked Chicken Frankfurters 


Minced meat xde kat Zemart so beli daging burger dan hiris2 je


Bawang besar 1 biji potong dadu, Bawang putih 4 ulas potong dadu juga


Mozarella Cheese


SA add on cendawan butang fresh


Sos Cili


Cara Memasak Topping
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging burger dan kacau rata
  3. Masukkan sosej
  4. 4 Sudu besar sos pasta
  5. 3 Sudu besar sos cili
  6. Gaul mesra dan masukkan cendawan
  7. Secubit garam- tak perlu banyak sebab sos pasta dah cukup rasa
  8. Biarkan seketika
  9. Padamkan api

Topping dh siap


Susun roti atas dulang pembakar...atau boleh guna loyang segiempat..


Letakkan topping dan ratakan


Taburkan Mozarella cheese dan mixed herbs


Bakar selama 7-8 minit pada suhu 160°


Dah dalam oven


Dah siap masak!!!!!


Dah boleh makan..


Kakak Dania sikit punya happy...cubaan pertama dia menjadi dengan jayanya. Kalau korang nak tau dia memang suka makanan yang simple yang melibatkan cheese ni..tu sebab dalam sebulan kat rumah mesti ada stok makanan yang berasaskan cheese..budak cepat membesar dan cepat nak belajar macam ni la..makan jer..tapi..malam memang kakak Dania tak makan..time makan dia last pukul 6.30 pm..lepas tu tak makan dh...SA memang ajar dia dari dia umur 13 tahun...kawal pemakanan..kalau x nanti debab so tak cantik....

So far cubaan menjadi...takde la sesia mama beli bahan mahal..haha...Mozarella Cheese tu je dah berapa harga kan...korang kalau nak cuba..boleh la cuba..nak derhaka bahan pun boleh..SA tanya Dania tadi x nak ke letak capsicum ke..bahan lain ke..dia kata x yah la ma..Dania x makan capsicum..x suka..okey...ini lah percubaan Pizza Roti pertama Dania..cara cara masak ada di setiap gambar ye...

Selamat mencuba ye...

Majlis Perkahwinan Di Ampangan Seremban...

Hi korang...

Semalam..dalam jerebu-jerebu kat Seremban ni..SA ikutkan malas nak pi sebab x tahan ngan jerebu..tapi pergi juga memandangkan ini perkahwinan anak buah kepada adik ipar SA..x sedap x pergi sebab diorang dh datang menjemput bulan lepas...nasib takde soalan cepu emas masa kat wedding ni..dan rasanya x kan ada la sebab takde sape pun kenal SA..sure korang pelik kenapa SA macam seriau nak pergi mana-mana wedding...hahaha..at this age SA masih sendiri x jumpa pengganti lagi makanyaaaa....agak seriau la nak pergi maajlis perkahwinan sebab x suka dengan soalan2 yang mampu buat SA down...sebab tu SA jarang attend majlis kahwin sedara mara..kalau terpaksa pergi pun SA akan pergi cepat2 dan dan balik cepat2..mmg nampak macam kurang sopan sebab tak beegaul kan..tapi demi menepis segala soalan bawang rangers...better jauhkan diri awal2 kan...janji SA memenuhi jemputan...

Jom la tengok gambar...













SA suka konsep mengiring pengantin ni sebab classic sangat music dari alatan traditional tu dan SA x pasti apa nama alatan ni...sedap sangat bunyinya...biasa alatan ni di mainkan di majlis2 kenamaan di istana..siap ada serunai dari tanduk kerbau..SA perasan alatan ni di mainkan masa majlis pertabalan YDPA tempoh hari...kalau pakaian pengantin totally traditional klasik SA rasa dah superb dah...macam majlis-majlis perkahwinan melayu lama di istana.

Terus rasa nak kahwin..tapi cepat sedar diri sebab tau takde sape nak SA..hahahhaha.....tapi kan..kalau nak pakai baju pengantin je boleh x? 

Friday, September 13, 2019

Keluhan Makcik Gelandangan...

Hi korang...

Dalam kita melayari kehidupan yang serba sempurna, tanpa kita sangka masih ada golongan kurang bernasib baik yang hidup susah demi kelangsungan hidup..Ini apa yang SA dengar dari telinga SA sendiri kebetulan SA duduk di kerusi Balai Pelepasan KL Sentral. Memang SA sedar ada sorang makcik dan pakcik duduk tepi SA cuma SA tak sangka mereka gelandangan..nampak keluhan lelah penat mereka berdua menyorong troli barangan beroda tu. Mengeluh dengan hasil dan pendapatan untuk hari itu. Hanya RM5 sahaja rezeki makcik tu menjual tisu. Yang pakcik tu hanya meminta sedekah..

Screenshot dibawah ni apa yang SA dengar keluhan mereka..bagaimana mereka dihalau oleh polis- polis bantuan sebab berada di kawasan larangan..bila fikir balik...apa yang diperkatakan tu ada benarnya...ramai golongan gelandangan terbiar tanpa bantuan. Menurut mereka bantuan dari segi pekerjaan, kewangan. Orang luar di alu- alukan ( warga asing) tapi mereka sendiri terkapai- kapi demi sesuap nasi. Sebenarnya banyak lagi yang mereka ceritakan dan jelas terpancar kelelahan di wajah mereka. Apakan daya kan..mereka perlu juga berusaha untuk periuk nasi mereka. Satu ayat dia yang buat SA sampai sekarang terfikir "Apabila satu nikmat dah hilang, terus kita rasa tak tentu arah sedangkan kita sendiri tau segelintir dari mereka dan kita tidak mensyukuri nikmat". Terus makcik tu dan kawan dia mengeluh, bangun dan perlahan- lahan meninggalkan tempat tu...Sampai sekarang SA terfikir dan masih mencari jawapan untuk ayat yang last tu....






Sedih kan...

Menjadi melukut ditepi gantang. Ketepikan perasaan dan maruah diri demi kelangsungan hidup. Demi sesuap nasi..bayangkan seharian menjaja tisu hanya mampu meraih RM5. Sedangkan kita? duduk dalam bangunan berhawa dingin. Diberi pelbagai kemudahan..tapi ada juga antara kita tidak mensyukuri nikmat. Marah kat pengurusan  siap amik MC, amik EL, amik cuti tahun..sedangkan mereka yang tidak bernasib baik seperti kita, berpanas, berpeluh keringat..ke hulu ke hilir dengan payahnya tapi apa yang mereka dapat..dengan ekonomi negara kita yang makin teruk ni..semua serba serbi mahal..dengan RM5 apa yang dia mampu beli. 

Tak dapat SA bayangkan...susah dan seriknya mereka.. itu yang berlaku depan mata SA...tempat lain?
Kita tak tahu lagi nasib mereka. Sebab tu SA tak pernah menyesal kalau memberi sumbangan sedikit kepada mereka yang memerlukan sebab pada SA dalam rezeki kita ini memang ada sebahagian rezeki untuk mereka yang tidak bernasib baik. Sebab tu SA tak suka orang pertikai apa yang SA buat. Ye SA pun bukan orang senang dan SA dah pernah merasa susah. Sebab tu SA tau keperitan apabila sedikit susah. Tak perlu kita pertikai apa yang kita hulurkan..apakah untuk dia sendiri atau untuk sindiket yang membawa dia.. apa disebaliknya itu antara dia dan allah. Kalau dia jujur alhamdulillah sekurang- kurangnya apa yang kita hulur tu adalah rezeki untuk dia. Kalau disebaliknya itu urusan dia dengan allah. Sebab tu SA tak suka menunjuk apa yang SA bantu pada mereka yang tidak bernasib baik ni...sebab tak nak benda- benda macam ni dijadikan pertikaian. Al-maklum la..zaman sekarang semua hanya tau mengecam.

Semoga allah permudahkan rezeki dan perjalanan hidup makcik tersebut dengan kawannya. Begitu juga golongan kurang bernasib baik di dunia ini. SA doakan juga allah permudahkan buat kita semua...Amin......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah