Wednesday, August 28, 2024
Ngopi Di Apacaba Coffee Teluk Kemang PD

Menu Bekal Hari Ini...

Resepi Sup Ayam Sihat By Chef Anis
Assalamualaikum...
Korang ada tak chef yang koang suka follow...SA takde la minta sangat dengan Anis ni tapi SA follow jugak la dia kat media sosial...selalunya menu yang dia masak agak complicated tapi SA jumpa reels yang ni dan menu dia senang aje...tapi susah la nak save reels kat hp kan..kecuali kena copy link...takpe la..SA screenshot apa yang boleh je....
Anis ni ajar masak sup ayam yang sangat sihat...bahan pun tak susah cari...dan ayam plak guna bahagian thigh je...buang kulit..sebab tu sihat... SA sediakan link . Korang klik link tu je untuk ke reels yang SA maksudkan di FB...
Reels bleh check sini
https://www.facebook.com/share/r/A1QmE86NmMMBY8XV/?mibextid=oFDknk
Resepi Sup ayam dan kentang
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
1 sudu kecil biji lada putih
1 biji bawang kuning bersaiz besar
½ inci halia
8 ulas bawang putih
4 tangkai sederhana atau 5 tangkai besar daun sup
Bahan-bahan sup:
Minyak sayuran
1 Sup bunjut/ Asian bouquet garni
600g kentang kuning, dikupas kulit dan dibelah empat
200g lobak merah, dikupas kulit dan dipotong dadu
8-10 ayam bahagian thigh tanpa kulit
4 liter air/ stok ayam
Garam dan gula secukup rasa
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan bawang besar yang dihiris nipis
¼ cawan ketumbar, daun dan batang yang dihiris nipis
1 sudu besar minyak Kulim dari @oylhaus
Limau Kasturi untuk dihidangkan
Cara penyediaan:
Kisarkan lada putih, bawang, halia, bawang putih dan daun sup hingga menjadi pes.
Panaskan satu sudu besar minyak sayuran dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan kentang, lobak merah dan ayam dan masukkan air atau stok ayam. Reneh pada api sederhana sederhana selama 45 minit hingga 1 jam.
Apabila ayam, kentang dan lobak merah empuk, masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula serta lada putih jika perlu dan masukkan bawang goreng, daun bawang dan ketumbar. Tutup api, tuangkan minyak Kulim dan sedia untuk dihidangkan.
*Minyak Kulim tu SA x pasti minyak apa...kena google nampaknya..
Selamat mencuba...SA nak cuba nanti weekend..nak cari bahan dulu...

Resepi Asam Pedas Ikan Pari
- 1 ekor ikan pari, potong kecil
- Minyak untuk menumis
- 2 sudu kecil halba
- 1 batang serai
- 3-4 helai daun limau purut
- 1 mangkuk cili kisar
- sedikit air asam jawa
- Air secukupnya
- Kacang bendi
- tomato
- daun kesum
- bunga kantan
- garam dan gula secukup rasa
- 2 ketul kunyit hidup
- 2 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- sedikit belacan
- Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
- Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
- Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
- Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan bendi, tomato, bunga kantan dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Santai-Santai Aje...
Cuba spec mata...comey gak ray ban tu kan..
Pakai je..x beli punnn...
Then pi tingkat bawah yang ada supermarket tu..Masa Mula-mula sampai SA nampak dh sponge cake Chizu ni...memang nak singgah beli...ehhh..suami plak nak yang Signature cheese cake...so SA beli la 2...yg Signature cheese dan Original chiffon sponge cake...lembut...gebu...sedap uolls...
Pelbagai jenis cake ada..
Signature cheese cake yang tepi sekali sebelah kiri..
Total damage RM31...
Hat ni la yg SA beli..chiffon Sponge Cake...korang nak beli pi cari kat mana-mana outlet Chizu...SA tau kat Sogo je..google erk..
Kami teruskan perjalanan ke PD..nak pi Pasar Malam Batu 4..call PZ tanya nak ikut ke x..puas pujuk dia x nak ikut...sabar je la...
Itu kita citer next erk...

Tuesday, August 27, 2024
Asam Pedas Ikan Pari Bekal Ke Office Hari Ini...

Siapa Macam SA? Alone But Not Lonely...
Perempuan makan sendirian di restoran, kafe atau di mana2, jangan la fikir pelik...😆😆sebab SA Memang macam Tu..
Bukan sebab x de kawan.
Bukan sebab x de pasangan.
Bukan juga sedang bersedih.
Kadang kala lebih selesa untuk bersendirian hanya untuk bernafas lebih baik dan tenangkan diri.
Alone, but not lonely.
They are living their best life and enjoying their own company. They are taking their time to relax and think
Siapa macam SA?🙋🙋🙋

Monday, August 26, 2024
Favourite En Suami
Lempeng 10 keping untuk sarapan..

Ronda Ronda Kota Raya 2.0

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah
































































