Friday, August 11, 2023

Aduhai Vitamin M Dah Menyerang SA

 Assalamualaikum...

Ya allah kenapa la SA malas sangat hari ni erk...seriously malas...nak buat entry ni bercinta betul..padahal ni menu bekal semalam ni...SA x buat entry lain pun semalam..ntah kenapa kemalasan plak lepas kena tegur dalam email tu hahahahah....takde la..semalam SA busy banyak kerja...masa rehat SA tengok citer Kdrama See You In My 19th Life..makin hari makin best plak citer dia..now dah episode 11 dah...hari ni pun lunch time SA tengok lagi..sampai SA terlelap...tau- tau office dah biasing balik...

Okey la jom citer menu lunch semalam...semalam bawak bekal hari ni x bawak...konon nak pi KLCC, pas tu x jadi plak...



Ikan siakap masak lemak cili api


Sayur kangkung ikan masin


Nasi putih...

Haaa..itu bekal semalam ye...

Hari ni plak SA pi flea market SSM...alaaaa...yang jual- jual macam- macam makanan tu...SA beli laksa dan buah potong...kali ni amik buah mangga dan nenas..kata abang tu Mangga tu le mak- lemak manis..apoooo...masammmm.....Laksa pun so-so je...erm...boleh la tu..siapa suruh x bawak bekal kan...


Yeay dah pukul 4pm...

Kejap lagi pukul 5 dah boleh balik dah...bleh tengok K-Drama dalam train lagi..harap- harap hari ni tak ramai orang la masa balik...semlaam ramai betul..student- student pun balik semalam..Dato' Dr Marina nyer klinik kat KPJ dah bagi reminder dah..esok kena datang check up..SA memang nak pi pun sebab SA kena x-ray kaki ni...sebab macam SA ni dah kena heels spur atau macam nak kena Plantar fasciitis...iaitu tendon dalam tapak kaki dah mengeras dan menyucuk daging tapak kaki tu menyebabkan SA sakit kaki. Nak pijak pun sakit..kalau pakai sport shoe baru ok..sampai bila nak sakit kaki kan..tu yang SA esok kena follow up..prolong history sebelum ni dengan bab kaki ni...

Okey la korang...

Selamat mengundi buat korang yang pergi mengundi esok..SA akan pi lepas follow up nanti..


14 comments:

  1. hrp tak ada apa yang serius dengan kaki akak tu...selamat mengundi kak..pahang jadi penonton je tapi tetap ada debaran walau PRN

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh kaki SA 🤲 Selamat mengundi!

    ReplyDelete
  3. ha haha vitamn M ako ni dah lama menyerang ni SA... x tau la bila nak sembuh nya :D

    ReplyDelete
  4. Dapnya, ikan masak lemak cili api. Selamat mengundi, SA. Semoga dipermudahkan urusan check kaki.

    ReplyDelete
  5. M2 pun panjang cerita.
    Wak kalau m tak bukak blog langsung

    ReplyDelete
  6. Bila M datang, serba tak kena nak buat apa pun.
    Selamat mengundi esok kak. Semoga baik baik je follow up nanti.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah bila tengok laksa SA ni terus teringin nak makan. Memang saya peminat laksa.

    ReplyDelete
  8. penyakit M tu standard laaaa..MZ plak campur penyakit B (bz ) hahahah

    ReplyDelete
  9. Saya pulak bukan vitamin M tapi vitamin BZ hehe. Minggu ni mengajar kelas memasak lepas tu teman mak pegi check up lagi. Sampai tak sempat nak mengadap laptop nak blogging. Tak reti update blog kat phone sbb kena resize gambar2 supaya tak berat sangat blog.

    ReplyDelete
  10. alamak ngeri kalau kena yg bukan2 kat tapak kaki. sebab tu skrg ni ammi gi kerja pakai sport shoes je. tak kuasa dah nak hadap sakit kaki nak-nak kaki ammi sejenis ada bunion. bukan boleh nak pakai sangat kasut yang cantik2 runcing2 ni.

    ReplyDelete
  11. Harap kaki SA akan pulih seperti sedia kala.
    Take care ye SA.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah