Wednesday, August 23, 2023

WW~ Kenaikan harga Domain Bermula 1 September 2023

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...

Selaras dengan keadaan ekonomi semasa, domain pun naik harga bermula 1 September 2023, SA akan renew domain setiap bulan April every year..sebab Domain SA akan tamat pada May kalau x salah..dah bertahun2 sejak serious blogging SA guna domain .com dan ambil dari NetKL..so far SA xde masalah dah..kalau guna yang percuma banyak benda yang limited. Sejak tu SA memang guna domain yang beli..

Berikutan pengumuman kenaikan harga domain oleh pihak Registry (Verisign) (bermula pada 1 September 2023), maka, NetKL tiada pilihan selain turut menaikkan harga jualan domain kami (bermula 1 September 2023), seperti berikut :



Sekiranya anda ada 'unpaid invoice' pada 1 September 2023 (yang mengandungi harga lama), harga lama tersebut sudah tidak lagi sah, dan akan dikemaskini kepada harga baru, secara otomatik.


Makluman :

  • Sila maklum bahawa; penggubal domain Pengawalselia Domain (ICANN) membenarkan Registrar (Verisign) menaikkan harga domain sebanyak 7% setiap tahun (pada 2020, 2021, 2022, dan 2023).
  • Selepas 'pembekuan harga' 2 tahun, Verisign boleh menaikkan harga lagi, sebanyak 7% setahun (dari 2026-2029), dan diikuti oleh 2 tahun lagi 'pembekuan harga'.
  • Kitaran ini akan berterusan, setiap 10 tahun sekali.



Dengan itu, jika anda ada perancangan untuk beli domain baru pada tahun ini, anda boleh ambil peluang ini untuk beli domain tersebut SEBELUM 1 September 2023 (untuk nikmati harga lama/rendah di atas). Anda boleh beli domain baru untuk 9 tahun sekaligus (maksimum), jika mahu.

Jika anda ada mana2 domain yang akan expired pada tahun ini (atau tahun depan), dan ingin renew lebih awal (dengan harga rendah), sila hubungi kami ( di https://m.me/netkl ) sebelum 1 September 2023 ini, supaya kami boleh keluarkan invois lebih awal. (Untuk renewal, anda boleh renew untuk 1 tahun hingga 9 tahun, maksimum) (Walaupun anda buat bayaran renewal awal, tarikh luput 'anniversary' nya masih kekal sama. Ia tidak akan berganjak jadi lebih awal).


13 comments:

  1. ari tu MZ dh renew domain ni for few years one shot so tak pyh fenin2 nak byr annually hehehe

    ReplyDelete
  2. semalam nieyl pun baru tgk emel...dlu nieyl mmg amek domain netkl tu..
    skrg dah x dahh..ni kata naik lagi harga..hurm..

    ReplyDelete
  3. oo boleh sampai 9 tahun ye SA. teringat kes LM lupa renew terus lesap lydiamiza.com ku

    ReplyDelete
  4. Saya baru je renew domain bulan lepas.

    ReplyDelete
  5. sy pun dapat emel ni jugak semalam.. huhu... bertabahlah kita

    ReplyDelete
  6. domain pun naik harga..xde yang turun dah sekarang ni kecuali hujan..hehe

    ReplyDelete
  7. Blog saya dihandle oleh teman yang memang dia juga dulu yg bikin dan urus semua maintenance dan annual payment . Tapi rasanya dah sejak 2014 sampai skr, dia tak pernah minta kenaikan harga 😂. Masih sama je tahun ke tahun. Perlu saya tanya rasanya, kenapa harga tak berubah 😅. Tapi memang yg saya pakai domain dan hosting dari WP sih kak.

    ReplyDelete
  8. Jenuh la SA asyik naik je kan....patut la domain saya pun naik. Saya guna domain Exabytes.

    ReplyDelete
  9. ingatkan barang basah barang dapur je naik harga..domain pun naik juga hehehe

    ReplyDelete
  10. ingat barang dapur je naik rege tp semuanya naik

    ReplyDelete
  11. Ammi punya expired Oct nanti…hadap jelah bayarkan. Nak buat camno

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah