Monday, August 14, 2023

Minum Petang Paling Heaven & Masa Berkualiti Bersama Keluarga

Assalamualaikum...

Nikmat apa lagi yang nak didustakan...cukup sekadar secawan kopi dan biskut kering Hup Seng untuk minum petang...ehhh...laju je masuk siap bertambah ye..Pak Zain seronok melayan cucu dan anak- anak minum petang..habis biskut ditambah lagi..orang dulu2 kan kalau biskut transfer dalam tin kan?..orang sekarang je semua masuk tupperware mahal..sudahnya tetap lemau kata Pak Zain..letak dalam tin jugak kekal sedap biskut tu...

Sambil mencicah..sambil berborak pelbagai topik..kat luar plak cuaca mendung jer dari tengahari..memang best la minum petang simple macam tu....

Sebenarnya ada sesuatu yang SA nak share..terpanggil nak simpan dalam blog SA ni..mana tau kalau terlupa SA boleh baca semula...kan?

Jom baca sampai habis



Biskut kering Hup Seng


Secawan kopi 434


Cicah sekejap jer lepas tu makan...ermmm..dapnyaaa...

Seronok dan sangat bermanfaat bila kita meluangkan masa untuk keluarga. SA antara yang sentiasa menekankan kepentingan meluangkan masa bersama dengan keluarga di samping sibuk menguruskan kerja harian. Masa kita perlu seimbang antara tugas harian di tempat kerja dan jugak kehidupan peribadi...Lately SA memang banyak habiskan masa dengan Dania..ye la SA ada dia jer kan buat masa ni...insyallah kelak SA akan kembali menjadi complete family.

Menghabiskan masa bersama keluarga adalah sangat penting. Tetapi ramai antara kita lupa hakikat ini, kerana kita terlalu sibuk dengan tugas, kerjaya, kehidupan peribadi dan sebagainya. Selalunya, kita memberi terlalu banyak tumpuan kepada perkara perkara yang besar berbanding perkara-perkara kecil yang lebih penting dalam hidup kita. Sebelum kita sedari, ia mungkin terlalu lewat untuk melakukan apa apa mengenainya.

Ingat masa berlalu dengan pantas! Kita mungkin merasakan bahawa kita boleh menangguhkan masa untuk bersama anak, ibu bapa dan keluarga ke satu hari lain tetapi tanpa kita sedari anak kita sudah membesar dan kita tertanya-tanya apa yang berlaku kepada si anak yang pada suatu ketika begitu manja.

Ye..itu yang SA hadapi antara SA dan Dania masa SA tinggal di KL dulu..SA hanya jumpa dia Sabtu Aahad time cuti je..SA x rapat dengan dia dan sedihnya tau-tau dia dah besar. SA rasa macam SA banyak tertinggal memori indah membesarkan dia kerana kesibukkan SA focus pada kerjaya. Sedih memang sedih dan tup -tup PKP...masa ni la SA memainkan peranan dan membuat satu keputusan yang drastik, pindah semula duduk Seremban dan berulang. Nak plak Mak Abah SA makin berusia dan kesihatan dah makin menurun.

SA nak share dengan korang..artikel yang SA baca sebelum ini dan jadikan panduan untuk SA menghadapi kehidupan sebagai seorang anak dan seorang ibu...SA terpanggil nak share dengan korang jugak. SA percaya kebanyakkan pembaca blog SA dan followers SA adalah dikalangan Ibu dan Ibu muda..mana tau korang juga boleh jadikan panduan dalam kehidupan korang kan..

Luangkan Masa Yang Berkualiti

Terdapat beberapa cara untuk mula menerapkan masa bersama keluarga dalam kehidupan anda:

1) Fikirkan semula tentang kehidupan anda

Fikirkan apa yang anda ingini – keluarga bahagia atau keluarga yang sentiasa bertelagah tatkala anda bersembunyi di pejabat? Anda perlu menetapkan keutamaan dan mula fikirkan semula kehidupan anda dan bagaimana anda boleh membuat perubahan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

2) Beri anak anda perhatian yang berhak diperolehinya

Berikan minat dan perhatian terhadap anak anda. Sentiasa bersikap positif terhadap anak anda dan jangan lokek untuk memberikan pujian kepadanya. Biarlah si manja membantu anda melakukan kerja-kerja rumah dan jangan lupa memuji kerajinannya.


3) Belajar meluangkan masa

Sentiasa bersikap spontan dalam hidup anda, kerana anda tentu tidak mahu anak anda merasakan seolah-olah dia perlu menjadualkan temu janji untuk mendapatkan perhatian anda! Jangan membesar-besarkan perkara kecil (pinggan mangkuk tidak dibasuh, pakaian tidak dicuci dan sebagainya), sebaliknya, fikirkan perkara-perkara kecil tetapi penting seperti pergi ke taman permainan bersama anak anda, merayakan hari jadi, atau menyanyikan lagu-lagu kegemarannya sebelum si manja tidur.

4) Berbual, jangan berleter

Anak-anak tidak suka dileteri atau mendengar anda mengungkitkan perkara yang sama berulang kali. Sebaliknya, belajar untuk berbual dengan anak anda seperti anda berbual dengan orang dewasa. Anda pasti terkejut dengan reaksi yang anda terima.

Berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku dalam hidup anak anda – anakanak kecil gemar berbual tentang rakan-rakan atau sekolah, manakala kanak-kanak lebih besar suka berbincang tentang perkembangan yang berlaku di luar rumah atau di kawasan kejiranan. Jika boleh, minta pendapatnya. Ini akan membuat anak anda merasa dihargai.

Kredit : Mypositiveparenting

 
Haaa...ni kira confession SA yang paling jujur la ni....SA dah alami akibat terlalu pentingkan kerjaya..SA akui SA diuji dalam kehidupan SA yang orang nampak sempurna..Tetapi SA lupa yang menghabiskan masa yang berkualiti bersama bermakna berkomunikasi dengan anak SA dengan cara yang berfaedah adalah menyeronokkan dia..

Lebih banyak masa yang SA habiskan bersama anak, lebih akrab dan mesralah hubungan antara anggota keluarga SA yang lain. Ini juga akan mengurangkan ketegangan dalam rumah tangga dan mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.

Betul kan? SA harap..walau SA dah berkahwin x lama lagi..SA tetap boleh manage masa antara keluarga, Dania dan keluarga baru SA..Aminn..

15 comments:

  1. aah la kak sy pun baru perasan biskut bila simpan dalam tupperware memang jadi tak sedap

    ReplyDelete
  2. Terima kasih SA.
    Kak Amie pun ada kalanya berasa menyesal sebab ada suatu masa Kak Amie terlalu pentingkan cita-cita dan sambung belajar sehingga terlupa masa berkualiti bersama anak-anak yang sedang membesar tidak ada. Sedih!

    ReplyDelete
  3. indeed!! moment spent together is the moment we treasure...

    ReplyDelete
  4. hupseng cicah teh o atau kopi o mmg syurrrr

    ReplyDelete
  5. sangat setuju. Sibuk manapun mesti kena cari masa utk bersama keluarga hari2.

    ReplyDelete
  6. Makin ramai anak2 terabai kerana ibu bapa amat sibuk mengumpul harta

    ReplyDelete
  7. Perkongsian diantara ibu buat ibu ni sangat bermakna. Saya dulu masa bekerja pernah kena stay 3 hari 2 malam di melaka tapi bila tengok kerja yang buat tu hanya tengok/turun padang tengok jeti yang tak siap. Lepas tu fikir logik seorang dua tengok pun ok ni kena turun sana sampai ramai2 macam tak efektif. Saya cakap hari pertama lepas turun padang tu nak balik tengok Dania. Masa tu Dania baby lagi. Memang saya balik. naik bas lagi. Lagi pun my lady boss suka sangat suruh jalan2 satu Malaysia. Dan dah tentu anak kena tinggal la. Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Kena pastikan suami boleh handle la kalau seorang je yang kerja. Alhamdulilah Dania dan saya memang rapat.

    ReplyDelete
  8. sedap biskut cecah gitu., hehe

    ReplyDelete
  9. saya pun dah kurangkan bebel kat anak bujang ni. nasihat secara santai je pulak

    ReplyDelete
  10. Walau hanya secangkir kopi dan biskuit,tapi kalau kumpul bareng keluarga rasanya bahagia luar biasa

    ReplyDelete
  11. mkan macam ni pun sedap tambah2 dengan yang org yang kita sayang

    ReplyDelete
  12. kat ofis pun kena ada stok biskut kering ni untuk celup² air teh

    ReplyDelete
  13. Kopi o kaw ngan biskut hup seng mmg onzzz.

    Teringat dulu arwah mama offer nak jaga anak2 ammi kat Seremban. Katanya biar mama je jaga cucu, korang balik hujung minggu. Tp ammi berkeras…biarlah mata jadi macam panda, biarlah mandi tak dapat nak “me time” gosok beriya, biarlah makan kena cepat2, asalkan anak2 membesar depan mata, asalkan anak belajar kenal huruf dan nombor dgn abah ammi.

    ReplyDelete
  14. biskut hup seng + kopi o memang terbaik la...

    so true, masa dgn anak2..memang priceless, sama je ayat Ayu ngan Ammi..apa2 pun biar la anak2 depan mata....kalau anak2 x sihat lebih2 lagi..kadang2 ada jugak yg bercakap, mcm ko sorang je ada anak..biar la apa nak ckp, memang susah ke senang ke...biarlah anak2 ada dgn Ayu sbb masa tu x akan berulang balik and semua proses pembesaran tu akan jadi kenangan.

    moga yg baik2 jugak kak SA & family...aamiin

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah