Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts

Tuesday, February 18, 2025

Resepi Sotong Masak Ala Thai

Assalamualaikum...

Scroll FB pagi ni, SA ternampak resepi sotong ala Thai ni...mak oiii...tergoda tengok rupa paras gambar owner resepi ni...terliur dibuatnya...semalam SA cadang nak masak udang sambal, plan la nak beli udang ke apa yang patut...suami lambat jemput SA, makanya takde la sempat nak beli barang- barangnya...sebabnya sampai Seremban dah lambat...sampai rumah dah 8.30pm...xdelah nak masak ke apa..PZ plak xde pi masjid...tengok dalam tudung saji dah ada lauk dia, nasi pun dah ada..sudahnya xde la masak..mandi dan tunaikan kewaipan segala, gosok baju kerja..lepas tu tutup lampu..dah tido..

dalam perjalanan pi keja scroll FB tu yang terjumpa resepi ni...terus je copy...nak buat gak nanti...eh korang pun boleh gak cuba...pelbagaikan resepi untuk buka puasa kan...



credit photo to owner resepi


Resepi Sotong Masak Ala Thai (Versi Lebih Padu!)

Bahan-Bahan:
500g sotong – bersihkan dan potong ikut suka
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – cincang halus
8 biji cili padi – ketuk atau hiris kasar (ikut tahap kepedasan)
2 biji limau nipis – ambil jus, kulitnya potong dadu
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula apung Thai (boleh ganti dengan gula Melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar – hiris kasar
1 batang serai – diketuk (opsional untuk aroma lebih wangi)
1 sudu teh minyak bijan (untuk rasa lebih umami)
1 sudu teh serbuk lada hitam (untuk rasa lebih berlemak)

Cara Memasak:
Rebus Sotong: Rebus sotong selama 30 saat hingga 1 minit sahaja supaya kekal lembut. Simpan 1 sudu besar air rebusan, kemudian toskan.

Tumbuk Bahan: 

Tumbuk cili padi, bawang putih, dan bawang besar sehingga agak halus. (Nak lagi wangi? Tumis sebentar dengan sedikit minyak sebelum gaul dengan bahan lain.)

Buat Kuah Thai: 

Dalam mangkuk, campurkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan, jus limau nipis, dan kulit limau. Masukkan juga lada hitam dan minyak bijan. 

Kacau hingga sebati.

Satukan Semua: 

Masukkan tomato dan daun ketumbar ke dalam kuah tadi, kacau rata.
Gabung dengan Sotong: Pilihan ikut selera—nak gaul sotong terus dengan sambal atau nak tuang sambal atas sotong rebus. Kalau suka lebih beraroma, boleh biarkan 10 minit sebelum dihidang supaya sotong lebih menyerap rasa.

Siap untuk Dinikmati! Taburkan lebih daun ketumbar atau hirisan cili jika suka. Makan panas-panas!

Tips Extra:

✔ Untuk lebih pedas, tambah lebih banyak cili padi atau guna cili kering kisar.
✔ Nak lebih Thai vibes? Tambah sedikit kicap sotong atau pes tomyam.
✔ Untuk rasa lebih fresh, gunakan sotong segar dan jangan masak terlalu lama.


Selamat mencuba!

Sunday, September 22, 2024

Resepi Sotong Singgang Sedap

Assalamu’alaikum...

SA terjumpa resepi ni di FB...simpan sini sebab memang dari hari tu duk cakap dengan Dania nak makan sotong masak singgang...FB tu macam tau plak kan apa yang kita fikir dan tergerak dalam hati..sekali keluar resepi ni..terus copy simpan sini je untuk rujukan...

Minggu ni SA start bawak bekal semula kan..so memang nak cari resepi yang senang2...asyik makan dan masak resepi sendiri..rasanya elok kalau cuba2 resepi orang lain...ye tak?


 
Resipi Sotong Singgang 

Bahan-bahan:


Sotong

Serai

Bawang Holland

Bawang Putih

Lengkuas

Halia

Cili padi

Asam keping

Tomato

Putik Jagung

Daun Limau Purut

Daun Ketumbar


Cara Penyediaan:

1. Didihkan Air dalam periuk

2. Masuk kan 2 Batang Serai diketuk , 1/2 biji bawang holland dihiris , 3 ulas bawang putih dihiris, 1 inci lengkuas , 1 inci halia , 10 tangkai cili padi diketuk

3. Masuk asam keping 1/2 keping

4. Betul2 mendidih , masukkan Sotong , tomato , putik jagung & daun limau purut

5. Perasakan dgn garam & mushroom seasoning

6. Last masuk daun ketumbar sekali dengan akarnya


Tips: mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut


Sumber : Yatiekitchen


Sunday, May 5, 2024

Resepi Sotong Paprik

Assalamualaikum 

Alhamdulillah demam SA dh kebah...perut rasa lapar plak..tapi batuk masih kuat..mata ni asyik nak lelap aje...

Scroll FB jumpa resepi Sotong paprik ni..nak buat tengah batuk..dah sihat nanti boleh la buat kan..simpan sini dulu resepinya nanti buat...korang kalau nak cuba pun boleh cuba jugak ye..





Resepi Paprik Sotong 


1/2kg sotong bersihkan dan ditoskan

Bawang besar 1 biji, 

Bawang putih 5 ulas 

Halia sikit di blend dan tumis. 

Masukkan cili kering kisar 2 sudu  

Cili padi 5 tangkai diketuk masuk dalam

tumisan. 

Kacau. 

Masuk sos tiram dalam 3 sudu besar 

Perasa dengan garam, secukup rasa maggi

dan sedikit gula. 

Jgn terlebih garam sebab sos tiram dah masin.

Masukkan sayur2 ikut suka lah,

kacang panjang, carrot, cauliflower. 

Kacau lagi masuk sedikit air jika nak berkuah ya.

Masukkan sotong, masa masak sotong ni kuatkan api sedikit,

kacau bagi rata. 

Masak sotong ni tak boleh lama nanti sotong jadi liat. 

Renjiskan sedikit kicap.

Akhir sekali masuk bawang holland hiris bulat, tomato dan daun limau purut.

Siap.


Kredit Resepi : Norsiah Zakaria


Thursday, October 26, 2023

Resepi Sotong Masak Ala Thai....

Assalamualaikum...

Scroll- scroll FB SA nampak resepi ni...wah..fav SA ni...selalu makan kat kedai je..lepas ni boleh la buat sendiri..tak susah pun bahannya kan..sejak dah ada suami ni SA suka nak cuba pelbagai masakan walaupun kami belum duduk serumah lagi dan belum jumpa rumah sewa lagi..menu simple- simple macam ni memang memudahkan dan x perlu ambil masa yang lama..Dania pun suka makan sotong..boring la asyik goreng tepung je..sesekali boleh la masak macam ni..ye tak?

Jom tengok resepi...korang pun boleh cuba..


 
Sotong masak ala thai sedapppppp !!!

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg sotong

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

8 biji cili padi

2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu

2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)

1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)

1 biji tomato – potong dadu

Sedikit daun ketumbar


CARA MEMASAK:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan 

2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.

5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

6. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba♥️


Kredit : Wan Maslinda Wan Mohamed


Monday, August 21, 2023

Resepi Sotong Kangkung

Assalamualaikum..

Resepi sotong kangkung ni SA dah share kat FB tahun 2020 rasanya..lepas tu tak ingat plak dh pernah share ke belum kat blog..SA simpan sini sebab nak cuba buat nanti masa cuti panjang...menu ni memang menu fav SA..selalu beli kadang mahal kadang murah..terus terlintas nak cuba buat...tengok cara masak macam  renyah tapi kalau tak cuba tak tau kan..

Menu ni rasanya SAa sorang je yang suka dalam family..En Tunang x suka..Dania lagi la tak makan..dia kan makan memilih..kira bagus la..buat untuk sendiri makan boleh la makan banyak..hahahah...x perlu risau x cukup ke apa..hehehehe...


 

RESEPI SOTONG KANGKUNG


Bahan-bahan

1 pcs sotong kembang- direbus dan tos

2 ikat kangkung- dicelur

Kacang goreng- disangai dan ditumbuk kasar

Bijan- disangai


Bahan kuah sos

1 paket kecil taucu masin*

10 tangkai cili kering di potong2 dan di rebus*(dikisar bersama taucu)

1/2 cwn gula merah

2 sudu sos cili

2 sudu makan kicap manis

2 sudu makan sos tomato

1 sudu kicap pekat manis

5 sudu petis udang

1 sudu (b) tepung jagung- campur air sikit

3 cwn air


Cara-cara:


Untuk membuat sos,

1.sediakan periuk dan masukkan air

2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Setelah itu masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. masak hingga dpt kepekatan yg di kehendaki.Tutup api dan ketepikan.

4. Satukan sotong kembang yang telah dipotong kecil bersama kangkung ke dalam bekas.

5.Tuangkan sos td, taburkan kacang tumbuk serta bijan dan sedia utk di hidang.


Sos tu tak perlu letak garam,sebab taucu dh masin..kalau ada yg kurang dari segi rasa, tambah2 la apa yg patut mcm gula, kalau kurang manis,rasa sos harus pedas manis.


Selamat mencuba


Kredit :  Eniza M. Salim


Tuesday, April 4, 2023

Resepi Sotong Masak Ala Thai...

Assalamualaikum...

Jom buat resepi ni...SA ada sotong dalam fridge..jenjalan kat FB tadi nampak resepi ni...park la resepi ni kat sini...senang boleh buat...

Sekarang macam idea tu dh x banyak muncul kan...bahan ada boleh la buat...

Jom tengok resepi..




 

Resepi Sotong Masak ala Thai sedappp !!!


BAHAN-BAHAN:


1/2 kg sotong

1 biji bwng besar

4 ulas bawang putih

8 biji cili padi

2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu

2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)

1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)

1 biji tomato – potong dadu

Sedikit daun ketumbar


CARA MEMASAK:


1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan 


2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.


3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.


4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.


5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.


6. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba♥️


Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah