Wednesday, November 19, 2025

Ainnul Dania Huda & Anugerah The Duke of Edinburgh’s International Award – Tahap Perak

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, hari ini terasa begitu istimewa untuk SA, hati seorang ibu mana yang tak berbunga bila melihat anak sendiri mencapai sesuatu yang besar? Ainnul Dania Huda, si manis yang selalu buat SA tersenyum, akhirnya menerima Anugerah The Duke of Edinburgh’s International Award Tahap Perak & Gangsa daripada Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Anugerah Remaja Perdana (ARP) nama rasmi yang digunakan di Malaysia untuk program yang setara dengan The Duke of Edinburgh’s Award.

Alhamdulillah Dania dapat Tahap Perak. Walaupun nama anugerahnya panjang dan bunyinya sangat “antarabangsa”, tetapi bagi SA, maknanya sangat dekat di hati kerana usaha, ketekunan dan keberanian seorang remaja untuk mencabar diri dalam pelbagai aktiviti yang diadakan.



Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Melaka Siri 2 Tahun 2025







Sebenarnya, perjalanan Dania bukannya mudah. Ada masa letih, ada masa hampir putus asa, ada masa pelbagai aktiviti bertembung dengan pembelajaran. Tapi dia tetap teruskan  dengan senyum, dengan semangat, dan dengan keinginan untuk jadi lebih baik. Bila dia tunjuk sijil perak itu, SA rasa macam semua penat lelahnya berbayar.

Sebagai Mama, SA bukan sekadar bangga, malah SA terharu. Melihat Dania melangkah setapak lagi dalam hidupnya, SA sedar betapa cepat masa berlalu. Dulu SA yang pimpin tangan dia dan berikan galakkan, SA suruh cuba dan cuba, sekarang Dania pula yang tunjuk contoh keberanian dan disiplin.




Sebenarnya Dania sedang final exam untuk Semester 4 ni, nasib baik hari ni takde paper..last paper esok...SA tau pun semalam, kalau minggu lepas tau tentang anugerah ni dah tentu SA hantar baju yang proper untuk dia ambil anugerah..ni dia pakai baju Arwah Uwan dia ambil anugerah...kalau arwah Uwan ada mesti arwah uwan turut merasa bangga...





 

Tahniah sayang Mama,

Ainnul Dania Huda.
Semoga pencapaian ini jadi pembakar semangat untuk terus maju, terus mencuba benda-benda baru, dan terus percaya pada diri sendiri.

Mama dan Uncle sentiasa ada di belakang, menyokong setiap langkah awak. Dan hari ini, biarlah Mama meraikan kegembiraan ini kerana awak layak untuk dipuji dan diraikan.

Teruskan melangkah, jangan berhenti mencabar diri. Mama sentiasa ada kadang garang, kadang nagging, tapi sentiasa sayang..

Congratulations...

Keep it up and never give up...

20 comments:

  1. Tahniah Dania. Tahniah SA.
    Semoga Dania terus mengorak langkah ke arah yang lebih cemerlang, seimbang dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dania dan ibunya SA. Moga capai lagi kejayaan yang membanggakan negara dan diri juga mama & keluarga....Tahniah....Tahniah dan Tahniah.....Dania!

    ReplyDelete
  3. Masyaa Allah.. Alhamdulillah.. Tahniah puteri solehah kebanggaan SA sekeluarga.. ibu ana doakan Dania akan terus cemerlang hari demi hari di dunia dan akhirat.. aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah buat Dania dan kak SA...moga terus melangkah dengan bergaya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Tahniah Dania. Pencapaian yang membanggakan untuk Dania, mama dan keluarga. Good luck untuk exam nanti dan mendapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Dania! Tahniah kak SA juga. Semoga terus cemerlang di masa akan datang Dania.

    ReplyDelete
  7. congrats dear dania! well done! terbaekk. congrats utk SA jugakk

    ReplyDelete
  8. wow..congrats Dania. congrats sis SA juga....keep it up Dania!!

    ReplyDelete
  9. tahniah Dania...smoga trus cemerlang

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..acik pula yang sebak baca ni Dania...Tahniah kakak Dania,moga sentiasa cemerlang berjaya dunia akhirat,jadi anak kebanggaan mama kebanggaan semua ye sayang

    ReplyDelete
  11. Manis berlengas anak kakSA ni.
    TAHNIAH Dania, fly high okey.

    ReplyDelete
  12. tahniah dania...semoga terus success okay..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah
    Tahniah Dania tahniah SA
    Tumpang gembirq dgn kejayaan anak2
    Semoga terus maju jaya ye sayang
    Terus berusaha

    ReplyDelete
  14. Tahniah Dania.. besar dah awak.. Moga terus cemerlang dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  15. Wah, tahniah Dania! 👏🏻👏🏻 semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang 🤲🏻. Biasalah mak2 mmg akan sentiasa bangga dan gembira tengok anak2 berjaya.

    ReplyDelete
  16. wow tahniah dania. Achik notie doakan semuga sucess di masa akan datang. Tetap menjadi anak yang solehah selalu

    ReplyDelete
  17. Tahniah Dania, Tahniah Kak SA. Semoga terus maju jaya.. Fly High Dania !!

    ReplyDelete
  18. Ucap lagi sekali kat sini....
    Good Job Dania🥰🥰

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah