Showing posts with label Ainnul Dania Huda. Show all posts
Showing posts with label Ainnul Dania Huda. Show all posts

Thursday, July 23, 2026

Program Pelepasan Anak Anak Penyu Karah Sempena Sambutan 80 Tahun Melaka FM2026

Assalamualaikum wrt...

Isnin lepas, Dania ada sertai satu program kat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kamunting, Masjid Tanah, Melaka. Program Pelepasan Anak-Anak Penyu Karah ni dianjurkan bersempena dengan Sambutan 80 Tahun Melaka FM 2026.

Lokasinya tak ada lah jauh sangat dari tempat Dania, cuma Dania dan kawan-kawan UCAM dia sampai lewat sikit. Maklum saja, untuk Sem 5 ni course diorang ada amali kena berniaga sebelah petang. Selesai je berniaga, terus diorang bergegas ke sini!

SA kalau bab-bab macam ni memang suka sangat—aktiviti yang melibatkan pantai, laut, program CSR, dan haiwan marin. Nasib baiklah SA kerja kat KL. Kalau ada kat Seremban time tu, memang SA tak lepaskan peluang nak mengekor sekali!



Banner program Dania bagi yg screenshot je ni


Dah sampai di Pusat Konservasi 


Subhanallah cantiknya Sunset 


Ramai jugak masa program ni..


Dania dan kawan-kawannya


Dan semestinya, 'hero' utama majlis hari tu tentulah anak-anak penyu Karah yang bakal dibebaskan ke laut luas!


Video pelepasan anak penyu...

Melihat anak-anak penyu tu merangkak perlahan menuju ke ombak buat rasa tersentuh sangat. Semoga anak-anak penyu yang dilepaskan ni dapat membesar dengan selamat, panjang umur, dan terpelihara daripada ancaman. Syabas buat Melaka FM dan Pusat Konservasi atas usaha murni ni.

Satu pengalaman yang sangat berharga untuk Dania dan kawan-kawan. 

Walaupun penat diorang berniaga sebelah petang, tapi bila dapat tengok anak penyu kembali ke habitat asal sambil layan sunset, terus hilang rasa penat tu. Moga ada lagi rezeki untuk sertai aktiviti CSR laut macam ni pada masa akan datang.

Syabas buat Melaka FM dan Pusat Konservasi atas usaha murni ni.

Korang pernah tak sertai program pelepasan anak penyu macam ni sebelum ni?


Wednesday, July 8, 2026

Program Heart To Heart Oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM

Assalamualaikum wrt...

Hai semua rakan blogger dan pembaca setia sekalian.

Hari ini SA nak kongsi satu perkara yang cukup dekat di hati SA. Sebenarnya, Dania bersama rakan-rakan dari Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM bakal menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat yang sangat murni tidak lama lagi.

Sebagai ibu, sudah tentu SA rasa sangat bangga dan menyokong penuh usaha murni anak-anak muda ini untuk berbakti kepada masyarakat.

Program yang diberi nama HEART TO HEART ini membawakan tema "Sharing Love, Inspiring Hope". Ia bakal dilaksanakan di Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Melaka.


Matlamat & Objektif Program

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyantuni anak-anak yatim di sana melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat. 

Antara fokus utama mereka adalah:

  • Menyantuni anak-anak yatim melalui aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan bermakna. 
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa UCAM dengan penghuni PAYASUM. 
  • Memupuknilai kasih sayang, empati, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta program. 
  • Menyalurkan sumbangan dan infak bagi berkongsi rezeki melalui sambutan hari jadi serta pelaksanaan aktiviti untuk penghuni PAYASUM. 
  • Memberikan pengalaman pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat kepada mahasiswa melalui penglibatan secara langsung dalam program komuniti.

Melalui program sebegini, ia bukan sahaja memberi senyuman kepada anak-anak yatim tersebut, malah mendidik jiwa sukarelawan dan rasa empati yang tinggi dalam diri mahasiswa yang terlibat.





QR Code ni bukan QR bank ye...ini google form nak ke maklumat bank...



Seruan Sumbangan (Jom Infaq!)

Sesuatu program murni sebegini pastinya memerlukan sokongan kita semua untuk berjalan dengan lancar. Oleh itu, SA dengan rendah diri ingin mengetuk pintu hati rakan-rakan blogger dan para pembaca sekalian yang sudi untuk berkongsi sedikit rezeki.

Berapa pun nilai sumbangan anda, tiada paksaan ye, ikutlah pada kadar kemampuan masing-masing. Sedikit bagi kita, mungkin teramat besar dan bermakna buat anak-anak syurga di PAYASUM ini. Jom kita sama-sama bantu anak-anak muda kita menjayakan program ini dan dalam masa yang sama, kita menyemai saham akhirat kita.

Untuk memudahkan urusan sumbangan, Sumbangan boleh disalurkan melalui link ini https://forms.gle/PXq9JZgt8riuQibD7 atau scan QR code di poster yang disediakan.

Semoga setiap kebaikan dan senyuman yang kita ukirkan di wajah anak-anak yatim ini menjadi asbab keberkatan rezeki dan urusan kita di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Bagi rakan-rakan yang belum berkemampuan dari segi kewangan, bantuan doa mahupun sekadar 'share' atau 'reblog' entri ini pun sudah amat besar maknanya bagi kami. Semoga usaha kecil kita ini diberkati.

Terima kasih daun keladi, moga Allah membalas budi baik anda semua berlipat kali ganda.

Alhamdulillah SA dan suami telah pun memberikan sedikit sumbangan untuk program ini dengan doa dan harapan agar matlamat dan objektif program ini terlaksana...


Thursday, June 25, 2026

Dania Join Fun Run Di Damansara

Assalamualaikum wrt...

Sabtu lepas Dania join random fun run kat Damansara..ingatkan under UCAM rupanya random event je...dia tau pasal fun run ni pun melalui IG..so dari UCAM dia gerak pi ukul 4.30am dengan kawan dia...berdua je...so dia x ikut la SA pi Muar hari tu..memang dia dh bagitau awal dah pasal ni..



Dania dan kawan dia gerak dari UCAM 4.30am...banyak SA pesan..jangan laju segala la...


Sampai je damansara , cari masjid utk solat subuh berjemaah , nama masjid ni Masjid Al Mujahideen



Lepas solat, diorang gerak dan pukul 6:45 dh sampai depan cafe yg menganjurkan fun run tu..



Selby brand skincare yg collaboration dengan club running tu


Dania dan roommate yg join fun run ni..diorang berdua dari Kolej


Registration dan menurut Dania ramai Chinese yg join..Malay cuma beberapa orang je..untuk run ni Dania dikenakan bayaran RM20..dapat apa x tau la..medal pun x tau ada ke tak


Running pass ni untuk claim coffee dengan pastry lepas run nanti


Rupanya diorang the only indian & melayu yg join dalam run ni, so dptlah jadi member...bagus ni luaskan pergaulan dan berkenalan



Beratur utk amik coffee yg x dpt minum sebab Dania x boleh minum coffee



Dapat 2 iced latte , croissant ngan pain au chocolate


Dania makan pastry aje...dia dh lama stop coffee sebab jantung jadi laju bila minum coffee...


Done fun run 5km


On the way balik Kolej


Singgah masjid dekat Lubok China utk jamak zuhur ngan asar


 Pastu dapat la free gift glowing mask setiap sorang


Pengalaman la buat Dania join Fun Run ni...randomly je dia join..dia ingat ramai la Melayu yang join..rupanya dia dan roommate dia je..pergi pun naik kereta roommate dia...berbakul la pesanan SA bagi dia..risau la kan awal pagi perjalanan diaorang..

Bila join fun run..5km plak tu...sendi-sendi semua sakit kan...SA memang suruh dia turunkan sikit berat badan...so banyak la aktiviti fun run dia join...aktiviti kat Kolej macam macam...ni pun dah nampak susut skit badan sebab jarang balik rumah..kalau balik rumah aktiviti nya makan je kan...hahahaha...tukang hijack diet paling besar kat rumah tu PZ laa...bila kita cakap kita diet..dia masak sedap-sedap..acaner nak kurus macam ni?


Wednesday, June 3, 2026

Anak Kena Bisul? Ini Pengalaman Pertama Dania Dilanda Bisul Dan Dapatkan Rawatan Di Klinik

Assalamualaikum wrt..

Harap semuanya berada dalam keadaan sihat belaka. Hari ini SA nak kongsi satu cerita ringkas, tapi sebenarnya agak mendebarkan juga buat SA sebagai ibu. Pertama kali dalam sejarah, anak dara kesayangan SA, Dania, kena penangan bisul! Dania dah dapat rawatan dah hari Sabtu malam...doktor dah pecahkan bisul walaupun masih belum "masak" sepenuhnya. Pecahkan sebab doktor risau akan berlaku jangkitan kuman..dan kalau masih membesar doktor suggest ke hospital dan buat minor surgery untuk buang punca dan akar bisul tersebut..sebut bab surgery seram plak SA...Usai rawatan doktor bekalkan Dania dengan krim, ubat demam, ubat surut bengkak dan juga antibiotics untuk seminggu..once makan ubat tu semua ikut time, rupanya bisul tu totally masak dan meletup...Dari jalan tak selesa terus dah ok sepenuhnya..

Isnin malam Dania tunjuk pada SA keadaan bisulnya tu..SA nampak ada macam nanah keliling luka atau lubang bisul tu..Risau punya pasal, semalam SA terus bawa Dania ke klinik untuk buat dressing dan cuci apa yang patut. Alang-alang dah lalui pengalaman pertama ni, SA terfikir nak buat sedikit perkongsian di sini. Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu-ibu boleh sentiasa alert dan pastikan anak-anak kita tak terkena penangan yang sama..seksa uiii kena bisul..nak- nak kawasan punggung macam Dania...x selesa nak duduk dan berjalan...kesian SA tengoknya tapi knowing Dania..dia kan dah biasa melasak..dia buat tak tau je takde la merengek sakit ke apa...

PZ pun hairan kenapa Dania boleh kena bisul..padahal makan buah, makan sayur...tapi kalau dah nak kena tu..memang kena gak la..so please alert ye...walau rasa macam jerawat biasa aje..tapi kalau dah bengkak dan membesar maknanya itu adalah bisul...kesian anak mama...



Memang purposely pakai kain..senang Mak Teh nak tolong buat dressing




Mama dengan naked face dan muka breakout...

 

SA share kat sini sebagai perkongsian at least kita semua ibu- ibu boleh alert dan pastikan tidak terkena pada anak- anak kita...atau bila dah terkena perlu buat apa untuk step seterusnya....

Apa Itu Bisul?
Bisul ialah benjolan merah, bengkak dan sakit pada kulit yang berlaku apabila folikel rambut atau kelenjar minyak dijangkiti bakteria, biasanya oleh bakteria Staphylococcus aureus.

Pada peringkat awal, bisul kelihatan seperti benjolan kecil yang sakit apabila disentuh. Lama-kelamaan, ia akan membesar dan dipenuhi nanah sebelum pecah atau sembuh.

Kenapa bisul boleh terjadi?
Antara punca yang biasa ialah:

Jangkitan bakteria
Bakteria masuk melalui luka kecil, gigitan serangga, calar atau liang roma yang tersumbat.

Kebersihan kulit yang kurang baik
Peluh, kotoran dan minyak berlebihan boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Geseran pada kulit
Contohnya di kawasan paha, ketiak, punggung atau leher yang sering bergesel dengan pakaian atau kulit lain.

Sistem imun yang lemah
Individu yang mempunyai penyakit seperti Diabetes Mellitus atau sedang mengalami tekanan fizikal yang tinggi lebih mudah mendapat bisul.

Perkongsian barangan peribadi
Tuala, pisau cukur atau pakaian yang tercemar boleh menyebarkan bakteria.
Tanda-tanda bisul

Benjolan merah dan sakit
  1. Kawasan sekeliling menjadi panas dan bengkak
  2. Muncul "mata" putih atau kuning di tengah bisul
  3. Keluar nanah apabila matang
  4. Kadang-kadang disertai demam jika jangkitan lebih serius

Apa yang perlu dilakukan?

✅ Letakkan tuaman suam selama 10–15 minit, 3–4 kali sehari untuk membantu bisul matang dan mengalirkan nanah.

✅ Pastikan kawasan bisul sentiasa bersih.

✅ Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh bisul.

❌ Jangan picit atau pecahkan bisul sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak lebih dalam atau ke kawasan lain.

Bila perlu berjumpa doktor?

Dapatkan pemeriksaan jika:

  1. Bisul sangat besar atau sangat sakit.
  2. Bisul berada di muka, terutama sekitar hidung atau mata.
  3. Bisul tidak sembuh selepas 1–2 minggu.
  4. Anda mengalami demam.
  5. Bisul kerap berulang.
  6. Anda mempunyai diabetes atau masalah sistem imun.

Jika bisul kerap berulang, doktor mungkin akan mencari punca asas seperti diabetes, masalah kulit tertentu, atau pembawaan bakteria pada kulit. Macam Dania malam tu doktor memang check diabetes dia..Alhamdulillah, syukur sangat bila doktor sahkan bacaan gula (diabetes check) Dania semuanya normal malam tu. Sekurang-kurangnya lapang sedikit dada SA ni. Pengalaman pertama kali ni betul-betul mengajar SA dan Dania sendiri tentang pentingnya peka dengan perubahan kecil pada badan.

Buat ibu-ibu di luar sana, kalau nampak anak  korang bengkak-bengkak kecil yang mencurigakan, jangan tunggu lama ya. Teruslah bawa jumpa doktor sebelum melarat. Doakan anak dara SA ni cepat sembuh sepenuhnya dan ceria macam biasa semula, ya?

Jumpa lagi di entri akan datang. Take care, semua!


Monday, May 18, 2026

Hantar Dania Balik Kolej Untuk Semester 6

Assalamualaikum wrt...

Dah sebulan duduk rumah cuti semester, tibalah masa Dania balik kolej dan mulakan Semester 6. Semalam SA decided pergi hantar Dania..hantar tapi kereta asing- asing ye..sebenarnya lebih kepada nak berjalan...lama x pi Melaka...hahaha...walau panas dan jammed macam mana pun orang cakap tetaplah nak pergi Melaka kan...salah satu negeri yang dekat dengan NS dan senang x yah nak bermalam kat sana...

Dania belum Final Semester ye...ada lagi 2 Semester..tahun depan bulan 11 Dania Final dah...Dania akan intern lepas Semester 8 nanti kalau x salah...



Minah ni bawak kereta lajuuuu...


By 11 lebih dah sampai dah...tolong Nia angkat barang


Takde lah banyak sangat barang..sempat la sapu bilik sebab banyak taik cicak..bangunan asrama macam ni memang ada masalah banyak cicak kan..


SA tanya ni tempat apa..dia kata tempat lepak, kalau nak study boleh..tengok tv pun boleh...tapi kena la pakai tudung walau dalam kawasan asrama..sebab boleh nampak tempat tu dari luar..


Main building..pi sini sebab Dania nak daftar bilik


Surau juga ada kat sini..besar suraunya


Dah settled..




Dah daftar bilik...

Lepas dah daftar bilik tu kemana kami?

Dania drive, uncle duduk belakang...Dania bawak satu venue makan hidden gem katanya..tak ramai tahu..tapi sebab dah ramai yang share kat medsos, kedai tu dah ramai yang pergi..kedai yang hanya untuk pencinta Wantan Mee...

Kita share next entry ye....

Monday, April 27, 2026

Dania Joined Neon Fun Run 5KM Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Gadek

Assalamualaikum...

Bukan SA la kalau tak throwback...ni event Dania last week Jumaat 17 April..Dania join Acara Neon Fun Run 5KM Program Sembang Santai Anak Muda Gadek sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Gadek
SA suka la kalau dia join program atau event macam ni sebabnya dia bising dia dah gemuk..dah tak leh buat apa dah katanya..hahaha...adeh...so masa Jumaat tu last paper final exam Sem 5, habis je dia terus join event ni malam...









Kabur la..maybe sebab malam kan


Semua student yang joined



 Dapat la dia medal tu..x tau la ni medal yang ke berapa sepanjang  tahun ni atau tahun lepas...the best part..kan SAbtu tu SA pi Kuantan x jumpa dia...SA jumpa dia Ahad je itupun petang kan...tengok dia jalan macam penguin..aik dah kenapa?
Rupanya otot sakit daaaa.....alahai....ye la 5km lari katanya...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah