Tuesday, July 14, 2026

Kitchen Kabinet SA Dah Siap...

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah hadiah hari lahir SA yang paling besar tahun ni adalah Kitchen Kabinet yang baru...alhamdulillah...terima kasih buat suami bertungkus lumus menjayakan renovation dapur ni..kalau arwah mak masih ada mesti arwah suka tengok dapur dah cantik...sekarang kena jaga la elok-elok dan cantikkan semula..ni blom cantik sepenuhnya..banyak nak kena buat lagi...legaa PZ dapat masak semula..SA pun dah mula guna dapur ni...sempat masak Ahad lepas..2 hari ni je x dapat nak masak sebab SA training...stress jugak dengan training sebab kena buat presentation lagi...padat jadual 2 hari ni...kebetulan pagi ni SA sampai awal so dapat la SA upkan entry ni...


Jumaat lepas pekerja siapkan dalam masa 5 jam...


 Suka sebab diorang juat debgan teliti


Hasilnya...ni blom touch up sepenuhnya


Bahagian ni SA x ubah design...kekalkan rangka dan design..


Dah letak coway semula


Kitchen hood dan stainless steel 1 set jenama Midea..


SA suka dapur ni..senang jaga dan senajg kawal apinya..mula on memang api besar..confirm banyak pakai gas..tapi dh ajar dah PZ macam mana nak guna kan..


Kaninet baru jugak...oven besar tu je x boleh letakkan kat dapur...sebab melampau besaunya...cukup la 3 gadjet baru ni..

Terima kasih Dania, mama x sihat tapi dia jugak bertungkus lumus tolong kemaskan..pinggan mangkuk letak dalam kabinet...susun atur semua dia yang buat...kesian dia penat..nanti mama bawak pi makan-makan ye...now Dania dah balik kolej...

Terima kasih Abah sebab behave sabar sampai renovation selesai..dialah orang yang memberi persetujuan sudip ajaib SA dibuang...sabar jer la..benda lama semua dia setuju Dania buang...dah agak dah...kuali lama yg bqnyak jasa pun dia buang ni...satu hal nak cari kuali baru...

Terima kasih buat suami tercinta...hadiah paling besar untuk hari lahir SA...Insha'Allah SA akan comeback buat macam-macam masakan..jangan bising badan makin naik..kalau x nak naik meh ikut SA diet untuk program Well-Lympic yang akan berlangsung x lama lagi...

Terima kasih..I Love You all....Suami, Dania & PZ

SA akan comeback dengan menu-menu baru...Insha'Allah..


15 comments:

  1. alhamdulillah, dh siap yer. lps ni bolehlah all out SA masak2 tu..anyway, moga cepat sembuh yer..shafakillah

    ReplyDelete
  2. Cantik, luas juga dapur rumah SA

    ReplyDelete
  3. dapur tu pun tak sabar nak beraksi sepenuhnya..
    kadang-kadang barang kat dapur or kat memana jelah dalam rumah yang kita sayang sangat nak buang tu memang orang lain kena keringkan hati dan buang. kalau tunggu kita memang "sayang" sentiasa

    ReplyDelete
  4. yeay tak sabar nak tengok lauk2 keluar dari dapur baru...

    ReplyDelete
  5. Semoga terus bersemangat memasak dan berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, lepas ni boleh dah masak sedap-sedap dan lebih selesa.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...kita pun turut happy dan lega tengok semuanya dah siap. Tinggal kemas betul-betul je lah. Cantik warna kabinet baru. Nampak modern. Lagi semangat memasak lepas ni. Ambil masa juga nak mengemas menyusun barang-barang semula tu. Takpe, slow-slow je lah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah
    Siapp cantik nk masak2 makin bersemangat ni
    Idaman wanita dapur lawa tmpt setiap hari kita

    ReplyDelete
  9. seronoknya...hadiah bday tahun ni.. mesti yang kat rumah semua dah rindu masakan SA

    ReplyDelete
  10. Hadiah yang paling bermakna dari Encik Suami. Dia tau isteri dia suka memasak, jadi dia hadiahkan dapur baru 😄 Tak sabar tgk menu2 dari dapur baru SA.

    ReplyDelete
  11. yeayy kitchen kabinet baru. Sebagai perempuan, memang best kalau dapur cantik. Mina belum ada rezeki nak buat kitchen kabinet.. so nya barang2 dalam stor je hahaha

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah cantik dapurnya...best ever birthday gift..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah! Tumpang seronok tengok SA dapat ‘dapur baru’. Tambah seronok memasak ya.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah tumpang seronok, dengar pulak hadiah dari en suami ye. Dah la SA suka masak, dapat pula new kitchen cabinet as a bday gift mmg lompat bintang la :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah