Assalamualaikum wrt....
Sampai dah kita di entry terakhir CSR Program Heart To Heart Bersama Anak-Anak Yatim Miskin (PAYASUM) Sungai Udang Melaka..
Seterusnya, selepas sesi penyampaian goodies bag dan hadiah daripada para penaja, dianjurkan pula sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir pada bulan Julai dan Ogos.
Disebabkan itu, SA mengambil inisiatif untuk menaja goodies bag ini. Tambahan pula, ini juga rezeki anak-anak ini apabila ada individu yang sudi menginfaqkan wang tunai serta barangan. SA mahu semua anak menerima sesuatu daripada program ini. Memandangkan mereka yang menyambut hari lahir sudah ada hadiah khas, jadi bagi mengelakkan ada yang terasa "berjauh hati", SA tampil dengan idea menaja goodies bag ini.
SA berniat infaq ini di atas nama Arwah Mak dengan harapan semoga semua pahala amalan tersebut akan sampai kepada arwah Mak SA..Aminn...
AJK KSRM UCAM sedang setting kek yang turut disumbangkan oleh penaja..
July babies
August babies
Anak- anak yang sambut hari lahir
7 orang semuanya
Video yang SA dapat dari Dania...
Adik yg kecik sekali tu macam menahan sebak..SA x leh tengok..bergenang air mata
Terpancar keriangan di wajah mereka...alhamdulillah
Pengarah Program sampaikan hadiah hari lahir
Bergambar beramai- ramai
Video tagline dari anak- anak semua
Selesai semua bergambar, tiba masa untuk makan tengahari...Makanan ditempah di sana jugak..kakitangan dan pengurus yang sediakan..mereka tahu apa makanan kegemaran anak- anak yatim ni semua kan..tidak la mewah tapi cukup meriah dan cukup segalanya...Bagi diorang semua makan dahulu baru la SA, Suami dan team KSRM UCAM join makan sekali..alhamdulillah sedap..





Syukur Alhamdulillah, selesai sudah semuanya... SA sangat-sangat berbesar hati dan bersyukur Allah permudahkan program ini berjalan lancar. Semoga sedikit usaha dan sumbangan kecil ini dapat mengukir senyuman di wajah anak-anak PAYASUM.
Terima kasih tidak terhingga kepada team KSRM UCAM, para penaja, serta semua pihak yang terlibat dan sudi membantu menjayakan CSR Program Heart To Heart kali ini. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan anda dengan ganjaran rezeki serta keberkatan yang melimpah-ruah.
Berakhir sudah kenangan manis kami di PAYASUM Sungai Udang. Terima kasih buat korang yang setia membaca perjalanan program ini dari awal hingga akhir. Doakan agar usaha kecil ini mendapat keredhaan-Nya dan semoga pahala infaq ini terus mengalir buat arwah Mak...
Amin YRA.
ceria nampak adik adik tu sambut SA dan yang lain. Lawa SA pakai warna ni. naik seri
ReplyDeleteAlhamdulillah..Kita yang baca pun tumpang seronok. Memang happy, kita pun happy jugak. Syukur majlis berjalan dengan lancar. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat semua yang terlibat, ganjaran pahala buat arwah mak akak. Aamiin...
ReplyDeleteHappy birthday untuk mereka, July & August babies. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, di kurniakan kesihatan yang baik, sentiasa ceria dan bahagia, berjaya dunia akhirat dan Allah permudah segala urusan kalian. Aamiin...
ReplyDeleteAlhamdulillah, CSR Program Heart To Heart di PAYASUM Sungai Udang berjalan lancar! Tahniah SA & team KSRM UCAM. Mulia betul hasrat SA menaja goodies bag CSR PAYASUM atas nama arwah Mak. Semoga pahala infaq mengalir berterusan. Btw SA, ada perancangan nak buat CSR macam ni lagi tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah...Linda baca pun berlinang air mata.. mesti seronok anak² tu dapat potong kek..
ReplyDeleteBest program CSR mcm ni..
ReplyDeleteJemput singgah yer..
ReplyDeleteTETAP MAMA DI HATI
comel2 suci mulus belaka wajah anak2 yatim ni... moga sampai pahala kebaikan utk mak SA di alam sana..aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga pahalanya mengalir ke Mak Pah. Anak2 semua nampak happy diraikan dalam aktiviti macam ni.
ReplyDeletealhamdullilah..semoga diberkati Allah selalu
ReplyDeleteBaguslah ada birthday cake ❤️❤️. Bisa dibagi utk ramai2 merasa kan.
ReplyDeleteSaya terharu lihat si adik kecil 🥹🥹. Mengingatkan saya beberapa waktu lalu, ada acara Jumat berkah, di mana teman saya menyajikan makanan gratis utk orang2 yg datang ke mesjid di hari itu. Ada driver motor gojek, grab, trus ada juga anak2 kecil yg jualan tissue pinggir jalan. Ada 1 anak ini, agak takut dia tanya ke teman saya.. boleh tak dia ambil 2 makanan, Krn dia nak bagi ke ibu dia di rumah ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Selepas bagi si adik kecil 2 makanan, teman saya lgs menangis di belakang. Sedih kalau ingat anak seusia mereka dah hrs kerja dan tidak sekolah demi bertahan hidup .
Jangan tanya kemana pemerintah. Mereka memang tak peduli soal begini