Assalamualaikum wrt..
Hi korang...
Balik dari Preparation CSR Pogram semalam SA dijemput Suami...4.00pm SA dah balik dah...hari pun nak hujan...suami plak x makan lagi..mulanya nak beli MCD aje tapi kami x familiar kawasan tu..ada la MCD depan skit dari Zoo Negara tu tapi macam x menarik plak...so kami teruskan aje la perjalanan...dah masuk highway Sg Besi kami terus masuk Bangi sebab nak makan kat Salam Noodles ni...asyik tengok dan lalu je hari- hari...
Saje la SA nak makan mee tarik....tapi tu la..salah pilih hahaha....suami plak lapar nasi...
Salam Noodles cawangan Bangi
Restoran bersih dan selesa..deco pun menarik
Menu diorang
SA amik menu no 111
Menu sausage
Amik menu no 63
Chilli Oil dia sedap
Tempat pun banyak
Muka penat
Beef sausage..tapi macam x sama je dalam gambar
Beef roti
Air free flow
Beef Dumpling
Dumpling sedap
Claypot Sao Zhi Noodle
Panas..melecur lidah..kena tunggu suam skit baru boleh makan
Chicken penyet rice
Kuahnya
Suka deco lampu tu
Suami cakap boleh laaa
Salam Noodles ni makanan dia OK je...harga pun jauh lebih murah...
Secara keseluruhannya, not bad la untuk late lunch kami berdua hari tu. Dengan total RM51.85 untuk macam-macam jenis makanan dan air free flow, memang sangat berbaloi dan mesra poket. Walaupun ada menu yang kurang kena dengan tekak atau tak sama macam gambar, tapi dumpling dengan chilli oil dia memang penyelamat! Insya-Allah kalau lalu lagi area Bangi dan tekak terasa nak makan masakan Cina Muslim yang cepat dan murah, boleh la singgah lagi.
Kesimpulannya, Salam Noodles ni memang pilihan yang selamat kalau nak makan sedap pada harga yang jauh lebih murah berbanding restoran Cina Muslim yang lain. Cuma next time SA kena lebih berhati-hati masa pilih menu dan jangan gelojoh sangat masa makanan tengah panas lidah melecur dibuatnya! Apa-apa pun, mission accomplished dapat jugak singgah tempat yang selama ni asyik tengok dari dalam kereta je..
Korang pernah cuba makan kat Salam Noodles ni?
See you olls next entry ye...nanti SA share program CSR yang berlangsung hari ni....

























saya pernah sekali je makan di dalam noodles. itu pon kawan belanja...
ReplyDeleteterliur dumpling!
ReplyDeleteDumpling fav
ReplyDeletepernah makan kat cawangan putrajaya. masa tu fried dumpling dia tak sedap huhu.
ReplyDeletetapi harga makanan kat sini memang murahh. licin betul sausage tu ye hehe
Alhamdulillah hajat tercapai. Makanan sedap & deco cantik pun dah buat kita happy
ReplyDeleteMurah harga dia untuk resto Cina Muslim..
ReplyDelete