Bangga betul bila masjid di Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa!
Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan menerima gelaran Global Outstanding Mosque of the Year 2026 menerusi World Islamic Tourism & Trade Awards (WITA) 2026.
Masjid yang mula dibuka pada tahun 2019 ini cukup terkenal dengan seni bina Islam klasik yang mengagumkan, lengkap dengan kubah besar, gerbang indah dan ukiran yang sangat terperinci.
Bukan itu sahaja, masjid ini juga menjadi tumpuan penggemar fotografi kerana keindahan seni binanya yang cukup memukau, terutama ketika matahari terbit dan terbenam.
Memang tak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan seni bina Islam bertaraf dunia. Kita ada di Malaysia sendiri!
Siapa yang dah pernah sampai sini? Cantik tak suasananya depan mata berbanding dalam gambar?
Kredit gambar: Masjid Sri Sendayan
SA dah beberapa kali pi sini..memang masuk je kat Masjid Sri Sendayan vibes dia jadi lain...tak percaya? Korang kena pi...




Tahniah untuk pihak pengurusan Masjid Sri Sendayan, & thanks SA dah share berita membanggakan ini.
ReplyDelete