Monday, August 3, 2026
Beli Barang- Barang Untuk Goodies Bag Event Anak Yatim Ahad Ini

Wednesday, July 8, 2026
Program Heart To Heart Oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM
Hari ini SA nak kongsi satu perkara yang cukup dekat di hati SA. Sebenarnya, Dania bersama rakan-rakan dari Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM bakal menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat yang sangat murni tidak lama lagi.
Sebagai ibu, sudah tentu SA rasa sangat bangga dan menyokong penuh usaha murni anak-anak muda ini untuk berbakti kepada masyarakat.
Program yang diberi nama HEART TO HEART ini membawakan tema "Sharing Love, Inspiring Hope". Ia bakal dilaksanakan di Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Melaka.
Matlamat & Objektif Program
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyantuni anak-anak yatim di sana melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat.
Antara fokus utama mereka adalah:
- Menyantuni anak-anak yatim melalui aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan bermakna.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa UCAM dengan penghuni PAYASUM.
- Memupuknilai kasih sayang, empati, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta program.
- Menyalurkan sumbangan dan infak bagi berkongsi rezeki melalui sambutan hari jadi serta pelaksanaan aktiviti untuk penghuni PAYASUM.
- Memberikan pengalaman pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat kepada mahasiswa melalui penglibatan secara langsung dalam program komuniti.
Melalui program sebegini, ia bukan sahaja memberi senyuman kepada anak-anak yatim tersebut, malah mendidik jiwa sukarelawan dan rasa empati yang tinggi dalam diri mahasiswa yang terlibat.
Terima kasih daun keladi, moga Allah membalas budi baik anda semua berlipat kali ganda.
Alhamdulillah SA dan suami telah pun memberikan sedikit sumbangan untuk program ini dengan doa dan harapan agar matlamat dan objektif program ini terlaksana...

Friday, December 21, 2012
Membantu Mereka Yang Memerlukan..
Aku sangat2 berbesar hati kalau followers aku semua dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada Rumah Amal Kasih Bestari ni...sebagai menyokong adik blogger NADIAFARAHIDA aku copy paste entry beliau untuk sama2 berusaha membantu hasrat beliau dan juga 40 orang blogger yang terlibat sama..(even aku pun bukan semulia yang disangka)semoga dengan berkat usaha semua dapat merealisasikan impian anak2 yatim ini utuk hidup selesa.cuma aku terlambat mendaftar untuk join the event...
saya memerlukan sumbangan untuk anak yatim.
# akaun number Maybank 153010538403 tuuu under nama suami nadia, NIK ASYRAF SYAFIQ NIK AZIZAN. korang jangan risau, bukan akaun orang asing. :))

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah








