Showing posts with label Birthday abah. Show all posts
Showing posts with label Birthday abah. Show all posts

Thursday, June 4, 2026

Sambutan Hari Lahir Nur Tihani Sofiyya, Atok & Kakak Kembar

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, bulan Mei kembali lagi dengan penuh kemeriahan! Kalau korang nak tahu, bulan Mei ni memang bulan yang paling sibuk dan penuh dengan sambutan hari lahir dalam keluarga kami. Macam berpakat pula semuanya nak lahir dekat-dekat tarikh! Jenuh cari hadiah...

Entri kali ini SA nak kongsi memori indah sambutan birthday anak buah tersayang, Nur Tihani Sofiyya yang pertama. Kejap betul masa berlalu, diam tak diam pada 27 Mei lepas, genaplah usia si comel ni 1 tahun. Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya usia permata hati kami, Nur Tihani Sofiyya. Rasa macam baru semalam tengok dia dilahirkan, alih-alih pada 27 Mei lepas dah genap pun setahun usianya. Selamat Hari Lahir yang pertama, sayang!

Istimewanya sambutan kali ni, kami satukan terus tiga sambutan hari lahir sekali gus dalam satu majlis. Kira rezeki semualah dapat potong kek sama-sama..padahal dah sambut dah awal hari tu birthday Kakak Kembar dan Atok...eh Tihani pun dah sambut masa kat Perlis..



Ibu Tihani belikan kek Baskin Robbins


Comel je cakenya...sedap plak tu..



Ibu beli Pizza jugak sebab Abam Opick suka Pizza..





Mamalong buatkan tauhu daging ni...



cicah kuah kicap pedas


Yang diraikan..amikk..atas meja duduknya...




Video yang sempat SA rakam



Tihani blurr bila semua nyanyikan lagu birthday







simbolik...atok suapkan eskrem...


eh..x cukup..nak lagi ye...



Suka atok melayan Tihani



Apapun, Alhamdulillah... majlis ringkas macam ni pun dah cukup buat kami sekeluarga gembira. Seronok tengok gelagat Tihani yang terkebil-kebil blur bila semua orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. Lepas tu, dapat pula suapan aiskrim Baskin-Robbins secara simbolik daripada Atok... amboi, bukan main suka lagi dia, siap nak lagi! 

Semoga Nur Tihani Sofiyya, Kakak Kembar, dan Atok dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin...

Korang paling suka menu yang mana? SA kalau dapat tauhu daging cicah kuah kicap pedas tu, memang tak pandang kiri kanan dah! Hahahaha.

Ni next birthday Aydan 5hb June dan birthday Mamalong 6hb June...siapa plak nak sambutkan untuk kami berdua ni...haaaa....acaner ni....Aydan dah sound dah...jangan nak ingat birthday mama aje ye..Aydan pun sama jugak kena sambut....😁😁

Okaylah, jumpa lagi di next entry 


Wednesday, May 28, 2025

Happy Birthday Abah Yang Ke 71 Tahun

Assalamualaikum....

Hari ni birthday Pak Zain uolls....seawal subuh SA dah wish birthday untuk PZ....sedikit sebak sebab tahun ke 2 PZ sambut birthday tanpa Isteri tercinta.



Gambar terbaru PZ dan Cucu serta cicitnya


Selamat hari lahir yang ke-71! Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk kami menyambut hari istimewa Abah bersama. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan didikan yang Abah curahkan selama ini.

Semoga Allah sentiasa memberkati usia Abah, dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang tenang, dan amal yang diterima. Moga setiap langkah Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Kami sayang Abah dunia akhirat. Teruslah jadi inspirasi dan kekuatan kami. 💛

Barakallahu fi umrik, Abah!


Tuesday, May 28, 2024

Selamat Hari Lahir Pak Zain Yg Ke 70 Tahun

Assalamulaikum...



Hari ni genap usia ayahanda tercinta SA, Pak Zain yang tersayang..

Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yg sentiasa mengiringi setiap perjalananmu.

Selamat Hari Lahir ABAH yang ke 70 tahun

Semoga dipanjangkan umur,

diberikan kesihatan yg baik,

dilimpahi rezeki,

diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya

dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا

YA ALLAH ENGKAU PANJANGKAN UMUR AYAHKU, KAU KASIHILAH DIA SEPERTIMANA DIA MENGASIHANI KAMI SERTA MENJAGA SEMASA KAMI MASIH KECIL…AAMIIN YRA

SELAMAT HARI LAHIR Abah

Along sayang abah dunia akhirat...


Friday, June 2, 2023

Sambutan Hari Lahir Pak Zain Yang Ke 69 Tahun

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sementara SA menunggu signal dari Seremban, Mak Pah akan di transfer ke IJN, SA nak update dulu la sikit sambutan birthday Pak Zain Ahad lepas. Lepas happy- happy masa tu yang Mak Pah kena heart attack malam tu...takpe la hal yang sedih kita lupakan kejap...

Pak Zain x tau pun kami nak buat majlis hari lahir dia..ala makan- makan simple je...adik2 masak nasi tomato, ayam masak merah, steambot dan ada yong tau foo...SA plak masa tu sibuk dengan persiapan untuk daftar penikahan online...so SA bagi duit je kat Mak Pah, lepas tu SA beli kek je kat Secret Recipe...



Simple decoration guna apa yang ada je..


Hokkaido tripple cheese cake


Nasi tomato


Ayam masak merah


Yong Tau foo


bahan untuk steambot


Sayur- sayur


bebola


Kuah tomyam


Dimsum


Sos yong tau foo, x tua beli ke buat ni


Kita letak satu gambar dulu ye...

28 May genap usia Pak Zain 69 tahun...

Tak sempat nak citer kat sini...semua nya berlaku sekelip mata..ingat nak update Isnin...tapi x sempat..kekangan masa betul...masuk kerja Selasa SA sibuk dengan Malakoff Rebranding Launch kat Aloft..dan masa tu Mak Pah kat ward isolation..takde sape boleh jaga..melawat pun kejap aje masa tu...

Sekarang yang sangat terkesan adalah Pak Zain..ye la Mak Pah dah beberpaa hari dalam ward...ni nak kena transfer ke IJN plak...sedikit sukar la Pak Zain nak pi melawat...x pasti lagi boleh jaga atau tak..x pasti lagi siapa yang boleh stay jaga Mak Pah..SA sehelai sepinggang aje ni..ingatkan nak half day hari ni terus balik Seremban sebab En Tunang all the way dari JB nak tengok Mak Pah...sekali Mak Pah kena transfer ke IJN plak jap lagi...

Nanti ada kesempatan SA update lagi entry sambutan birthday Pak Zain ye...


Monday, May 30, 2022

Sambutan Birthday Pak Zain Yang ke 68 Tahun

Assalamualaikum..

Hi korang...

Penatnya SA...penat semalam masak seharian untuk birthday Pak Zain x hilang lagi..hari ni tambah lagi penat masak pulak untuk potluck office esok...tapi takpe la bukan selalu kan..betis SA ni dah rasa macam nak cramp dah...kejap lagi plak nak kemas- kemas barang kerja...

Semalam genap umur Pak Zain 68 tahun...sebab tu SA plan sambut birthday Pak Zain..saje la nak bagi dia happy skit...jemput la sedara mara yang berdekatan dan adik beradik SA...cuma adik yang kat Muar tu la x dapat nak join....lagipun area Johor kan selalunya Ahad kerja...kalau dia balik Sabtu macam mana plak kan...anak esoknya nak sekolah...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...walau pada awalnya risau takut orang tak datang...semalam tak dapat nak amik gambar pun...orang ramai datang...handphone pun x dapat nak pegang...

Jom la tengok apa yang SA masak...gambar dah susun elok tapi biasa la blogspot ni...appear kelam kabut ha...



Cucur udang special SA


Sambal terung special Mak Pah


Sos cucur udang


Kuah Kacang


Nasi Impit


Kari Ayam


Mee kuning


Buah tembikai


Sup daging untuk mee sup daging..ada tambahan tetel bagi lagi sedap makan


Lauk daging cincang...


Ada nasi putih juga


Air sirap..


Alhamdulillah semua settle..semua berjalan lancar..

Buat Pak Zain....Selamat Menyambut Hari Lahir....

Panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik...

Amin....

 


Sunday, May 29, 2022

Happy Birthday Pak Zain Yang Ke 68 Tahun


 

Assalamualaikum...

28 May 2022 genap umur Pak Zain 68 tahun...

Selamat hari lahir abah...x sempat nak buat entry semalam sebab sibuk sangat- sangat. Dari kul 8 malam sampi kul 11 malam orang datang. Lepas tu kemas rumah semula...alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...SA penat betul...x terkata penatnya sebaba sibuk dari awal pagi...

Semua doa yang sentiasa dipanjatkan oleh anakmu ini adalah bentuk ketulusan dan terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang sempurna untukku dan adik-beradik yang lain. Semoga abah sentiasa berada dalam lindunganNya.

Amin....


Thursday, June 4, 2020

Simple Birthday Celebration Untuk Pak Zain

Hi korang

Kenal Pak Zain? Haaa Pak Zain ni agak popular la kat FB berbanding anak dia...macam mana bleh popular pun tak tau la...kalah anak dia ni..selalunya anak dia ni yang ada ramai pengikut, tapi sejak MCO hari tu Pak Zain sedikit popular bab tanaman yang ditanamnya di rumah. Sekarang semua tanaman Pak Zain dah harvest dah..tinggal beberapa je lagi dalam proses nak tanam semula..

So 28 May lepas merupakan birthday Pak Zain yang ke 66 tahun...ada la buat simple celebration untuk Pak Zain...bukan main happy dia lagi...tak lepas ucapan terima kasih kat mulut dia..Makin di mamah usia, makin Pak Zain ni sangat menghargai Mak SA..setiap apa yang dilakukan demi isteri tercinta, gaduh, rajuk manja dah menjadi asam garam buat Pak Zain. Anak- anak dan cucu dah faham dah...ketua keluarga memang begitu sifatnya kan..eh..jangan tak tau Pak Zain ni pandai urus rumah tau, masak pun dah power dah...berkat jadi Surarumah sejak mak sakit kan...

Jom tengok gambar...sebenarnya gambar ada banyak tapi banyak censored sebab  Mak tak bertudung...so macam tak best plak nak letak kan....




Nampak muka terharu abah kat situ.


Beli kek Choc Odyssey by SR
 

Zoom Cake skit..


Mommy Dida sponsor Kambing grill

Simple je celebration, Actually Mak SA ada masak pulut kuning masa ni..ada sambal ikan bilis petai dan kari ayam..pas tu buat sedekah kat jiran- jiran dan kawan- kawan...cucu plak semua mandi kolam depan rumah..so potong cake pun kat area pintu rumah je...meriah petang tu masing- masing mandi dari tengahari bawak ke petang...siap SA belanja makan durian. Kenyang sampai ke malam sudahnya...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah