Showing posts with label Birthday Anak Buah. Show all posts
Showing posts with label Birthday Anak Buah. Show all posts

Friday, June 5, 2026

Hadiah - Hadiah Untuk Taufiq, Tiara & Tihani

Assalamualaikum wrt...

Cerita Ahad lepas...pagi tu mereka bertiga kesayangan SA ni balik selepas lama bercuti di Perlis..diorang balik Perlis dari Isnin sebelum Aidiladha lepas...then balik semula ke Bangi Jumaat kalau x salah...lama tak jumpa rindu betul...SA baru bagi hadiah untuk ke tiga- tiga tu...Untuk Opick, Tiya dan Tihani...ni hari ni kena cari hadiah Aydan plak..hari ni birthday Aydan...

Kisahnya Ahad lepas cepat2 bagi diorang buka hadiah dulu..sebab xde hadiah Aydan kan..nanti merajuk plak...lagipun ni hadiah tertunda birthday diorang...

Moh la amik gambar banyak- banyak...


Tihani tu dah lama x balik asyik nangis je x nak kat orang...nak melekat ngan ibu aje....


semua dapat 2 hadiah...




Pandai kakak layan adik



Buka hadiah Tihani dulu..


Yeay mama belikan dia baju...Atok bagi basikal...



Opick dapat set watecolour pen dan sketch book sebab dia suka melukis


Alaaaa...nangis2 plak dapat hadiah ni...sedih benau...


Kakak Tiya dapat set make up dan puzzle...


Baru OK


Baru nak happy kan...


Hadiah hari jadi ni memang a must la..dikalangan anak- anak buah SA...haih...9 anak buah..semua birthday dekat- dekat...tu yang kat Muar tu pun sama gak...hadiah tertunda...ntah bila nak bagi hadiah..kadah kalau x sempat time jumpa SA bagi duit aje...

SA x tau nak belikan Aydan apa ni...dia minat bola...memang x la SA nak belikan bola...umur dah 9 tahun kot...pening fikir..suami suruh beli jersey bola aje...tgok la esok camne...

Hari ni birthday Aydan dan adik ipar SA kat Muar tu...esok birthday SA plak...8hb birthday adik Ipar yang lelaki..Ayah kepada Dida...bulan 5 dan 6 memang meriah birthday celebration...jenuh....


Thursday, June 4, 2026

Sambutan Hari Lahir Nur Tihani Sofiyya, Atok & Kakak Kembar

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, bulan Mei kembali lagi dengan penuh kemeriahan! Kalau korang nak tahu, bulan Mei ni memang bulan yang paling sibuk dan penuh dengan sambutan hari lahir dalam keluarga kami. Macam berpakat pula semuanya nak lahir dekat-dekat tarikh! Jenuh cari hadiah...

Entri kali ini SA nak kongsi memori indah sambutan birthday anak buah tersayang, Nur Tihani Sofiyya yang pertama. Kejap betul masa berlalu, diam tak diam pada 27 Mei lepas, genaplah usia si comel ni 1 tahun. Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya usia permata hati kami, Nur Tihani Sofiyya. Rasa macam baru semalam tengok dia dilahirkan, alih-alih pada 27 Mei lepas dah genap pun setahun usianya. Selamat Hari Lahir yang pertama, sayang!

Istimewanya sambutan kali ni, kami satukan terus tiga sambutan hari lahir sekali gus dalam satu majlis. Kira rezeki semualah dapat potong kek sama-sama..padahal dah sambut dah awal hari tu birthday Kakak Kembar dan Atok...eh Tihani pun dah sambut masa kat Perlis..



Ibu Tihani belikan kek Baskin Robbins


Comel je cakenya...sedap plak tu..



Ibu beli Pizza jugak sebab Abam Opick suka Pizza..





Mamalong buatkan tauhu daging ni...



cicah kuah kicap pedas


Yang diraikan..amikk..atas meja duduknya...




Video yang sempat SA rakam



Tihani blurr bila semua nyanyikan lagu birthday







simbolik...atok suapkan eskrem...


eh..x cukup..nak lagi ye...



Suka atok melayan Tihani



Apapun, Alhamdulillah... majlis ringkas macam ni pun dah cukup buat kami sekeluarga gembira. Seronok tengok gelagat Tihani yang terkebil-kebil blur bila semua orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. Lepas tu, dapat pula suapan aiskrim Baskin-Robbins secara simbolik daripada Atok... amboi, bukan main suka lagi dia, siap nak lagi! 

Semoga Nur Tihani Sofiyya, Kakak Kembar, dan Atok dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin...

Korang paling suka menu yang mana? SA kalau dapat tauhu daging cicah kuah kicap pedas tu, memang tak pandang kiri kanan dah! Hahahaha.

Ni next birthday Aydan 5hb June dan birthday Mamalong 6hb June...siapa plak nak sambutkan untuk kami berdua ni...haaaa....acaner ni....Aydan dah sound dah...jangan nak ingat birthday mama aje ye..Aydan pun sama jugak kena sambut....😁😁

Okaylah, jumpa lagi di next entry 


Tuesday, September 24, 2024

Happy Birthday Intan Nur Shazliyana


Assalamualaikum...

Hari ni merupakan  hari lahir anak buah SA...anak kepada abang sepupu SSAyang sulung yang SA satu family jaga masa dia kecik-kecik dulu...tahun ni genap usia Intan 22 tahun...orangnya kecik molek je...comel lote...

Buat Intan

Mama ucapkan selamat hari lahir...semoga success dalam apa jua bidang yang diceburi...semoga berjaya dalam kerjaya dan di masa hadapan...

Mama sayang Intan selamanya...nanti kita pergi healing sama-sama  ye...

Esok pulak birthday Dania yang ke 20 tahun..cepat betul la anak-anak ni membesar..rasa tak puas plak SA besarkan Dania..ada sorang lagi mak sedara kepada Inatan dan Dania..Nabila namanya...umur Nabila plak 21 tahun...Nabila sekarang sedang belajar di Maktab Perguruan...ntah bila SA nak temukan semula diorang bertiga ni...dulu masa kecik-kecik  diorang bertiga rapat...Insha'Allah  one fine day kan...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah