Showing posts with label Filem Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Filem Indonesia. Show all posts

Tuesday, September 3, 2019

Filem Makmum...Memang Taubat Lahom La SA Nak Tengok...

Hi korang....

Pernah tengok atau dah tengok? Anak dara SA ada ajak last time tengok citer ni...amboii...kau tau mama ko ni penakut nauzubillah ko ajak tengok citer ni...memang tak la nak tengok...SA plak penakut dan jenis suka membayang...hahaha...kelam kabut hidup nanti...lepas tu semalam kan SA terbaca la kat FB ada yang review, apa yang dia review tu ada logiknya walau hakikat filem ni hanya sebagai hiburan sahaja. Korang bagi la SA RM500 untuk tengok citer ni ..SA amik duit tapi takdenya la SA nak tengok de...dulu SA tak penakut macam ni tau...dulu SA okey jer..tapi sejak bangun dari koma dan terbuka hijap sekejap dulu..memang SA jadi penakut sampai sekarang....

Eh jom baca kenyataan logik yang sempat SA copy kat FB semalam untuk share ngan korang..



Akhirnya dah keluar filem Makmum (2019).

Filem ni dari seberang. Remake dari filem pendek 6-7 minit hantu bersolat yang jadi makmum di belakang seorang perempuan yang ada kat Youtube.

Ada beberapa versi lain yang telah dibuat oleh Youtubers, tapi dengan konsep sama hantu jadi makmum.

Kemudian, pengarah telah menggoreng short film kepada filem panjang masuk panggung. Asalnya dari cerita makmum hantu. Sinopsisnya, boleh google sendiri, asal dari dengar-dengar bisikan, kemudian makmum hantu, related kehidupan asrama and so on.

Dah habis modal cerita hantu agaknya. Macam biasalah orang akan kata best cerita tu bila campur kesan sinematografi, efek bunyi seram, lighting, mekap kesan khas hantu dan lain-lain.

Tapi, orang tak fikir benda yang di luar kotak dari tu:

MENAKUT-NAKUTKAN ORANG NAK SOLAT

Orang sekarang sudahlah malas solat. Nak pergi masjid, lagilah malas. Lagi suka solat bersendirian. Kalau di rumah ada orang lain pun, tak berjemaah, nak juga solat sendirian.

Bila solat sendirian, akan rasa ada orang kat belakang. Terpengaruh dengan cerita. Orang dewasa pun terkesan, apatah lagi kalau budak-budak.

ALASAN TIDAK LAGI SOLAT MALAM

Memang tahajjud ni benda malas buat pun. Masa tersangat insaf dapat hidayah je buat. Tambah-tambah lagi bila dah tengok cite hantu macam ni, lagilah seram nak solat malam sorang-sorang.

SYAITAN VS ORANG SOLAT

Nabi SAW dah pesan, baca taawuz Auzubillahiminassyaitonirrajim. Benda ni pun dah buat syaitan tak nak dekat. Ayat-ayat Al-Quran yang kita baca dalam solat tu pun boleh buat syaitan terbakar. Tugas syaitan dalam solat adalah buat kita tak khusyuk. Sebab tu solat tu sendiri penuh dengan segala macam bacaan start dari Takbir sampailah salam. Sebab tak nak bagi space untuk syaitan celah masuk.

JIN ISLAM TUMPANG SOLAT?

Jin yang baik takkan buat orang takutlah. Depa pun ada tempat sendiri nak solat, ada masjid sendirilah di alam mereka. Tak laparlah nak solat di belakang manusia. Lainlah kalau manusia tu soleh macam wali-wali Allah ke, itu perkara luar biasa, tu pun jarang benar berlaku. Satu dalam sejuta.

Ni buat muka hodoh bagai, tu dah kategori hantu syaitan, jin kapir. Yang kelakarnya siap pakai telekung tu. Depa pinjam kat mana wei telekung tuuu

Pendek kata, takdenya hantu nak jadi makmum solat. Karut saja. Dia pun tak nak solat sebab dia pun hantu. Kita baca ayat Kursy pun dah berterabur lari.

SEMUA NI MENAMBAHKAN LAGI TAK KHUSYUK

Akhirnya, akibat terpengaruh benda-benda camni, lagilah kita tak khusyuk solat. Nak solat sorang-sorang, takut. Last-last, takyah solat. Great job. Solat fardu entah ke mana, solat sunat apatah lagi.

AGENDA TERSEMBUNYI

Adakah nak jauhkan orang dari bersolat? Terutamanya golongan perempuan sebab mereka yang solat sendirian di rumah. Itu kita kena fikir. Maybe lepas ni ada cerita hantu mengaji Quran pulak sama-sama, base on kisah benar berubat ada hantu ikut mengaji.

KESIMPULAN

Solatlah berjemaah atau sendirian, kalau dapat pergi ke masjid tu lebih baik untuk lelaki. Untuk perempuan, janganlah takut, semua tu mengarut.

Yang betul adalah, kita tu akan jadi macam setan bila tak solat. Kenapa nak takut dengan setan?

Takutlah pada Allah besarnya azab bila tinggalkan solat.

Jangan biarkan diri anda diselubungi cerita setan dan agenda setan, kerana solat mendekatkan diri anda dengan Tuhan, bukannya makin hampir pada setan.

Perangai kita pun cam setan bila tak solat.

Setan muka dah hodoh, tapi kalau kita tak solat, akhlak kita pun hodoh, agama kita pun runtuh.

Kalau nak jugak jadi makmum kita, suruh dia buang mekap dulu. Tebal sangat kalo tepuk berjerebu satu Ampang.


Wednesday, April 27, 2016

AADC2 Selepas 14 Tahun....

Nafas baru untuk filem Indonesia

Hi korang....

Esok wey....esok....AADC2 selepas 14 tahun....huiii dulu aku giler betul ngan citer ni...ahaks...tak sabarnya nak tengok Nicholas dan Dian...agak2 kan cik abe aku tu nak tak tengok citer ni...korang rasa dia nak tak layan aku tengok AADC2 ni....gerun ni...gerun..sure dia tak nak punya tengok citer jiwang2 ni...kalau dia tak nak tengok macam mana erk..aku nak pi tengok ngan sapa plak...alaaaa.....



AADC pernah mencatat fenomena pada 2002 apabila gandingan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo mendapat sambutan. Lagu tema filem ini dengan tajuk sama dendangan Melly Goeslow juga cukup diminati.

Nama Nicholas dan Dian juga melonjak naik menerusi filem ini hingga menarik minat pengedar Malaysia membawa filem lakonan mereka di sini seperti Ungu Violet lakonan Dian dan Janji Joni (Nicholas).

AADC juga memberi nafas baru kepada industri filem Indonesia yang dilihat kembali bangkit selepas mengalami zaman suram.

Kini selepas 14 tahun, Nicholas dan Dian kembali bercinta di layar perak. Tentunya peminat mereka tidak sabar menyaksikan Rangga dan Cinta bertemu kembali.

Apakah cinta mereka kembali bertaut dengan pertemuan kali ini? Tapi suasananya kini berbeza, bukan lagi cinta remaja sebaliknya sudah dewasa dan mungkin bertemu cinta baru.

Bagi Primeworks, filem ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk bekerjasama dengan penerbit dari negara jiran selepas kali terakhir bekerjasama kira-kira 10 tahun lalu.

Sebelum ini Grand Brilliance bukan saja membawa filem Indonesia ke sini malah cuba menembusi pasaran di sana dengan menghasilkan filem Love arahan Kabir Bhatia yang dijayakan pelakon terkenal Indonesia.

Persetujuan membawa masuk filem ini juga diambil selepas melakukan tinjauan dan menunjukkan ramai yang tidak sabar menontonnya apabila dimaklumkan kehadiran sekuelnya. Ramai juga berkongsi trailer filem ini di laman sosial selepas dilancarkan bulan lalu.

Mampukah AADC2 menarik minat penonton ke panggung menyaksikan kisah Cinta dan Rangga? Atau pun filem ini mengalami nasib sama seperti Aach...Aku Jatuh Cinta yang kurang sambutan ketika ditayangkan 17 Mac lalu?

Mungkin gandingan Chicco Jerikho dan Pevita Pearce dalam Aach...Aku Jatuh Cinta agak asing bagi penonton Malaysia, malah promosi untuk filem usahasama Malaysia-Indonesia ini juga kurang hingga kehadirannya di pawagam kurang disedari.

Berbeza dengan AADC2, nama Dian dan Nicholas cukup kuat dan promosinya juga sudah bermula dari awal untuk memastikan ia sekali lagi mampu mencatat fenomena.

Nicholas turut dibawa khas dari Jakarta untuk hadir di majlis Media Prima Screening 2016, Rabu lalu dan malam gala filem ini pula diadakan pada 26 April ini menyaksikan kehadiran pelakon utamanya bersama pengarah, Riri Riza.

SUMBER 

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah