Hi korang....
Isnin lepas masuk opis jer tengok dah terpasang Jalur Gemilang kat cubicle department SA..wahhhhh...meriahnyaaaa...seronoknya bulan ni nak sambut Hari Merdeka kan..Rasanya department SA je yang pasang bendera kat tepi cubicle ni...department lain tak nampak lagi...apapun..semangat kena ada..bukan bulan ni je..tapi sepanjang masa..semangat bekerja..semangat apa pun...jangan semangat makan je dah la ye...hehe...
comel kan jalur gemilang kat cubicle..abaikan ternampak boss SA..hehehe...bosssssss....tumpang lalu....
setiap cubicle satu bendera kecil
meriah kan...
Memupuk semangat cintakan negara bukan sahaja di tempat kerja malahan perlu diterapkan kepada generasi-genarasi baru.. Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambutan yang gilang gemilang menjadi perhatian pelbagai bangsa malahan menjadi tarikan pelancong yang datang ke Malaysia.
Apa plan korang pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti?SA takde plan apa lagi..ikutkan nak jugak sambut di Dataran Merdeka bawak Dania..tapi belum confirm lagi..kang kalau janji awal ngan anak dara tu sekali tak jadi dia tarik muka empat belas dia kang...hehehe....jalan sure jammed..kalau nak turun KL kena naik komuter la kalau macam tu kan....tapi duk terbayang ni..sure seronok anak kan...experience new thing untuk dia...menarik ni...nak plan la....tak pun nanti terjah je..bukan apa..esoknya tu kan dah raya haji kan...kalau pagi should be ok kot.....