Showing posts with label PROTES. Show all posts
Showing posts with label PROTES. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

IBU -IBU PROTES JUTAWAN BELI HAK CIPTA DEMI IBU....

IBU IBU PROTES DEMI RESEPI TELUR GORENG

Hi korang,

Ini ada satu berita gempar….negara kita baru2 ni kecoh dengan niat seorang jutawan untuk membeli resepi telur goreng demi ibunya..Hello!!!kenapa telur goreng? Kenapa tidak resepi lain?kenapa perlu ambil resepi kegemaran anak- anak dan keluarga kami…

Sesungguhnya ini tidak adil!!!!

Di sebabkan niat Jutawan gila tersebut, bertempat di salah sebuah stesen televisyen terkemuka, aku dan juga ibu2 yang lain telah menyertai satu sesi memprotes  bagi menyelamatkan resepi telur goreng kegemaran anak dan keluarga kami. Jutawan yang pada aku sangat gila sebab sanggup menawarkan RM1 juta hanya kerana resepi telur goreng.

Hey…ini tidak adil…kalau dia Berjaya membeli resepi ini, apa yang tinggal pada kami? Apa yang akan kami hidangkan kepada anak kami kalau resepi makanan kegemaran mereka akan di rampas? Sudah tentu hak cipta resepi telur goreng ini akan dimiliki sepenuhnya oleh Jutawan tersebut kan? siapa yang terus gunakan resepi itu pasti akan di saman..habis tu…apa akan terjadi pada anak2 kami?keluarga kami yang sukakan telur goreng…


Sekumpulan ibu- ibu yang memprotes 


Kami bukan nak buat kecoh..kami hanya  ingin selamatkan resepi telur goreng kami


Protes tetap protes…ini sememangnya tidak adil….
Hentikan niat Jutawan gila itu!!!resepi telur goreng itu sememangnya milik kami!!!


Kami sebagai ibu bukan ingin mencipta kekecohan…

Kami hanya ingin selamatkan hak kami. Hak anak-anak dan keluarga kami..

Pada pendapat kami apa yang ingin dilakukan oleh Jutawan gila itu memang akan buat kami dan ibu- ibu di serata tempat tidak senang hati. Kami tetap tidak bersetuju sekiranya beliau berjaya membeli resepi telur goreng kami. Kami berhak mempertahankan resepi telur goreng ini demi anak-anak kami.
Apa bakal terjadi?

Apakah kami BERJAYA mempertahankan hak kami?

Kita nantikan keputusan rasmi yang akan diumumkan pada 15 May 2015 nanti bertempat di Pusat Beli Belah One Utama.

Tunggu…….

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah