Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

Wednesday, November 24, 2021

WW~Harga Sayur Bakal Naik, Jom Tanam Sayur

Assalamualaikum...

Hi korang...

Terbaca kat FB yang harga sayur akan naik mendadak x lama lagi, ke memang dah naik sebenarnya..sebab lately memang perasan harga sayur sedikit mahal...susah la macam ni kalau semua mahal kan...

Jom la tanam pucuk ubi, pucuk salang, pucuk manis, pucuk keledek, timun, sawi, kobis, kangkung serta pokok ulam-ulaman mcm pegaga, selom, ulam raja. 


Saya semua tanam dalam pasu jer. Boleh rotate petik-petik. Organic free from pesticide.


Gilo harga sayur sekarang๐Ÿ˜ญ



Eeee...

Semuanya naik...lepas ni orang meniaga makanan pun jadi mahal..sebab bahan semua naik harga kan...x kan x letak sayur...ye tak?


Monday, December 7, 2020

Rentas Negeri & Daerah PKPB Dan PKPP Dibenarkan Kecuali Kawasan PKPD

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š (๐Œ๐Š๐) ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐‘๐„๐๐“๐€๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ & ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ (๐๐Š๐๐ & ๐๐Š๐๐) ๐๐ข ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ• ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ค๐ž๐œ๐ฎ๐š๐ฅ๐ข ๐๐ข ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐Š๐๐ƒ.




Pergerakan rentas negeri dan daerah ini DIBENARKAN tanpa permit polis.

Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, keputusan ini terpaksa dibuat demi kelangsungan penghidupan rakyat jelata yang jelas terkesan disebabkan PKPB berterusan.

Apa implikasinya?

☑️ Pergerakan keluar masuk akan berlaku walaupun melibatkan kawasan-kawasan zon merah. Orang Kuala Lumpur balik Kelantan lawat saudara mara, orang Seremban jalan-jalan sampai ke Cameron Highland. Naik bas, naik kapal terbang, naik kereta dan bas.

☑️ Boleh merentas bukan bermaksud TIADA RISIKO jangkitan COVID19. Zon merah ini ada yang mempunyai lebih 1000 kes aktif seperti di Klang dan Seremban. Jadi ulang alik ke tempat sebegini merupakan satu risiko yang sangat berbahaya.

☑️ Kelantan sebagai contoh meningkat kes secara mendadak kerana kes import B. Kluster Huma sebagai contoh mudah. Kes indeks ada sejarah merentas dari negeri Selangor. Dalam masa sehari 35 kes dicatat dan menjadikan daerah Pasir Puteh sekelip mata sebagai zon merah.

Apa peranan kita sebagai masyarakat yang cakna?

☑️ Rentas negeri hanya dalam keadaan MENDESAK. Contoh seperti ibu bapa sakit tenat, isteri nak bersalin atau keperluan kerja seharian. Melancong, pergi makan-makan, lawat kawan-kawan, ziarah kampung halaman BUKAN KEPERLUAN MENDESAK. Ini 'common sense' yang perlu masyarakat ada. Kelonggaran diberikan bukan bermaksud perlu kita salah guna demi kepentingan peribadi.

☑️ Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan har ini, beliau ada mengatakan keperluan melakukan 'voluntary testing' (saringan sukarela) .

Kalau terpaksa merentas negeri terutamanya dari zon merah, buatlah saringan kendiri seperti ujian PCR atau RTK antigen di fasiliti kesihatan berbayar. Buat macam negeri Sabah buat di mana saringan diwajibkan dalam masa 3 hari sebelum masuk ke Sabah. Itu tak menjamin tiada jangkitan berlaku, namun setidaknya inilah tindakan pencegahan pertama yang mampu dilakukan.

☑️ Seterusnya, kena buat 'self isolation' (kuarantin kendiri) di rumah atau penginapan sebelum bertemu dengan orang lain, sekurang-kurangya 5 hari. Kalau ada simptom seperti demam, batuk, selesema, sakit kepala, atau hilang deria bau dan rasa, kena cepat-cepat ke klinik atau hospital untuk buat saringan COVID19 dan jujurlah akan sejarah perjalanan yang dilakukan.

☑️ Patuhi SOP sentiasa. Pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal, jangan bersalaman, jangan keluar rumah kecuali ada perkara mendesak.

#kitajagakita


Tuesday, September 15, 2015

Aku Bukan Dealer Minyak Wangi Che Ta

The Precious By Rozita Che Wan

Aduhai...gara- gara buat review pasal perfume Che Ta July lepas ramai yang add aku kat FB dan tak kurang jugak kat Blog semata-mata nak beli perfume Che Ta...maaf la korang -korang semua ..aku hanya review jer..aku bukan dealer...

Semua gara-gara entry ni...

http://suriaamanda.blogspot.my/2015/07/feeling-feeling-rozita-che-wan-dengan.html

Harap semua brpuas hati dengan pengakuan aku ini...aku bukan dealer perfume Che Ta..

korang kalau nak beli perfume Che Ta ni sila la check di Instagram diorang..meh aku bagi id diorang eh..


  1. +PreciousbyRCW Miera 
  2. @preciousbyrcwofficial
  3. @preciousbyrcw_agentampang

atau korng search jer sure belambak contact agent RCW kat instagram...tgok details ka sana je..apa yang aku tau sekarang ni takde ready stock..hanya dibuka untuk preorder jer...

Selamat mencuba ye...maaf aku tak mampu nak tolong sebab aku bukan dealer..

Monday, September 7, 2015

Kutipan Tol Elektronik Sepenuhnya

Tol Elektronik Sepenuhnya bermula 1 September 2015

Just nak bagitau start 9.9.2015 jam 12.00 tengahari plaza-plaza tol berikut tidak lagi menerima wang tunai, semua bayaran tol secara elektronik menggunakan touch n' go or smarttag, so make sure smua dh ada kad touch n'go ye..

1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS
3. Jambatan Pulau Pinang
4. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya BKE
5. Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya BKE
6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KLK
7. Plaza Tol Bentong, Lebuhray KLK
8. Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE
9. Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya DUKE
10. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya DUKE
11. Plaza Tol Dato' Keramat, Lebuhraya AKLEH
12. Plaza Tol SMART, Terowong SMART

Nampaknya siapa takde Touch and Go kena la pi beli..aku dah bagi adik aku satu kad sebab aku ada lebih...so officially family aku semua dah ad touch and go dan jugak Smarttag...senang kan...perjalanan pu akan lancar...takde la stranded lama guna laluan yang bukan elektronik..

Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Plus bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang mudah dan selesa serta membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lancar di plaza tol. So takde la sesak kan..

Selain itu, korang juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch 'n Go dengan harga promosi RM5 disemua plaza tol berkenaan bermula 18 Ogos hingga 30 Nov depan.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah