Showing posts with label Produk Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Produk Kecantikan. Show all posts

Wednesday, May 15, 2019

Rezeki Ramadhan Menang Giveaway Jolie Beaute

Hi korang...

Baru- baru ni SA join giveaway anjuran Jolie Beaute di instagram. Saje la suka-suka nak join sebab kena tag dengan Kolin Zainal dan x sangka plak SA salah seorang pemenang...SA ni jenis jarang join giveaway..sebab jarang bertuah..eh..eh..tak sangka plak kan..dah rezeki allah nak bagi.. SA selalu je nampak product Jolie Beaute Shimmer Shine Cushion ni lalu lalang kat time line. Ada giveaway terus je join...

SA blom guna lagi product ni sebab sayang nak guna. Ingat nak rasmikan nanti masa Raya. Bulan puasa ni SA kurang gunakan mekap..tapi rasanya nak guna gak la salah satu untuk amik gambar dulu...kang lama plak terperam kan..


Hadiah bukan satu tetapi 2 ye..rezeki sangat..Jolie Beaute Cream & Caramel


Sponge dia smooth


Cantik tak?

Tak sabar nak guna ni..eh..eh..ngade kan..kejap nak guna..kejap nak tunggu raya..SA plak jenis seorang yang pakai mekap atau foundation sampai ke titisan yang terakhir, kalau boleh buka bekas foundation tu, SA buka and amik guna sponge sampai betul-betul habis..beli mahal kan..kat dalam botol tu banyak lagi walau dh abih..kalau x dapat guna sponge guna cotton bud atau berus foundation..muahaha...giler kan..konsepnya guna sampai ke titisan terakhir...korang macam SA jugak ke?

Thursday, September 1, 2016

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Anti -Aging Facial Care Essentials Liquid Facial Soap

SIRI PENJAGAAN MUKA ORGANIK ECOWELL

Ecowell Organics adalah Produk Organik yang diiktiraf. Produk organik bermaksud, kandungannya hanya boleh dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi, bebas daripada parabens, sodium lauryl sulfates, petroleum derivatives, pengubahsuaian genetik dan mengandungi antara 70-95% daripada bahan-bahan organik. 

Produk ini mengandungi :
  1. Orange Oil
  2. Chamomile
  3. Olive Oil
  4. Aloe Vera
  5. Rose Oil
  6. Vitamin E

Dari Travel Set yang dikirimkan pada aku tempoh hari, review product pertama adalah Liquid Facial Soap. Ianya merupakan produk pembersih wajah yang mampu membersihkan kotoran berminyak secara mendalam serta memberi kesegaran yang berpanjangan pada wajah. Ianya tidak mempunyai wangian atau bahan awet tambahan sebaliknya hanya menggunakan produk organik untuk merawat kulit secara semulajadi. Ianya produk anti penuaan yang terunggul yang di cipta khas oleh Ecowell.


Selain dari menyegarkan, revitalises dan membersihkan kulit, ianya mengekalkan nilai PH semula jadi kulit. Lebih lembut pada wajah dan mewah berbuih dan yang paling penting ianya adalah sesuai untuk menghilangkan kedutan di muka. 


Tekstur sangat lembut dan alami di muka..dengan sekali pam sahaja ianya mampu membersihkan seluruh wajah. Usap seketika untuk menikmati kehebatan produk ini meresap dan membersihkan kulit anda.product ini dicipta khas untuk merawat masalah kulit anda secara semulajadi. Sesuai dia bawa kemana sahaja dan di jadikan teman dalam perjalanan anda...Mudah dan Berkesan!!



Ecowell Anti- Aging Care Essentials membersih dan menjaga kulit anda agar sentiasa licin, lembut dan bersinar dengan  5 produk penjagaan muka diiktiraf organik dari Ecowell Organics! Dengan pembersihan yang mendalam serta lembut berkhasiat dan melembap. Set pengenalan lengkap ini adalah lengkap semua yang anda perlukan untuk memperolehi kulit yang sihat, berseri dan lebih muda. Datang dalam saiz travel kit yang mesra dengan 30 aplikasi daripada bahan-bahan organik yang paling tulen untuk kulit biasa serta jenis kulit berminyak. Terbukti secara aktif mampu meningkatkan keanjalan dan kelembutan serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Bagaimana untuk mendapatkannya : 







Sharing is caring uolls...

Thanks for reading....bubbye!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah