Showing posts with label Ramadhan Buffet. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Buffet. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

Berbuka Puasa Di BGR Bersama Keluarga

Hi korang...

Semalam SA bawak Mak, Abah dan anak dara kesayangan SA tu berbuka di BGR, Sebenarnya ada voucher untuk 4 orang dan perasan tarikh expired hujung minggu ni..malas nak pi hari minggu SA plak kebetulan ada follow up kat KPJ Seremban, buat je reservation untuk berbuka semalam...

Dari Seremban pukul 5 petang, kami sampai pukul 6.20 petang. hujan lebat yarabbi plak petang semalam so mmg bawak slow je..itupun sampai awal...nasib SA x pi hari minggu. Semalam hari biasa pun ramai orang..semalam SA x amik gambar banyak pun..sebab SAnak enjoy makan..sebelum ni dah pergi preview dan dah cover banyak kan..hahaha...


Yeay..kami kat BGR...selesa sangat sebab area SA ni x ramai orang


No table


Mak dan anak dara SA Dania


Mee goreng


Nasi ayam fav Dania


Kambing bakar..SA makan 2 slices je


Yang ni fav omak den..


Candid 1


Candid 2


Syurga SA..mak dan abah

Sesekali reward diorang makan kat luar memang rasa berbaloi dan happy sangat. Bahagia bila tengok diorang happy..suka tengok diorang enjoy makan kat luar.. ikutkan nak booking kat hotel2 area Seremban atau PD..tapi Mak Abah x nak plak...ingat nak cari la buffet kat hotel2 kat PD.. bleh staycation sekali kan..sesekali bagi diorang keluar dari zon selesa..sementara diorang sihat ni dan SA memang ditakdirkan jaga diorang sepanjang hidup SA kan..siapa lagi nak reward diorang kalau bukan anak2. Kalau orang atau sedara mara tanya sampai bila SA nak menjanda sampai abaikan usia muda..SA jawab je..hidup SA dengan Mak Abah SA.. SA pun dah cukup bahagia dah...kalau SA kahwin..mungkin SA tak dapat jaga mak abah SA macam sekarang kan? Dan kalau SA kawen..suami SA tu boleh ke terima Mak Abah SA seadanya...ye tak?

Wednesday, May 27, 2015

Ramadhan Buffet 2015 Di Bangi Golf Resort

Tawaran Buffet Menarik di Restoran Bangi Golf Resort

Minggu lepas buat julung kalinya kali ke 2 aku mengikuti Review Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort, Bangi. Tahun lepas dapat pergi tahun ni pun sama...alhamdulillah...hopefully tahun2 akan datang pun bertambah lagi jemputan..Wah Restaurant Bangi Golf Resort atau popular di sebut BGR di kalangan blogger dah berubah wajah la....hehehe...semua ni sebab  nak menampung pengunjung Ramadhan Buffet kan...dengarnya dah bertambah lagi ruangan untuk Ramadhan Buffet..semua untuk keselesaan pengunjung nanti

BGR cukup terkenal dengan kepelbagaian variety juadah buffet Ramadhan yang merangkumi Makanan Tradisional, Masakan Barat serta Masakan Timur. Lebih dari 300 jenis juadah akan di hidangkan kepada pengunjung pada setiap hari bermula hari pertama Ramdhan nanti...save the date ya!!

Jom kita tengok apa hidangan yang di tawarkan untuk buffet Ramadhan BGR...

pelbagai lauk pauk
kuih muih moden dan tradisional dan juga masakan Melayu


Kambing Golek pun ada...masa aku sampai dah tinggal rangka...


Mee Rebus yang baru diperkenalkan..sedap...suka sangat...ini je 2 kali tambah tau...

Harga yang ditawarkan adalah sangat2 berpatutan
Dewasa :RM55
Kanak-kanak : RM27

Medan Pertemuan Blogger

Selain sesi makan2 dan food review, di BGR ni juga menjadi medan pertemuan antara blogger dan blogger2 yang lain...mana yang baru kenal boleh luaskan networking...mana yang dah lama kenal dah boleh beramah mesra...tahun lepas ada yang jumpa single..tahun ni dah berdua...ada yang dah bertiga...memang meriah dengan kepelbagaian ragam serta hiruk pikuk Chef yang mengendalikan sesi cabutan bertuah.








Adik blogger Yanty yang gigil2 nak bergambar...hehehehe...lex dik akak bukan retis...


Selain itu pengunjung juga akan di hiburkan dengan alunan muzik traditional dari kumpulan yang di jemput. takkan nak senyap sunyi je takde sebarang muzik kan...so mereka akan menghiburkan anda semua bermula dari pukul 6,30pm - 9.30 malam.

Di BGR turut disediakan Surau yang amat selesa untuk pengunjung menunaikan solat dan kepada pengunjung yang nak berbuka puasa di sini tak perlu risau dengan parkir sebab pihak BGR telah meluaskan kawasan parkir yang bakal memuatkan lebih kurang 800 buah kereta untuk satu masa.
haa...mudah kan....

Sebarang tempahan boleh hubungi 

No. Tel : 
+[60] 03 – 8925 3728


Alamat :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.

Website/Facebook/Email :


Waktu operasi :
6.30 am - 9.30pm Daily

Friday, May 22, 2015

Promosi Bufet Ramadhan 2015 di Fish & Co. Pavilion, KL

FISH & CO PROMOSI BUFFET RAMADHAN

Bertempat di Pavilion KL 12 Mei 2015, Fish & Co telah melancarkan bufet Ramadhan di dalam sebuah majlis ekslusif bersama media di cawangan Fish & Co Pavilion , KL. Majlis ini merupakan jalinan kerjasama di antara Fish & Co bersama Pemenang Masterchef Selebriti Malaysia Dato' Fazley Yaakob. Ini merupakan kali pertama Fish & Co menawarkan set bufet di dalam menunya dan ianya lebih istimewa dengan pilihan pencuci mulut yang di bawakan khas oleh Dato' Fazley dari SukaSucre.

Actually aku mendapat jemputan tapi sayangnya tak dapat hadirkan diri memandangkan ada komitmen kerja masa tu. Tetapi sebagai tanda sokongan aku up jugak entry di dalam blog ni untuk jalinan persahabatan  dengan Fish & Co.

Jom kita tengok gambar2 menarik sepanjang majlis berlangsung.



Prebiu Ramadhan Bufet Fish & Co Bertempat di Fish & Co Pavilion KL


Manis berbaju Kurung. Cik Charmaine Tan,  Pengarah Pemasaran Fish & Co


Cik Charmaine Tan,  Pengarah Pemasaran Fish & Co dan Dato Fazley Yaakob bergambar bersama  menu istimewa Ramadhan Bufet Set untuk 2 orang


Cik Charmaine Tan, Pengarah Pemasaran Fish & Co menyerahkan VIP Kad Fish & Co yang pertama kepada Dato' Fazley sebagai tanda penghargaan diatas sokonganya kepada Fish & Co. Beliau turut mengadakan persembahan secara langsung dengan menyanyikan 3 buah lagu.


Tetamu yang hadir menikmati Buffet Ramadhan kali ini


Tetamu yang hadir menunjukkan tanda Bagus ketika menikmati buffet ramadhan


Tetamu khas, Media dan Bloggers yang di jemput ke Ramadhan Prebiu Fish & Co


Fish & Co menawarkan Seafood Pizza sebagai salah satu Menu


dessert dari SukaSucre merupakan sebahagian dari Ramadhan Buffet Fish & Co

Bufet Ramadhan di Fish & Co hanya boleh didapati di cawangan Pavilion KL bermula 22 Jun 2015- 12 Julai 2015 dengan harga RM59.95 per pax untuk dewasa dan RM29.95 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Selain itu bagi pelanggan yang membuat tempahan seawl 3 hari dengan bayaran penuh sebelum datang berbuka di Fish & Co akan mendapat harga promosi sebanyak RM 52.95 sahaja. Untuk tempahan awal, pelanggan boleh lah menghantar email ke marketing@fish-co.com.my atau hubungi 03-78878717 tertakluk kepada terma dan syarat.

Pada majlis ini Fish & Co memperkenalkan set Ramadhan Istimewa untuk 2 orang berharga RM79.95 yang boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015 di Fish & Co cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall. Set ini termasuk Peri-Peri Chicken with Arctic Fish, Grilled White Fish Peri -Peri Sauce, 2 Sup yang bertukar setiap hari dan 2 air dipilih samaada Passionfruit, Coke, Sprite atau Teh O ais Limau, Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut istimewa Hot Fudge Cake dari Fish & Co dengan tambahan harga RM7.95

Fish & Co Pavilion KL merupakan sebuah restoran berkonsepkan laut yang terletak di Lot No C4.02.00, Tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur dan di buka dari 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

untuk maklumat lanjut, layari http://www.fish-co.com.my dan ikuti promosi terbaru Fish & Co di Facebook http://www.facebook.com/FishNCoMY. Instagram dan Twitter di @FishNCoMY.

Menarik Kan?

Jom lah terjah.........


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah