Showing posts with label Telemovie. Show all posts
Showing posts with label Telemovie. Show all posts

Monday, December 6, 2021

Sinetron My Lecturer My Husband

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA baru je settle tengok sinetron Indonesia yang popular sekarang...x tau la dah tayang kat tv ke atau x...sebab  SA tengok through siaran android box WeTV...start tengok pagi semalam dan malam tadi dah tamat dah semua 8 episode...lakonan hebat Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina. Mengisahkan percintaan dewasa dan remaja yang penuh dengan konflik..

SA memang recommend korang tengok citer ni...jalan cerita dia tak berat...once korang dah tengok episode 1 korang rasa x sabar nak habiskan semua episode.Macam SA la bila dah terjebak...eh bukan SA je...Mak Pah pun sama...terjebak...hehehehe....



Sinopsis

Pensyarah Saya Suami saya diadaptasi daripada buku dengan nama yang sama oleh Gitlicious. Mengisahkan seorang pelajar bernama Inggit (Prilly Latuconsina) yang membenci pensyarah bernama Arya (Reza Rahadian) kerana memberikan C untuk tugasannya.

Pada suatu hari, Inggit diminta pulang ke Yogyakarta kerana ayahnya diserang sakit jantung. Si ayah meminta Inggit mengahwini seseorang yang dipercayai ayahnya. Sedangkan ketika itu Inggit sedang bercinta dengan rakan sekampus nya Tristan. Inggit berterus terang yang dia mempunyai kekasih lalu Ayahnya bertanya apakah kekasihnya sudah bersedia untuk memperisterikan dia.

Inggit telah meminta Tristan datang ke Yogyakarta sekiranya Tristan benar- benar mencintai dia tetapi Tristan keberatan kerana Tristan ingin menumpukan sepenuhnya pada pelajaran dan cita- citanya. Inggit kecewa kerana Tristan tidak bersedia lantas kecewa dan menerima cadangan berkahwin dengan jejak pilihan ayahnya. Inggit bersetuju kerana memikirkan kesihatan ayahnya.

Tanpa di duga, lelaki pilihan ayahnya yang adalah Arya, pensyarah  yang dibencinya. Inggit dan Arya memulakan hidup baru sambil menyembunyikan perkahwinan mereka daripada orang lain. Walaukan perkahwinan mereka adalah sah tapi mereka tidaaka menjalani kehidupan berumahtangga yang sepatutnya. Banyak konflik yang terjadi antara mereka. Dan semuanya kerana sikap keanak- anakkan Inggit. Arya tetap melayani walaupun dia tahu Inggit bercinta dengan Tristan.

Perkhawinan rahsia itu akhirnya terbongkar. Rakan- rakan sekampus mengetahui seterusnya Tristan. Tristan kecewa kerana Inggit tidak berterus terang.

Korang kena tengok untuk kisah seterusnya...plot cerita menarik...seorang suami yang baik sanggup hantar isteri jumpa kekasih kerana rasa tanggungjawabnya...

Okeylah x nak jadi spoiler...korang tengok tau...best citer ni...


Wednesday, September 11, 2019

Drama Insan Terpilih Adaptasi Kisah Benar 'Husien Si Orang Gila'

Hi korang...

SA sememangnya hati tisu skit..SA tak tengok pun citer Insan Terpilih ni Sabtu lepas..tak ingat plak buat apa masa tu..tapi SA tengok semula video yang dah di share di facebook, siap SA saved plak lagi..sana- sini ramai bercerita tentang citer ni..dan SA dah tengok sampai habis. Tak pernah SA teresak- esak menangis sensorang dalam bilik rumah sewa..terus tak dapat tidur..hahahaha...entah pukul berapa SA lelap pun tak tau la...

Jom baca kisah di sebalik citer yang diadaptasi dari kisah benar Husien Gila ni...tahniah Shazwan Zulkifly dan semua krew produksi yang berjaya menjentik hati seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan telemovie ni...



Drama TV3 Insan Terpilih based on kisah benar "Si Husein Gila"👇👇


Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Sumber google.com

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

Sunday, December 20, 2015

Telemovie Cik Siti TV3...


Korang tngok tak tadi citer lakonan Izara Aisyah ni?

Aku baru bukak citer ni jer si kembar menjerit- jerit takut...adehhh....terpaksa layan Doraemon Stand By Me...amenda ntah diorang ni...tapi takper la...sebab sebelum tgok iklan promo citer ni macam best kan....cerita ini mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang diberi nama Cik Siti yang disumpah oleh nenek kebayan semata-mata mahu mengubati penyakit kulit yang dihidapinya. Sebaik sahaja Cik Siti kembali cantik dan jelita, dia kembali merampas cinta hatinya iaitu Awang.

ruginya tak dapat tengok...sure best citer ni..pelakon pun bleh tahan kan....kalau si kembar tak buat hal tadi sure dah tgok habis dah..kena la cari balik citer ni kat TONTON....

Pengarah :A.Aida Production
Terbitan : A.Aida Production
Pelakon : Izara Aishah, Fattah Amin, Rusdi Ramli, Farahdhiya Fauziah Nawi, Mimi Ernida, Afzan dan ramai lagi.

Kenapa la aku terjebak tengok citer Doraemon tu tadi...dah la aku ni jarang dapat peluang tgok tv....erm....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah