Showing posts with label Tips Menjaga Permaidani. Show all posts
Showing posts with label Tips Menjaga Permaidani. Show all posts

Tuesday, August 29, 2017

Panduan Menjaga dan Membersihkan Permaidani

Hi korang...

Rumah sapa takde permaidani...alaaaa....mustahil takde kan...carpet la...carpet..sebut permaidani bukan main berkerut dahi korang erk....hahaha...well carpet..setiap rumah pasti ada carpet kan..kalau takde carpet dimana- mana sudut macam tak sah dan kurang berseri kan..SA ada banyak permaidani..keluarkan time kenduri dan time raya jer..tak guna untuk hari - hari...eh dah kenapa plak SA duk citer pasal permaidani hari ni?Sebenarnya SA nak kongsi ngan korang tips menjaga permaidani yang SA baca tempoh hari...lebih baik share sebab tak semua orang tahu cara menjaga permaidani yang betul.

gambar dari google.com


Permaidani memerlukan penjagaan yang rapi sebab ianya cepat mengumpul habuk dan akan cepat lusuh akibat kerap dipijak.Berikut merupakan beberapa panduan penjagaan dan perbersihan permaidani agar hamparan kesayangan kita kekal cantik dan tahan lama..giler tak sayang carpet..beli mahal- mahal kot kan..

Panduan Penjagaan dan Pembersihan Permaidani

  1. Ketika memotong permaidani jangan buang lebihannya. Simpan untuk kegunaan masa depan sekiranya berlaku kerosakkan pada permaidani itu.
  2. Jangan terlalu kerap menggunakan vacum kerana serat pendek yang tidak ditenun pada permaidani akan tertanggal dan menjadikan ia cepat haus.sebaiknya selang selikan dnegan berus tangan atau pemberus vacum.
  3. Serat pendek adakalanya bersimpul dan membentuk bebola kecil. Untuk membuangnya jangan sesekali ditarik sebaliknya gunting dengan cermat.
  4. Jika permaidani berbekas atau terjejas akibat tersangkut pada pada paku perabot, jangan panik.Gunakan wayar penyangkut untuk menarik serat permaidani ke atas
  5. Bersihkan kekotoran pada permaidani menggunakan syampu permaidani atau syampu biasa mengikut arahan pengeluar.
  6. Sebelum membersihkan kekotoran, sebaiknya lakukan ujian kecil tempat yang kotor untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan bahan pembersih.
  7. Pilih syampu yang menghasilkan buih kering. Jika permaidani basah, ditakuti permaidani akan kecut dan bertukar warna.
  8. Jika kesan kotoran tidak hilang, hantar permaidani ke kedai pencuci professional atau bersihkan secara wap.
Haaaa...nampakkkk...senang kan?

Hope korang dah dapat sedikit idea nak jaga dan bersihkan permaidani korang..beli mahal- mahal pas tu tak betul bersihkan jadi rugi kan..takkan nak buang dan beli lain...harga kalau RM100 takpe..ni beratus2 dan beribu...Eh macam dah lama tak beli carpet la...nak pi cuci mata la nanti..mana tau ada yang berkenan di hati...lama dah tak pi Nilai 3.. last pergi 2 tahun lepas masa sibuk uruskan adik kawen...kena pi lagi ni...SA nak cari carpet untuk ruang tamu..nak ganti baru la...Hujung tahun dah plan nak beli sofa baru...kali ni nak cari sofa kulit plak...nak tukar konsep..konsep sekarang dah caca marba dah....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah