Showing posts with label Work From Home. Show all posts
Showing posts with label Work From Home. Show all posts

Thursday, March 19, 2020

Cabaran WFH Hari Pertama

Hi korang...

Mode WFH hari kedua....semalam berjalan dengan lancar..cuma tak on lappy all the time la...hotspot pun tak on..ni settlekan email dan on hotspot as usual..SA boleh tau email masuk sebab dah set email kat handphone.kalau perlu balas thru handphone SA balas je terus..kalau perlu bukak lappy, SA on lappy...so..korang macam mana hari pertama Kawalan Pergerakan semalam?ikutkan pada SA sendiri sangat mencabar. Mencabar dari segi nak menjaga dan baby sit 3 anak buah perempuan yang banyak ragam. Penat jugak...tapi lagi penat nak control orang tua a.k.a Abah SA...ya allah..selang sejam dia request nak pi mancing. Sampai SA terpaksa sorokkan kunci kereta dan kunci motor. Bila dah malam je SA keluarkan kunci dan letak kat tempat biasa.Ingatkan dia behave....eh...tak pulak....dia bleh keluar rumah pukul 9 malam naik motor pergi Zemart area rumah SA ni...aduhaiiiiii....geram betul..dah cakap tak boleh keluar dah...rupanya dia lambat balik sebab kena than roadblock...haaa rasakan...degil..masa dia pergi tu takde roadblock tapi masa nak balik tu ada roadblock baru start. Rasakan...geram betul SA..bukan apa tau korang..bunyi SA cakaap macam kejam kan buat macam tu kat ayah sendiri..tapi kena ingatkan perintah kawalan pergerakkan ni bukan kerajaan nak menyeksa semua orang, lebih kepada nak membasmi virus Covid-19 tu. So SA suruh dia terus cuci tangan dan mandi...nasib baik abah SA ikut cakap. Dah la x pakai mask masa keluar....bila cakap bahaya ada jer jawapan dia.. So sangat menduga la hari pertama semalam. Pagi ni nampak dia behave je.......

So hari ni SA nak share aktiviti semalam...takde pun yg best...macam biasa la..


Mamalong with her adorable princesses niece...


Bersepah rumah...time bagi diorang morning break at 10.00am


Then start masak at 11.30am


posing jap


Sambil masak sambil dengar lagu...heaven oiii...kat opis x leh buat macam ni


Ayam masak lemak cili api


Ikan goreng kicap


Kobis goreng


Aleesya Qhaira Wilda


Ezarra Adeliya


Ezarra Aressa


Done day 1 WFH


Memang agak mencabar jaga 3 orang ni..ada hati plak kan SA nak ada anak ramai...heeee...cukup la kakak Dania sorang je..cukup la lagi 8 orang yang macam- macam kerenah..sekejap jer 3 orang ni dengar cakap..pas tu bergaduh balik...itu perempuan tu.kalau lelaki macam mana?part paling susah nak suruh makan nasi..korang tgok la muka masing-masing especially si kembar tu....geram je..lepas tu suruh tido petang semua tak nak tido. Lka main..dah maghrib baru nak tido...sabar jer la..

Hari ni si kembar takde, ada Dida dan Dania je..sunyi skit rumah...Dida ni takpe tak banyak ragam...tapi ragam dari Baby tua plak...dari tadi merengek nak keluar pergi mancing...haih...cane nak buat pun tak tau la..rasa nak call je polis suruh terus buat roadblock non stop..senang..macam jadi cacing kepanasan plak dia...ada 12 hari lagi nak tempoh ni....semoga allah kuatkan hati SA..hahaha...

SA berharap sangat virus ni cepat hilang...semoga keadaan pulih seperti biasa..semalam pun PM dah merayu semua rakyat Malaysia agar patuh perintah kawalan pergerakkan..nampak kekecewaan pada wajah PM kita semalam...perintah ni hanya untuk 14 hari je tapi ramai yang gelabah dan panik. Jangan sampai perintah berkurung pulak keluar nanti..kalau dah keluar perintah berkurung..habis la..habis segalanya nanti..

Wednesday, March 18, 2020

Mode WFH Hari Pertama

Assalammualaikum......

Hi korang....

How's your day today? haaaaaa........SA manage to balik Seremban malam semalam walau menerima pelbagai kecaman..kena kecam ke? ye la u olls...diorang ni tak faham SA ni duk bujang...nun jauh kat Sungai Buloh tu...dah semua housemate takde kat rumah..diorang pun balik kampung memasing, apa plak halnya SA tak balik kan..dengan rumah sewa tu takde TV, makanan pun tak sempat nak adakan banyak, dengan takde internet connection, dengan dengarnya bekalan air terputus...apa kes plak kan...so SA nekad je...lantak la orang nak kata apa, SA ada reason tersendiri dan ada mak abah dan anak untuk di beri perhatian. Kelam kabut selruh negara semalam kan...

Apapun hari ni merupakan hari pertama WFH mode, pagi- pagi boss dah whatsapp, on lappy je..tak connect pun hotspot sebab lom ada arahan buat kerja...so..sambil- sambil SA update jap blog...jap lagi off hotspot dan teruskan blogging...korang yang WFH macam mana? SA seawal pukul 7.30 dah bangun..si kembar dan Dida naik bilik SA dan gusti SA suruh bangun, adoiii..dah macam anak beruang memasing kacau mama tido...rupanya suruh bangun buatkan sarapan, diorang lapar, mami dah keluar pergi kerja...tak sempat buat sarapan.


Standby mode


Layan Movie Korea


Terpacak depan lappy dengan muka x siap

Semoga semua kita seluuh negara dan dunia dilindungi dari virus Covid-19, Stay calm people, jangan panik..jangan la dan tolong la jangan panic buying. Kesian orang- orang kendian yang takde benda nak beli. Kena ingat jangan selfish sangat. Semua ni sementara sahaja demi membasmi penularan  virus ni. Bukan semakin menurun malah semakin meningkat. Scary kan..Jom kita sama- sama membantu. Jangan sampai lepas ni perintah berkurung pulak. Mintak dijaauhkan la...bukana senang kalau terpaksa lockdown nanti..semua aktiviti lumpuh...bahaya...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah