Showing posts with label aku sebak. Show all posts
Showing posts with label aku sebak. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Ibu...adik cuma nak tanya jer bu...Benarkah Bu?



Bu..

adik cuma ingin bertanya je...
Rasanya ibu takkan mampu menjawabnya..
Ibu ingat 14 Feb tak?
Malam tu ibu ada temujanji
Ibu jumpa jejaka itu
Ibu kata dia cintakan ibu..
Benarkah Bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai Ibu
Dia kata cintanya hanya untuk Ibu...
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah Bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Macam dia kata...mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu bu,
Hari ini selepas 9 bulan
Pohon yang ibu dan lelaki itu tanam membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir
Tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia pergi tidak azan/iqamat kan kami
Mengapa ibu pun benci kami
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian
Mengapa bu?
Tak terasakah sakit dan perit
Tak berbaki kah kasih dan sayang
Tidak lagikah ibu bertuhan?
Benarkah bu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya jer bu....
Kenapa kami dibuang bu?salah kami ke bu?
Jawablah bu....

Thursday, February 11, 2010

SEBAK..& TIADA KEKUATAN

Sebak....baru aku faham perasaan Kak Long kenapa dia tak nak teruskan meneraju blog ini.
x per la..aku akan cuba sedaya upaya walau susah..Kak Long terpanggil utk berkongsi kisah suka duka sepanjang dia diancam H1N1 durjana.Allah masih sayangkan Kak Long..Kak Long seolah2 dilahirkan semula...kepada doctor,staffnurse dan nurse pelatih (khususnya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban), Kak Long bangkit semula menyahut cabaran kalian yang kejam melayan Kak Long ketika menerima rawatan di ICU.Yer..sebegitu ramai yang terkorban ketika itu..hanya Kak Long satu2nya terselamat..itupun kerana Abah kuat utk tidak membenarkan Doctor menghentikan bantuan pernafasan.Andai Abah terus bersetuju..pasti abah dan Mak, kami adik beradik dan Dania kehilangan Kak Long selamanya........aku akui..Kak Long banyak berkorban utk kami sekeluarga..sebulan sebelum sakit Kak Long sibuk menguruskan pembelian rumah baru hadiahnya utk Mak dan Abah.Dia ingin kami sekeluarga selesa hidup di rumah sendiri.Rumah berharga RM168000, berjaya dibeli hasil perkongsian Kak Long dan Angah.Kak Long dan Angah berkongsi EPF uk membeli rumah tersebut..selebihnya bayaran bulanan akan dikongsi bersama Abah dan Ateh.Pada Abah dan Mak andai Kak Long tiada lagi..hilanglah tempat bergantung..Pada Abah dan Mak juga..Kak Long anak kesayangan mereka sehingga kami adik beradik yang lain cemburu..tapi akhirnya kami faham kenapa dan mengapa Kak Long antara anak kesayangan mereka.

Akan aku ceritakan satu persatu Kronologi Kak Long di next Entry...( Ya Allah berikan aku kekuatan).




Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah