Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Happy Birthday Mak!!!!

28 Disember 2010
Allah selamatkan kamu...allah selamatkan kamu...allah selamatkan kamu wahai ibuku...allah selamatkan kan kamu...
Hari ni genap usia Mak Lisa 54 tahun...
Happy Birthday Mak..Semoga panjang umur dan murah rezeki..
Lisa call pagi ni..dia leh tanya..
"eh..hari ni ke? ari ni berapa haribulan?"
Sabar ajerlah mak Lisa nih....

Monday, September 27, 2010

Darah Naik?!! ke Naik Darah?!!!

destinasi yang di tuju...

omg!!penuh la pulak....

Ya allah...ramainya awek..semua dari myanmar...

Poliklinik ni mengamalkan konsep Kad Keluarga dan mesra pelanggan..butir2 sila baca eh..malas nak copy balik...

Kami ke klinik menghantar mak yang x sihat..jelas kat muka dia kan..menahan sakit..doktor ni sweet jer..senyum sentiasa..

darah makcik tingi giler ni...200/100..saya bagi makcik ubat..makcik makan sekarang dan lepas tu makcik rehat kejap..20 minit lagi saya panggil semula...

kalau sepuluh doktor mcm ni kan best..sejuk jer hati...pssstt..doktor..adik saya ada kosong sorang..pang!!

Ni la doktor hensem tu yer..Namanya doktor Ali..dia bekerja di Putrajaya cuma masa dia rawat mak tu dia jadi doctor ganti..Lisa nak sebut boleh..nak taip ejaan x reti lak....belasah jer la yer...
Mak Lisa memang ada Darah Tinggi dan agak kronik..dah lama x jadi mcm ni..berpunca dari x menjaga pemakanan dengan betul..kata doktor tu..kalau x dtg klinik memang mak boleh dapat strok..kitorang memang dah agak dah darah mak naik...cuma mak ni jenis x nak cakap..sanggup tahan..bukan sebab apa..sebab x mo duduk spital..susah tau mcm ni...x tau nak ckp mcm mana dengan dia dah...kadang2 degil..


Wednesday, July 7, 2010

Dah Agak Dah...Mesti Meleleh punya....


Aik..knp dgn tajuk kat atas tu....idak ler..Mak Lisa tu..ingat kebal la sesangat rupanya tidak..baru sekejapan tadi dia call menangis2...nak tau sebab apa?sebab anak bongsu nyer nun jauh dimata...tu la...dah ku agak dah....ari tu kat sarawak teruja bershopping bagai..anak nak tinggal kat Sarawak 3 tahun pun buat tak kisah..maintain jer..budak tu melalak bagai nak rak pun leh rileks lagi pujuk2 sekali bila dah berjauhan..masak lak makanan kegemaran si bongsu....hah..amikkkkkk...menangissss.....caner lak den nak pujuk ni ha..haiii kenalah malam ni Lisa tido umah mak...kasi dia jangan sedih sangat......alahaiiii omak den....

Tuesday, July 6, 2010

Aduhaiii..omak dan abah den....

Ateh pun x tinggal..cuma along jer x teruja sebab dia dah muak ngan pengalaman pi tempat orang
Abah tgh beli souvenir utk kwn2 tempat kerja
beli mak..jgn x beli..
sesi membeli belah dan pilih memilih
ni pehal ni..berebut baju ke apa..
yer..itu adalah Kak Long Lisa yang tgh meng GOMOKKKKK...padan muko ko Long..dulu ko ejek akak kan?

Pasangan bahagia
tengok la kegembiraan terpancar di wajah suami isteri ini
Mak x sedih pun nak tinggalkan anak bongsunya kat sarawak

Mak dan Abah Lisa bukan la dalam golongan insan2 yang suka shopping,kalau pi mana2 pun hanya beli benda2 yang perlu sahaja..tapi sebaliknya berlaku adalah..seusai..cewah..ayat dalam novel..sesudah proses pendaftaran adik bongsu Lisa tu mak dan abah yang begitu teruja nak memulakan sesi perjalanan mengelilingi bandaraya Kuching...menurut kata Ateh..diorang berdua ni sikit pun x penat ..kalau x ..mesti mengeluh...sakit kaki la apa la...yang kelakar diorang boleh membeli belah utk saudara mara hasilnya memang la banyak..tapi untuk diri sendiri terlupa nak beli..makanya Ateh kata malam tu pukul 9 malam diorang keluar sekali lagi ke bandar Kuching...cari barang2 untuk diri sendiri pulak....alahai omak dan abah den....sabar jer la...teruja sungguh mereka pergi tempat orang kan....Ateh ckp cuma along jer berhemah sikit dalam membeli belah..dia banyak memerhatikan mak dan abah dan senyum sendiri ..geleng kepala jer tgok tingkah laku mak abah...

Saturday, May 8, 2010

RENUNG - RENUNGKAN LAH....



Bila seronok aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari MAK
Bila berjaya aku ceritakan kepada pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada ...MAK
Bila bahagia aku peluk erat ..pasanganku..
Bila berduka aku peluk erat ..MAK
Bila nak bercuti aku bawa ...pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah...MAK
Bila sambut hari kekasih, aku bagi hadiah kepada pasanganku
Bila sambut hari ibu aku hanya ucapkan SELAMAT HARI IBU
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu..MAK ingat kat aku
Bila2 setiap masa aku akan call pasanganku
Entah bila aku nak call MAK
Selalu aku belikan hadiah untuk pasangan ku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk MAK
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan dah bekerja,
bolehkah kau kirimkan wang untuk MAK?
MAK bukan nak banyak ..lima puluh ringgit sebulan pun cukup lah"
Berderai airmata jika kita yang mendengarnya...

Tapi kalau MAK dah tiada?

Berapa ramai anak yang sanggup menyuapkan Ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...Berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
Dan akhir sekali...berapa ramai yang sanggup sembahyang JENAZAH ibunya....

SAYANGILAH IBUBAPA KITA..TIADA MEREKA TIADALAH KITA DI BUMI ALLAH INI
SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU...
IBU ENGKAULAH RATU
HATIKU...

Wednesday, April 14, 2010

INSOMNIA

tengok muka mak Lisa x sihat kan?
Sejak kebelakangan ini mak Lisa mengalami masalah tidur yang kronik..doktor belum sahkan dia menghidap Imsomnia tapi tanda2 tu dah ada..Mak Lisa akan berjaga malam sampai la pukul 4 pagi dan dia akan terasa mengantuk selepas itu..hampir setiap hari dan Lisa tak tau dari mana puncanya sebab sebelum ni dia boleh aje tido.. maybe sebab penyakit darah tinggi dan kencing manis dia..risau jugak..dia risaukan kaklong yang tak sihat sejak balik dari Chiangmai pun yer jugak kot..atau maybe faktor umur..tapi dia boleh pulak tido siang dalam jangkamasa yang lama, apa ke sebab dia dah biasa tido siang?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah