Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Tuesday, August 15, 2017

Kawal Pemakanan Untuk Elakkan Gout

Hi korang...

Hari ni SA nak berkongsi ngan korang tentang masalah Gout...bukan apa Abah SA dah menghidap Gout dan harus jaga pengambilan makanan. Tk boleh makan sebarang dah sekarang..Gout selalu menyerang lelaki dan dikaitkan sbeagai penyakit lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun kemungkinan berlaku hanyalah selepas seseorang wanita itu mengalami menopaus.Individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, sakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu perkumuhan asid urik amat berisiko tinggi mendapat gout.

gambar sumber google.

Selain dikenali penyakit yang diwarisi, gout juga disebabkan amalan dan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan makanan laut yang berlebihan serta makan sesetengah sayuran seperti bayam dan cendawan. Jangn biarkan gout tidak dirawat kerana kemungkinan untuk kerosakan sendi dan ketidak upayaan untuk bergerak boleh terjadi..Macam Abah SA kalau makan seafood atau daging merah memang tak lama tu dia sakit kaki tak boleh berjalan..kena pi klinik ambil injection dan ubat gout.

Bunyi macam mengerikan penyakit gout ni...sebenarnya penyakit gout ini boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purin dan yang penting kawal berat badan anda.Bagi mereka yang diserang gout mereka disarankan untuk berpantang sedikit.

Antara Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Pesakit Gout:
  1. Makanan Laut  - Kerang, Ikan, Sardin dan Ikan Bilis
  2. Sayur- sayuran seperti Asparagus,Bunga Kobis dan Bayam
  3. Organ dalaman haiwan seperti Paru, Hati dan Jantung
  4. Daging Merah
  5. Cendawan
  6. Yis ( Roti Putih, Roti Manis)
  7. Kekacang
Sayangilah tubuh badan anda kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai oleh Yang Maha Esa.Minum lebih banyak air masak sekurang- kurangnya lapan gelas sehari dan kerap lakukan senaman.Kalu tak penyakit orang kaya ni confirm akan singgah.Ianya dikaitkan dengan nama penyakit orang kaya kerana terlalu banyak pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai lebih khasiat.

SA nak inform Abah lepas ni kena jaga pemakanan betul- betul...biasalah orang tua kan..kena cakap elok- elok untuk diorang paham supaya tak kecil hati. Kalau dah sakit semua orang susah.Nak buat apa pun tak boleh nanti.kan?

Jaga pemakanan ye korang...

Thursday, October 29, 2015

Tentang Demam Kepialu (Tifoid)


Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?


Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara-cara Demam Kepialu Merebak 



  1. Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  2. Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
  3. Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  4. Menggunakan bekalan air tidak bersih.

Tanda-tanda dan Gejala 

  1. Demam panas berpanjangan
  2. Sembelit
  3. Sakit kepala
  4. Cirit birit
  5. Sakit perut
  6. Sakit badan / lemah / letih lesu
  7. Kurang selera makan
  8. Mata layu dan cengkung
  9. Tidak sedarkan diri dan meracau
  10. Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)


Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan 

  1. Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:



  • Premis makanan bersih
  • Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
  • Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
  • Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
  • Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
  • Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
  • Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
  • Masak menggunakan air terawat
  • Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
  • Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
  • Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
  • Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
  • Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
  • Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
  • Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.


Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.

Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).

Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.

Tuesday, October 19, 2010

Check Gula dalam Darah

Lisa memang penakut ye u olls..kalau nak senaraikan memang panjang berjela..tapi yang paling Lisa takut adalah dengan jarum suntikan..masa kat kg ari tu Ateh ada checkkan mak nyer darah tinggi ngan kencing manis guna alat yang dia beli utk mak..apa ntah nama alat tu..u olls tengok la gambar2 di bawah yer...

sampai sekarang masih terasa sakitnya....abaikan si kurus tu..

mengalahkan orang nak kena bedah dah....

terbaik wokkk...hasilnya..gula cuma 7.0 je..kira masih ok la...
juara utk pengumpulan gula dalam darah paling tinggi
jatuh kepada si kurus kering kat gambar di atas tu....yang pakai baju putih tu,...gula dia bacaan
26.5..
giler nye tinggi...pas ni kalau x jaga makan..habih la....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah