Tuesday, August 9, 2011

Warga Asing Bertenet Tepi Tangga KTM

I sangat yakin warga asing ni beragama islam ( Indonesia)...mula2 x perasan sangat...tp bila tgok betul2 yer la...diorang tgh bertenet ( dating)..mula2 diorang duk duduk berpelukan berdua..masa tuh kamera takde di tangan..i lari masuk bilik jap..terus keluar then..awek tuh dah bangun lak...aisey terlepas berita sensasi ( bajet wartawan)

 Adakah ini boleh dikatakan maksiat di bulan posa..KTM tuh siap ada polis bantuan..tp naper terlepas pandang?
i bukan lah nak busy body..tp semak pemandangan..yess boleh jer jgn la pandang...tp dah mcm bersubahat lak kan..menggalakkan perlakuan begini...
lagi 15 min nak buka posa baru nampak diorang blah sambil bawak juadah berbuka...boleh plak mcm tuh...
kalau budak2 kecik nampak dan tengok? x mustahil akan berlaku pada diorang jugak kan..sebab dah ada contoh...hurm....apa nak jadi la...

Pemandangan KL Dari Level 7 Kepong Sentral Condo

Balik kerja awal semalam..dh habis masak bagai lepak kat beranda rumah...sajer tgok2 pemandangan KL..
ni la gambar2 yang sempat i snap dan kongsi ngan u olls..

 Lebuhraya MRR2..24 hours kenderaan lalu lalang setiap hari...
 Nampak KLCC dan KL Tower
 KTM Kepong Sentral yang banyak bagi jasa dan naikkan darah i...3 min berjalan kaki dari Kondo.
 Laluan keretapi ke Sg Buloh,Kuang, Rawang
 pemandangan waktu malam...x nampak sgt...tp nampak TESCO Kepong
 Lebuhraya masih sesak ngan kenderaan..
KL waktu malam yang amat meriah disinari lampu2 neon..ececeh....sampai bila nak duk Kepong ni? no idea..kontrak ngan tuan rumah 2 tahun...hangen ngan tuan rumah x reti nak dtg kalau report kerosakkan..hampeh tul..sewa nak ontime...
huh..sabar...sabar..posa kan....

BONUS RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN...

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” kata Najib.


Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

***Huh...Kakitangan kerajaan jer ker? yang swasta mcm we olls nih?wahhhhhh best la atuk Dania....dah tentu2 kakitangan kerajaan kan...***

Monday, August 8, 2011

Percubaan Buat Kuih Raya

Adik i si Malissa Abrieza tuh...dah beli Oven baru...semua gara2 gigih nak buat kuih raya tahun ni...
xde la pandai mana pun kan..dah itu inisiatif dia...baru la 2 jenis kuih dia berjaya buat..banyak rejected dari menjadi..tapi ok la,....save skit raya tahun ni kuih buat sendiri...

Biskut Cornflakes madu...lor..sap sap soi jer....

 Bahan utama dah tentu cornflakes ngan madu..
 masukkan dalam cawan2 kcik tuh....
 bakar guna oven baru dia ni..
baper minit bape saat x dapek acik nolong de...pandai2 dia la..i bab2 kuih ke...kek ke...i memang surrender...x reti acik nak buek de..sure x menjadi...
So..untuk sesi percubaan ini..pihak QC telah mengasingkan produk berikut dan dilabelkan sebagai....
REJECTED!!
try and error xper...

terlepas pandang or terlebih pusing suhu ni?
huhu...

Ramadhan Yang penuh Dugaan + Menu Berbuka Day 6

Masak Lemak Ketam


U olls...

Hari ni dah masuk 8 hari kita umat islam berposa...

8 hari jugak i berpuasa penuh walaupun i demam+ batuk+ selsema dari Sabtu lepas...Kalau x kuat semangat

memang i flat abih dan layan makan ubat...tapi alhamdulillah semangat tuh kuat sangat...

Semoga i terus bersemangat untuk meneruskan puasa seterusnya...

Menu Masak Lemak Ketam Idaman...selepas teruja ngan si Amy Sweetdarling ari tuh....

Amy...walau i batuk..i belasah aje noks...

Anuar Manan Di Majlis Iftar Malakoff Corporation

Siapakah Anuar Manan?ada yang kenal ker? seperti semua tahu Malakoff memang aktif dalam sukan berbasikal maka Anuar Manan adalah antara Atlet Lumba Berbasikal Malaysia yang sentiasa menyokong setiap program anjuran Malakoff Sementelah Malakoff juga melahirkan ramai atlet lumba berbasikal ini...
I takde la minat sangat tapi menyokong dari kejauhan la..untuk melibatkan diri...aduii..kena la perfect serba serbi dari segi kesihatan dan kewangan.

Jom tengok gambar

 bersama Tabah TV3 yang berbaju melayu gold, Tabah sampai lambat sebab tersalah tempat..sesat sampai ke Shah Alam..tp tabik spring ar sebab dia dtg...
 Masa dalam perlumbaan dia ni serius..kat luar..tetiba leh jadi brutal lak...macam budak2
 Atlet lumba basikal baju kotak2 x kenal,Anuar Manan, Shahrom Abdullah ( Malakoff) dan Awie


Next...

Anak yatim yang paling cute...bila pandang senyuman dia..sejuk jer hati...comel..keletah...

Tadaaaaaaa....


Comel kan dia...kecik lagi dah Yatim..
cer korng tengok airmuka dia..sejukkkk jer mata memandang kan...baru berumur 4 tahun...
Semoga anak ini membesar menjadi anak yang Soleh dan berguna untuk bangsa dan Negara...Aminnn...

Friday, August 5, 2011

Majlis Iftar Malakoff Corporation Berhad

Semalam antara paksa dan rela i ke Majlis berbuka puasa Malakoff HQ di Art Of Islamic Museum berdekatan ngan Masjid Negara...seperti biasa i memang la menjadi bidan terjun to guided all the guest and VIP
ingatkan i 'll be boring but its really fun sbb boleh bercampur gaul ngan ramai org2 corporate which dulu biasa i buat kerja PR ni masa di tempat lama..yang diffrent eh bila now i kena entertain sector corporate but last time im the PR for event management which s dealing with stage show and artist also PR artist.

 with wife my boss Kak Ina
 Kak Ina, Leny and me..
 me, Tengku Razmi from IBM, my dearest bos Rosli Abdul Hamid and Leny
 me with one of the engineer Safiyyah
 Anak2 yatim yang diraikan..anak2 Al - Ansar
 the crowd
 staff table...actually i satu table dengan Anuar Manan, cyclist Malaysia dari Terengganu
 Anuar Manan pakai baju melayu hijau depan i..
 sebelah i tu Cyclist Malakoff..
 Me and Zana

i belasah makan kambing panggang banyak giler..sampai rambut2 pun ada bau kambing...
haiyooo...
x dapat nak citer detail tentang makanan sebab x dan nak amik gambar makanan..orang meramai dan banyak yang x dapat tempat duduk..
tahun ni jemputan berlebihan sebab ada yang datang without RSVP...ini masalah sektor corporate ni...ada dtg husband and wife siap bawak anak2 dari yang sulung sampai yang bongsu...x leh nak control sebab this event is not official event..
tapi bla dah ke majlis berbuka mcm ni..x kan nak tingggal anak2 kat umah kan?itu la masalahnya..
Apapun tahniah to team Corporate Communication Malakoff diatas kejayaan event nih dan meraikan anak2 yatim yang merupakan VVIP utama majlis ini...thanks to TV3 and media yang lain..hope to see next year...eh..ada rumah terbuka malakoff this year la kat Hotel Istana...again......

Thursday, August 4, 2011

Menu Berbuka 3rd Day Puasa

Semalam ingatkan berbuka sorang2 lagi..sekali terjengul muka housemate tersengeh2....
maka berteman la buka posa i semalam...
hari ni x tau la nasib macam mana...kebetulan opis ada buat majlis buka posa..x sure lak nak pi ke tak..sebab problem maa i nak balik malam kang...

 Mee goreng dimasak dengan kasih sayang..
Sambal ikan keli

Sambal ikan keli tuh i masak untuk sahur...so..pagi td itu la menu sahur i..and i terajin goreng sayur jer sikit...
buat penyedap selera kan...
hurmm..nak pi ke tak majlis berbuka posa tu petang kang?berbelah bagi ni...

Sedara Mara pun x leh Percaya dah sekarang ni...

Biras buat onar

KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.

“Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.

“Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.

Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.


Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.

“Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya,” katanya

Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.

“Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang,” katanya.

Comel Tak?

Nasyhir.

Anak sapa ni?

Cute kan?

Anak My Best Friend...Bam2...bijak dan Nakal...
Baru 3 tahun dah mcm tuh badannya..
Kanak2 membesar dengan riang...Mama nya cakap..kalau tiba time mengadanya nak suruh dukung..
huiii...x leh bayang la beban dia yang nak diangkat....Kalau suruh Mama Riz yang angkat....ayooooo...
Boleh patah riuk segala tulang temulang...
Heheheheh......

Wednesday, August 3, 2011

Kepala terlekat di pelepah sawit

KEPALA yang ditemui terlekat pada pelepah kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit Air Merah,semalam
Bau meloyakan disangka bangkai haiwan

KULIM: Seorang pekerja ladang terkejut menemui kepala manusia terlekat pada pelepah kelapa sawit ketika dia sedang mengait buahnya di Ladang Air Merah berhampiran Taman Melur di sini, semalam.
S Nandakumaran, 31, berkata dia terhidu bau busuk yang meloyakan sebaik memasuki ladang itu, pagi semalam, namun menyangkakan bau itu daripada bangkai haiwan.
Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di sebatang pokok sawit setinggi kira-kira dua meter dan cuba mengait buahnya dia ternampak objek berwarna hitam dan berbau busuk.

“Saya kemudian menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah kepala manusia yang hampir reput.

“Di kawasan berhampiran, saya terserempak mayat manusia yang sudah reput tanpa kepala. Saya kemudian menghubungi Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Nandakumaran berkata, kali terakhir dia menjalankan kerja mengutip buah kelapa sawit di situ adalah pada 13 Julai lalu dan ketika itu tiada apa-apa berlaku di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan maklumat pada kad pengenalan yang ditemui berhampiran mayat mangsa, polis mengenal pastinya sebagai lelaki bernama, A Benny Roy, 31, dari Klang, Selangor.

“Polis turut menemui seutas tali pada kepala mangsa, manakala bahagian badannya yang lain terasing mungkin dibawa oleh binatang. Keadaan mayat itu hampir reput dan hanya tinggal kaki saja manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari situ.

“Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan buat masa ini kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Ghuzlan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai berdekatan atau Balai Polis Kulim di talian 04-4906222.

** sumber dari Berita Harian Online.**

Agak - Agak La Kalau Nak Tweet pun.....Twitter Nyer Pasal Ler ni....

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
 
 
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka
BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.
 
** terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata? sendiri mau ingat....**
Sumber dari Berita Harian Online..
 


Menu Berbuka 2nd Day

Buka puasa sensorang lagi semalam...hurmm.....
Nasib di perantauan kan...


 Ayam Goreng Kicap
 Ikan Kembung Bakar ( takde daun pisang pasal tu jadi mcm tuh melekat kat pan)

Sayur Kangkung Celur dan Sambal Belacan

Alhamdulillah...walau sensorang..i tetap maintain...
Hari ni x sure lagi buka posa sensorang or berdua ngan housemate...ikut hati nak balik Seremban je...
Tapi macam x berbaloi la plak kan...

Wordless Wednesday # 3

Bengang...Sentap!!


Ko fikir muka ko dah cukup bagus nak tegur t-zone aku oily bagai...ko tuh makan ba alip ba ya pun aku x complain..kurang pahala posa aku hari ni...x reti jaga sensitivity orang ko kan...hampeh nyer cha ya nun alip..
Huh!!!

Tuesday, August 2, 2011

“Saya Tak Tahu Dia Putuskan Pertunangan” – Elia, Bekas Tunang Khairul Fahmi

Semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengeluarkan kenyataan mengenai putusnya tali pertunangannya bersama Elia di akhbar Metro Ahad. Menyusul selepas ini adalah kenyataan Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang menceritakan krisis hubungan mereka kepada Harian Metro (sumber asal).
Menurut Elia, kenyataan Khairul Fahmi kepada Metro Ahad semalam memang mengejutkan diri & keluarganya kerana mereka tidak tahu bahawa penjaga gol itu akan memutuskan tali pertunangan di dalam akhbar. Elia juga menafikan dakwaan Khairul Fahmi yang telah berbincang dengan dirinya terlebih dahulu mengenai perpisahan tersebut.
“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” kata Elia kepada wartawan Harian Metro.
Elia menyatakan yang dia cuba berbincang dengan Khairul Fahmi mengenai krisis hubungan mereka sejak sebulan yang lalu, namun sering mendapat pelbagai alasan daripada bekas kekasihnya. Sikap tidak endah Khairul Fahmi terhadap dirinya menyebabkan situasi hubungan mereka makin retak.
Enggan berselindung lagi, Elia menegaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan Khairul Fahmi bersama orang ketiga dan percaya hubungan mereka retak kerana faktor itu. Apatah lagi selepas diselidik, Elia mendapati Khairul Fahmi sememangnya rapat dengan wanita itu sebelum mereka bertunang lagi. Ditakdirkan tuhan, tak lama selepas itu seorang wanita datang berjumpa dirinya dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Khairul Fahmi.
Walau bagaimanapun, Elia terkilan dengan sikap Khairul Fahmi yang membuat keputusan memutuskan tali pertunangan & menghebahkan di akhbar tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu. Sedangkan, banyak persiapan telah dilakukan untuk majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Oktober ini.

Pada masa yang sama, ibu Elia sedih dengan pertunangan mereka yang putus di tengah jalan. Namun, ibu Elia meminta Khairul Fahmi supaya memutuskan tali pertunangan bersama anak gadisnya secara baik

Kredit sumber dari OH BULAN

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah