Monday, April 23, 2018

Min'z Sambal Hitam Pahang Homemade Tersedap SA pernah Rasa...

Assalamualaikum...

Hi korang....Monday Blues ke? Rilex...rilex....tak bagus untuk kesihatan kalau Monday Blues...SA hari ni okey jer..cuma agak letih kurang rehat 2 hari cuti weekend ni...pepagi subuh plak dah gerak balik KL kan..

So hari ni SA nak shared tentang keenakkan Sambal Hitam Pahang keluaran MINionlicious Enterprise ni...owner dia merupakan rakan blogger SA gak..asyik nampak je post dia lalu lalang kat IG kan..terus la terpanggil nak mencuba..bukan masalah nak tau sedap ke tak sedap..masalah dah terliur sangat..sebelum ni ada gak cuba sambal hitam pahang yang lain. Tapi tak berapa kena dengan tekak SA. Kira belum lah ada yang buat SA betul- betul teruja...tak macam Sambal Hitam yang ni..SA suka...dan paling kelakar SA dengan tak menyempat nak rasa..selamba ambil sesudu terus ngap masuk mulut...masa tu tak tau nak cakap...telinga terus panas sebab its really spicy...hahaha...SEDAP!!!itu je yang SA boleh cakap...cukup segala rasanya..dengan isi ikan talang jeruk yang ada dalam sambal hitam tu haihhhh...SA x makan dengan nasi..tapi makan dengan roti wholemeal masa tu..nanti nak cheating diet nasi la...nak makan ngan nasi panas plak...sure lagi sedap..


Background kuning sama ngan label pada botol..sebab cat dalam rumah memang kuning..


Memang sedap dan tak dinafikan lagi...


Buat SA tak sabar la nak makan lagi...

SA dah rasa...

SA memang recommend pada korang yang sama macam SA pecinta sambal.. boleh makna dengan nasi panas, nasi goreng dan roti..alaa...korang buat cekodok pun bleh cicah dengan sambal hitam pahang ni..hehehe...lagipun elok beli sebagai pembuka selera ketika bersahur nanti..tak lama lagi je nak puasa kan...SA pun bercadang nak repeat lagi ni...nak letak kat rumah sewa sebotol..kat rumah Seremban sebotol..senang...

Kat mana nak beli?



Whatsaap : 014-6667772

Selamat Mencuba!!!

Sunday, April 22, 2018

Yasin 50 sen | Yasin Murah di Selangor !

Yasin Termurah Tanpa Minimum Order

Bila ada kenduri kendara atau majlis berkaitan dengan keagaman Islam. Selalunya kita akan menerima gift atau doorgift. Cerita bab doorgift murah. Korang boleh beli yasin dan terjemahan murah di Selangor.  Murah pun, murah hanya RM0.50 dah boleh jadikan sebagai hadiah pada kawan-kawan dan kenalan yang hadir ke kenduri.



Yasin murah RM0.50 ni juga boleh dijadikan sebagai hadiah pada customer korang (kalau korang seorang seller jual baju, tudung atau apa sahaja). Dari tak tahu nak bagi hadiah apa kat customers, ni ideanya ! yassin dan doa pilihan ni.




Yasin ni, boleh beli borong atau loose pun boleh juga.

Menarik tentang Yasin Murah di Selangor ni :-

1. Delivery setiap hari bekerja(jika payment masuk sebelum 10 pagi)



2. Bukan pre order. No...no..no. Yasin 50sen ni ready stock !



3. COD pn ada, setiap Isnin-Khamis di Star Avenue Shah Alam ( 6 petang atau keatas)

4. Saiz cun habis ! 10 x 15cm.

5. Kulit tebal, bukan glossy paper. Tak ada cop jari atau cop tangan boleh orang lain dapat haha.


6. Tulisan jelas..bukan versi photostat

7. Boleh muat envelope kecil... korang nak buat sebagai kad ucapan pun, boleh jugak !

8. Ada testimoni positif




9. Trusted seller.

Macamana nak beli? wasap...wasap je tau ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524

Nak POSTAGE PERCUMA? Nak beli pakai KAD KREDIT / DEBIT.

Boleh beli di www.shopee.com.my/urbanshops

FB : https://www.facebook.com/urbansshops/

IG :
https://www.instagram.com/kedai.kosmetik.online.murah/



Saturday, April 21, 2018

Keenakkan Air Kedondong & Air Kelapa Laut Man Java Enterprise

Hi korang...

Lama dah SA mengidam Air Kedondong Asam Boi dan Air Kelapa Laut Afrika yang di proses sendiri oleh rakan blogger Kak Shuhaida Kabdy dan suaminya Abang Man. Perniagaan  yang diusahakan sejak sekian lama. SA dah pernah rasa air kelapa laut afrika tapi baru pertama kali minum air kedondong yang di bancuh khas oleh Abg Man. Sedap tak terkata la..sejuk je masuk melalui tekak..the best part is SA dah addicted...kebetulan SA dapat botol besar so ada setengah lagi dalam fridge..

Korang bayangkan SA minum air ni kat rumah sewa dan memang SA tak pelawa pun kawan serumah. SA minum sorang je


Sebelum SA minum..yang kelapa laut tu pati tau...jangan di minum plak..buntang mata kang


Balik kerja terus pose dalam bilik..kang housemate nampak


Pati ni nanti nak bancuh dan minum masa bulan puasa


Tuang segelas..minum..pas tu x leh berhenti..3 kali SA tuang


Gelas ke 3...


Pagi semalam SA minum segelas sebelum pi kerja...sampai office berlari cari tandas..

Best...Best..and Best....
What else can i say...Fresh... Tak nak cakap banyak...korang order jer la...nak beli pati pun bleh  nak deal meniaga amik stok kat Abg Man pun boleh tapi kena kena deal dengan diorang sendiri la..Kak Sue dan Abg Man selalu meniaga kat Pasar Malam dan Stadium..

Man Java Enterprise
Email: skabdy@gmail.com
Tel : 012- 5854998/ 012-5844836

Seriusly..memang recommended..korang x menyesal beli punya lepas rasa seteguk..jom addicted sama-sama....

Friday, April 20, 2018

Yeay...It's Friyay!!!

Hi korang...

Yeay hari ni last kerja...penatnyaaaa...memang penat giler la....rasa macam tak cukup tido..dengan lambakkan kerja...memang Jumaat hari yang ditunggu-tunggu semua kan..maybe semua dah ada plan hujung minggu..SA plak lebih kepada nak balik rumah...nak habiskan masa dengan family..next week ahead SA dah makin busy sampai la minggu terakhir sebelum puasa.

So hari Jumaat tak sesibuk hari- hari lain..SA dah boleh tarik nafas lega..hari Jumaat SA dan kawan- kawan biasanya habiskan masa tenghari kat office jer kalau tak keluar jalan- jalan..dalam pukul 12.30 sure kami pi terjak SSM punya Flea Market..then beli laksa ke apa yang patut..SA seperti kebiasaan beli Laksa dan buah potong..oh ye..kat bawah ni gambar last week...kebetulan rezeki SA dapat beli buah mangga potong yang crunchy dan segar..tak benyek...


Muka happy makan buah mangga fresh...


Satu plastik ni SA beli RM5 ..murah compare ngan MBG 


Then beli laksa untuk alas perut..

Haaa itu cerita minggu lepas...

Apa cerita minggu ni plak...kemana nak pergi rehat ni..nak pergi SSM lagi ke?

NuSentral?

Tengok pada kerajinan kaki la nampaknya...kang dikatakan antisosial plak kalau tak keluar kemana- mana....hehehe....

Selamat hari Jumaat korang...

It's Friyay!!!!

Thursday, April 19, 2018

Promosi Buffet "Iftar In The Sky"Arina Skyview Kuala Lumpur

Perluaskan Rasa Masakan Mewah Continental di Arina Skyview Kuala Lumpur


Hi korang...

Alhamdulillah sekali lagi SA dan kawan- kawan blogger yang lain  dijemput menghadiri sesi preview ramadhan buffet  dan kali ini kami berada di Arina Skyview Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Berada di ketinggian tingkat 20 memberikan SA satu pengalaman menikmati hidangan dengan selesa ditemani pemandangan sekitar Kuala Lumpur dan menurut pihak Arina Skyview kalau cuaca baik boleh nampak Genting Highland dari Arina Skyview. Menarik kan?Tidak hanya menyediakan lokasi untuk Iftar, Arina Skyview terkenal dengan lokasi majlis pernikahan dan perkahwinan, Seminar, Training dan pakej institusi.



Sekiranya korang sedang mencari sedikit pilihan luar biasa dan lain dari yang lain dalam pilihan menu iftar, tetapi tidak terlalu jauh lari dari hidangan konsep masakan kampung kegemaran anda, mengapa tidak menuju Arina Skyview Kuala Lumpur. Pelbagai hidangan Masakan Melayu Kampung ditawarkan di sini dengan harga yang sangat- sangat berbaloi.




Ramadhan ini, Arina Skyview Kuala Lumpur berbesar hati kerana sekali lagi menjadi tuan rumah bagi hidangan tempatan dan antarabangsa khas untuk promosi buffet "Iftar in the Sky". Arina Skyview kembali dengan hidangan buffet yang lazat bersempena dengan Ramadhan ini. Menjanjikan hidangan yang sederhana namun lazat, akan disediakan pakar Masakan Melayu tempatan diketuai oleh Chef Sabirin Mohd Yusof dan pasukannya untuk Ramadhan kali ini.

Menurut pihak Arina Skyview konsep yang diketengahkan  itu adalah untuk mencipta suasana yang santai untuk pengunjung di mana mereka boleh menikmati makanan mereka pada pemandangan 360 darjah langit KL yang indah.




Jom tengok hidangan makanan yang sempat SA rakamkan untuk anda semua..

Hidangan utama yang diketengahkan, diperap dalam gabungan rahsia rempah dan dipanggang untuk kesempurnaan. Tahun lepas, hidangan kegemaran orang ramai adalah kambing panggang dengan pilihan pelbagai sos; Sos Blackpepper, Cendawan Cendawan dan BBQ dengan tambahan pelbagai salad.

Kambing panggang dan ayam panggang

Dengan hidangan harian yang disediakan di gerai aksi varian, menu ini juga menjanjikan pelbagai hidangan masakan malayu iaitu Nasi Tomato, Sambal Sotong, Ayam Masak Kurma, Rendang Daging, Udang Goreng Kunyit, Pemanis mulut  bubur lambuk,bubur nasi, bubur pulut hitam dan sup tulang rawan (sup sumsum tulang dengan kentang)


Ayam Kurma


Rendang Daging ( SA suka)


Kari Kepala Ikan


Ayam Goreng Kunyit


Sambal Sotong


Sayur Campur


Sup Tulang Rawan ( kredit photo to Zayn Propa Rengers)


Jangan ketinggalan! Mereka juga menyediakan pelbagai ulaman kampung di gerai pembuka selera yang termasuk Ulaman dan Pecel Kampung, pelbagai sos kampung; sambal belacan, budu dan cencaluk, dan hidangan kerabu juga. Nama pun masakan kampung kan..so hidangan ini agak nostalgia dengan dekorasi yang cantik.


Ulam- Ulaman


Sambal Belacan, Sambal Cencaluk dan Budu


Kerabu Mangga


Ikan kering


Kerabu Perut


Pecal Condiments


Kuah Pecal



Dan kesimpulannya, Arina Skyview Kuala Lumpur menjangkakan kepuasan pengunjung menikmati hidangan yang agak popular iaitu Pengat Durian gaya kampung (disajikan dengan pulut kukus), pilihan kuih Melayu dan Nyonya, buah-buahan segar, pelbagai minuman dan banyak lagi.


Pengat Durian


Pulut Kukus


Buah Melaka


Apam


Kuih Cara


Untuk keselesaan para tetamu, semasa tempoh promosi bufet Ramadhan, Arina Skyview  akan
menyediakan surau dan menetapkan Imam untuk Solat Maghrib, Isya 'dan Tarawih.

Ruang solat dan ruang mengambil wuduk juga turut disediakan.

Arina Skyview Kuala Lumpur "Iftar In The Sky" Buffet Ramadhan hanya boleh didapati untuk tempahan korporat dengan minimum tempahan 50 pax. Harga yang ditawarkan adalah RM 68 setiap pax. Tetapi terdapat berita hebat!. Tawaran  harga pada RM58 setiap pax  bagi tempahan awal untuk pakej iftar.


Untuk sebarang tempahan, sila hubungi di nombor ini +603.2202 7468 / +6012.708 7135



Sedikit tentang Arina Skyview Kuala Lumpur

Arina Skyview adalah lokasi unik  Golden Triangle di Kuala Lumpur City Centre. Restoran ini mempunyai 3 tempat dalam satu (satu konsep yang dipanggil 'Multi-Branding') Satu Tempat Perkahwinan, Mesyuarat & Pusat Seminar dan Perkhidmatan Bersenam Perkhidmatan Penuh. Konsep ini menawarkan pelbagai pelanggan, menawarkan pelbagai pilihan tempat makan dan hiburan dalam satu pertubuhan. Bahagian spatial dan menu akan memperluaskan agenda kami dan memberikan pelanggan kami pengalaman yang berbeza pada setiap lawatan.

"A Contemporary Malay Experience" menanti di Arina Skyview Kuala Lumpur. Perasaan akan menjadi hidup apabila menikmati pelbagai Masakan Melayu Benua dan meraikan tradisi lama Malaysia khususnya.

Keutamaan adalah untuk memenuhi keperluan orang ramai tak kira  dewasa atau golongan muda. Arina Skyview adalah tempat makan keluarga. Jumlah keperluan ruang adalah 3,000 kaki persegi. Secara keseluruhan, restoran akan menyediakan tempat duduk untuk 150 pelanggan minimum. Jika Lebih, pertimbangan akan diberikan untuk menggabungkan tempat makan. Isu zon, letak, dan kebolehaksesan akan dikaji semula sebagai kriteria utama.

Untuk maklumat lanjut

MOHD HAIDER ABD. HAMID
Chief Operating Officer
Office  : +603.4010.8444
RSVP/Sales : +6012.7087135
Email: sales.arinaskyview@gmail.com

NOOR HABIBAH BT ABDUL SAMAD
Sales & Marketing Executive
Office  : +603.4010.8444
RSVP/Sales : +6012.7087135

Email: sales.arinaskyview@gmail.com


Wednesday, April 18, 2018

Menangi RM110,000 Duit Raya Dengan Peraduan Raya Fiesta Berganda Lam Soon...

Ramadan semakin menjelang , dan dengan itu datang penyucian rohani, jasmani dan pembersihan rumah secara rapi sebelum Hari Raya. 

Memahami tekanan kenaikan kos sara hidup terutama ketika melakukan persiapan untuk musim perayaan, jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk menggembirakan pelanggan dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan 416 hadiah sepanjang 13 minggu, termasuk 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu, 21 hadiah istimewa sebanyak RM 1,000 setiap satu serta lima hadiah utama  sebanyak RM 10,000 yang berjumlah RM 110,000 dalam bentuk duit Raya! Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai, 2018. 

Jenama Lam Soon yang terlibat dengan peraduan Raya Fiesta Berganda termasuk Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysia , bio-home rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan, pembersih khusus wanita Orchid, rangkaian penjagaan diri May dan Fruitale serta  bahan pencuci rumah Zip dan Labour. 



Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan orang akan membeli produk-produk ini pada kebiasaannya: Beli mana-mana product Lam Soon sebanyak RM20 dalam satu resit. Kemudian namakan 3 jenama Lam Soon yang terlibat dalam peraduan ini. Hantarkan jawapan anda melalui Whatsapp ke +6012 526 3391 termasuk nama penuh, nombor IC dan jawapan. Sertakan gambar resit anda sebagai bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Jika resit pembelian RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1,000! 




Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, syarikat ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk sokongan mereka terhadap jenama-jenama kualitinya.  

“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi. Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam,” kata En. Ng.



Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Ramadan! 

  1. Gunakan rangkaian mandian Antabax kerana ia memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9%  kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar. 
  2. Pencuci Dapur bio-home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit – sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar.   
  3. Kaum hawa pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim. 

Barangan yang SA terima..nantikan video unboxing SA soon di IG dan FB

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Raya! 

  1. Travel kit Antabax yang terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja tetapi terutamanya berguna semasa dalam perjalanan balik kampong. 
  2. Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur antara tetamu yang ramai, gunakan pencuci lantai mesra alam bio-home dalam bauan Asia iaitu serai dan teh hijau kerana ia tidak perlu dibias dan tiada sebarang toksik.
  3. Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, cecair pencuci pinggan ZIP berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur and ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah. 

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Raya Fiesta Berganda contest, sila layari  www.rayafiesta.com. 


WW | Kena Terkam Dengan Si Budak Hitam..

Hi korang...

Setiap pagi SA adalah mimpi ngeri...setiap langkah nak turun tangga rumah sewa SA akan di iringi oleh si Hitam ni ha...mengiau - ngiau tak tau dia nak apa..kibbles yang housemate bagi tu ada je kat tepi sudut rumah tu...tiap kali SA nak kuar pi keja mesti dia mengikut...puas halau dia tak pergi pun...pelik jugak sebab entah dari mana datangnya..depan rumah SA tu ada la jiran-jiran lain gak..maybe dari rumah jiran la kot...



Pagi semalam....sekali lagi SA buka pintu dia dah ada dah depan pintu...pas tu dia mengiau tapi takde la menggesel kat kaki ke apa..dia ikut je tepi SA..SA buat tak layan dan masih la halau dia...dia macam bengang kot..dia terkam melompat sambil keluarkan kuku kena bahagian bahu...huwaaa...terkejut tau...SA dah la takut kucing...sakit..giler kat bahu..check tgok ada cakaran tapi tak dalam...aduhai...lepas dia terkam tu kan..dia terus lari...amboiii...sesuatu sangat tau...

SA bukan tak suka kucing..suka cuma tak berani pegang sebab dulu pernah kena cakar dan kena kokak...jangan kata kucing..nampak anjing dari jauh pun SA dah takut dah..SA tau je ada artikel dalam majalah cakap..Anjing dan Kucing ada deria bau yang kuat. Mereka boleh cam kalau orang yang mereka jumpa tu dalam ketakutan atau sebaliknya...hahaha..confirm la SA kena sakat ngan kucing or anjing..SA memang mudah takut..lagi satu ngan Angsa..hahaha..pengalaman kena kejar ngan angsa masa kat kampung...

SA tengah cuba nak kuatkan semangat dan beranikan diri pegang kucing atau usap- usap kucing..korang kalau ada ilmu pasal nak melawan perasaan takut ni harap boleh kongsi dengan SA...
Dah tua pun penakut lagi...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah