Thursday, June 14, 2018

Doa Akhir Ramadhan


Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_

Tuesday, June 12, 2018

Menu Masakan SA dan Family Untuk 2 minggu

Hi korang....

Haaaa...jangan marah SA ye...memang sengaja SA tayang menu SA dan family masak untuk 2 minggu ni...sorry takde masa nak buat satu- satu post..SA busy sangat ngan kerja hakiki...ingatkan dah takde blogging task client SA akan kurang busy dan boleh la kongsi resepi..tapi maafkanlah daku...memang tak sempat nak share resepi..sekarang pun dah macam tak dapat nak focus kat blog. Dengan macam- macam kerja kat rumah tu yang kena buat..pas tu dengan mak tak berapa sihat..pening fikir...so gambar kat bawah ni adalah himpunan menu dari last week dan the week after..haha..ntah apa nak jadi la kan..every year memang macam ni la asal tiba nak raya je SA memang kurang entry blog..bulan lain should be ok lagi...Eh...ada yang dha bercuti ke?

SA last kerja hari ni...esok dah mula cuti dan esok pagi- pagi SA akan terus balik kampung..alahai..macam jauh sangat kampung kan ..tahun ni SA raya sederhana je..lebihkan pada Mak Abah dan anak je...baju raya banyak..yang tahun lepas ada sepasang lagi tak pakai..tahun ni agak murah sikit rezeki...eh..jom la tengok gambar makanan...awas..SA tak bertanggungjawab kalau ada yang terliur..


Menu Ahad lepas Daging Cincang Masak Lemak Cili Api


Rendang kerang campur kacang buncis


Masak lemak cili api Pucuk Paku campur kerang


Masak lemak cili api Telur Itik campur blimbing buluh


Asam rebus batang keladi dan ubi keladi


Ikan kembung masak lemak cili api campur petai kikis


Acar jelatah


Ikan tilapia besar goreng


Budu


Masak Lemak Cili Api Pucuk pegaga campur kerang...permintaan adik bongsu yang preggy anak ke 2


Sebenarnya ada lagi lauk pauk lain tapi SA tak sempat nak amik gambar...ada masa SA masih lagi masak sedangkan azan maghrib dah berkumandang...hehehe...well dah akhir2 puasa ni kan...selera memang takde kan..baik berbuka..baik masa sahur...adakala SA berbuka minum air je lalu...lepas dah lama tu kang makan nasi..itupun 2-3 suap je..sama masa sahur...tak tau la kenapa..semangat nak raya ke? Macam tak je..SA tak teruja pun sambut raya tahun ni berbanding tahun lepas..hahaha..tak tau la kenapa..beli baju pun tak..lebih pada uruskan keperluan anak dan mak abah je...kuih pun tak beli banyak..ada 3 jenis itupun 1 botol satu jenis..sebab SA dah tau dah..tiap kali raya sedara mara berkunjung akan kami sajikan makanan panas- panas macam mee sup ke..mee goreng..kalau terlebih rajin kami buat laksa...mee kari..tak pun hidang nasi berlauk...memang macam tu..tapi untuk kudapan macam kerepek ke..ada la beli...esok balik nak cari muruku plak..itu je pun yang orang suka makan kan...

Yeay...hari ni last kerja...tapi masa macam lambat bergerak la...apesal la lambat sangat...

Portal Peperiksaan KPM Ditutup Kerana Mendedahkan Maklumat Peribadi

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ditutup Sementara Waktu Atas Langkah Keselamatan



Sistem Analisis Sekolah Kementerian Pendidikan (SAPS) ditutup semalam berikutan pendedahan mengenai eksploitasi keselamatan yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi lebih 10 juta rakyat negara ini.

Menurut laporan Malay Mail, pihaknya dimaklumkan mengenai pencerobohan maklumat peribadi itu oleh seorang pembaca.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pasukan Respons Keselamatan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) selepas mendapatkan nasihat daripada blogger teknologi, Keith Rozario dan pengasas bersama teknologi tempatan Kumpulan Projek Sinar.

MyCERT kemudiannya memberi maklum balas kepada Malay Mail semalam dan laman sesawang itu kemudiannya ditutup pada hari sama.

SAPS adalah portal yang membolehkan pelajar dan ibu bapa akses kepada keputusan peperiksaan dalam talian dengan memasukkan nombor kad pengenalan Mykad.

Data itu juga boleh diperoleh oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

SAPS dilancar pada tahun 2011.

Sumber memberitahu, data 4,940,203 pelajar boleh dimuat turun daripada laman sesawang itu yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi 10.3 juta rakyat Malaysia.

SUMBER 


Monday, June 11, 2018

SHUHAIDASAAD.COM 2ND GIVEAWAY

Hi korang...

Jom support GA rakan blogger kita Syuhada Saad, GA dah nak tamat dah ni kan..mana tau ada rezeki menang..syarat pun simple je...kalau nak join boleh klik banner..

Syarat-syarat :

  1. buat 1 entri mengenai ga ni, bertajuk "Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway"
  2. letak banner di entri dan linkkan ke blog shu.
  3. follow blog shu.
  4. siap. pastekan entri korang dalam komen di bawah. kalau rajin tag lah kawan-kawan yang lain.

Majlis Hari Lahir Si Kembar Adeliya & Aressa

Hi korang...

Birthday Si Kembar ni jatuh pada 25 May 2018 yang lepas...merasa la diorang birthday bulan puasa dan takde la sambutan hebat macam sebelum- sebelum ni..sambutan buat juga tapi masa buka puasa la..biasa la budak- budak jenis tak sabar kan..jenis excited terlebih..sampai tak sabar tunggu orang berbuka puasa..lumrah budak- budak kan...the best part diorang meroyan nak pakai baju raya diorang tu untuk sambut birthday..
Sambutan simple aje, ada kek dan makanan untuk berbuka puasa..kakak Dania plak dari pagi tu lepak rumah diorang tolong deko apa yang patut..takde la buat besar hanya family di kedua- dua pihak je..itupun dah cukup meriah dah...


Bila dah siap sibuk nak tengok tv..si kakak Adeliya


Inilah si kembar kesayangan kami yang dah membesar dan menjadi anak dara yang cantik..yang baju putih Si adik Aressa


Si kakak ni suka cantik-cantik...Si adik jeni sempoi..x suka bergambar sangat...


Cake birthday dari The Admire..sedap keknya


Tema birthday tahun ni My little Pony..ntah apa ntah giler sangat ngan pony


Masa nak tiup lilin....


Si Dida bam- bam bengang sebab dia pun nak tiup lilin...hehehe...

Apapun...majlis berjalan lancar walau simple je sambutan..asalkan diorang happy kan..mula2 ingat nak buat lepas raya, sambut sekali ngan adik diorang Aidan yang lahir pada 5hb June..tapi dah tak sabar- sabar dan asyik berzikir je bila nak sambut birthday...Ibu diorang pun buat juga la walau bulan puasa...

Selamat hari lahir Si kembar Ezarra Adeliya dan Ezarra Aressa yang ke 7 tahun, semoga membesar menjadi anak- anak yang solehah dan menjadi kebanggaan ibu bapa dan semua...

Mama loves you both so much.....

Friday, June 8, 2018

Tutorial Dan Resepi Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api

Tutorial Bergambar Masak Lomak Cili Api NS


Assalamualaikum. ..

Bersua kembali di ruangan tutorial menu Suriaamanda ye puan2....semestinya tutorial bergambar bg memudahkan anda memasak...x perlu nak google2 dah....ni SA bg resepi siap cara-cara nak masak...SA tengah stress terus jadi rajin nak share semua ni...

Jom kita mulakan....

Kenapa SA pilih ikan siakap? Sebab..selain memudahkan ikan cepat masak..sedap jer kita kasi ubah sekali- sekala kan..asyik ikan sweet sour, 3 rasa dan masak stim..kita kasi ubah..sebenarnya dah banyak kali SA share resepi masak lemak cili padi..sajer nak share lagi..lagipun ikan tu je yang ada dalam fridge....blank x tau masak cemana terus teringat mak pernah masak lemak cili api....okeh....settt....kito torai.....



Bahan2 utama cili api dan kunyit hidup...


Santan dari 1/2 biji kelapa parut...perah sendiri ni


Watak utama adalah ikan siakap la kan...dah tajuk pun ikan siakap..


Ni rupa dh tumbuk....letak serai sebatang yg dititik...letak daun kunyit lg walla....tp xdo..


Masukkan semua bahan dalam kuali....biarkan atas api sekejap....


Then curahkan santan.....nampak x macam minyak tu..haa..ikan siakap ada lemak ye korang...


Kacau selalu ye....usah ko godak kuat benor...hancur ikan tu....kacau agar tidak bertaik minyak...apa tu?
Sila gugel sendiri....


Dah siap....



Haaaa....makan of course dgn nasi panas.....lawan plak dengan ikan masin goreng..takde ikan masin buat sambal belacan..celur plak kangkung ke..Bendi ke..huiii walla...memang bertambah makan la..korang kalau buntu tak tau nak masak lauk apa..boleh jer cuba..alaaaa....boring la..asyik masak lemak cili api je..aduhaii korang...nama pun org Nogori...ini la lauk utama diorang....nak buat cane..

Selamat mencuba ye...ni masak lomak versi Kuala Pilah...ni yg omak SA ajar....khas buat korang yg nak mencuba....x yah nak pi NS kan nak makan masak lomak....buek sendiri pun ok....kalau dah share resepi pun tak jadi gak....ermmm.....sesuatu la kan...kena berguru la plak...hehehe....entry ni SA dh pernah buat sebelum ni..sajer nak share lagi sekali ngan korang...konsep masak sama je..samada ikan, ayam, daging atau seafood..senang jer masak ni..main campak- campak je...

Thursday, June 7, 2018

Welcome to 40 Series..40 Tahun Yang Mendebarkan

Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Diri Sendiri..

Hi korang...

Apa? Tak percaya? ye laaaa...takkan nak tipu....semalam genap usia SA ni 40 tahun...ishh..takkan nak scan ic kot..semalam merupakan birthday SA..takde pun celebrate..sama je seperti tahun- tahun lepas dan selamanya..takde sambutan cuma keluar makan je..pas tu takde hadiah atau sejambak bunga ke..sejambak coklat atau birthday cake pun..mimpi la nak dapat semua tu..hehehe..tapi takpe la..SA bersyukur sebab masih diberi kesempatan bernafas di dunia ini...


Apa perancangan SA bila umur dah meningkat ke angka 40 ni?

Susahnya nak jawab soalan ni..ada plak yang tanya...erm nak jawab apa erk...

Kehidupan SA berjalan seperti biasa..takde apa yang menarik pun..hanya umur jer bertambah 

setahun lagi..kehidupan masih macam biasa..tak ada apa yang istimewa yang SA nak harapkan atau

impikan..cukup lah di beri allah kesihatan yang baik untuk SA terus bekerja dan menggalas 

tanggungjawab sebagai anak, ayah, ibu dan kakak. Semoga allah berikan SA limpahan kasih sayang

family dan semua orang..Semoga allah limpahkan juga rezeki buat SA...

Kehidupan berjalan seperti biasa seperti tahun- tahun sebelumnya..ribuan dan jutaan terima kasih SA ucapkan kepada semua yang sudi wish birthday SA semalam. Terharu betul..super duper busy semalam sampai tak sempat jawab satu- satu ucapan..insyaallah kalau SA ada masa free SA jawab semua ucapan ye..nasib baik buat status khas..so banyak komen kat status tu je..kalau tak sure nak kena scroll satu- satu status kat timeline..

Alhamdulillah...terima kasih diatas segala doa...Amin...semoga apa yang didoakan buat diri ini di makbulkan Allah s.w.t...SA tak mintak banyak...hanya pada usia ke 40 tahun ini lebih mematangkan SA dalam apa jua dugaan..terima kasih kepada yang menyokong penglibatan SA dalam apa jua bidang...semoga kejayaan buat kita semua...insyaallah...amin...

Terima Kasih Semua...Love you all.....

Wednesday, June 6, 2018

Pengumuman Pemenang Giveaway Sisturs Lawa Warrior

Hi korang...

Dah lebih sebulan dah Giveaway Grup Sisturs Lawa Warriors ni...alhamdulillah walau tak ramai yang join tapi ada la dalam 20 peserta yang sporting join GA ni...nanti kami nak buat GA lain plak selepas raya..Maybe nak buat Grand skit...Maaf diatas kelewatan mengumumkan pemenang..SA dan kawan- kawan agak busy sedikit...



Tanpa melengahkan masa lagi SA nak umumkan 14 pemenang untuk GA ni...terima kasih buat semua sponsors hadiah..Pemenang adalah seperti berikut dan adalah digalakkan anda yang menang untuk pm sponsor- sponsor hadiah untuk tuntut hadiah korang ye..mana hadiah yang melibatkan pengeposan sila bertabah kerana hadiah akan di pos selepas Hari Raya. Nanti korang deal sendiri dengan sponsor hadiah ye..


1. Hadiah Cash RM5 dari Azlinda Alin


Pemenang No 11


2. Cash RM 5 dari Sue Aina 


Pemenang No 14

3. Sample Bare Essentials  dari Khaty Aiman


Pemenang No 6

4. Shawl Dari Izarra Qistina


Pemenang no 19


5.  Cash RM10 dari Bonde Zaidalifah


Pemenang no 17

6. Shawl x 3 dari Anil Wanina

Pemenang no 12


Pemenang no 13

Pemenang no 9

7.  Novel dari Ana Suhana 


Pemenang no 1

8.  Cash RM20 dari Suria Amanda

Pemenang no 5

9.  Top Up RM10 dari Mimi Azirah


Pemenang no 20

10. Buku Islamik dari Adda Ahmad


Pemenang no 2

11.  GC Tea dari Rozita Abd Rahman 


Pemenang No 8

12. Cash RM5 dari Shuhaida Kabdy


Pemenang No 4


Tahniah buat semua pemenang..sekali lagi SA mohon maaf kerana sedikit lambat mengumumkan pemenang GA ini..insyaallah kita jumpa lagi di GA akan datang..nanti SA publish bila dah ada kata putus dari ahli- ahli yang lain ye...


Check Senarai Peserta DISINI

Tuesday, June 5, 2018

Siapa Tarik Kaki SA?

Hi korang...

SA nak citer skit kejadian mistik yang melanda SA lately sebelum puasa dan bulan puasa ni...bukan ke bulan puasa syaitan semua diikat?Pelik kan...SA tak pasti samada ianya mimpi atau realiti tapi kalau dah sellau dah semestinya reality la kan...cuma SA tak nak la bising- bising nanti kawan serumah takut plak...
Perkara ni berlaku sebelum puasa awal bulan 5 rasanya...tiap kali nak tido asal dah nak lena jer sure terperanjat dan rasa macam ada orang tarik kaki...eh...sapa plak dalam bilik SA kan..itu sekali..dah lama dan SA tertido semula..kena tarik lagi sekali..eh....main- main ni...SA bangun dan duduk..ambil hp suluh kalau- kalau ada orang. Padahal diri SA ni memang sangat la penakut..tapi dalam bilik sendiri kan...kena la beranikan jugak diri..takde plak nampak apa- apa. SA  pasang surah yasin dan make it berulang- ulang sampai pagi...

Gambar sekadar hiasan

Dah pasang surah yasin tu SA terlelap semula sampai pagi...ingat takde apa -apa la mungkin SA mimpi kot..Tapi kena lagi selang 2 malam...masih lagi kena tarik kaki SA.. kali ni macam ada orang rentap ibu jari kaki...ehhh...main tarik- tarik plak kan...dh kenapa nak kacau orang..SA bangun pasang lampu, tengok jam baru pukul 12 tgh malam..orang nak bangun sahur ni...then SA toleh ke tingkap..laaa..tingkap x tutup rapat..langsir macam terselak..bilik SA bertentangan dengan Sungai.. dengar air sungai macam laju sangat..x berani nak meninjau..SA ni macam berani padahal penakut..then pasang semula Yasin kat hp..terus tido ..sampai bangun sahur...SA tak cerita la kat housemate..kang ada plak yang takut kan...

Sampai sekarang masih lagi misteri...apa yang buat kaki SA kena tarik dan kena rentap macam tu..padahal sebelum tido dah basuh kaki, solat dah dan dah pasang yasin..tapi berselang hari mesti kena sampai sekarang...

Korang rasa apa yang SA perlu buat?

Monday, June 4, 2018

Majlis Pelancaran Muslim Pro Aplikasi No 1 Di Malaysia Untuk Gaya Hidup Muslim

Muslim Pro Aplikasi Nombor Satu Di Malaysia


Muslim Pro, yang kini menjadi nombor # 1 Gaya Hidup Muslim App telah mengembangkan
operasinya ke Malaysia. Penubuhan Muslim Pro Malaysia adalah langkah semulajadi bagi syarikat itu. Malaysia kini merupakan pasaran Top 5 untuk App dan merupakan penyokong utama ketika ini  ke arah  pembangunan Ekonomi Digital Islam.



Dengan lebih 52 juta muat turun secara global, Muslim Pro digunakan oleh umat Islam di lebih daripada 200 negara di sekeliling dunia. Aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti waktu doa yang tepat, arah Kiblat, pelbagai terjemahan & bacaan Al-Quran, restoran Halal & Pencarian lokasi Masjid, Kalkulator Zakat dan pelbagai ciri komuniti dan gaya hidup yang amat berguna kepada semua Muslim



Tahun lepas, Affin Hwang Asset Management (AHAM) Malaysia dan CMIA Capital Partners (CMIA)Singapura bersama-sama menguasai kepentingan mengawal dalam Bitsmedia, pemaju App Pro Muslim.Pengasas, kebangsaan dan mantan ahli pasukan Google, Erwan Mace seterusnya
memegang kepentingan minoriti dalam syarikat. CMIA & AHAM berharap dapat memanfaatkan hubungan mereka dalam kedua-dua Malaysia dan Asia Tenggara untuk membantu Pro Muslim melaksanakan strategi pengembangan serantau.


Sebagai sebahagian daripada perkembangan di Malaysia, En. Nik Emir Din dilantik sebagai Country Manager untuk Muslim Pro Malaysia. Sekarang sebagai wajah tempatan kepada jenama global, Nik Emir mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan jenama Muslim Pro dan kemunculan pasaran di Malaysia. Muslim Pro secara aktif mencari rakan kongsi menang-menang dengan korporat, institusi dan agensi kerajaan yang boleh memanfaatkan aplikasi tempatan yang kuat
dan kehadiran global.



Terdapat peluang besar untuk Pro Muslim untuk memainkan peranan utama dalam pembangunan
Ekonomi Digital Islam, yang telah dibina atas tuntutan gaya hidup orang Islam. The Trend Makroekonomi dan Demografi sangat menggalakkan pertumbuhan berterusan dalam jangka sederhana dan panjang terma di rantau ini dan di seluruh dunia.


"Ini terutama berlaku di Asia Tenggara di mana jumlah umat Islam lebih daripada 250 juta ditambah
dengan hakikat bahawa kira-kira 90% pengguna internet di Asia Tenggara adalah pengguna telefon pintar. Muslim Pro sedang giat mencari rakan kongsi untuk membantu kita memanfaatkan megatrend yang menarik ini " ulas Nik Emir ketika berbicara kepada media tentang prospek pertumbuhan masa depan.

Semasa pelancaran, Pro Muslim menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Malaysia Airlines di bawah Projek Amal, perniagaan piagam haji yang dimiliki sepenuhnya, yang memenuhi keperluan penumpang melaksanakan haji dan umrah mereka. Perkongsian ini bertujuan untuk membangun dan meningkatkan Projek Amal pengalaman penumpang melalui aplikasi mudah alih Pro Pro, akhirnya memperkaya perjalanan haji mereka. Muslim Pro diwakili oleh Nik Emir Din, Country Manager manakala Malaysia Syarikat penerbangan diwakili oleh Hazman Hilmi Sallahuddin, seorang ahli kanan Projek Amal.




"Pada masa yang sama perjanjian itu akan membolehkan kedua-dua Muslim Pro dan Malaysia Airlines di bawah Projek Amal untuk mengetengahkan kehadiran jenama antarabangsa di antara satu sama lain untuk terus berkembang dan bertambah baik melalui tawaran produk sedia ada serta mengembangkan asas pelanggan masing-masing. " Ujar Nik seterusnya.
"Seperti yang kita tahu bulan Ramadan ini adalah masa yang penting bagi umat Islam dan orang Islam, Aplikasi Muslim Pro kami telah menerima lonjakan penggunaan dan aktiviti daripada pengguna kami. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. " Kata akhir Nik Emir.

Muslim Pro boleh dimuat turun di Apple App store, Google Play atau get.muslimpro.com

Exclusive Suede Foldable Travel Bag Sesuai Untuk Balik Kampung!!!

Balik Kampung...hooo..hoo...hoo Balik Kampung....Hati Girang...


Hi korang!!

Tak lama lagi nak raya kan..sure kita semua nak balik kampung ye tak? Dah ada bag balik kampung?
Haaa meh SA nak citer sikit ni...Sebagai seorang mak...sebagai orang bujang...setiap kali balik kampung di musim perayaan memang memerlukan bag yang sesuai dan tahan lasak kan..Ye la..perjalanan kan adakala jauh..Macam SA walau dekat jer di Negeri Sembilan, Bag sangat penting untuk bawa keperluan raya kan. Dengan baju, dengan kuih raya, dengan macam- macam keperluan la...biasa SA bawak beg tarik tu..tapi memandangkan tahun ni raya biasa je je sederhana makanya kita cari bag yang kecil sikit tapi selesa dan berguna kepada orang bujang macam SA ni..

Ada banyak sebenarnya jenama Travel Gears in Malaysia..dengan pelbagai kelengkapan untuk mereka yang kaki travel mahupun untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Be Greater Travel merupakan antara tema yang dipilih oleh PTT Outdoor untuk kelengkapan travel yang up to date serta berkualiti..Antara product terbaru mereka adalah Foldable Travel Bag yang cute dan mempunyai pelbagai kegunaan..


PTT Outdoor memahami kehendak pelanggannya. Dengan itu harga bagi Exclusive Suede Foldable Travel Bag ini adalah sangat- sangat mengikut kemampuan semua. Harganya tidak mahal dan mampu milik sesuai dengan kualiti yang diberikan. Travel Gears In Malaysia mempunyai sasaran iaitu sesuai digunakan oleh semua golongan. Kualiti, warna dan keselesaan Suede Foldable Travel Bag ini menepati kehendak semua pelanggannya. 




Terdapat pilihan warna yang menarik...SA dapat warna Orange!!!


Suede Foldable  Travel Bag sebelum di buka dari lipatan


Terdapat zip di sekeliling


Lipatan pertama selepas zip dibuka..


Setelah dibuka dari lipan nampak macam kecil kan tetapi.....korang tengok sendiri la kat gambar di bawah


Close up 


Kita tutup semula zip untuk nampakkan corak yang menarik..


Ruang yang luas boleh muatkan pelbagai barangan especially baju..kalau nak letak pakaian bersenam petang- petang pun ok..tidak tertakluk untuk travel sahaja


SA dah ada travel bag yang comel..
Kualiti product adalah keutaaman di PTT Outdoor

Promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 PTT Outdoor  memberikan promosi atau potongan harga yang istimewa buat pembaca dan dan follower blog SA..Dapatkan Foldable Travel Bag anda dengan hanya memasukkan code istimewa iaitu RAYA5 ketika check out pembelian korang dari laman web mereka..cepat sebelum terlambat...Travel Gears in Malaysia menanti anda semua dengan pelbagai product berkualiti..


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

website

Facebook

Instagram


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah