Showing posts with label Resepi Mudah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mudah. Show all posts

Saturday, January 14, 2023

Simpan Sini..Nanti Nak Buat...

Assalamualaikum..

SA suka sangat kerabu pucuk paku campur kerang. Dapat pucuk paku fresh lepas tu dapat plak kerang yang fresh...huiii sedap kan..biasanya SA ratah macam tu aje..bila makan or beli kat kedai rasa kureng sikit...so better buat sendiri dan boleh ulang-ulang makan..

SA kalau kerabu ni suka sangat ratah macam tu aje...krup krap rangup pucuk paku tu...biasa celur sekejap aje sebab nak dapat kan texture crunchy tu..pwrnah buat campur ikan bilis yg digoreng garing gara-gara xde kerang fresh...

Jom tengok resepi...




Nak dapatkan kerang yang cantik fresh macam tu of course kena ada kerang fresh..didihkan air...masukkan kerang yg dh dicuci bersih dalam 5 minit lepas tu masukkan dalam bekas berisi air batu...nanti akan dapat texture yang fresh cantik macam tu...


Kerabu pucuk paku dan kerang tak pernah tak sedap! Jom buat resepi mudah ni.πŸ˜‹ 


1. Pucuk paku (celur dulu)

2. Kerang (rebus dulu) 

3. Cili besar, cili padi & bawang putih (tumbuk sehingga lumat) 

4. Bawang merah (hiris)

5. Tomato (potong kecik atau dadu)

6. Cili padi untuk rasa pedas (hiris kecil-kecil)

7. Limau nipis (perahkan dalam bahan)

8. Sos ikan

9. Garam, gula & serbuk perasa


Satukan semua bahan kacau sebati dan boleh dinikmati untuk tengahari ni..πŸ˜‹πŸ˜‹


Credit : FB Resepi Mudah


Thursday, September 15, 2022

Resepi Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bawang Putih Permintaan Mak Cella

 Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari tu nak share resepi kari udang campur nenas kan...tapi Mak Cella ada request resepi ikan cencaru goreng kunyit hidup dan bawang putih tu...okey la SA up resepi ikan cencaru dulu la ye...

SA nak share dengan korang satu lagi menu simple yang sangat mudah dan sedap selain berkhasiat..hahaha...pepandai jer kan..sebab apa SA kata simple? Tak banyak bahan pun..bahan pun mudah je nak dapat..kos pun murah...Biasa SA suka masak time nak berbuka dan sahur..berselera masing-masing makan..

Resepi ni mak SA yang ajar dan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga..kalau Mak Pah buat lagi sedap kot..sebab dah Mak Pah tak sihat so SA jer la yang masak..jom kita tengok resepi  dan bahan- bahan yang SA gunakan..ini yang paling mudah tau...sekejap aje dah siap dan x amik masa lama untuk masa..SA dah pakar dah sebab dah selalu buat..



Bahan- Bahan

  1. Ikan Cencaru - 4 ekor ( SA guna seekor aje yang paling besar dan jangan buang jaket dia tu)
  2. Kunyit Hidup - sejengkal
  3. Bawang Putih - 7 -10 ulas
  4. Garam

Cara masak

  1. Tumbuk kunyit sampai hancur
  2. Asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan
  3. Then tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu
  4. Lumurkan separuh kunyit tadi pada ikan..jangan lupa campur garam sekali
  5. Goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak ikan angkat dan ketepikan
  6. Bawang putih dan kunyit hidup tadi di goreng garing dan perasakan garam juga
  7. Then gaulkan pada ikan macam dalam gambar
Dah siap...

Mudah kan? makan panas- panas..anak dara SA suka la ni...kalau dapat lauk ni memang makan bertambah...tapi tak boleh la buat selalu nanti muak..dalam sebulan tu buat la 2 kali..memang laku lauk ni...kalau dicicah dengan budu pun memang laju jer bertambah nasi...sedap....eh nak pi cari stok budu la....

Selamat mencuba ye


Saturday, July 16, 2022

Resepi Sotong Bakar Bersambal...

Assalamualaikum....

Tengah SA scroll FB sekali nampak resepi ni...bahan dan cara masak pun senang je nak buat ..

SA share kat sini untuk rujukan SA dan kawan-kawan semua...akhir entry SA letak kredit ye...

Next nanti SA nak cuba resepi ni...tunggu dh betul2 elok batuk nanti baru bleh buat...kalau x nanti lagi teruk batuk kan...seafood kan buat tekak gatal...



 

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBALπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Bahan-bahannya

Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.

10 tangkai lada kering - dikisar

4 ulas bawang kecil

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 biji buah keras

1 btg serai

2 sudu besar sos tiram

air asam jawa -secukupnya

garam dan gula

Sedikit minyak masak


Cara2:

1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)

2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)

3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.

4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak

5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.


Kredit Resepi: Dzanariah

Kredit FB Inspirasi Resepi


Sunday, January 30, 2022

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum....

Hi korang...

SA x buat pun nasi ayam ni...SA cuma nak share je memandangkan minggu akan datang ni minggu cuti panjang kan...SA x amik extra cuti...takde agenda nak kemana-mana jadi maybe agenda lebih kepada makan makan dan makan ternak lemak macam biasa...adik-adik pun x balik...SA akan temankan mak pi check up hari Khamis nanti...Dania plak akan belajar last kopek sebelum exam SPM bulan 3 nanti...cadang nak pi mandi laut...tengok macam mana nanti...sekarang susah nak gerak kemana-mana memandangkan Mak Pah kena dialysis 4 kali sehari kan...nak keluar boleh tapi x boleh nak lama-lama

Mesti ada antara kita suka makan nasi ayam kan? Ada pelbagai cara masak nasi ayam dan menjadi kegemaran sesetengah orang...so hari ni SA copy resepi nasi ayam dari Telegram...nampak menarik dan caranya pun mudah...Nasi ayam ni fav Dania....


 

 RESEPI NASI AYAM


Resepi:

Utk ayam

1ekor ayam potong 4

Jangan buang kulit

Daun bawang 3pokok basuh bersih simpul

Halia 4 inci ketuk

2 batang serai ketuk

Sedikit garam


Cara membuat:

Masuk air yang banyak ya sesuai utk masak nasi sup sos nanti ambik daripada ni kedalam periuk besar bersama semua bahan di atas kecuali ayam. 

Biar mendidih kemudian masuk ayam celup dulu sekejap kemudian angkat bagi kulitnya tegang tak berkedut. Kemudian baru lepaskan kedlm air ulangi proses sehingga habis keempat2 ayam tersebut. 

Rebus selama 10minit dengan api biasa kemudian renih dlm masa 15m biar ayam masak. Toskan. 

Bawang putih halia tumbuk masuk sedikit garam sedikit kicap pekat dan madu lumur pada ayam dan perap sekejap sambil tu boleh masak nasi dan sos. 

Kemudian boleh bakar ayam tu dlm oven dlm 30minit sehingga keperangan ikut kita suka kegaringannya sebab ayam tu tadi dah rebus. 

Bila dah siap lumur dengan madu supaya berkilat cantik dan sedap.


Utk nasi

1kg beras basuh bersih dan toskan

Bahan utk tumis

6ulas Bawang putih cincang

3inci halia ketuk

3helai daun pandan simpul

Rempah 4 sekawan

Bunga cengkih kayu manis buah pelaga bunga lawang

2 sudu butter

2 kiub ayam

Air rebusan ayam tadi


Cara membuat:

Panaskan minyak campur 2 sudu butter tumis 5 sekawan bawang putih dan halia hingga wangi masuk beras kacau hingga sebati kemudian masuk air rebusan sepadan dengan 1 kg beras kita tadi, kiub ayam daun pandan sedikit garam dan gula kalau nak tukar ke rice cooker pun boleh masak terus atas api pun boleh sehingga masak.


Utk sos cili

10biji cili merah

5biji cili padi kalau nk pedas tambah lagi.

4ulas bawang putih

1kiub ayam

Sedikit halia

Air masak

Garam gula dan cuka secukupnya


Cara membuat:

Masuk semua bahan kedalam blender kecuali cuka dah siap masuk dlm mangkuk tambah cuka dan rasa secukup rasa manis masin masam.

Utk sos kicap

5ulas bawang putih cincang

1 kiub ayam

2sudu tepung jagung bancuh dengan air

5 sudu sos tiram

Kicap cair secukupnya

3cawan air rebusan ayam tadi


Cara membuat:

Panas minyak tumis bawang putih hingga kekuningan masuk sos tiram kicap dan air rebusan. Masuk air tepung jagung bagi pekat garam gula kiub ayam. Kacau rata dan rasalah biar sesedap rasa.


Utk sup

Air lebihan ayam tadi masuk kiub ayam 2 biji akar daun ketumbar garam secukup rasa. Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Saya tadi masuk bebola ayam anak2 suka masuk ni.


Semasa menghidang hiaskan dengan salad tomato dan timun.Tadaa dah siap selamat mencuba semoga bermanfaat.


Credit : Azizah Daud


Tuesday, January 11, 2022

Sup Ikan Merah Cadangan Menu Bekal Ke Tempat Kerja

Assalamualaikum...

Hi korang...

Macam biasa la SA share resepi ringkas dari telegram...yang masak sendiri dah biasa share kan..ni nak masak ikut resepi orang plak supaya leh rasa keenakkan cara orang lain masak kan walau lebih kurang sama je...Banyak lagi resepi kat telegram yang SA dah share dan blom cuba...slowly mencuba sebab SA kan bawak bekal pi kerja...

Kalau bab sup ikan ni kan..SA suka je masak...lepas tu letak daun sup dna daun bawang dan letak la sayur- sayur skit...tomato, batang celery ke...memang sedap la menghirup kuah...ada orang x suka letak sayur- sayur sebab anak- anak ada yang x makan sayur kan...takpe kita raikan aje apa yang orang suka atau x suka.. kalau orang x makan sayur kita jangan kecam...ok....

Jom tengok resepi...



photo kredit to @ResepiDuniaMasakan

SUP IKAN MERAH


Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm

3 biji tomato

Jus perahan limau nipis secukupnya

1 pokok daun sup

Garam secukup rasa

Air secukupnya


Bahan tumis:

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi

2 biji bawang merah

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

5 biji lada hitam

5 biji cili api dititk-boleh tambah


* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:

Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.


kredit telegram @ResepiDuniaMasakan


Monday, December 20, 2021

Resepi Sotong Berlada Campur Kentang

Assalamualaikum...

Siyes SA takde bahan nak update blog hari ni...mood pun ntah kemana ntah...apapun...SA nak share resepi dari grup masakan kat telegeram...macam biasa la...mana tau korang buntu tak tau nak masak apa kan...ikutkan resepi ni caca marba masa SA baca kat telegram...SA copy dan betulkan serta olah balik...

Jom tengok resepi ni...



Resepi Sotong Berlada Campur Kentang

Bahan-bahan

1/2kg kilo sotong

lada hitam 1 sudu kecil

halia 1 inci

sedikit asam jawa- ambil airnya

Bawang kecik 2 ulas

Bawang putih 1 ulas

Tumbuk ya bahan di atas dan gaulkan dgn Sotong yg di letakkan sedikit serbuk kunyit .. 

masukkan1ketul pati ayam knorr dan hancurkan, sedikit garam dengan gula

2 biji ubi kentang, hiris nipis, goreng dan ketepikan

Sebiji bawang besar

Cili padi 6 biji

Cili merah sebiji


Cara²

Tumiskan sotong , masak sampai air sotong kering, kalau boleh jangan terlalu lama sebab nanti sotong bertukar jadi getah...liat ..hehehe ( keluarkan sotong selepas masak seketika)

Kemudian masukkan air asam jawa dan  ubi kentang yg di goreng tadi

Masak sampai kuah pekat kemudian 

Masukkan bawang besar sebiji ,cili padi..dgn cili merah

Masukkan semula sotong yang dikeluarkan tadi

Gaul bagi mesra

Siap


Kredit:siti fatimah


Saturday, May 1, 2021

Resepi Kepah Goreng Berlada Serai....

Assalamualaikum..

Hi korang...

Dah petang kan..meh SA rajin nak kongsi resepi lauk yang SA masak semalam...mana tau korang buntu tak tau nak masak apa kan...inipun menambah koleksi resepi yang SA cipta sendiri dan abadikan dalam blog ni...macam yang SA cakap SA takde ikut mana- mana specific resepi kalau masak yang simple simple ni...asalnya nak beli Kepah ni 2kg...see mentamak kat situ kan...tapi tak nak la membazir so SA beli 1kg je cukup..itupun belum tentu habis...Kepah dan Lala ni takde la beze ketara sangat...beza dari segi kulit dan rupa bentuk. Kepah ni bulat2 skit dan lala lonjong2 lepas tu kulit lala muadah pecah kan..sebab tu kat Utara orang panggil siput retak seribu. Kalau tak salah SA la...

Ada kenangan manis tentang kepah ni sebenarnya...dulu tahun 1986 - 1993 SA tinggal di PD satu family. Abah memang rajin turun ke laut sebab area kami tinggal tu ada Kampung Nelayan dan berdekatan pantai la of course kan...setiap hujung minggu kami adik beradik SA, Angah, Lissa dan Ateh akan ikut abah ke laut...abah menjala dan kami cari kepah..berpanas la kami di tepi pantai kawasan batu- batu tu cari kepah dengan mengais tanah. So kat sana orang tak panggil Kepah tapi orang panggil Buah Tanah. Kiranya SA dan adik beradik ada pengalaman la cari kepah ni...dulu kulit SA takde la putih macam sekarang. Dulu kami hitam legam sebab selalu berjemur kan...ye la udara laut dengan udara bandar tak sama...

Eh terpanjang plak mukadimah....jom la tengok resepi. Saje jer SA tepek gambar dah siap tu untuk bagi mood terliur..hahahaa..



Fresh kan? masa beli tu hidup lagi Kepahnya....

Resepi Kepah Goreng Berlada Serai

Bahan- Bahan

  1. Kepah 1 kg 
  2. Bawang merah 3 ulas
  3. Bawang Bawah Putih 3 ulas
  4. Cili Api 20 biji
  5. Sedikit halia 
  6. Serai 2 batang
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. 1 sudu besar sos ikan
  9. 1/2 sudu kecil maggi secukup rasa
* Bahan 2-6 tumbuk kasar

Cara masak

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
  2. masukkan sos tiram dan sos ikan..
  3. Gaul dan biarkan sedikit garing
  4. masukkan maggi secukup rasa
  5. Tak perlu tambah air sebab kepah tu akan hasilkan juice dia sendiri
  6. Masukkan kepah dan gaul rata
  7. Biar seketika sampai kulit kepah terbuka, jangan masak terlalu lama sebab nanti overcooked dan kering isi kepah tu
  8. Tak perlu tambah garam sebab sos tiram, sos ikan dan secukup rasa dah ada garam
  9. Terus tutup api
  10. Sedia di hidang


1 kg kepah..nampak sikit kan...tapi banyak jugak


Bahan- bahan tumis


SA guna sos tiram Mahsuri


Sos ikan


Tumis bahan tumisan sampai sedikit garing


Masukkan Kepah


Dah siap!!!

Mudah kan?

Selamat Mencuba......

Thursday, April 22, 2021

Resepi Udang Goreng Berlada

Assalamualaikum..

Hi korang,

Dah plan nak masak apa berbuka petang nanti? Takde idea? meh sini SA nak kongsikan satu lagi resepi yang paling mudah nak buat..tutup mata pun boleh buat...sebelum tu sorry kalau gambar buat korang semua terliur ye...SA xde niat apa cuma nak berkongsi resepi. Kalau takde gambar idea tu macam susah nak mari la...korang blogger pun mungkin hadapi masalah yang sama kan?

Resepi ni paling senang...SA kalau masak atau cipta sesuatu masakan memang yang tak susah..senang aje..yang mudah untuk korang cuba buat lepas tu...memang SA suka cipta menu masakan lepas tu share kat blog...simple...




RESEPI UDANG GORENG BERLADA

Bahan- bahan

1/2 kg udang kertas sederhana besar (potong sedikit muncungnya)

20 biji cili padi * 

4 biji bawang putih *

1 inci halia*

3 biji bawang kecil*

2 btg serai dititik

1 sudu besar sos tiram


bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara- cara memasak

  1. tumis bahan bertanda * sampai naik bau.
  2. masukkan serai
  3. masukkan sos tiram
  4. masukkan udang dan gaul sebati
  5. kalau nak ada kuah boleh letak sedikit air, SA suka kering2
  6. padamkan api dan sedia dihidang
  7. Hidangan diatas sesuai dihidangkan untuk keluarga.


Selamat mencuba.


Resepi Kerang Goreng Berlada

Assalamualaikum

Hi korang...

Hari ni SA nak repeat share resepi Kerang Goreng Berlada. SA sebenarnya MC hari ni...rasa kurang sihat. Malam tadi SA demam..lepas buka puasa SA naik bilik atas lepas tu makan ubat terus berselimut tido. Tutup ekon segala..so tadi SA dah pergi klinik dan ambil ubat..lepas tu SA singgah sekejap pasar besar carik apa yang boleh dimasak petang nanti...teringin nak makan kerang goreng berlada..bila teringin dan allah izinkan SA dapat beli kerang fresh dan beli sekilo je..kang beli banyak tak habis pulak..so petang ni nanti SA nak goreng kerang berlada...

Jom tengok resepi...


 

Resepi Kerang Berlada

Bahan- Bahan

1. Kerang sekilo

2. Bawang merah kecik

3. Bawang putih

4. Serai 2-3 barang

5. Sos Tiram 2 sudu

6. Cili padi segenggam

7. Halia

8. sedikit secukup rasa


Cara masak

1. Bawang kecik, Putih, halia, cili api di tumbuk hancur dan di tumis sampai naik bau

2. Masukkan serai yang dh dititik dengan sos tiram

3. Masukkan kerang, goreng dan balik-balikkan 

4. Biarkan 5 minit...then padamkan api

5. Sedia dihidang dengan nasi panas


Selamat Mencuba...


Monday, August 31, 2020

Resepi Dada Ayam Goreng Kunyit Versi Suria Amanda

Hi korang...

Rasa tak best jer kerja hari ni kan..dah sedap cuti 2 hari kan...lepas tu aktiviti ngan anak dara SA hari Sabtu sampai penat giler..terjebak tengok wayang citer Peter Rabbit. Apa ntah takde citer best kat TGV Aeon Seremban 2. Sampai SA dan Dania terjebak tengok citer tu..mula- mula nak tengok citer KL Special Force. Pastu dah last minit terus tertukar sebut citer lain...hahaha...citer melayu bleh tgok kat Astro First kan...layankan ajer citer Peter Rabbit dan not bad gak..best dan sesuai untuk anak- anak cuti sekolah ni....korang kalau takde agenda cuti sekolah boleh bawak anak- anak tengok wayang citer ni...



So...SA nak share ngan korang simple menu yang SA cipta semalam untuk Mak SA...laju jer mak makan semalam walau SA masak campak- campak je...menu kali ni lebih menggunakan dada ayam sebab mak tak boleh makan daging ayam bahagian lain.

Jom la tengok resepi

Ayam Goreng Kunyit Versi SA

Bahan-bahan


  1. Sekeping dada ayam dihiris nipis macam dalam gambar
  2. Serbuk kunyit  - 1 sudu kecil
  3. Bawang putih 2 ulas - hiris
  4. Bawang merah kecil 2 ulas - hiris
  5. Halia 1 inci - hiris halus dan memanjang
  6. Cili Akar 3 biji - potong serong
  7. Bawang Besar - Hiris bulat
  8. Sos Tiram  - 1 sudu
  9. daun kari 2-3 helai
Cara  memasak 

  1. Dada ayam di lumurkan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam
  2. Goreng sampai betul- betul masak, terpulang kalau nak garing atau tidak..SA masak separuh garing sebab mak nak daging tu juicy.
  3. Ayam dah masak, angkat dan ketepikan...
  4. Gunakan minyak goreng ayam tadi, tumis halia sampai garing.
  5. masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar dan biarkan sampai naik bau..
  6. masukkan sos tiram dan cili akar
  7. tak perlu tambah garam sebab ayam dah ada garam masa goreng tadi dan sos tiram dah masin.
  8. masukkan daun kari, gaulkan dan tutup api
  9. Sedia untuk di hidang
Senang je kan menu SA..

Selamat mencuba....

Sunday, August 30, 2020

Resepi Daging Goreng Kicap Sedap Style SA

Hi korang...

Macam dah lama jer tak up pasal resepi kan...last week dapat banyak request resepi daging masak kicap yang SA share kat IG dan FB...ingat malas nak share sebab ye la resepi senang jer kan...semua pandai buat..tp SA ni jenis tak sampai hati..ilmu yang ada elok dikongsi bersama kan.Resepi ni rasanya paling senang dan bahan semua ada kat rumah..Daging kalau boleh korang guna jenis yang batang pinang sebab tak perlu goreng lama..kalau daging jenis yang block tu korang nak kena rebus lama sampai empuk kan..so dah bazir banyak masa kat situ..eh..ikut korang la nak masak macam mana pun kan...ye la last week kan sure korang dapat banyak daging korban...SA this week nak repeat lagi masak daging...kena habiskan cepat daging korban, fridge dah penuh dah tu...


Jom tengok resepi..


Bahan- Bahan


  1. Daging batang pinang 1/2 kilo - hiris nipis ( gaul dengan sesudu garam halus, tak perlu letak kunyit serbuk)
  2. Bawang putih - 3 ulas
  3. Bawang kecil - 4 ulas
  4. Halia - 2 inci
  5. Sos Tiram - 2 sudu besar
  6. Kicap manis  - 3 sudu besar
  7. Kicap masin  - 1 sudu besar
  8. Cili Padi-10 biji - potong 2
  9. Bawang besar - 1 labu - dihiris
  10. Mixed herbs  - 1 sudu teh
  11. Lada Hitam  - Satu sudu besar ( tumbuk kasar)
  12. Bahan 2-3 tumbuk kasar


Cara - Cara Masak

  1. Gunakan kuali pan ( frying pan), goreng daging batang pinang dalam 15 minit dan ketepikan
  2. Gunakan kuali yang sama tumis bahan 2-4, tumis sampai naik bau
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap masin
  4. Masukkan daging yang telah digoreng td gaul sekata
  5. Masukkan Mixed herbs dan lada hitam, gaul sekata
  6. Masukkan bahan 5 dan 6
  7. Biarkan seketika
  8. Tutup api dan sedia dihidang
  9. Kalau nak daging masak kicap kering tak perlu tambah air..SA suka garing macam ni sebab daging tu juicy..so...kepada yang nak cuba Daging Masak Kicap style SA boleh la cuba ye...dah cuba nanti share tau...hehehe....


Selamat Mencuba!!!!

Tuesday, July 2, 2019

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Hi korang..

SA terlebih rajin hari ni nak share ngan korang resepi Udang masak lemak cili api. Kalau korang tengok gambar, udang tu ada 2 jenis, satu udang biasa dan satu lagi udang harimau..belasah je la campur dua2 species tu. Pas tu takde bahan campuran..nampak ada ada terung panjang..belasah je masukkan terung..nampak ? Kita yang buat dia..bukan dia yang buat kita kan...hehehe...janji masak sudah....


Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Bahan2 nya

  • 1-2 kg udang sederhana besar
  • 1 1/2 kotak santan Ayam Brand
  • *2cm kunyit hidup
  • *Cili api ikut kepedasan
  • 1 biji terung panjang

Bahan bertanda * di tumbuk lumat..nak kasi cili cepat hancur letak sikit garam kasar masa tumbuk..

Cara2 memasak

  1. Campurkan bahan yg ditumbuk lumat bersama santan dlm periuk atau kuali..SA prefer kuali sebab senang nak kacau.
  2. Then masak dengan api perlahan hingga santan agak pekat...kacau jangan sampai santan naik minyaknya..
  3. Santan dh menggelegak..masukkan udang...
  4. Dah kemerahan udang tu masukkan terung...biarkan 3 minit..jangan kacau selalu takut terung lembik..perasakan garam dan tutup api...
  5. Sedia dihidang 


Nak lg best goreng ikan pelaling  bagi selera makan...tak pun buat la sambal belacan ke..cencaluk ke..budu ke..huiiiiii...bertambah- tambah nasi nanti..badan naik jangan salahkan SA ye....larikkkkk......

Selamat mencuba.....

Friday, June 8, 2018

Tutorial Dan Resepi Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api

Tutorial Bergambar Masak Lomak Cili Api NS


Assalamualaikum. ..

Bersua kembali di ruangan tutorial menu Suriaamanda ye puan2....semestinya tutorial bergambar bg memudahkan anda memasak...x perlu nak google2 dah....ni SA bg resepi siap cara-cara nak masak...SA tengah stress terus jadi rajin nak share semua ni...

Jom kita mulakan....

Kenapa SA pilih ikan siakap? Sebab..selain memudahkan ikan cepat masak..sedap jer kita kasi ubah sekali- sekala kan..asyik ikan sweet sour, 3 rasa dan masak stim..kita kasi ubah..sebenarnya dah banyak kali SA share resepi masak lemak cili padi..sajer nak share lagi..lagipun ikan tu je yang ada dalam fridge....blank x tau masak cemana terus teringat mak pernah masak lemak cili api....okeh....settt....kito torai.....



Bahan2 utama cili api dan kunyit hidup...


Santan dari 1/2 biji kelapa parut...perah sendiri ni


Watak utama adalah ikan siakap la kan...dah tajuk pun ikan siakap..


Ni rupa dh tumbuk....letak serai sebatang yg dititik...letak daun kunyit lg walla....tp xdo..


Masukkan semua bahan dalam kuali....biarkan atas api sekejap....


Then curahkan santan.....nampak x macam minyak tu..haa..ikan siakap ada lemak ye korang...


Kacau selalu ye....usah ko godak kuat benor...hancur ikan tu....kacau agar tidak bertaik minyak...apa tu?
Sila gugel sendiri....


Dah siap....



Haaaa....makan of course dgn nasi panas.....lawan plak dengan ikan masin goreng..takde ikan masin buat sambal belacan..celur plak kangkung ke..Bendi ke..huiii walla...memang bertambah makan la..korang kalau buntu tak tau nak masak lauk apa..boleh jer cuba..alaaaa....boring la..asyik masak lemak cili api je..aduhaii korang...nama pun org Nogori...ini la lauk utama diorang....nak buat cane..

Selamat mencuba ye...ni masak lomak versi Kuala Pilah...ni yg omak SA ajar....khas buat korang yg nak mencuba....x yah nak pi NS kan nak makan masak lomak....buek sendiri pun ok....kalau dah share resepi pun tak jadi gak....ermmm.....sesuatu la kan...kena berguru la plak...hehehe....entry ni SA dh pernah buat sebelum ni..sajer nak share lagi sekali ngan korang...konsep masak sama je..samada ikan, ayam, daging atau seafood..senang jer masak ni..main campak- campak je...

Monday, February 26, 2018

Permintaan | Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Peria

Hi korang...

Ada yang whatsaap SA nak resepi Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria yang SA up last week..memandangkan SA agak busy dengan tugas hakiki ingat nak publish weekend, tapi weekend pun busy jugak jaga mak yang tak sihat.Makanya SA up la hari ni..SA pun takde apa- apa entry nak submit. So maaf ye...sekali lagi SA up gambar yang bakal menjejehkan air liur korang...SA tak nak hampakan permintaan beberapa blogger yang nak cuba resepi campak- campak SA tu..ikutkan konsepnya sama aje..so..jom tengok resepi...



Bahan- Bahan


  1. Udang - terpulang berapa ekor, SA gunakan 4 ekor sahaja
  2. Cili Api  - 10 biji
  3. Kunyit hidup 2 inci
  4. Peria Sebiji  - belah 6 atau 8
  5. Santan kotak  - 1/2 kotak
  6. Air 1 cawan
  7. Garam
  8. Serai - 2 batang dititik


Cara masak...

1. Masukkan santan dan 1 cawan air dalam periuk...

2. Masukkan cili api yg dh ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...serta serai...

3. Masakkan diatas api yg perlahan..kacau sentiasa supaya x bertahi minyak..

4. Biar santan betul2 masak / menggelegak...tambah garam

5. Masukkan udang

6. Masukkan peria yang dah dibelah td

6. Jangan masak terlalu lama...udang dh bertukar warna boleh tutup api...



Sedap makan dengan nasi panas ...

Tambah plak if ada ikan masin tenggiri jeruk...wallaaaa.....sodap!!!!


Selamat mencuba korang.....

Saturday, January 27, 2018

Resepi Ikan Daun Baru / Ikan Telinga Gajah Goreng Kicap

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...dh masak ke tu? Takde idea? Okey hari ni SA nak share dengan korang resepi ikan goreng kicap dan SA jarang sekali jumpa ikan ni..kebetulan Selasa lepas masa SA cuti..SA ngan abah sempat ke Zemart cari lauk untuk masak tengahari..abah berkenan kat Ikan Daun Baru ni..rupa parasnya macam ikan bawal besar dan lebar..harga plak RM11 untuk sekilo..so beli aje la..total seekor RM26..kira besar dan berat dalam 2kg lebih..
Sampai kat rumah baru siang ikan tu..Abah memang beli ikan ke ayam ke atau daging memang suka siang sendiri..dia agak cerewet bab siang ikan ni..so ikan daun baru tadi potong 3..cuma goreng bahagian tengah tu je untuk masak tengahari..bahagian kepala dan ekor simpan untuk masak hari lain..

Jom tengok resepi simple SA

RESEPI IKAN DAUN BARU GORENG KICAP
  1. Ikan daun baru dibersihkan dan dilumur kunyit serbuk dan secubit garam
  2. Bawang putih 4 ulas di ketuk
  3. Bawang merah 3 ulas - dihiris
  4. Cili api - 10 biji - potong 2 dan menyerong
  5. Halia 1/2 inci - hiris halus
  6. 1 biji bawang besar - potong bulat
  7. Satu sudu besar lada hitam- ditumbuk kasar
  8. Satu sudu sos tiram
  9. Kicap
Cara masak
  1. Ikan daun baru di goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas
  2. Dah agak garing angkat dan ketepikan
  3. Asingkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis
  4. Tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  5. Masukkan lada hitam dan sos tiram
  6. Masukkan bawang besar
  7. Akhir sekali masukkan kicap
  8. Dah siap!!


Ada yang tak tau Ikan Daun Baru tu rupa dia macam mana?

Haaaa macam dalam gambar ni ha...puas SA google...mula dah lupa nama dia..gigih gak la cari sebelum up entry ni...amboiii....matanya..besar giler...


Kredit to google.com


Kredit to google.com

Besar ikan yang beli tu lebih kurang besar gambar kedua tu ha...memang cantik je kalau nak goreng seekor tu dalam kuali..tapi ajer gigih plak nak guna kuali besar dan minyak yang lebih banyak kan...so SA suruh Abah potong 3...itupun sekeping bahagian tengah badan yang SA goreng tu agak besar dan tak habis..repeat bawak ke malam..rasa ikan ni? Sedap dan dagingnya manis..kulit ikan ni agak tebal dan SA ketepikan...Abah cakap sesetengah tempat panggil Ikan Telinga Gajah...eh..kenapa plak? Rupanya sebab rupa paras ikan dan kelebarannya macam telinga gajah. SA kalau bab nama- nama ikan ni memang failed. Selalunya kalau pergi pasar akan tanya dulu kat orang yang jual tu..nama ikan...senang nak update kat blog atau social media...hehehe....Dan ada info yang SA dapat selain di goreng sahaja ikan ni sedap di masak Kari Utara..okey nanti balance ikan tu boleh masak kari pulak..

Selamat mencuba ye korang...

Monday, January 15, 2018

Resepi Ikan Sardin Fresh Goreng Berlada

Hi korang..

Semalam SA sempat pi pasar besar Seremban...saje la nak tukar selera asyik makan ayam kan..so beli daging kambing skit untuk jamu adik beradik balik...sambil2 tu nak beli la ikan laut..asyik makan ikan darat je muak plak...aduhai...ikan pun mahal..takde yang murah pun..ada pun ikan sardin fresh la RM8 sekilo..besar2 gemuk-gemuk ikannya amik la 4 ekor..itupun RM19..takpe la buat stok la kan..SA sempat la buat goreng berlada untuk bekal hari ni....jom tengok resepi...



Resepi Ikan Sardin Fresh Goreng Berlada

Bahan- Bahan

1. Seekor ikan sardin fresh ( potong 4)
2. Cili api 20 biji
3. Bawang putih 4 ulas
4. Bawang merah kecil 6 ulas
5. 1 sudu sos tiram
6.minyak untuk menggoreng

Bahan 2-4 tumbuk halus

Cara memasak

1. Ikan di gaul serbuk kunyit dan goreng garing..dh masak ketepikan..
2. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan untuk menumis..
3.Tumis bahan 2-4 sampai naik bau
4. masukkan sos tiram ( tak perlu garam sebab sos tiram dah masin)
5. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi
6. Gaul mesra
7. Siap...boleh dihidang dengan nasi panas

Simple je kan?

Dulu SA x makan ikan sardin fresh ni..tapi bila kawan-kawan opis bawak pi keja..rasa sedap plak..ikan ni padat ngan isi..x tau la kenapa dipanggil ikan sardin..maybe kat tempat lain nama lain kot..biasa la lain tempat lain orang bagi nama kan..sama juga macam sambal..kenapa nak panggil goreng berlada..padahal sama je sambal kan..haaaa..ikut la nak sebut apa pun janji masakan tu sama je..goreng berlada pun sejenis sambal...SA guna je nama dua-dua..dah habis dah pun lauk ni makan tengahari tadi..zaman serba mahal ni semua pakat bawak bekal..haru belanja RM20 sehari kat KL ni kalau tak bawak bekal..sesekali takpe la..kalau dah hari- hari...pening kepala...

Selamat mencuba ye korang...resepi simple SA tu...

Monday, December 4, 2017

Resepi Daging Goreng Kicap Style Suria Amanda

Hi korang...

Macam dah lama jer tak up pasal resepi kan...last week dapat banyak request resepi daging masak kicap yang SA share kat IG dan FB...ingat malas nak share sebab ye la resepi senang jer kan...semua pandai buat..tp SA ni jenis tak sampai hati..ilmu yang ada elok dikongsi bersama kan.Resepi ni rasanya paling senang dan bahan semua ada kat rumah..Daging kalau boleh korang guna jenis yang batang pinang sebab tak perlu goreng lama..kalau daging jenis yang block tu korang nak kena rebus lama sampai empuk kan..so dah bazir banyak masa kat situ..

Jom tengok resepi..

Resepi Daging Goreng Kicap Style SA


Bahan- Bahan

  1. Daging batang pinang 1/2 kilo - hiris nipis ( gaul dengan sesudu garam halus, tak perlu letak kunyit serbuk)
  2. Bawang putih - 3 ulas
  3. Bawang kecil - 4 ulas
  4. Halia - 2 inci
  5. Sos Tiram - 2 sudu besar
  6. Kicap manis  - 3 sudu besar
  7. Kicap masin  - 1 sudu besar
  8. Cili Padi-10 biji - potong 2
  9. Bawang besar - 1 labu - dihiris
  10. Mixed herbs  - 1 sudu teh
  11. Lada Hitam  - Satu sudu besar ( tumbuk kasar)
Bahan 2-3 tumbuk kasar

Cara - Cara Masak

  1. Gunakan kuali pan ( frying pan), goreng daging batang pinang dalam 15 minit dan ketepikan
  2. Gunakan kuali yang sama tumis bahan 2-4, tumis sampai naik bau
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap masin
  4. Masukkan daging yang telah digoreng td gaul sekata
  5. Masukkan Mixed herbs dan lada hitam, gaul sekata
  6. Masukkan bahan 5 dan 6
  7. Biarkan seketika
  8. Tutup api dan sedia dihidang
Kalau nak daging masak kicap kering tak perlu tambah air..SA suka garing macam ni sebab daging tu juicy..so...kepada yang nak cuba Daging Masak Kicap style SA boleh la cuba ye...dah cuba nanti share tau...hehehe....

Selamat Mencuba!!!!

Wednesday, November 15, 2017

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Mudah Dan Sedap

Hi korang,

Rasanya dah banyak kali SA share resepi Sambal ikan bilis petai ni, kebetulan kawan office bagi petai 5 papan so SA decided untuk buat sambal ikan bilis aje. Udang mahal Kak Ton oiii...takde la SA nak beli udang...bukan tak boleh beli sebab makan sorang dan ye la..benda makan takkan nak berkira..tapi subhanallah kena kira jugak la sebab mahal Kak Tonnn....SA tak mampu....kalau beli makan sorang apa plak citer Mak Abah ngan anak kat Seremban...apa la yang diorang makan...haaa....Kak Ton  SA ni memang drama terlebih...ai is tak sampai hati...

Haaa...meh la SA share gak resepi...senang style SA campak2 je...takde nak letak asam jawa ke hape..ikut tekak SA je..kalau korang nak tambah asam jawa silakan....


Bahan- bahan
  1. Ikan Bilis 100 Gram ( belah dua dan basuh...jangan nak malas sangat beli yang dah kopek)
  2. Bawang kecil merah 3 ulas* 
  3. Bawang putih 4 ulas*
  4. Cili Api  - 10 biji*
  5. Cili kering kisar - 2 sudu besar
  6. Petai 5 papan - belah dua dan keluarkan isinya
  7. Bawang besar 1 biji - hiris
  8. sos tiram - 1 sudu besar
Bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara- cara masak
  1. Goreng ikan bilis sampai garing angkat dan ketepikan
  2. Guna minyak yang sama goreng ikan bilis tadi jangan pepandai dibuang, kurangkan kalau banyak sangat
  3. Tumis bahan 2-5 sampai naik bau semerbak satu taman
  4. Masukkan sos tiram
  5. Masukkan bawang besar
  6. Masak sampai agak kering
  7. Masukkan petai - Jangan masak lama sangat biar crunchy2 gitu...
  8. Tak perlu masukkan garam sebab sos tiram dah masin
  9. Tutup api Siap!!!
  10. Tunggu sambal tadi sejuk baru masukkan ikan bilis tadi....gaul2 kasi mesra gitu...
  11. Dah boleh makan dah...
Kenapa masukkan ikan bilis lambat?

Nak ikan bilis tu rangup walau dah dijadikan sambal...kalau campur semua satu masa..sekejap je ikan bilis tu rangup..lepas tu dah semalaman dah tak rangup dah..dah lemau kata Pak Dollah...hahaha...so itu je la resepi simple SA ye Kak Ton semua....korang leh tukar ikan bilis jadi udang/sotong kalau duit banyak dan nak jamu keluarga makan best2 la...sama je konsep nyer..

Selamat mencuba eh korang....kalau sedap buat la selalu...tak sedap?

Tak dapek den nak nolong eh.....

Tuesday, November 7, 2017

Masak Campak - Campak Aje...

Resepi Mudah Ikan Goreng Berlado

Lamanya tak share resepi bergambar...hahahaha...korang ingat SA rajin nak type resepi tengah2 busy dengan kerja yang melambak...tapi SA rajin amik gambar utk memudahkan korang...ye la..korang kan manja...SA kan sayang korang....hahahaha....takde la..menu simple2 boleh la SA share resepi bergambar selalu...macam semalam SA sampai rumah dah pukul 9 malam..terus defrost ikan yang SA dah beli last week..tak nak simpan lama- lama..habiskan jer la stok apa yang ada..senang tak yah pening fikir nak masak....lepas dah bersihkan ikan terus bedak dan mekapkan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam...biar kejap dan SA start masak pukul 9.40pm......berdesup SA masak dah macam burung puyuh gelabah dah ( macam pernah tengok burung puyuh gelabah)

Bahan- Bahan
  1. Ikan selar 2 ketul & ikan cencaru 2 ketul
  2. bawang putih 3 ulas
  3. bawang merah 3 ulas
  4. cili api 15 biji
  5. bawang besar 1 labu hiris kasar
  6. sos tiram 1 sudu besar
* bahan no 2-4 tumbuk lumat

Jom tengok cara masak...



Macam biasa la goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak angkat dan ketepikan...kurangkan minyak dan tinggalkan hanya untuk menumis


Bahan- bahan yang dah tumbuk lumat..saje buat pedas


Tumis bahan- bahan tumbuk tadi dan masukkan sos tiram, make sure bau merebak ke rumah jiran sebelah..dan dah nampak garing skit masukkan bawang besar...tutup api


masukkan ikan dalam bahan tumisan dan gaul mesra...x mesra tak baik tau..

Dah siap.....

Beria la ko ni bedah masak memalam...hahaha...SA bawak bekal pi keja la korang..kadang malas gak masak..setakat masak sambal ikan macam ni memang SA masak malam dan pagi sebelum pi kerja perangatkan semula...senang skit...selalunya makan dengan kawan- kawan kat opis pas tu share la lauk masing2..seronok makan sama-sama sambil gossip...eh.....hahaha..takde la..nenek SA ada cakap dulu..kalau nak selera makan...elok makan ramai- ramai...laju je makan dan laju je bertambah...tp SA makan nasi tak banyak pun..kurangkan pengambilan nasi dan makan lauk lebih especially sayur...buah jangan lupa ye....

So korang kalau nak masak menu simple macam resepi SA bagi tu...boleh jer guna..nak tukar ikan ke ayam pun boleh...tapi muak la makan ayam dah...balik2 ayam kan...tapi tu la..ayam jer yang murah sekarang kan?Ikan mahal.....bawak RM100 pi pasar pun dapat beli berapa jenis barang je...stress kan.....

Wednesday, August 9, 2017

Resepi Kari Kambing Air Tangan Suriaamanda

Hi korang...

Ada peminat kari kambing tak? SA memang hantu kalau melibatkan kambing..selalu kalau tak buat kari, masak sup atau grill..kalau makan western mesti nak cari lamb chop...teringat makan Lamb Shoulder kat Las Vacas last month...sodap...ok..kali ni puan- puan semua...SA nak share resepi Kari Kambing SA masak sendiri..haaaaa..kelas kan..SA dah pakar masak kari dah....kalau korang nak cuba boleh cuba..sama jer masak kari biasa...

Jom tengok resepi..


Resepi Kari Kambing SA

Bahan- bahan

  1. Daging Kambing ( campur tulang rusuk) - 1 kg
  2. Cili Kering kisar ( 2 senduk)
  3. Daun kari -3 tangkai
  4. Halia ( 1 inci)*
  5. Kunyit hidup ( 1 inci)*
  6. Kari Daging Babas ( 3 Sudu besar)
  7. Santan  - 1 biji kelapa
  8. Bawang kecil - 4 ulas*
  9. Bawang putih - 5 ulas*
  10. Kentang 3 biji - potong 4
  11. 4 sekawan
  12. Air asam jawa - suku cawan
Bahan bertanda * ditumbuk halus

Cara memasak

  1. Tumis 4 sekawan + daun kari
  2. Masukkan bahan bertanda * dan cili kering serta kari daging
  3. Masak sampai betul2 garing dan cili masak..atau sampai naik minyak
  4. Masukkan daging kambing
  5. Masukkan kentang
  6. Gaul sebati dan biar kering sedikit..
  7. Masukkan santan dan sedikit air..
  8. Gaul dan masukkan air asam jawa
  9. Biar sampai menggelegak dan daging empuk
  10. biarkan mereneh dan santan agak pekat sedikit
  11. Perasakan garam
  12. Siap!!
Senang kan?
Petang- petang buat cekodok atau beli roti canai..sedap makan sambil minum kopi...Tengok plak citer hindustan petang- petang...huiii..jahanam diet...
Selamat mencuba ye kawan- kawan...oh yer..ni menu SA Ahad lepas...alhamdulillah cukup habis licin kami adik beradik makan...sesekali sedap la..jangan selalu nanti muak kan?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah