Tuesday, October 27, 2020

Pantai Hospital Kuala Lumpur Donates RM60,000 For Breast Cancer

Breast Prostheses And Mastectomy Brassiere For The Underprivileged....


Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) through its signature annual breast cancer initiative, the Wear It Pink Campaign donated RM60,000 to the National Cancer Society of Malaysia (NCSM) and the Breast Cancer Welfare Association of Malaysia (BCWA). Since its inauguration in 2006, Wear It Pink has been actively involved in various activities including the Pink October Walk, Health Summits, Charity Hi-Tea to Outreach Programmes which are aimed to raise awareness and funds on breast cancer causes.



“Now more than ever, we need to pay extra attention to our cancer fighters due to the global outbreak of COVID19. Cancer patients have a low immunity system due to the treatment they have to undergo to control the cancer. We need to ensure that our cancer patients can still come to our Breast Care Centre for treatment and support,” said Erica Lam, Chief Executive Officer, PHKL. “This amount of donation can make a positive impact in the lives of our cancer patients and PHKL pledges to continue playing an active role to help them in any way we can”. 




For the 2020 Edition of the Wear It Pink Campaign, PHKL sold more than 1,500 boxes of the special edition pink masks to raise the fund. “We want the patient to feel as natural as possible with their new body image, after breast cancer surgery, just like how they were before having breast cancer. We hope this post mastectomy brassiere n prosthesis will further enhance their journey to recovery. So we are very thankful to PHKL and the public who contributed to this cause,” said Dr. Saladina Jaszle Jasmin, Consultant Breast and Endocrine Surgeon, PHKL who also chairs the breast cancer campaign for the hospital this year. 





Speaking further on breast cancer, Lam congratulated PHKL’s clinical research team led by Dr. Mastura Md. Yusof for their success in conducting a trial with immunotherapy for Triple Negative Breast Cancer (TNBC). The metastatic TNBC is the most aggressive type of breast cancer that results in high mortality especially among younger patients. Dr. Mastura’s team, along with other research teams from 29 countries were evaluating the efficacy and safety of pembrolizumab, an immunotherapy drug. The drug was combined with one of the three different standard chemotherapy options to treat locally recurrent, inoperable or metastatic TNBC that was previously not treated with chemotherapy in the metastatic setting. 

The full primary manuscript detailing the positive results from the KEYNOTE-355 study will be published in The Lancet, one of the oldest and best-known peer-reviewed medical journals in the coming weeks. 

Throughout the Pink October period, PHKL will be illuminated in pink lights which can be seen on the exterior of the premises to encourage more Malaysians to get breast health screening for early detection. Special ultrasound and mammogram packages are also available until December 2020. 

About Pantai Hospital Kuala Lumpur

Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) has a proud history of medical excellence serving the Malaysian public for over 45 years. Established in 1974, PHKL initially had 68 beds and 20 medical specialists. Today, the hospital is licensed for 335 beds and over 200 consultants specialising in various medical and surgical disciplines.

PHKL is steadfast in the delivery of affordable services that are technologically advanced, emphasizing on quality health care, innovation, health promotion while committed to achieving and maintaining a standard of excellence as a reputable trusted healthcare provider.

Pantai Hospital Kuala Lumpur has structured its services to empower and enable the people to maintain the highest possible state of health and well-being through its sophisticated Core Clinical Services namely the Cancer Centre, Breast Care Centre, Women & Children Centre, Lung Centre, Heart Centre, Hand and Upper Limb Centre, Spine & Joint Centre and Endoscopy Centre.

Pantai Hospital Kuala Lumpur is accredited with Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Joint Commission International (JCI) and certified as a Baby Friendly Hospital.

For more information on Pantai Hospital Kuala Lumpur, visit www.pantai.com.my/kuala-lumpur


Routine Setelah WFH ~ Baca Novel

Hi korang...

Sejak start WFH, SA berpeluang membaca novel yang menimbun tak terbaca lagi tu..asal ada jer novel terbaru mesti terjebak nak beli...so sepanjang wfh ni..SA berkesempatan membaca..baru baca novel pemberian Adam..best gak citer dia..boleh layan...sambil- sambil buat kerja office sambil tu SA baca novel..baru sebuah ni wey...ada 200 lebih novel lagi, hat yang ada tu ada la..yg beli pun beli lagi...yang orang hadiah pun banyak lagi...aduyaiii....bila masanya nak baca....

Tajuk citer Bidadara Cinta...banyak conflik percintaan dan wujudnya lelaki yang perangai mirip- mirip Adam yang selalu kacau SA...kelakar pun ye gak...sambil baca sambil gelak...macam Adam tu dia try too hard la...SA suka dia sebagai kawan jer..tak lebih dari tu...kalau nak jadikan someone special memang tak la kot sebab takde chemistry..lagipun faktor umur kan...SA dah tentu- tentu 42 tahun...dia 29 tahun....ramai mengharapkan pengahiran yang baik..tapi tak la....


Baru muka surat 70...hehehe...



Sinopsis


BIDADARA CINTA… lelaki yang membawa magis di hati yang telah disakiti. Kedatangan yang konon-kononnya ingin menjadi penyelamat, menimbulkan banyak kemalangan yang tak disengajakan.

Rasa cintanya masih pada Azrul Hakeem. Dan disebabkan rasa cinta itu, Rasha Nur liana berusaha untuk mendapatkan semula cinta lelaki itu. Maka, bermulalah pengembaraannya bersama bidadara yang sentiasa ada dalam tiada. Magisnya lelaki itu akan memberikan dia ‘semangat’ dan akan menyapu air matanya.

“Hai, menghirup udara nyaman tepi Iongkang nampak?” – Rykarl

“Oh! Mak kau Iongkang. Wangi ke busuk! Hesy! Awak ni cuba jangan nak bidadara sangat muncul ikut suka aje. Kita ni orang Islam. Cuba bagi salam ke apa ke? Kalau saya jatuh dalam Iongkang ni tadi macam mana?” – Rasha

Siapa bidadara cintanya? Bagaimana cintanya pada Azrul?


Layan novel ni...best jalan citer dia....

Ada yang suggest jual je koleksi novel SA tu Pre-loved. Memang tak la...sayang kot...modal besar tu kalau di kira- kira balik...kan?

Saturday, October 24, 2020

Terapi Diri Dengan Bercucuk Tanam

Hi korang...

Korang yang mengikuti blog SA dan lama mengenali SA pasti tau aktiviti Abah SA Pak Zain yang suka bercucuk tanam. Walau takde tanah yang luas, tanah sekangkang kera depan rumah ni yang dikerjakan Abah. Dalam pasu pun jadi dalam polly bag pun jadi...macam- macam pokok Abah tanam.silih berganti...SA pun tumpang seronok belikan macam- macam anak pokok dan pasu serta tanah. tak lupa jugak baja.Tapi abah ni suka buat baja sendiri. Guna air basuhan ikan atau ayam...semua tu baja asli katanya...dan hasilnya korang tengok sendiri la...Abah memang tak guna baja yang ada chemical.

Jom tengok gambar


Sayur peria ni SA dah petik hari Khamis. tapi takde la dapat banyak..SA plak x selak- selak pokoknya...rupanya ada lagi yang besar-besar. Dapat la 6 biji. 3 biji Ateh dah ambik..kani memang suka makan sayur peria


Hasil cili api yang SA beli anak pokoknya kat kawan sekolah awal bulan lepas...


Bunga kunyit...sedap rupanya buat ulam cicah budu


Cantik kan bunga pokok peria...


Bnayak kan buah dia..baru satu pokok dari 12 batang pokok...pokok yang lain sedang berbunga


Pucuk pegaga yang abah baru semai...SA petik sikit buat ulam makan tengahari...


Seronok bila apa yang kita tanam mngeluarkan hasil kan...hasil berbudi pada tanah..Abah suka tanam...SA plak suka petik...huhu..kalau bab tanam SA agak x pandai...confirm tak menjadi...mati semua pokok..SA cadang nak beli anak pokok Terung Brinjal yang kaler purple tu...dah order ngan kawan office anak pokok terung..hehehe...mesti best nanti..SA bukan apa..aktiviti ni bagus untuk abah...dari dia tak buat apa kat rumah kan...satu terapi diri untuk abah dengan bercucuk tanam...nanti bila- bila SA akan update lagi mini kebun abah ye...

See ya next entry...


 


Menu Weekend Sabtu 24 Oktober 2020

Hi korang....

Dah makan? SA hari ni masak simple je...cuba habiskan apa yg ada dalam fridge je...malas nak beli bahan basah..so masak apa yg ada...kang x masak bila plak nak habis stok tu kan...orang sebelah rumah ada bagi udang besar 5 ekor....baru je makan udang so xde la nak masak udang tu...masak untuk esok lusa plak la..kang makan udang naik plak bacaan Uric Asid..

So hari ni SA merayau-rayau kat kebun Pak Zain...Khamis ari tu SA dh harvest sayur peria..hari ni tengok..eh banyak lagi plak celah2 daun SA x perasan..dapat la 6 biji....fresh dan besar-besar...nanti SA citer next entry...

Jom tengok apa SA masak hari ni..



Ikan Merah goreng berlada..


Sup ayam fav Dania


Bunga Kunyit dan Ulam Pegaga


Budu..

Settled masak...settle makan tengahari...kebetulan Abah SA tak berapa sihat...so memandangkan SA ada kat rumah WFH ni....dapat la Abah SA berehat..kalau x abah yang ke dapur masak untuk mak dan Dania. Abah SA masak sedap tau...hahaha...sejak mak sakit abah memang amik alih tugas mak masa SA takde..weekend SA balik...SA amik alih tugas abah...

Kita jumpa lagi next entry ye ..


Friday, October 23, 2020

Menu WFH Day 2 SA


Hi korang ...

Lambat plak SA share ngan korang menu lunch SA hari ni...as usual la SA sibuk dengan kerja. Nama pun kerja dari rumah kan...sebenarnya kan...penat kerja dari rumah ni. Nak hadap kerja...nak hadap kerja rumah..Mak Abah kurang sihat ..so kena pandai-pandai bahagi masa. Sempat jugak la SA amik gambar masakan simple SA ...

Jom tengok gambar....


Sambal sardine fav dania...semestinya sardine cap ayam



Sup sayur...sebab mak x selera makan


Ikan pelaling goreng garing


Sambal Ayam

Alhamdulillah...rezeki hari ni...cukup untuk hari ni...lambat gak SA masak hari ni sebab kerja kan...kul 12 baru masak...ketung-ketang sensorang kat dapur terus siap ngam-ngam kul 1....lega tgok semua makan selera..

Jumpa lagi next entry.....


CERPEN SERAM ~ Demi Sebuah Impian

Chapter 1

Akhirnya aku kini bergelar perantau di kota besar, kota metropolitan Kuala Lumpur. Buat pertama kali aku berjauhan daripada keluarga. Selama ini ketika di bangku sekolah sehingga lepas SPM, aku tinggal bersama keluarga. Tak pernah sekalipun berjauhan dengan mereka. Walaupun jarak antara aku dan keluarga tidak begitu jauh, tapi inilah merupakan cabaran yang terpaksa aku hadapi. Untuk hidup berdikari. Demi mengejar cita- cita dan menunaikan harapan Ayah.

Masih terngiang-ngiang suara ayah yang inginkan salah seorang daripada anaknya  mewarisi kerjayanya di bahagian kesihatan. Katanya aku mesti ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian. Kehidupan aku sudah tidak asing lagi dengan suasana di Hospital. Masih segar diingatan, sejak kecil lagi aku banyak menghabiskan masa di perkarangan Hospital. Terimbau kenangan ketika berlari-lari naik dan turun tangga Hospital Seremban sewaktu menunggu ayahku menghabiskan tugasan on-call pada waktu malam. Sedikit pun tidak ada rasa takut pada waktu itu, berlegar-legar di kawasan hospital pada waktu malam. 

Cuma, adakala sedikit rasa terganggu apabila menoleh di penghujung laluan pejalan kaki. Seawal pukul 9 malam dah terasa sunyi sepi, lampu- lampu kalimantang kebanyakkan dipadam. Dari jauh aku boleh melihat laluan bertangga untuk turun ke bilik mayat yang terletak di bahagian bawah. Gelap..sunyi..sememangnya tiada sesiapa berada di situ ketika malam.





Asalnya aku tidak pernah takut dengan laluan gelap ke bilik mayat itu hinggalah Pakcik Tapa, kawan lama ayah menceritakan satu kisah semasa mereka bersekolah dahulu. Pakcik Tapa merupakan kawan lama ayah. Ayah dahulu dikenali sebagai Abang Black dikalangan ahli kumpulannya, boleh tahan jugak ayah aku rupanya..ye la..masa tu mereka remaja kan. Sama dengan zaman sekarang. Mereka mula mengenali satu sama lain semasa Pakcik Tapa berpindah ke Kampung Pantai ketika itu kerana ayah Pakcik Tapa ditugaskan di Balai Polis Pantai. Memandangkan Pak Cik Tapa merupakan budak yang baru berpindah dan Pakcik Tapa ingin menyertai kumpulan Abang Black untuk berkawan. Menurut Pakcik Tapa, untuk menyertai kumpulan Abang Black, Pakcik Tapa perlu menjalani satu ujian menguji keberanian dahulu. 

Beliau perlu berbasikal ke Hospital Besar Seremban dan menunggu kumpulan Abang Black di simpang jalan belakang yang akan melalui bilik mayat pada pukul 10 malam.

Pakcik Tapa khusyuk bercerita dan ketika itu dia menyahut cabaran Abang Black dan kawan- kawannya hanya kerana ingin menyertai kumpulan itu. Kalau tidak dia pun tak berani katanya. 

Apa yang tidak beliau ketahui, Abang Black dan kumpulannya sedang menunggu dan bersembunyi di belakang bangunan untuk menakutkan Pakcik Tapa. Apabila Pakcik Tapa tiba di persimpangan yang telah dijanjikan, tidak sampai 2 minit beliau menunggu, dari kejauhan mereka semua dapat melihat satu susuk tubuh berwarna putih, susuk tubuh itu dilihat seakan-akan berjalan menghampiri mereka. Kira-kira pada jarak 50 meter, barulah mereka semua dapat melihat dengan jelas, sosok tubuh itu merupakan seorang misi wanita dengan memakai pakaian misi tradisional serta memegang payung berwarna putih. Semakin dekat misi tersebut, semakin jelas kelihatan misi berbaju putih tersebut tidak mempunyai muka dan kaki.      


Kesemua mereka menahan nafas sedalam-dalamnya, berdebar, menggigil dan terasa ingin lari tetapi mereka tahan.  Dalam kegelapan malam, memang tidak akan ada sesiapapun yang berani berada di lorong belakang bilik mayat Hospital Besar Seremban. Memang jelas kelihatan sosok tubuh putih itu melintas kira kira 5-meter dihadapan Pakcik Tapa, berhenti sejenak dan menoleh kearah Pakcik Tapa. 

Jelas sekali tubuh itu lengkap berpakaian putih persis uniform jururawat di zaman colonial (Florence Nightingale). 

Kemudian terus berjalan dan menghilang didalam kegelapan malam. 

Kesemua mereka menarik nafas lega dan keluar dari persembunyian masing-masing. Tidak jadi nak menakutkan Pakcik Tapa ketika itu. Pakcik Tapa pada malam itu telah membuktikan beliau lulus ujian yang tidak mereka jangkakan dengan cemerlang sekali. 

Masih segar diingatan cerita Pakcik Tapa. Entah kat mana Pakcik Tapa ketika ini. Entahkan hidup entahkan mati. Cerita seram Pakcik Tapa itu memang membuatkan aku rasa takut ketika itu. Tidak lagi berani berlari- lari dan berjalan meronda kawasan Hospital Seremban ketika Ayah on-call waktu malam.

*****

Panggg.. Lamunanku tersentak dengan hentakkan fail di atas meja dihadapanku. “Rayyan..dari tadi saya panggil awak, ini fail pendaftaran untuk pengajian awak.. Ambil dan pergi lapor diri di blok perubatan sekarang. Awak ni dah la lambat mendaftar, kelas dah 4 minggu bermula,” jerkah kerani di kaunter pendaftaran di hadapanku. Aku hanya memandang dengan satu senyuman kelat dibibirku, terus bangun mengambil fail di atas meja dan terus berlalu

Bukan aku yang sengaja untuk mendaftar lewat, namun aku adalah calon untuk panggilan kedua bagi pengajian ini setelah calon pertama menarik diri daripada pengajian. Aku berjalan dengan langkah yang berat mencari Blok Perubatan yang dinyatakan, walaupun aku tidak asing dengan suasana di hospital, namun di awal pengalaman, sudah mula ada rasa tidak serasi dengan kehidupan baru ini. Di kiri dan kanan kakitangan hospital dengan uniform berbagai warna berjalan berpusu-pusu penuh dengan urusan masing-masing. Diselang seli dengan pesakit dan ahli keluarga seolah-oleh meraka ini dalam perjalanan dan mencari sesuatu. Apa bezanya aku ini?

Hampir satu minit aku berdiri dihadapan pintu kelas, fail yang diberikan oleh kerani tadi masih tergenggam erat di tangan. Dihadapan kelas seorang pensyarah wanita sedang memberikan syarahan didalam kelas yang penuh dengan pelajar. Nafasku terasa sesak dengan hanya berdiri di situ. Telah hampir dua tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Adakah aku pasti pengalaman ini yang aku mahukan?

“Awak student baru kan?” Tegur penyarah yang kini berdiri tepat dihadapan muka ku. Dengan gugup aku menjawab. “Ya, baru mula hari ni” Hampir-hampir tadi aku ingin berpatah balik keluar daripada segala kekeliruan ini. “Okay awak duduk di tempat kosong dibelakang sana” sambil tangannya menunjuk di satu sudut dibelakang kelas. Ada dua kerusi kosong bersama meja di bahagian belakang sekali, aku melangkah dengan penuh longlai sambil mata-mata didalam kelas merenung tajam kearah ku. Aku meletakan fail di atas meja dan terus duduk di atas kerusi. Pensyarah terus menyambung mata pelajaran yang terganggu sebentar tadi. Detik-detik seterusnya terasa agak kabur pada hari itu. 

Kringggg… Bunyi loceng menandakan telah tamat sesi pembelajaran pada pagi ini. Semua pelatih bangun dan berpusu-pusu keluar dari kelas. Ada segelintir yang masih tinggal di dalam kelas. Lebih kurang 20 minit juga aku duduk terpaku di meja. Kemudian aku kuatkan diri untuk meneroka tempat asing ini. Tanpa aku sedari, kaki ini telah berjalan hingga ke hadapan blok, melalui bilik pensyarah dan kelihatan pensyarah-pensyarah yang sedang berehat dengan aktiviti masing-masing. Aku terus berjalan hingga ke satu sudut lain, kelihatan bilik loker lelaki dibahagian hujung bangunan. Tanpa berfikir panjang, terus aku menmbuka daun pintu dan masuk ke dalam bilik loker. Didalamnya, terdapat beberapa pelatih lelaki sedang duduk di kerusi sambil berbual-bual. Hampir 30 saat aku berdiri di muka pintu memerhatikan muka-muka yang agak asing bagi diri ini, tiba-tiba aku disapa oleh satu suara. “Kau budak baru kan?” Aku memandang ke arah suara itu. Belum sempat aku memberikan respond, dia berkata lagi.. “Kau budak baru masuk sini bagi hormat sikit dekat abang-abang senior. Jangan nak tunjuk berlagak sangat”. Aku hanya berdiri sambil berdiam diri, tak pasti apa yang perlu aku katakan. Itulah perkenalan ringkasku dengan Lan, Senior tahun kedua dalam pengajian. Tiada respon dari aku, tidak lama selepas itu, mereka terus menyambung perbualan sesame mereka. Di kesempatan itu, aku terus berpaling dan terus keluar daripada situasi yang menyakitkan itu. Hmm, nampaknya aku dah buat satu kesilapan… Sepatutnya aku tidak melangkah kedalam bilik kuliah pada pagi tadi. Sepatutnya aku hanya perlu berpaling dan melangkah pergi. Apakah satu kesilapan memilih bidang ini?    

BERSAMBUNG......


Farewell Colleague Ahmad Nizam

Hi korang...

Last Friday merupakan laast day one of the colleague division SA. Farewell Ahmad Nizam. Seorang lagi left the company. SA baru je bekerja ngan Nizam ni..baru je nak rasa selesa..Nizam memang banyak memabntu SA dalam kerjaya dan task harian SA. Dulu macam rasa dia sombong. Maybe sebab perwatakan dia. Nampak macam sombong. Eh sama la ngan SA kalau orang tak kenal dia cakap SA sombong...so...Nizam left the company for a better offer. Tahniah Nizam...

So sedikit jamuan kecil untuk Nizam di hari terakhir Nizam last week. Jumaat jugak kalau tak salah. seminggu baru ada kesempatan nak buat entry ni for Nizam...



Pesanan boss..nak kahwin jangan lupa jemput....hahahaha...


Blueberry cheese cake sedap by Secret Recipe


Pack food, kuih muih...semua ikut SOP...tak boleh berkumpul makan macam selalu...


Bosses bagi sepatah dua kata


Big Boss En Helmy


Section Boss sampaikan sedikit cenderahati buat Nizam


Cutting cake ceremony



Jumaat SA memang sibuk masa tu..x sempat nak selfie elok-elok dengan Nizam...so enterframe je...nampak x sibuk nya SA masa tu...


With the guys...siapa plak lepas ni punya turn?


Group photo 1


Group photo 2


Group photo 3

Buat Nizam...semoga success in your next future undertakings..forget us not...sedihh..siapa nak tolong SA lepas ni...so kami dah jadi tak ramai dah..tinggal 14 orang je..dalam gambar tak cukup corumn sebab ada yang outstation dan ada yang cuti sakit.

Doa SA buat Nizam  wishing you well on your next adventure. We're all going to miss you so much. It just won't be the same around here without you. You started off as just a colleague but you quickly became a friend. Don't forget to stay in touch! I'm sure you're going to do great with whatever comes next.

Jumpa lagi next entry...

Thursday, October 22, 2020

Menu WFH Day 1 SA Tema Seafood Mania

Hi korang....

Hari ni SA start WFH mengikut saranan kerajaan dan SA berada di Seremban macam biasa..seboleh-boleh x nak duduk rumah sewa sebab SA stress nanti..kat rumah sewa xde excitement...tv takde...segalanya xde...kawan-kawan lain kerja kan..sebab diorang sektor industri..so kita yg sektor lain ni kena cari kesesuaian untuk elakkan dari stress tersekat ngan PKPB. 

Hari ni SA masak sambil-sambil buat kerja ..tema masakan hari ni Seafood mania...hahaha...


Kerang rebus Mak yg requested


Ketam masak lemak cili api


Harvest peria abah SA tanam dapat la 5 biji dah boleh petik...mak mintak goreng berlada


Hasilnya..peria goreng berlada...

Alhamdulillah...settle masak..settle makan...banyak mak makan dan berselera dia..maybe sebab ramai kot SA ada kan...kalau tak dia makan bertiga je ngan abah and dania...tengahari ni mak stress sikit masa cuci buah pinggang...tapi SA pujuk dia elok-elok bagi keep calm...lepas makan ni gosok-gosok kaki dia skit....kadang-kadang orang tua ni kita kena calm dia sebab stress tu bila-bila boleh tiba kan...ni SA tengah temankan dia cuci buah pinggang....dia stress sebab biasa buat 3 kali sehari..kali ni bertambah plak 1 session jadi 4 kali sehari...kesian mak...penat...

Jumpa lagi next entry..korang dah makan?

Masak apa hari ni?


Teaser Cerpen Seram Di Blog SA

Hi korang...

Suka cerita cerpen seram? SA suka tapi SA penakut....tapi nak share jugak..sebenarnya ini pengalaman kawan baik SA sendiri sepanjang kerjayanya sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan. Beliau terpanggil untuk merealisasikan pengalaman beliau dalm bentuk cerpen. Kalau ada sambutan insyaallah nak dibukukan. Mana tau kan...genre seram memnag ada peminat tersendiri..ikutkan SA tak pandai bab ni..tapi SA cuba ok....


Apa pendapat korang sebagai follower blog SA? 

Kalau korang memberi galakkan SA akan teruskan....so..kat bawah ni SA share sikit teaser...

Jom baca......

Impian Ayah....untuk melihat salah seorang anaknya berkecimpung dalam dunia perubatan....sebab itulah aku di sini...menyambung impian ayah...Sebenarnya aku dah biasa dengan persekitaran Hospital Seremban..seolah- olah rumah keduaku.

Kenanganku berlari-lari naik dan turun di tangga Hospital Seremban sewaktu menunggu ayah menghabiskan tugasan on-call pada waktu malam. Sedikit pun tidak ada rasa takut pada waktu itu, berlegar-legar di kawasan hospital pada waktu malam. Cuma ada sedikit terasa terganggu apabila menoleh di di penghujung laluan pejalan kaki. Dari jauh aku boleh melihat laluan bertangga untuk turun ke bilik mayat yang terletak di bahagian bawah...suasana sunyi itu biasa...tapi malam itu...sunyinya terasa lain benar......seolah- olah.....

BERSAMBUNG....

He..he....SA plak yang cuak...bukan korang tak tau SA penakut kan?

Wednesday, October 21, 2020

Random Pic From HP

Hi korang...

SA dalam proses nak delete banyak gambar...so dari delete macam tu je better SA jadikan random photo entry as usual kan...Ikutkan banyak gambar lagi...tapi penuh lak satu enty ni ngan gambar kan...SA dah la busy sepanjang hari...kalau dapat update 1 entry pun dah puas hati dah...kekangan masa sangat ni...dah la tengah stress..dengarnya takde WFH untuk kami ni ha...so berkerja la kita nampaknya...

Jom la korang tgok gambar kat bawah ni....


Sedap kan...kawan opis open order...RM15 untuk jeruk mangga ni...dapat asam dan kuah kicap pedas yang sedap nak mati...


Kawan hikers naik Gunung Datuk last week..jeles!!!


SA beli bag hiking ni...kalau bleh next hiking tak nak bawak bag besar2...


Topi tu cantik kan? rasa nak pukul je kawan hikers SA ni...geram plak bila dia hantar gambar tu kat SA...cantik..dan cantik jugak harganya...


SA sangat2 perluka  minyak panas ni lepas dari hiking...membantu kekejanganaa  urat



Burn cheesecake sedap...kawan opis belanja


Giler la sedap....adoiii rosak diet


Sarapan karipap jer 2 biji...


Suka tgok dress ni..ingat nak belikan untuk dania...cantik x?


Sambal sardin bekal semalam...


Nasi dan telur mata...pun bekal semalam

Mee sizzling Aahad lepas..permintaan mak...


beli sotong cumi2 konon nak buat sambal..tapi lpa rendam lama...dah rendam pas tu lupa masak..last2 x dapat masak sebab dah busuk..hahaha..tong sampah yang makan...rugi kat situ...


Ikan keli abah pancing..pas tu abah suruh bakar...


Kek farewell kawan opis ...Nizam..


Sehari sebiji pisang untuk SA...wajib amalkan


menu bekal Jumaat minggu lepas...


Sayur bok choy goreng biasa je

Sebenarnya ada lagi gambar- gambar...banyak pulak jadinya satu entry nanti...nanti kita sambung random pic lagi erk..part 2 hiking pun SA x draft lagi...sibuk dengan kerja...ada masa sikit ni je SA dapat update entry ni....nanti kita sambung lagi...

See ya next entry


 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah