Saturday, October 31, 2020

Chapter 2: Hakikat Sebuah Kehidupan

Kelas pada sebelah petangnya dibatalkan. Kesemua pelatih bergegas mengemaskan beg masing-masing dan melangkah keluar dari kalas. Ketika kelas hampir kosong, barulah tersentak difikiranku, dimana aku hendak bermalam hari ini? Tak ada sesiapa pun yang ada memberitahu tentang kawasan penginapan pelatih-pelatih? Ketika kakiku mula melangkah menuruni tangga, aku telah mula bersendirian. Kompleks perubatan telah mula kosong. Kesemua pelatih lain telah bergegas pergi kearah yang aku pun tak pasti. Sampai ke pintu pagar bagunan perubatan, aku termangu sendiri. Tak berapa pasti, kemana langkah ini harus pergi. 

Tiba-tiba aku disapa dari belakang, awak budak baru yang masuk tadi ya? Aku tersentak dan terus menoleh belakang. Apa yang kulihat hanyalah sepasang senyuman disebalik bibir berwarna merah. Bibr dan giginya tersusun cantik. Dalah terleka dia berkata lagi, betul kan? Awak budak baru tadi? Awak tinggal dekat mana? Errr, ya.. Jawabku ringkas. Saya tak pasti lagi nak tinggal kat mana. 

Ohh.. Balasnya. Semua kawan-kawan lelaki awak tu tinggal dekat asrama. Tapi jauh jugak kena naik bas pergi sana. Saya dengan kawan-kawan menyewa sendiri tak jauh dari sini. Senang nak pergi kelas sambungnya lagi. Tiba-tiba terus aku teringat peristiwa dengan Senior Lan pada pagi tadi. Tak mungkin aku nak tinggal dengan diaorang tu. Tak mungkin sama sekali. Terus aku bertanya, boleh tunjuk tak kawasan mana awak semua menyewa?

Boleh, jawabnya ringkas. Ikut sini. Langkahnya agak laju. Pergerakanya sangat lincah, seolah-olah dia sudah biasa dengan kawasan di situ. Haa, dekat sana tempat kami semua memyewa, sebelah tu ada kedai makan. Semua student suka makan dekat situ. Kalau awak jalan arah sana boleh terus sampai ke Dataran Merdeka. Kalau ke arah sana boleh terus ke Kampung Baru ujarnya. Tapi jauh jugak laa. Kena naik bas jugak. Aku hanya mengangguk dengan segala percakapan si dia. Tanpa kusedar si dia telah berjalan pulang meninggalkan aku sendirian di tepi jalan kotaraya yang sibuk itu. Aku pasti si dia yang cantik ini ada bercakap sesuatu tapi aku hanya menganggukan sahaja. Tak pernah aku rasa begini. Mungkin aku tak biasa bercakap dgn seorang perempuan. Terasa bingung sekali. Itulah pertembungan kali pertama ku dengan si gadis cantik tinggi lampai bernama Lia.

 


Hari ini, merupakan hari kedua aku berada di dewan kuliah. Hari ini segalanya terasa agak terkawal. Pengalaman semalam sedikit sebanyak mengajarku mengawal perasaanku untuk menghadapi hari ini. Wajah Lia masih segar di ingatanku pada pagi ini. Bila datang perasaan kegusaranku kembali, aku akan mencuri pandang kearah si gadis cantik Lia yang duduk di meja hadapan. Hei budak baru.. Lamunanku diganggu dengan satu suara sapaan sorang gadis. Boleh saya duduk sebelah? Tanyanya lagi. Belum sempat aku menjawab, gadis itu terus duduk disebelahku. ‘Awak budak baru’. Dekat sini kita semua kena beli nota untuk semua subjek. Awak kena bayar lima ringgit untuk nota bulan ini. Bayar sekarang!!

Tegas sungguh kata-kata daripada gadis ini. Nini namanya. Dengan segera aku terus mengeluarkan duit makan tengah hariku dari poket kemeja dan terus kuhulurkan kepada Nini. Beliau terus mengambil not lima ringgit dari tanganku dan terus mula menulis di atas kertas yang dipegangnya dari tadi. "Nama sapa?" tanyanya. Huh..garangnya.. "Rayyan" jawabku. "Aku dah" Katanya ringkas dan terus bangun dan berjalan ke tempat duduk. Rupanya Nini duduk di sebelah Lia. Tapi aku tak perasan dia sebab tumpuan lebih banyak aku berikan kepada Lia. 

Nini adalah gadis yang sama cantik seperti Lia. Perbezaannya Nini tidak memakai tudung. Rambut Panjang dan lurus yang dimilikinya diikat kemas dibelakang kepala. Tinggi kedua-dua gadis ini hampir sama, namun tubuh Nini agak berisi sedikit. Serba sedikit pemerhatian yang dapat aku simpulkan ketika memerhatikan Nini dari belakang ketika gadis ini berjalan kembali ke tempat duduk nya. Aku kembali memerhati di sekitar sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam kelas. Ramai juga pelatih-pelatih, lebih kurang dua puluh lima orang anggaranku. Tiba-tiba aku disapa dari sebelah kanan ku. "Nama kau Rayyan kan?" Aku menoleh ke kanan, seorang lelaki yang aku anggarkan lebih tua sepuluh tahun dariku yang menyapa. Aku menngangguk. 

"Nama aku Rosli" katanya lagi. "Ni sebelah ni Sarjan Prem" tambahnya. Aku mengangguk lagi, dalam fikiran masih memikirkan mana datang askar dalam kelas ni. Belum sempat aku bertanya, Abg Rosli menambah lagi. "Kami dua orang ni sahaja matured students dalam kelas ni, yang lain semua budak-budak lagi".  "Oh.. patut la, nampak lain" ujarku. "Ya" katanya lagi. "Saya ni students tajaan JPA. Sarjan Prem ni pulak tajaan ATM, dah tua-tua ni barulah nak belajar" Kata Abg Rosli lagi sambil ketawa. Aku juga turut ketawa. Secara tiba-tiba terasa seperti ada satu perasaan dan harapan untuk aku dapat mengharungi hari ini.

Abang Rosli rupanya hanyalah berumur lima tahun lebih tua dari aku. Tapi dari raut wajahnya yang matang dan kelantangan dia berkata-kata, sering menampakkan dia lebih tua daripada umur sebenarnya. Manakala Sarjan Prem lebih tua 6 tahun daripadaku. Susuk tubuh tegap seorang tentera boleh Nampak dengan jelas. Latihan-demi Latihan disepanjang tahun perkhidmatanya membentuk kekuatan fizikal dan mental. Namun Sarjan Prem adalah seorang yang peramah dan lembut dalam berkata-kata. Tidak pernah sekalipun aku mendengar dia meninggikan suara. 

Secara tidak langsung, kami bertiga menjadi kawan baik. Mereka berdua hanya lebih focus dalam pengajian. Waktu rehat dan makan tengahari sering diselang-selikan dengan ulangkaji apa yang telah dipelajari pada waktu pagi. Abang Rosli telah bekeluarga, dan mempunyai seorang cahaya mata. Mereka tinggal agak jauh daripada pusat perubatan. Abang Rosli akan berulang-alik dengan motosikal RXZ Merah miliknya. Manakala Sargen Prem tinggal di berek bujang di Kem Tentera Darat tidak jauh daripada kolej perubatan. 

   

 
Sehingga kini aku masih belum dapat mengadaptasikan diriku ini dengan suasana di tempat baru. Aku yang mendaftar lambat sememangnya telah terlepas minggu orientasi yang diadakan oleh kolej. Pelatih-pelatih lain nampaknya agak rapat dan telah mengenali satu sama lain. Cuma duniaku hanya mengenali Abang Rosli dan Sgt Prem. Aku memilih untuk tinggal bersama kenalan lamaku yang menyewa di sebuah flat kos rendah di Pandan Jaya. Sekurang-kurangnya buat sementara waktu hingga aku yakin bahawa aku ingin meneruskan pengajian ini yang masih terasa asing bagiku. Pada tiap-tiap petang selepas tamat kelas, aku akan bersiar-siar disekeliling Tasik Titiwangsa Bersama motosikal Panther Gamma Kuning kesayanganku. Setelah aku membuat satu pusingan, aku akan berhenti di tepi jalan dan memasang tongkat motosikalku, dan duduk di bangku di tepi tasik. Tidak jauh daripada tapak yang pernah menempatkan Eye of Malaysia. 

Aku tak tahu mengapa. Aku suka menghabiskan masa di sini selepas kelas. Aku akan bersendiri hingga pukul 6 petang melihat ketenangan air tasik. Kadang-kala aku dapat mendengar desikan air pancut yang adakalanya dipasang di tengah-tengah tasik. Aku dapat menyaksikan sepasang pasangan yang duduk diseberang tasik. Mereka sedang asyik berbual tentang topik yang aku tidak pasti. Mereka kelihatan sungguh Bahagia sekali. Mungkin, ini lah alasan mengapa aku sering suka ke sini. Aku suka melihat kebahagiaan. Walaupun melihat kebahagiaan milik orang lain. 

CHAPTER 3


4 comments:

  1. Permulaan di tempat baru memang sedikit janggal. Biasalah junior. susah nak masuk dengan senior. Kena tahan kena buli je lah kan. macamana lah kehidupan rayyan lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Junior memang akan hadap benda macamni kan..nak belajar kena la tahan..

      Delete
  2. kisah buli dgn senior ni mmg selalu ada kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah