Tuesday, January 16, 2024

Fakta Lamb vs Mutton

Assalamualaikum....

Hi korang...

Jom kita belajar skit fakta tentang lamb vs mutton ni...confuse kadang- kadang sebab ada yang sebut lamb, ada yang sebut mutton..padahal benda sama je kambing kan...ada beza rupanya ye...SA scroll kat FB dan terbaca..eh..bagus ni share kat blog...ilmu kalau dapt jangan di simpan...baik di share sama- sama..sharing is loving kan...mana la tau anak- anak cucu kita duk bertanya nanti..boleh jer jawab kan...jangan nanti kita ternganga plak tak tau nak jawab apa...




Apa perbezaan LAMB dan MUTTON?

Lamb dan mutton adalah daging bebiri (sheep, bukan daging kambing (goat) kebiasaan anggapan kita di Malaysia.

Lumrah kita hanya tahu makan tanpa tahu menilai. Sate kambing, sup kambing, bariani kambing, kari kambing dan kambing perap dianggap daging kambing sedangkan kebanyakannya adalah daging bebiri (sheep).

Kambing dan bebiri berbeza spesis. Tabiat semulajadi kambing makan pucuk dan dedaun sementara bebiri makan rumput.

Negara kita import beratus juta ringgit setahun daging 'kambing' (bebiri frozen) dari Australia atau New Zealand. Kita rugi tukaran matawang asing dan menyerahkan keuntungan besar pada penternak luar.

Lamb adalah bebiri yang berumur setahun ke bawah sementara daging mutton adalah bebiri berusia setahun ke atas. 

Untuk menu seperti lamb chop, grill atau nasi Arab daging lamb pilihan sesuai. Untuk masakan kari, bariani kurma atau rendang daging mutton lebih sesuai.

Harga lamb lebih mahal dari mutton kerana daging lamb lebih muda, lembut dan kurang lemak.

Jika saudara menghadiri majlis perkahwinan atau ke restoran Arab usah ditanya tukang masak daging kambing atau bebiri kerana mereka sama macam kita anggap semuanya adalah daging kambing!

Haaa gittuw...

SA mana nak tanya- tanya orang tu lamb ke mutton ke...goat ke apa ke..SA tau beli or order je...lama plak x makan lamb chop ha...sape nak belanja?


Kredit : owner FB


11 comments:

  1. seumur hidup ingatkan mutton tu kambing, lamb tu biri-biri. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. dok ingat lamb from sheep, mutton from goat.

    ReplyDelete
  3. Lebih suka lamb berbanding mutton.

    ReplyDelete
  4. Kebiasaannya yang kita dengar/makan :
    Mutton curry bukan lamb curry.
    Lamb chop bukan mutton chop.

    bagi akak.. semua daging kambing hehehe

    ReplyDelete
  5. tu la yg tau smua kambing tp kdg2 ada nmpk mutton tp slalunya bli yg tulis lamb

    ReplyDelete
  6. pernah belajar dulu but lupa dah..tau sembu kambing je.. ha ha ha

    ReplyDelete
  7. Krn itu lah saya lebih suka lamb drpd mutton 😄. Kemarin pas ke azerbaizan, Georgia dan Belarus, menu daging paling banyak itu lamb. Dan mereka pintar mengolah nya. Sedaap sangat. Krn lamb biasanya msh pakai daging muda, jadi aroma dia pun tak strong. ❤️

    Tapi sebenarnya, sayapun tak masalah dengan aroma khas dari mutton. Cuma banyak orang tak suka kan.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang berilmiah ni SA.....nak kurang lemak kena makan lamb la nampaknya ya...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah