Assalamualaikum...
Hi korang....
Selasa yang ceria hari ni..tapi sedikit mengantuk..padahal dah tido awal....awal pun xde la awal sangat..kul 10pm gak..sebabnya tgok Netflix citer Japan..hahaha....
Ahad hari tu beli Money Plant ni kat Star Grocer Bangi kan...so hari ni SA dah bawak pi office dah...so bunga yang sedia ada dah ada kawan baru...yeayyy....
Puas hati..dia dh ada kawan baru...suami plak sibuk nak letak 1 indoor plant kat bilik kami untuk serap panas...eh bleh ke letak indoor plant kt bilik tido...
Hari ni mood ok...pinky2 hari ni...
SA ada google tentang boleh ke letak indoor plant dalam bilik tidur...jom kita tengok aa yang SA jumpa info tentang itu...
Boleh ke kita letak indoor plant dalam bilik tido?
Ya, boleh letak indoor plant dalam bilik tidur malah ia sebenarnya ada banyak manfaat, asalkan pilih tanaman yang sesuai dan jaga dengan betul.
Kelebihan letak indoor plant dalam bilik tidur:
1. Meningkatkan kualiti udara – Sesetengah tanaman seperti snake plant dan peace lily membantu menapis toksin dan menambah oksigen.
2. Menenangkan fikiran – Warna hijau dan elemen semula jadi boleh bantu kurangkan stres dan beri rasa tenang.
3. Hiasan yang cantik – Memberi suasana segar, cozy dan estetik pada bilik.
4. Meningkatkan kelembapan udara – Sesuai kalau bilik ada penghawa dingin yang buat udara jadi kering.
Tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:
Pengudaraan: Pastikan bilik tak terlalu tertutup walaupun tumbuhan hasilkan oksigen, waktu malam sesetengahnya keluarkan karbon dioksida (CO₂).
Elakkan overwatering: Air berlebihan boleh sebabkan kulat atau bau busuk.
Pilih pokok yang low-maintenance dan sesuai untuk indoor.
Cadangan indoor plant untuk bilik tidur:
1. Snake Plant (lidah mertua) – Tahan lasak dan keluarkan oksigen waktu malam.
2. Aloe Vera – Boleh jadi tanaman & first aid kit dalam satu!
3. Peace Lily – Cantik, wangi dan membantu bersihkan udara.
4. Lavender – Bau dia bantu tidur lena.
5. Spider Plant – Mudah dijaga dan bagus untuk tapis udara.
SA yakin suami akan baca entry SA ni...confirm dia bersemangat nak letak indoor plant dalam bilik kami....memang x dinafikan bilik kami panas..sebab rumah SA bukan dari batu bata sebaliknya dari batu concrete. Sebab tu panas giler dalam rumah SA ..lepas ni boleh la cari pokok yang sesuai untuk bilik kami macam senarai kat atas tu..x semua jenis pokok bleh letak dalam bilik ye...kena ingat tu...
See uolls next entry..
part panas tu, kena switch on aircond laaa...sekrg ni memang musim panas kan
ReplyDeleteNama Snake Plant tapi dalam BM dia Lidah Mertua....rasa2 tau pokok ni. Lavender pun kalau letak dalam bilik boleh bantu tidur ya...menarik juga.
ReplyDeleteWah..Nice sharing sis...Sy dh bleh ajak Hata mencari snake plant utk letak dlm bilik =D
ReplyDeleteBagus letak benda hijau atas meja ofis ni. Kalau mata kita letih hadap screen, sekali sekala tu pandang jugak benda hijau setiap 10 minit utk refresh urat mata ni hehe.
ReplyDeleteSorry tergelak sikit nama snake plant tu dalam bahasa melayu lidah mertua 🤣
Dah ada geng dah pokok tu. Kalau pengudaraan ok dan ada cahaya matahari masuk, okaylah boleh letak pokok dalam bilik tidur. Cari pokok yang boleh hidup dalam air atau leca ball pun okay juga. Tak perlu medium tanah. Tinggal topup air je lah. Kena cari pokok yang sesuai lah tapi. Pothos tak tahu sesuai ke tak untuk bilik tidur. Saya letak di ruang makan.
ReplyDeletenampak cantik je pokok tu
ReplyDeletesnake Plant nie time PKP kan viral, padahal dekat ofis linda kitaorg buang2 je pokok tu.,. hahaha
ReplyDeleteSweet nya pink hari ni. Pokok indoor ada jenis2 dia kan. Tak sure pokok apa.
ReplyDeletebagus tu SA kalo letak indoor plant dlm bilik tidur terutama lavender tu mmg blh bantu tido hehe
ReplyDeleteBanyak juga manfaat tu ye. Bagus untuk kesihatan. Compare kalau on aircond je kulit pun boleh jadi kering.
ReplyDeleteCantiks...suka letak pokok kat opis tapi opis ayu x de tingkap so memang x leh survive pokok tu. So pokok plastik je la yer 😉
ReplyDeletePernah terpikir nak taro plant dalam kamar. Tapi saya juga bingung nak pilih plant apa. Trus masalah kedua kamar kecil, jadi macam tak sesuai juga 😅
ReplyDelete