Saturday, June 21, 2025

Buah Dah Masak

Assalamualaikum...

Manis, sedap dan juicy sangat...itu yg mampu SA ungkapkan bila SA makan buah durian belanda tu malam semalam...memang sedap tapi tu la SA makan sensorang...yang 3 orang kat rumah ni x nak makan langsung...bagus la x yah rebut rebut kan..kalau kat Jaya Grocer buah ni cecah harga RM40 lebih tapi besar la...sebab khasiat dan kehebatan durian belanda dia jadi mahal. Dulu bersepah sepah kat kampung gugur kat tanah xde siapa peduli...sekarang bila dah terbukti banyak khasiat termasuk boleh pulihkan kanser, terus market buah durian belanda jadi mahal dan tinggi...

SA potong buah yang kecik sedikit...bila belah jer xde kerosakan..isinya putih bersih dan sangat juicy..penat offer suruh diorang ni rasa.PZ la amik sikit...memang sedap...ada sebiji lagi tu..SA letak dalam fridge...sejuk2 sedap makan kan..kat pokok ada sebiji lagi....blom tua pun masih keras...lepas tu x nampak berbuah or beebunga lagi...



Isinya cantik dan x rosak, itu tandanya buah tidak diserang serangga


Nampak x isinya yang juicy
 

Siapa sangka, buah durian belanda yang nampak “lowkey” ni sebenarnya ada banyak sangat khasiat! Rasa dia yang masam manis, lembut dan berkrim tu memang dah cukup buat kita jatuh cinta, tapi bila tahu manfaat dia… lagi la jatuh cinta berkali-kali!

Jom kita tengok apa yang buat durian belanda ni patut masuk dalam list buah kegemaran korang


1. Tinggi Antioksidan

Durian belanda kaya dengan vitamin C, yang bantu kuatkan sistem imun badan. Sesuai sangat kalau korang jenis mudah demam atau penat. Badan pun rasa lebih bertenaga!


2. Baik untuk Jantung

Buah ni bantu kawal tekanan darah dan kurangkan kolesterol. Jadi, jantung pun boleh “kerja” dengan lebih tenang tanpa tekanan.


3.Bantu Lawas dan Baik untuk Penghadaman

Isi dia penuh dengan serat yang bagus untuk sistem pencernaan. Nak “membuang” pun jadi lebih senang – tak ada lagi drama dalam tandas 😅


4. Boleh Kurangkan Stress

Ada kajian kata durian belanda boleh bantu tenangkan saraf. Sesuai untuk korang yang banyak kerja atau emosi naik turun. Kadang-kadang, jus durian belanda pun dah cukup buat mood jadi okay balik.


5. Potensi Lawan Sel Tak Sihat

Ini yang paling menarik – ada kajian awal tunjuk buah ni berpotensi bantu lawan sel kanser. Tapi of course, bukan pengganti rawatan perubatan ya, cuma sebagai sokongan tambahan yang semula jadi.


Cara Nikmati Durian Belanda

👉 Makan terus – isi lembut dan berlemak!
👉 Buat jus – segar, masam manis, sangat menyegarkan!
👉 Buat smoothie – campur dengan yogurt, madu & ais... heaven!
👉 Jadikan aiskrim – kalau kreatif sikit, boleh buat sendiri kat rumah.

Durian belanda ni bukan je sedap, tapi khasiat dia pun banyak. Lepas ni, kalau nampak kat pasar, jangan ragu-ragu nak beli. Zaman dulu ianya dijadikan traditional remedy kalau anak-anak demam. Mak SA selalu buat, ambil beberapa helai daun surian belanda, ramas dalam air dan dijaramkan pada kami yg demam dari kepala sampai kaki..untuk sejukkan badan sementara ke klinik..

Si kecil ni ada kuasa besar ye!


6 comments:

  1. Pernah minum air je. Makan mentah belum pernah lagi.

    ReplyDelete
  2. Untung sangat ni orang lain tak makan, boleh makan sorang puas². Buah ni kurang peminatnya. Kalau yang minat tu sedaplah makan. Rezeki akak lah ni dapat makan buah sulung dan buah² seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Elok kejadian buah durian belanda tanam sendiri. Saya dah lama tak makan. Kalau jumpa lain kali, nak beli la.

    ReplyDelete
  4. Jadi mhal sebab susah nk jumpa dah pokoknya... Terus rasa nk tnam pokok nie dekat rumah taman nanti.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan....just minum air dalam kotak sahaja

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah