Assalamualaikum...
Hi korang...SA baru habis tengok drama Korea Black Out Snow White Must Die di Netflix..memang betul la kata Mummy Ayu..once dh tgok 1 episode memang x leh stop...nak tau dan nak tau apa next citer dan kesudahannya...
Drama Korea Black Out Snow White Must Die merupakan drama adaptasi berdasarkan novel Jerman "Snow White Must Die" oleh Nele Neuhaus..
Genre: misteri & thriller
Jalan cerita menjejak kehilangan memory Jung-woo, ketidakpastian identitinya sebagai pembunuh, dan kemunculan bukti atau muslihat baru yang menyukarkan. Dah la Jung-Woo terpaksa habiskan masa muda dia dalam penjara selama 10 tahun, Setelah pulang, Jung‑woo berdepan stigma daripada penduduk kampung yang menganggapnya bersalah tanpa soal siasat ..boleh dikatakan semua penduduk kampung boikot Jung-Woo termasuk Ibunya..Hari-hari Jung Woo di maki hamun membuatkan rasa ingin membuktikan yang dia tak salah semakin kuat..
Sinopsis
Go Jung-woo (Byun Yo-han) adalah seorang pelajar pintar yang bercita-cita ingin masuk sekolah perubatan. Namun hidupnya tiba-tiba hancur apabila dia dituduh membunuh dua teman sekelas walaupun mayat mangsa tidak pernah ditemui dan dia mengalami blackout semasa peristiwa itu...
Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun walaupun tidak ingat apa yang berlaku malam itu. Selepas dibebaskan, Jung‑woo kembali ke kampung halamannya, Mucheon Village, di mana dia menyedari bahawa misteri pembunuhan tersebut belum selesai dan mungkin berkait dengan kejadian baru beelaku yang ganjil .
Watak & Perhubungan
Detektif No Sang-cheol (Ko Jun) – Seorang detektif yang dipindahkan ke Mucheon selepas kariernya hancur kerana kes bunuh isteri pada hari perkahwinan. Dia mula menyiasat semula kes Jung-woo dan akhirnya bekerjasama dengannya .
Choi Na‑gyeom (Go Bo‑gyeol) – Rakan sekelas Jung‑woo sejak sekolah menengah, yang secara diam‑diam menyimpan perasaan cinta kepadanya. Setelah dia dipenjara, Na‑gyeom terus menyokongnya dan berharap masih boleh membina masa depan bersamanya .
Ha‑seol (Kim Bo‑ra) – Seorang pelajar perubatan yang bercuti dan secara kebetulan bekerja separuh masa di sebuah gerai makan di Mucheon. Dia menyedari ada sedikit tidak kena di kampung itu dan turut membantu menyelongkar misteri tersebut ..
Pada SA watak-watak dalam drama ni mempunyai lapisan emosi mendalam, sama ada detektif yang berusaha buktikan kebenaran, perempuan yang mencintainya, atau penduduk kampung yang punya rahsia mereka sendiri.
Plot twist pun sangat-sangat mengejutkan dan korang x akan percaya..korang nak tahu kesudahan cerita ni kena la tengok citer ni ye....
SA x nak jadi spoiler tapi SA sangat-sangat recommend cerita ni...
Jangan lupa tengok tau...
Boleh masuk dalam list ni. Macam Drama One Ordinary Day, Kim Soo-Hyun berlakon. Tak buat tapi dituduh. Best jugak cerita tu. Bagus kak tak spoil, hihi..Nanti boleh tengok.
ReplyDeleteCie dulu2 suka betul cerita jepun. Korea tengok juga tapi jarang la. Sekarang takde masa dah nak tengok. Kalau tengok mesti nak habiskan semua episod tak sabar nak tau ending.
ReplyDeleteWow macam best je kena add dalam list juga ni
ReplyDeleteWow macam best je kena add dalam list juga ni
ReplyDeleteKalau linda pun suka org cerita sampai ending... Tp, still akn tengok juga sendiri... Kikiki..
ReplyDeleteWow.... Menarik ni.. lagi genre dia memang LeYa minat. Ok boleh masuk carta list nak tonton.
ReplyDeleteLama dah tak tengok drama Korea.
ReplyDeleteItulah, bila sudah bersiri-siri memang asyik nak tonton siri seterusnya. Kena tunggu cuti baru boleh tonton heheheee.
Boleh layan nii
ReplyDelete