Tuesday, June 17, 2025

Ini La Pasaraya Zemart Tempat SA Shopping Bila Dapur Kekeringan Stok..

Assalamualaikum...

Kalau ada satu tempat yang SA rasa boleh hafal susun atur rak dia dengan mata tertutup, mestilah Pasaraya Zemart yang dekat sangat dengan rumah SA. Nak kata SA ni loyal customer memang betul, mungkin level "tak boleh hidup tanpa dia" 😂.

Setiap minggu, SA memang akan singgah. Kadang tu dua tiga kali seminggu pun tak pelik. Bila stok dapur makin menyedihkan, telur tinggal satu, bawang dah tumbuh tunas, atau tiba-tiba craving nak masak sup ke kari ke..memang Zemart lah jadi destinasi utama. Eh...PZ hari- hari plak shopping kat Zemart ye kalau korang nak tau..dia malas nak defrost ikan ke ayam ke..dia pi beli...balik teus masak je..sebab tu la fridge tu penuh dan padat..sebab stok x susut. Asyik la beli je sebab malas nak defrost.



Macam ni la sibuknya Pasaraya Zemart setiap hari


Ini Pasaraya Zemart yang dekat dengan rumah SA

 
Apa yang best kat Zemart?
  • Barang dapur semua ada – dari beras, kicap, sardin, sampai ke Milo dan marjerin.
  • Bahan basah segar – ikan, ayam, sayur, tauhu... semua nampak elok dan bersih.
  • Harga berpatutan – tak rasa pokai walaupun shopping banyak.
  • Staf mesra pelanggan – kadang-kadang siap bagitahu bila barang favourite kita restock atau promosi bulan tu.
  • Ada keahlian (membership) juga! – Bila jadi ahli, boleh kumpul mata ganjaran. Nanti boleh tebus voucher atau hadiah tertentu. Kira macam bonus untuk kita yang memang rajin shopping kat sini.

Tapi...

Kalau ada satu benda yang menguji kesabaran, jawapannya ialah parking.

Nak dapat tempat letak kereta tu kadang macam kena menang loteri. Dalam hati kadang SA merungut, “Hari-hari ke semua orang ni shopping kat Zemart jugak?!” Serius, kalau lambat sikit, berpusinglah kita dalam parking macam main kereta langgar tiang dalam fun fair tu. 

Bila ajak suami singgah Zemart, suami akan mengeluh sebab payah nak dapat parking..kadang 3 kali pusing pun tak dapat parking lagi...kena la SA sorang-sorang turun cari barang yang nak dibeli.

Nasib baiklah barang dalam Zemart tu worth it. Setiap kali keluar dengan troli penuh, rasa berbaloi walaupun tadi sempat ‘berdoa’ dalam kereta sambil tunggu orang keluar parking 😅.


Tips kalau nak ke Zemart:
  • Datang awal pagi atau waktu orang tengah kerja – lebih aman - buka 9.00am
  • Bawa beg sendiri – jimat plastik & lebih kemas. - walaupun mereka ada beri plastik 
  • Jangan pergi masa lapar – nanti semua benda nampak ‘perlu’.
  • Daftar membership – setiap sen belanja, ada ganjaran!

Zemart mungkin bukan pasaraya besar macam hypermarket lain, tapi cukup semua benda. Ringkas, padat dan boleh buat saya tersenyum bila tengok stok dapur dah penuh balik.

Zemart ni ada 2 cawangan di Seremban iaitu di Sikamat dan Senawang. Dua-dua Zemart ni Dania pernak kerja part time. 


Ada juga pembaca yang pernah singgah Zemart? Atau korang ada pasaraya kegemaran sendiri? Share lah kat ruangan komen – nak tahu juga tempat rare lain yang ‘power’ macam ni!


4 comments:

  1. Best, ada pasaraya dekat rumah yang ada jual barang segar. Di kawasan rumah saya, ada kedai runcit je. Dalam peti ais kedai, ada sayur seperti brokoli, tapi bila ambil, alamak, lembik. Terpaksa ke pasar awam atau pasaraya besar seperti Lotus atau TF juga untuk barang segar.

    ReplyDelete
  2. "Jangan pergi masa lapar" ini sangat betul...nanti tah apa apa yang dibeli

    ReplyDelete
  3. Perasan Zemart ni masa nak pergi kenduri SA dulu...
    Kalau sini TMG la kot. Dia stand alone building so parking mmg banyak dlm compound dia tu

    ReplyDelete
  4. Rajin betul Pak Zain pergi hari-hari. Bab parkir tu yang paling menyampah. Biasa parkir bawah je senang. Nak keluar pun senang. Sesekali je ke sini kalau di Family Store tak ada barangnya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah