Tuesday, November 25, 2025

Memasak Adalah Suatu Kepuasan Bagi SA...

Assalamualaikum wrt..

Ada yang tanya SA x penat ke masak je? takde lah penat mana pun...Penat tu… memang penat. Tak kira suka masak ke tak, bila kena buat setiap hari, otak pun penat fikir nak masak apa, badan penat nak siapkan bahan, lepas tu penat lagi nak kemas dapur..

Selalunya yang letih bukan sebab masak tu sendiri, tapi:
  1. Fikir menu
  2. Potong bahan
  3. Basuh periuk belanga
  4. Ulang balik esok
Kadang-kadang kita masak sebab tanggungjawab, bukan sebab mood. Bila mood tak ada, memang terasa la “aduh… lagi sekali?”.Tapi ada juga hari yang masak boleh jadi terapi bau bahan tumis, panas dari kuali, semua tu bagi rasa puas bila tengok orang makan berselera..kan?SA selalu macam tu la..puas hati bila tengok orang makan..

Bawah ni masakan SA hari Isnin..PZ belanja ayam kampung 2 ekor, SA mintak PZ siang ayam besar- besar saiz macam kat Restoran Masakan Padang..habis 2 ekor ayam kampung SA masak..tak besar pun kecik je size ayam tu..sebab pergi beli pun kedai dah hampir tutup...nasib baik dapat beli....bahagian paha ayam tu PZ potong buat tyle whole leg...puas la makan....





one more snap







 

Orang yang suka masak biasanya penat pun layan je, sebab dalam penat tu ada kepuasan. Rasa macam:
  1. Lega bila tengok hasil cantik atas pinggan
  2. Hati berbunga bila orang rumah puji
  3. Atau rasa macam “yes, menjadi resepi ni!”

Orang suka masak ni selalunya datang dengan beberapa ciri:
  1. Rajin mencuba resepi baru
  2. Suka bau dapur sendiri
  3. Teruja bila nampak bahan segar
  4. Jenis sayang orang melalui makanan
Macam SA ni..suka masak dari proses awal dan suka tengok orang makan. Memang jenis “masak dengan hati”.

Orang kata dan menurut kajian orang yang suka masak macam ni biasanya:
  1. Tak kedekut lauk sebab kasih sayang dalam kuali.
  2. Suka hias cantik-cantik walaupun makan kat rumah.
  3. Potong bawang pun ada vibe tenang dia.
  4. Rasa puas bila orang tambah dua tiga kali.

Sebenarnya, orang yang suka masak dan suka bagi orang makan ni selalunya ada aura “warm”, “nurturing”, dan orang pun senang rasa dekat dengan dia..hahaha...x tau la..SA x leh nak nampak la SA macam tu ke tak...tapi selalunya memang SA x kedekut kalau bab makan...masak lebih memang share ngan adik beradik..masak lebih suruh Dania bawak balik Kolej dan share dengan kawan- kawan..sampai ada kawan dia yang dah jatuh cinta ngan asam pedas SA...

Sekarang ni Dania sedang cuti sem 3 minggu...nanti dia balik kolej semula boleh la SA kirimkan lauk asam pedas untuk kawan dia..budak- budak bila berjauhan dengan ibu masing- masing memang rindu air tangan ibu kan...SA pun dah anggap diornag macam anak SA sendiri...ada rezeki lebih pasti SA kongsi sama-sama..

13 comments:

  1. Masak ni terapi jugak. Bila dah penat seharian mengadap kerja kat office, balik rumah masak jadi penenang jiwa.

    ReplyDelete
  2. Masak tak penat pun kan? Malas atau rajin je.. hehehe.. lagipun kalau x masak, lapar.. nk mkn lauk beli sekali sekala boleh la tp selalu sgt muakkk.. lagipun kita nak air tangan ibu ni jd memori anak2.. kesian bila ada org xtau apa masakan mak dia yg paling dia suka sebabnya maknya jarang masak

    ReplyDelete
  3. Fuhhh nak cari jugak la pucuk ubi kat belakang rumah kalau ada....hehehe

    ReplyDelete
  4. Ayam kampung tu nampak empuk elok. Biasanya liat sikit ayam kampung ni compared to ayam daging kan. Ada petua ke SA?

    ReplyDelete
  5. Dia lagi puas makan kalau masak sendiri sebab ikut selera sendiri. Sebab tu dia jadi kepuasan. Tambah lagi orang yang makan masakan kita tu suka apa yang kita masak. Tengok gabungan lauk pauk ni teringin pulak.

    ReplyDelete
  6. kita masak dgn baking..lg suka baking sbb masak slalunya chef husband..kita menu simple2 je masak ..penat bab nk sediakan bahan2 nk masak tu...nk masak campak2 kan hehe

    ReplyDelete
  7. Ye setuju dgn SA. Bab masak tak penat, tapi bab memikirkan menu tu yg lemah sikit 😅

    ReplyDelete
  8. aaaa... linda tak suka masak.. hahaha

    ReplyDelete
  9. ammi tak berapa suka masak...tapi kalau masak, ammi masaklah dengan ikhlas. kalau boleh tak kedekut bahan

    ReplyDelete
  10. Macam mama saya. Memang sukaaa memasak dari zaman dia sekolah. Dan semua karakter di atas, ada di mama juga. Masak dengan hati, dan suka memanjakan anak2 lewat masakan. Yg pasti, kita sebagai anak akan selalu rindu masakan mama

    ReplyDelete
  11. Masak sekejap.. nak prep dan cuci lepas masak tu yang ambik masa 🥴

    ReplyDelete
  12. memang puas hati bila org mkn masakan kita...truly a satisfaction. dan kepuasan setiap org berbeza2, sama mcm hobby jugak laaa

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah