Tuesday, September 1, 2026
Menu Lunch Di Hari Kebangsaan

Wednesday, August 19, 2026
Penat Tapi Tetap Masak
Sambal udang, SA buat kering2..xde petai..kalau ada petai mesti sedap

Tuesday, August 4, 2026
Menu Lunch Ahad Lepas
Assalamualaikum wrt...
Bila sebut pasal makan tengah hari hari Ahad, mesti ramai yang suka masak menu simple tapi membuka selera, kan? Maklumlah, hari Ahad hari untuk berehat, jadi kalau dapat makan lauk kampung yang simple pun dah rasa nikmat sangat. Mesti Ahad lepas korang ada yang lunch kat luar atau dapat jemputan kenduri kan...SA dalam pada x berapa sihat, dedar badan dan selsema..tetap lah masak...kali ni SA masak ikut apa yang ada dalam fridge aje..banyak sayur daun hijau yang SA terpaksa buang sebab tak tau kewujudannya..PZ la tu..suka beli tapi x bagi tau..SA plak jarang buka fridge kalau hari bekerja...pembaziran betul sebab ended up tong sampah yang makan...
Untuk lunch Ahad lepas, SA sajikan menu yang betul-betul balik kepada gaya tradisional memang tak lengkap kalau tak ada ulam-ulaman segar! SA celur pucuk ubi dan potong timun jepun...Suami tumbuk belacan..dia insist nak tolong..SA cakap x usah la sebab dia x sihat...

Monday, August 3, 2026
Menu Lunch Sempena PRNN9 Sabtu Lepas

Friday, July 24, 2026
Resepi Kerabu Pucuk Paku & Kerang
Bahan-Bahan:
Pucuk paku (celur dulu)
Kerang (rebus dulu)
Cili besar,cili padi dan bawang putih (ditumbuk)
Bawang merah (Hiris)
Tomato (potong kecil)
Cili padi (hiris kecil)
Limau nipis perahkan dalam bahan nanti
Sos ikan (agak-agak, SA letak 3 sudu besar)
Gula dan serbuk perasa. terpulang kalau nak letak garam sebab sos ikan dah masin.
Cara buat :
*Satukan semua bahan kacau sebati...boleh di hidangkan..
Senang sangat kan? Tak sampai 20 minit dah siap satu hidangan yang segar dan membuka selera. Makan pulak dengan nasi hangat-hangat, memang tak sedar bertambah! part ni bahaya..untuk SA berpada- pada la makan kan? kang effect kat berat badan plak...
Korang pulak macam mana? Suka kerabu versi masam-pedas macam ni atau suka yang letak kerisik?

Saturday, July 18, 2026
SA Beraksi Dari Dapur Suriaamanda Hari Ini

Friday, July 17, 2026
Menu Lunch Hari Ini...

Sunday, July 12, 2026
Sarapan Pagi Pertama Di Dapur Baru...

Monday, July 6, 2026
Bekal Lunch SA Hari Ini....

Sunday, July 5, 2026
Lepaskan Gian Memasak..Berjaya Masak 2 Lauk Malam Ni...
Ayam kampung masak lemak cili api
Udang goreng kicap
Udang tu ada dalam 7 ekor...besar2..kisahnya PZ nak goreng semalam...tapi adik2 datang bawak lauk pauk...adik no 3 bawak ikan selar goreng berlada, telur dadar dan pasta goreng, adik no 4 bawak sup daging dan adik bongsu bawak banyak lauk..dh macam kenduri dh...itu nanti SA share next entry ye...seronok sesekali berkumpul dan makan ramai ramai..SA plak ada beli durian...memang dh macammpesta durian di rumah....
Apapun..jimat hari ni x perlu makan kat kedai...esok pun sama PZ nak cuba masak...nasib baik Dania ada kat rumah dan nasib baik proses pasang kabinet hari Khamis nanti sebab bagi dahulu laluan pemasangan gril tingkap dapur dan pintu belakang yang dah uzur sangat...by next week Insha'Allah siap la dapur baru SA....
Jumpa esok ye...
Gigih SA update entry malam ni...dh 9.30pm dh..Jap lagi nak tido..esok kerja...
Goodnight korang....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah




































