Showing posts with label Aktiviti Office. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Office. Show all posts

Tuesday, November 10, 2026

Lunch Meeting Jumaat Lepas

Assalamualaikum wrt..

Salam Selasa uolls...rasa macam hari Isnin je hari ni kan...siapa sama macam SA rasa macam hari Isnin..SA hari ni sedikit sibuk..alaaa..manjang sibuk je SA kan..x dapat nak consistence macam dulu update blog..weekend dah penat nak update banyak- banyak..weekend for sure aktiviti masak dan makan aje...so laju je la up kat blog...

Cuti 3 hari tak kemana pun..semalam aje la keluar kejap pi shopping kasut kerja..penat dengar suami berzikir...asyik suruh beli kasut kerja..kasut kerja..kasut sukan...haihh..kita ni badan penat..otak penat...geram aje kadang- kadang...

Ni kejadian Jumaat minggu lepas..ada lunch meeting di opis kayangan...SA kan dah jadi salah seorang penghuni kat atas ni so kena ka attend..wakil boss SA jugak sebab boss x sihat...SA memang x makan la tengahari tu..sebab dah ada makan- makan kan...SA tido je la tengahari tu sebelum naik atas untuk lunch meeting...rupanya ada jamuan sambut birthday staff office atas...


Nasi kandar, kari ikan bawal, Daging masak hitam..




















Pinggan SA..





Kuih serabai cicah serawa durian


OK la..cuma kuih serabai tu macam masin sikit..terlebih garam bancuhan tu kot..serawa tu OK..


 

Makan- makan..beramai- ramai...SA belum biasa lagi kat atas ni..tapi sempat la amik gambar untuk content blog...

Happy birthday buat birthday boy and girl..dah pukul 4.30 petang baru SA turun bawah..SA leka lagi kat bawah..lepas tu baru sedar dah pukul 5.15pm...kelam kabut SA nak balik..terlupa plak nak balik uolls..dah la petang- petang hujan lebat kat KL ni...

SA ingat, boss SA pi Jepun next week 9 hari, SA nak cuti la..penat la badan ni...

Wednesday, September 3, 2025

Meet & Greet Session With GCEO

Assalamualaikum...

Hari ini menjadi satu tarikh yang istimewa buat kami seluruh warga Malakoff Corporation Beehad apabila menerima kepimpinan baharu. Kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada En. Shahrunizam Shamsudin, yang kini mengambil alih jawatan Group Chief Executive Officer (GCEO) menggantikan MDGCEO sebelum ini.

Kami warga kerja mengalu-alukan kehadiran beliau dan berharap kepimpinan baharu ini dapat membawa nafas segar serta idea-idea inovatif untuk terus memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi.








 
Kami dibekalkan dengan pack food yang merupakan nasi hujan panas dengan 2 jenis protein iaitu ayam masak merah dan daging kicap...alamak SA plak order daging masak kicap dengan ayam masak lemak cili api dengan caterer yang sama untuk esok punya lunch meeting...aduhai...tapi takpe kot..bukan melibatkan semua orang...project team aje kan...

Terima kasih juga kepada MDGCEO yang terdahulu atas segala jasa dan sumbangan sepanjang kepimpinan beliau. Sesungguhnya setiap langkah dan usaha anda telah banyak membantu membentuk organisasi ini menjadi seperti hari ini.

Dengan semangat kerja berpasukan dan sokongan padu seluruh warga, kami yakin organisasi ini akan terus berkembang di bawah pimpinan En. Shahrunizam Shamsudin.

Selamat bertugas dan semoga terus sukses!


Thursday, June 26, 2025

Tazkirah Bulanan ~ Etika Profesionalisme Dalam Islam By Saudara Syamsul Debat

Assalamualaikum...

Dah makan ke tu.....hehehe...SA x makan lagi ha...apa nak makan pun x tau dah...tadi 12.30pm ada tazkirah bulanan by mother of company MMC..Tapi online je la...x sempat SA nak sediakan makanan untuk makan sambil tengok ceramah kat laptop...


virtual session ajo....
 

Sempat snap photo



Time ni dah la time rehat dan tido SA....

Penat la bergelak ketawa...sama aje point2 ceramah dia macam dalam tik tok atau video- video kat FB tu....ada sedikit yang lain yang fresh idea dia...banyak dia share tentang Etika, syukur, sabar dan ikhlas dalam bekerja...ni first time ceramah dia yang SA tengok secara dalam talian, sebelum ni face to face kat office SA...tahun ni xde kot...sebab mother company dah buat dah ni...so kawan- kawan kat MMC je la dapat beli barangan yang dia jual...SA teringin nak beli kurta dia..sebab lelaki perempuan bleh pakai..dan jugak susu kambing yang dia jual...makin banyak product yang dia jual sekarang rasanya..ada minyak wangi jugak...kalau beli time dia buat ceramah boleh dapat harga murah kan...


Monday, February 17, 2025

Pot Luck Sempena Menyambut Puasa Di Office

Assalamualaikum..

SA lupa nak up citer potluck hari Khamis lepas yang SA buat tauhu sumbat tu..kami x ramai tapi kami ada..makanan banyak sebenarnya..mana yang sempat je la SA snap gambar..ni nak delete dah gambar dari hp sebab memory SD card dan internal pun dah penuh..beribu gambar ha..sabar jer la...kisah bercuti Kuantan pun stop jap bagi laluan kat mana yang blom up..x suka nak simpan lama-lama..

Jom tengok gambar..


Roti jala


Kari untuk roti jala


Sambal jawa rasanya ni


Daging masak kicap


Sambal udang


Ayam masak lemak cili api


Sambal belacan neraka namanya ni..pedas giler tapi sodap...dan uam timun


Ulam salad dan kacang botor


Brownies indulgence 


Tauhu bergedil


Tauhu sumbat


Sandwich wanpaku


Bubur pulut hitam..sebelah tu x tau bubur apa


 Muka kepedasan..

Alhamdulillah  majlis berjalan dengan lancar complete doa makan..hahaha...macam-macam gelagat..

Pot luck ni bukan la kami yg contribute aje..semua satu floor ni pun kami ajak makan sekali...x kan nak pandang je kan..lagipun makanan banyak betul...x salah pun rezeki dikongsi bersama..ye tak?

Mana makanan tak habis tu, semua pakat bungkus..tauhu sumbat SA pun banyak dan SA paksa diorang bungkus..hahaha...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah