credit to Mylaunchpad.com.my
KUALA LUMPUR, (MLP) – Kumpulan B1A4 dari Korea Selatan yang berkunjung ke Malaysia pada Sabtu lalu bagi sesi bertemu peminat dilanda kontroversi melibatkan komuniti Islam.
Pelbagai gambar dan klip video yang memaparkan gambar gadis-gadis bertudung dicium dan berpelukan dengan ahli kumpulan B1A4 menjadi isu hangat di kalangan pengguna laman sosial di Malaysia.
Pelbagai komen berbaur teguran tidak kurang juga cercaan dilemparkan para pengamal media sosial yang rata-rata terkilan dengan tindakan gadis-gadis bertudung terbabit.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan username Keezm bertindak menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
Keezm yang berada di lokasi acara B1A4 Special Fan Meeting in Kuala Lumpur menyatakan apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis.
Menurut status yang dimuat naik itu, pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat terlebih dahulu dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan adegan memeluk artis berkenaan.
Kredit gambar: katakcomel, mysumber, melvister
Apa kata Suriaamanda?
Aku x nak cakap banyak sebab aku x nak kena kecam dengan peminat2 K-Pop...masak aku nanti...pada aku x salah nak minat tp kena la tau peraturannya...fanatik pun fikir la baik buruk dan landasan sebagai Muslim...dah tentu2 keyboard warrior ramai memerhati confirm korang kena..lagi satu la...kot la mak ayah budak2 tu nampak or tau...acaner erk?adoiii...sib baik aku x minat menda ni semua...boleh je nak fanatik tp sampai jangan lupa asal usul budaya dan agama...

.jpg)


