Showing posts with label Artis Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Artis Kahwin. Show all posts
Sunday, February 26, 2017
Selamat Pengantin Baru Jep Sepahtu & Sariyanti
Setelah puas menafikan hubungan cinta yang terjalin antara Jep Sepahtu dan Sariyanti...Akhirnya Malaysia dikejutkan dengan berita perkahwinan kedua- dua artis terkenal ini...Jep Sepahtu dan Sari Yanti difahamkan bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi yang diakadkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Dato’ Mohamad Nazari.
Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dengan dihadiri keluarga & rakan terdekat sahaja. Best la Jep...senyap2 jer pas tu tau- tau dah nikah....baju Sariyanti tu cantik giler..Jep pun segak dengan persalinan sedondon...
Selamat Pengantin Baru Jep & Sariyanti...Barakallah...semoga berbahagia hingga ke jannah!!

Friday, November 11, 2016
Amyra, Amar Sah Bergelar Suami Isteri
SELAMAT PENGANTIN BARU AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN
KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijabkabulkan pada pukul 5.15 petang hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Premiera, di sini sebentar tadi.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Amyra, Rosli Awang dan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim.
Dalam majlis pernikahan itu, Amyra menerima mas kahwin sebanyak RM1111 dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amyra Izzati, 25, dan Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 31, disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas empat bulan mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu.
Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung di lokasi sama esok manakal, majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 19 November depan di Ampang, Kuala Lumpur.
SUMBER KOSMO ONLINE

Wednesday, January 13, 2016
Netizen Kecam Tajaan RM25 Juta Perkahwinan Shaheizy Sam & Syatilla
MURAH REZEKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN
Kalau dah rezeki mereka murah nak kata apa...mereka layak di taja la tu so nak kata apa lagi..Kan?
doakan sahaja kebahagiaan mereka dan majlis mereka berjalan lancar...Shaheizy Sam dan Syatilla bakal di nikahkan pada 8 Februari di Pulau Pinang dan diraikan dalam Majlis resepsi di sebelah Syatilla pada 9 Februari nanti. Majlis di sebelah lelaki plak akan diadakan pada 14 Februari 2016 dan Shaheizy ingin meraikan dengan peminat pada 20 Februari nanti...bagus Sam ni tak lupa peminat...
memang wedding of the year la nanti ni kan?
Netizen- netizen ni kena fikir jugak...mereka bukan nak menunjuk- nunjuk..dah memang mereka dapat tajaan..rugi woo kalau tolak..nak plak mereka kan artis...bukan artis la namanya kalau takde tajaan...kan...so kita yang biasa- biasa ni tumpang aje la kegembiraan diorang tu...benda baik kan yang diorang nak buat..jangan la sesedap rasa kutuk or maki diorang...
Doakan kebahagiaan diorang...ok?
Peminat Shaheizy Sam tak payah nak sentap sangat...Sam ni manusia biasa jugak..darah pun sama gak kaler merah..dah rezeki dia dapat lebih...doakan aje la....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah