Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Friday, May 29, 2026

Alhamdulillah, Rezeki Menang Top Komentator Bulan Mei di Blog Cikgu Etuza!

Assalamualaikum wrt...

SAlam Jumaat semua.....

Pejam celik, kita dah pun berada di penghujung bulan Mei. Sedang sibuk-sibuk membelek blog rakan-rakan dalam MRT tadi, tiba-tiba mata terpandang satu pengumuman yang betul-betul buat SA tersenyum lebar hari ini.

Alhamdulillah, rupa-rupanya, nama SA tersenarai sebagai Pemenang Top Komentator Bulan Mei di Blog Cikgu Etuza!

Memang tak sangka sama sekali, sebab niat asal singgah ke blog Cikgu Etuza hanyalah untuk membaca perkongsian beliau yang sentiasa bermanfaat, SA suka baca perkongsian tentang pokok bunga kertas yang bermacam- macam ID dan aktiviti cikgu di sekolah, di samping menyuburkan ukhuwah sesama rakan blogger. Bila nama terpilih sebagai top pengomen, ia semacam satu bonus dan penghargaan yang sangat bermakna buat SA. Nak plak Cikgu Etuza buat entry khas hari ni....




72 komen rupanya...


Entry appreciation oleh Cikgu Etuza, klik gambar untuk terus ke entry..


Terima Kasih Cikgu Etuza!

Dari lubuk hati yang paling dalam, SA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Etuza atas penghargaan ini. Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi entri-entri yang menarik, mendidik, dan memberi inspirasi kepada kami para pembaca.

Sumbangan kecil berupa ulasan atau komen di blog Cikgu sebenarnya tidak seberapa berbanding ilmu dan cerita yang Cikgu hidangkan buat kami setiap hari. Semoga Cikgu Etuza sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan terus konsisten mewarnai dunia blog kita.

"Blog bukan sekadar platform untuk menulis, tetapi jambatan yang menghubungkan hati-hati kita melalui ukhuwah digital."

Tahniah Kepada Rakan Blogger Lain

SA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger lain yang turut tersenarai dalam Top 10 Pengomen Bulanan. Seronok melihat komuniti blogger kita sentiasa aktif dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kepada kawan-kawan yang belum singgah ke blog Cikgu Etuza, jemputlah bertandang ke sana. Banyak perkongsian ilmu, gaya hidup, dan refleksi santai yang sangat rugi kalau dilepaskan.

Terima kasih sekali lagi, Cikgu! Moga ukhuwah ini terus berkekalan.

Korang dah singgah blog Cikgu Etuza hari ni?


Thursday, August 10, 2023

Sebelum Tido.. Blogwalking Dulu

Assalamualaikum...

Morning uolls...

Pagi ni SA rasa ngantuk sangat...biasa dah naik bas terus tido tapi kali ni SA check hp dulu..dari email company sampai la blog...then SA decide nak blogwalking beberapa blog lepas tu baru tido...

So korang yang nampak komen SA kat blog korang tu memang SA blogwalking  pagi2 ni tadi masa dalam bas...



Nampakkk...

Dalam bas gelap2 ha...

SA bukan apa..ada yang email kata hari2 dia datang blog SA..tapi SA x datang pun blog dia...alaaa...kena faham la SA ni bekerja...bukan kerja kat shopping mall bleh santai- santai.. SA ada la pi blog dia...allah nak komen caner..semua pasal Shaklee..SA x tau nak komen camne...ke nak suruh SA beli Shaklee ni...ada tu blog jual baju...cane ntah SA nak tinggalkan komen...haa..faham kan kenapa SA x tinggalkan jejak...SA masuk ye blog awak...cuma SA x tau nak komen macam mana...

Takpe la..SA akan cuba berkunjung ke blog korang bila ada kelapanagan dan akan cuba tinggalkan jejak ye...I'll try my best..betul jugak macam x adil plak kan bila orang datang ke blog kita tapi kita x pi blog orang..insyaallah SA cuba masuk blog korang dan tinggalkan komen bila ada kelapangan ye..adakala kalau tengh stress kerja SA masuk jugak sumbangkan PV..cuma tak tinggalkan jejak je...

Monday, June 22, 2015

Keywords Blog Suriaamanda


Hi korang....
Dah lama aku x check keywords blog ni...bukak akaun nuffnang tgok la keywords yg orang duk cari kat blog aku kan....
Macam2 ada ha...korang tgok la tu...yang xde kena mengena pun ada...
Paling banyak keywords yang Suriaamanda koma tu...yes aku pernah koma hampir sebulan...
Keywords Suriaamanda nikah tu buat aku gelak..teringat masa adik aku kawen 2 tahun lepas..aku up gambar kat fb..orang duk msg ucap tahniah...sebabnya ghuper adik aku sama ngan aku..hahaha...kelakar bila Ingat balik..
Kadang2 ada je keywords mengarut yg aku jumpa...paling kelakar pun aku gelak je la..maybe aku pernah blog out pasal apa yg diorang caritu kan..malas plak aku nak gugel...

Korang ada dapat keywords mengarut dan berbaur lucah?

Tuesday, May 19, 2015

Kejutan Apakah Ini?????


Hi korang...
Nampak tak? Nampak tak? Haaaaa......first time in my life tgok komen macam
Tu punya banyak...huiyoooooo....apekah yang terjadi ni?
Kejutan apakah ini....selalu tu susah nak dapat komen banyak kan...kali ni walla...makin semangat nak blogging mcm ni..
Bahan blogging memang banyak x terkata....cuma masa je kadang2 cemburukan aku...mana yang penting aku kena dulukan....kerja dan jugak mana2 advertorial dan event yg aku dh cover...memang kena dulukan la..pasal tu banyak yg tertangguh...nak plak kat opis mmg harap smartphone ni je la...adakala aku bawak laptop..itupun kalau ada masa terluang baru buat...kerja didahulukan....mana yg blogspot x  blocked kat opis diorg..mmg untung la....tp x baik la buat macam tu kan...marah boss nanti....
Kejujuran tu penting...am i right?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah