Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Thursday, July 2, 2026

Rezeki Nasi Beriani Kambing & Dedikasi Buat Kak Norainy

Assalamualaikum wrt....

Semalam Alhamdulillah, murah betul rezeki SA dan kawan-kawan yang terpilih. Ada insan berhati emas sudi belanja kami makan Nasi Beriani Kambing!

Bila makanan sampai, mak ai... terkejut SA tengok portion dia. Memang betul-betul portion besar! Daging kambingnya pun lembut, secukup rasa, pendek kata memang sedap betul. Penangan portion besar ni, punya lah kenyang sampai membawa ke malam. Percaya tak, malam tadi SA cuma mampu ambil light dinner aje sebab perut masih terasa padat, itupun temankan suami makan kat Mamak je semalam, semua sebab  penangan beriani kambing tengah hari semalam punya pasal.

Melalui entri santai ni, SA nak titipkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan badan yang sudi belanja kami semalam. Terima kasih banyak-banyak buat Kak Norainy Ahmad Zathu.

Untuk pengetahuan semua, Kak Norainy ni pun baru sahaja selamat pulang daripada menunaikan ibadah haji baru-baru ni. Semoga mendapat haji yang mabrur buat akak.



Bungkusan yang sampai semalam


Haaa tepukkkk....terpaksa makan nasi ha...x makan rugi...


nampak? cukup besar portion dan buat SA kenyang betul


Lauk kambing ni x habis..SA simpan dalam fridge..tengahari nanti makan semula


Muka kenyang lunch semalam

 

Bukan itu sahaja, tak lama lagi iaitu pada bulan Oktober nanti, Kak Norainy akan melangkah ke fasa baharu iaitu alam persaraan setelah genap usianya 60 tahun. Serius, rasa macam tak percaya langsung! Kalau tengok raut wajah dan gaya Kak Norainy, langsung tak nampak macam umur dah nak bersara. Maintain awet muda, nampak macam baru early 50-an tahu tak! 

Apa-apapun, terima kasih sekali lagi Kak Norainy atas ingatan dan rezeki belanja makan semalam. Kami doakan semoga Kak Norainy sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan menjelang hari persaraan nanti, dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Amin...

Apa hadiah sesuai untuk orang bersara ye? boleh bagi suggestion x?

Tuesday, June 30, 2026

Rezeki Menang GA Meriahkan piala Dunia By Kak Notie

Assalamualaikum wrt..

Kisahnya hari Sabtu lepas, masa tengah ralit blogwalking masuk blog Kak Notie, SA ternampak beliau tengah buat GA Meriahkan Piala Dunia. Memang sedia maklum, Kak Notie ni pemurah dan rajin betul buat GA. Syarat pun simple sangat, apa lagi... SA pun cubalah nasib. Tak sangka, rupanya ada rezeki SA kali ni!

Alkisah hari Ahad petang, ada dua parcel sampai kat rumah. SA dengan yakinnya ingat salah satu tu barang Dania. Almaklumlah, faktor usia... mata ni rabun sikit, tulisan kat parcel pulak comel sangat. Jenuh jugalah jauhkan tangan baru nampak nama sendiri... Muahaha! Terus tersengih sorang-sorang

Hadiah SA dah sampai..yeay...cepat betul sampai hadiahnya....



Bila buka... wahhh, cantiknya! SA dapat sebiji Tumbler Cristiano Ronaldo. Segak betul abang Ronaldo kat tumbler ni, nak bawa pergi kerja pun rasa semangat lain macam..


Warna putih ni nampak exclusive...setuju?



Terima kasih banyak-banyak buat Kak Notie atas hadiah yang super best ni. Semoga Kak Notie sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan ceria-ceria selalu. Korang yang belum kenal Kak Notie, jemputlah singgah dan ushar blog beliau kat SAJE SUKA SUKA. 

Mana tahu lepas ni rezeki korang pulak kan?


Friday, May 29, 2026

Alhamdulillah, Rezeki Menang Top Komentator Bulan Mei di Blog Cikgu Etuza!

Assalamualaikum wrt...

SAlam Jumaat semua.....

Pejam celik, kita dah pun berada di penghujung bulan Mei. Sedang sibuk-sibuk membelek blog rakan-rakan dalam MRT tadi, tiba-tiba mata terpandang satu pengumuman yang betul-betul buat SA tersenyum lebar hari ini.

Alhamdulillah, rupa-rupanya, nama SA tersenarai sebagai Pemenang Top Komentator Bulan Mei di Blog Cikgu Etuza!

Memang tak sangka sama sekali, sebab niat asal singgah ke blog Cikgu Etuza hanyalah untuk membaca perkongsian beliau yang sentiasa bermanfaat, SA suka baca perkongsian tentang pokok bunga kertas yang bermacam- macam ID dan aktiviti cikgu di sekolah, di samping menyuburkan ukhuwah sesama rakan blogger. Bila nama terpilih sebagai top pengomen, ia semacam satu bonus dan penghargaan yang sangat bermakna buat SA. Nak plak Cikgu Etuza buat entry khas hari ni....




72 komen rupanya...


Entry appreciation oleh Cikgu Etuza, klik gambar untuk terus ke entry..


Terima Kasih Cikgu Etuza!

Dari lubuk hati yang paling dalam, SA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Etuza atas penghargaan ini. Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi entri-entri yang menarik, mendidik, dan memberi inspirasi kepada kami para pembaca.

Sumbangan kecil berupa ulasan atau komen di blog Cikgu sebenarnya tidak seberapa berbanding ilmu dan cerita yang Cikgu hidangkan buat kami setiap hari. Semoga Cikgu Etuza sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan terus konsisten mewarnai dunia blog kita.

"Blog bukan sekadar platform untuk menulis, tetapi jambatan yang menghubungkan hati-hati kita melalui ukhuwah digital."

Tahniah Kepada Rakan Blogger Lain

SA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger lain yang turut tersenarai dalam Top 10 Pengomen Bulanan. Seronok melihat komuniti blogger kita sentiasa aktif dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kepada kawan-kawan yang belum singgah ke blog Cikgu Etuza, jemputlah bertandang ke sana. Banyak perkongsian ilmu, gaya hidup, dan refleksi santai yang sangat rugi kalau dilepaskan.

Terima kasih sekali lagi, Cikgu! Moga ukhuwah ini terus berkekalan.

Korang dah singgah blog Cikgu Etuza hari ni?


Tuesday, March 10, 2026

Takde Rezeki...

Assalamualaikum wrt....


 

Sedih ni...

Order ngan akak yg biasa jual kuih kat opis tu 2 jenis kuih..memang dalam list ada nama SA..Donut 1 dan apam choc 1...SA dah siap transfer duit tapi ada donut je..akak tu bawak lebih apam choc..tp org lain dh ambik, akak tu terlepas pandang order SA...

So akak tu dh say sorry...next dia bawak kuih SA ambik je 1 x yah bayar lagi sebab SA dh terlebib bayar hari ni...xde rezeki la tu...padahl SA mmg teringin apam choc tu....

Takpe la SA ...xde rezeki...

Friday, December 19, 2025

Terima Kasih Kerajaan Malaysia...

Assalamualaikum wrt..

Orang kata rezeki tak pernah salah alamat kan..alhamdulillah..SA ada apply MySara hari tu...saje la apply andai ada rezeki..combine pendapatan SA dan pendapatan suami untuk isi rumah...apply lama dah awal tahun ni kot..masa MySara diperkenalkan..saje la cuba nasib...mulanya senyap aje..SA yakin x dapat la tu..maybe tak layak...ye la..gaji SA 4 angka tapi x la banyak pun...masih dalam  golongan berpendapatan rendah ni...hahahaha...

Semalam masa kat KK, SA dapat whatsaap bagi tau yang SA ada amount yang belum gunakan untuk Mysara..SA rasa dah habis guna yang RM100 one off tu...tapi yang di mention adalah MySara...SA download la apps dan masukkan no KP SA, nak gak check sebab risau scammer sebab baru- baru ni SA kena scam yang menakutkan..sekali lulus ko.....eh...serious la...lulus untuk Sept - December dan amount pun boleh tahan besar...Ya allah syukur nya....kalau la SA x dapat whatsaap tu...memang burn aje la amount tu...SA masih x percaya...pergi la check kat Zemart...terjerit la adik cashier tu...dia kata Wow!!!banyak ni kak..akak x guna ke sebelum ni...SA senyum aje....lepas hantar PZ kat rumah semalam...terus la ajak suami pi ST Rosyam Mart...orang yang whatsaap tu suruh pergi Mydin untuk berbelanja tapi SA pilih ST Rosyam Mart sebab banyak pilihan...


Satu troly....

Inipun x habis lagi amount..

Esok malam la SA nak habiskan...sebab memang kena habiskan cepat sebelum 31hb..kalau x burn...bukan apa..beli barangan dapur dan toiletries je..membantu sangat..beras, minyak, sardin, bihun, maggi , tepung tu boleh buat stok untuk 2 bulan..jimat dah perbelanjaan kan...sebelum ni guna allocation PZ je..dia kumpul  untuk 2 bulan so sekali beli...lebih SA top up...macam tu la..sama macam yang one off baru2 ni yg 31 August tu...SA nyer, PZ nyer dan suami nyer combine sekali beli barang..banyak gak yang kami dapat..alhamdulillah cukup untuk 2 bulan punya stok..

Secara keseluruhan, MySARA adalah langkah positif  untuk membantu golongan berpendapatan rendah  isi rumah yang menghadapi kos hidup yang tinggi kerana ia bersasar dan terus kepada keperluan asas. Ia bukan penyelesaian menyeluruh terhadap keseluruhan tekanan ekonomi, tetapi ia boleh meringankan beban harian bagi ramai keluarga dan individu yang layak.

Apapun terima kasih...SA simpan sini untuk kenangan 2025...2026 belum tentu lagi ada rezeki ke tak..


Thursday, July 3, 2025

Rezeki Tak Salah Alamat

Assalamualaikum...

Ni cerita last week Khamis rasanya...masa tu x bawak bekal...So pagi SA cari la sarapan kat Brickfield tu..ramai aje yang meniaga. SA suka nasi lemak yang ada sorang mamat ni jual kat area Pejabat Pos Brickfield tu...dah beberapa hari SA x nampak dah dia meniaga. Yang nasi lemak paru goreng yang crunchy tu...mana ntah mamat tu meniaga dah...

Sudahnya SA beli kat ada akak tu kat area Ascott nyer jejantas tu...ok je la bihun goreng ni..takde la wow sangat...terus teringat nasi lemak Kak Ton kat LRT Pasar Seni...nanti nak buat kerja gila la pi beli kat situ plak kalau sampai awal kat KL...dah la Ammi ada tayang kuih fav SA, kuih Abok- Abok...



Sebungkus RM9


Ada telur mata dan sambal paru..telur mata sekarang RM1.50 ye sebiji


Yang ni plak boss Hedzuan bawak hari Khamis tu...Cheesecake Caramel ke Butterscotch ntah...sempena birthday dia 24hb...masa tu all the bosses ada Management Retreat


Cheesecake ni wife dia buat


Cantik je kejadiannya


Rasanya pun sedap giler...


Chocolate 


Alhamdulillah...

Rezeki dikelilingi orang baik- baik kan...Next week insyaallah SA akan konsisten kembali bawak bekal...minggu ni bawak bekal sarapan je...yang sarapan tu pun bawak ke lunch..SA ada masalah selera makan plak ha...lepas satu- satu sejak dah berumur ni...SA dah stop kejap coffee, SA minum air panas suam je dan sesekali teh O..Badan x leh jugak kalau xde gula kan...walau SA hanya ambil natural sugar from fruit...tetap x cukup gula sebab bukan hari- hari SA makan buah...


Wednesday, February 23, 2022

Pakej Penjagaan Covid-19 Keluarga Malaysia

Aassalamualaikum...

Hi korang...

Semalam SA balik kerja sampai sedikit lewat...sampai jer tengok- tengok ada 2 parcel kat rumah. SA pun tak ingat ada ke SA beli barang online. Rasanya macam takde...biasa la bila dah stress kerja dan sibuk sangat- sanagt semua benda tak ingat..tengok parcel atas nama SA so lantak la...lepas mandi SA buka la parcel tu...

Terkejut weyh...dpat lagi Kit penjagaan Covid-19 keluarga Malaysia ni...wah....ni dapat kali kedua ni...sebelum ni SA ada update dapat masa kat office kan...alhamdulillah rezeki orang nak bagi kan...so dah ada 2 set Oximeter dan digital termometer tu...test kit tu syukur memang sedang cari- cari sebab banyak stok kat farmasi dah habis kan...SA ada la mintak tolong kawan belikan...hari ni baru nak dapat..haih..duit habis duk beli benda alah ni je....


 

Face mask tu SA bagi kat Pak Zain dan Mak Pah...senang diornag pakai double mask kalau keluar pergi mana- mana...lately ni diorang berdua ni suka sangat dating berdua pi sarapan sama- sama. Ye la...anak2 sibuk hal masing- masing kan...Dania siang- siang for sure la pergi sekolah. 

SA pelik ni, Pakej Penjagaan COVID-19 Dalam Proses Penghantaran Pada Keluarga Malaysia B40. Tapi SA ni M40. Takde dapat bantua pape pun sebelum ni...pelik kan disitu..Pak Zain cakap dah orang nak bagi ambik je la..jangan la pertikai...tu namanya rezeki...ye la...rezeki jangan ditolak kan...

Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) ini mengandungi:

4 Unit Kit Ujian Kendiri COVID-19
4️ Unit Pelitup Muka Guna Semula
1️ Unit Oximeter
1️ Unit Termometer

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

Terima kasih Kerajaan Malaysia...

Tuesday, December 14, 2021

Thanks Yang Belanja Zus Coffee

Assalamualaikum....

Hi korang...

Hari ni bertuah betul...tengah sibuk- sibuk buat kerja ada yang letak Ice Vanilla Latte ni atas meja SA...ya rabbi...rezeki...cumanya SA ni macam yang korang kenal memang x minum ice kan...so sebabkan latte ni SA langgar dan SA minum...hahahahaha...aduhai....sabar jer la..penangan Vanilla Latte yang menggamit.

SA tanya jugak..sape yang order ( soalan kurang bijak), sekali dia cakap eh shikin belanja akak...alahaiiii....so sweet la itu budak...



 Alhamdulillah...

Rezeki di hari Selasa.......

Friday, November 19, 2021

Tersandar Kekenyangan Rezeki Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Hi korang...

Murah betul rezeki kami staff level 8 hari ni ada yang bersedekah di hari Jumaat yang Barakah....semoga dimurahkan rezeki mereka yang bersedekah ni...SA plak terlupa yang hari ni ada sarapan, Acu plak dah bekalkan bihun goreng seawal pagi...Acu ada kat rumah Seremban sepanjang Mak Warded..tak senang hatinya kalau duk Bangi...so..2 hari ni memang Acu siapkan bekal Dania dan husband dia pi kerja..Semalam jer SA x sempat amik bekal dari Acu sebab dah lambat...SAa pagi- pagi memang kena keluar pukul 6.00am sebab nak kejar bas yang pertama...kalau lambat naik bas ke 2 confirm sampai lambat kat KL..

Kenyang oiiii....


Bihun goreng, rencah ayam, ada telur goreng, ada udang dan timun jepun...pergh...sampai petang SA leh makan ha...tambah plak orang belanja breakfast

Comel kan? Nasi lemak cenocet jer...kuih cara berlauk dan kuih ketayap bentuk bunga ros...cantik sangat sampai syang nak makan...


Kuih ketayap bunga rose....


Nasi lemak pun sedap


Minah ni dah kekenyangan....

Syukur alhamdulillah...

Murah rezeki..kenyang perut...tersandar dan SA malas nak keluar rehat...panas pun ye gak...ada yang nak jumpa SA hari ni...dari Penang...erm memang malas la SA kan...nak jumpa x bagi tau awal- awal...lagipun xde keperluan rasanya untuk dia jumpa SA...sebabnya SA x rapat pun ngan dia...erm biar la dia...pandai la SAa bagi alasan nanti....

Thursday, April 21, 2016

Breakfast Treat Nasi Lemak Tanglin

Hi korang...

Yang bestnya kan kat opis aku ni ramai yang pemurah...ramai jer yang sedekah makanan tak kisahlah breakfast ke, lunch ke or high tea..murah betul rezzeki mereka- mereka yang belanja...

Ni kisah Jumaat lepas..ada breakfast treat as usual...makan nasi lemak Tanglin uolls....sedappppp....


sila..sila..jangan malu- malu...


antara yang ada..Hj Burn, Abg Din dan Joe


simanis dan si kacak GPS


Ni la rupa paras Nasi Lemak Tanglin...


Nasi Lemak Tanglin ni memang pilihan boss2 kami kat sini...sebab tu korang akan nampak aku kalau update dalam setahun mesti berbelas2 kali pasal nasi lemak ni..kadang- kadang kami order dan mintak hantar ke office..pas tu kadang- kadang kami ke Tanglin sendiri makan kat sana...

Alhamdulillah..semoga murah rezeki yang tukang belanja...terima kasih daun keladi..kalau promoted lagi...jangan lupa belanja lagi...

Eh....tercakap plak...alaaa.....rezeki kan...

Wednesday, April 6, 2016

Murah Rezeki Hari Ni...

Hi korang...

Selepas puas meroyan bagai kat FB semalam pasal kejadian kat rumah sewa aku...pagi ni masuk kerja kawan yang balik bercuti hulur sebekas strawberry ni...wahhhh...suka..suka..suka....awet muda ni...aku selalu je beli strawberry..memang amalkan makan selalu...sedap...selain strawberry tu for sure aku tau dia baru balik dari Cameron Highland, ada sedikit rendang paru dan hati lembu untuk aku...wahhhhh sedapnyaaaa...alhamdulillah...murah rezeki...


Rendang dan strawberry


Selain tu dapat gak Badge dari Mommy Irra EFG, dan jugak keychain dari kawan opis serta penulis novel terhebat kak Umie Nadzimah....

Seronok nya...betul2 murah rezeki hari ni...hehehhe...

Sejuk skit hati yang panas dari semalam...takpe la...dugaan kan...

Kalau allah tak sayang allah tak duga...

Ye tak?



Friday, April 1, 2016

Terima Kasih Hamba Allah...

Hi korang...

Seminggu ni makan free jer...ekceli dah 2 minggu...aku lom up citer tu lagi...busy la korang semua...sabar eh..walau dah agak basi..aku tetap akan up untuk simpan dalam diary blog aku ni ha...mana tau esok2 dah tua..dah pencen boleh baca semula kan...hahaha...

Well ribuan terima kasih la kepada Hamba allah yang belanja...dapat promotion la tu kan....


goreng pisang...ke pisang goreng?ah lantak la...


Vadeh...eh..masalavadeh...eh...ah..lantak ar..x reti de..

Ada yang belanja Nasi Lemak Hijau sambal paru...

Ada yang belanja Nasi Khoumok ( Kelantanese Dishes)

Lepas ni tak tau sapa plak nak belanja makan...2 bulan akan datang ni sure ramai yang belanja makan..masalah la nanti ni...eh masalah???
Masalah la pada aku sebab akan menyebabkan aku gemuk....sure punya....

Orang tua- tua cakap, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah