Showing posts with label Buah- buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah- buahan. Show all posts

Thursday, June 11, 2026

Baru Je Makan Durian Tak Sampai 1 Jam, Tekak Dah Bengkak

Assalamualaikum wrt...

Korang perasan x, ke SA sorang je yang kena..SA nyer post terbaru lambat naik kat reading list...dah 6 jam baru keluar..lepas tu lambat update kat dashboard kan..kat blog masih appear entry semalam...stress la SA, camne ntah nak buat...terus rasa lemau nak update entry, views pun tak berapa mantap macam selalu...korang kena gak ke?

Ni entry ni citer hari Selasa...balik kerja SA mintak nak tapau kat kedai Tomyam Sri Sahabat Nilai...balik dari menapau tomyam tu, singgah kedai buah kat Jalan Labu...SA nak beli buah tembikai susu...sekali kat situ ada jual durian kampung gak..baru gugur ..RM7 sekilo...so amik la 2 biji buat rasa- rasa...beli tembikai susu sebiji RM20...jenis yang mahal tu...ingat nak beli limau tu..nampak macam best..pas tu fikir..kang sape plak nak menghabiskan beli banyak- banyak kan...beli durian dengan buah tembikai susu tu je...cari rock melon xde plak...PZ suka Rock Melon.



Ada gak Musang King..RM30 sekilo...xdela nak beli MK ni...


suruh pilih x pandai plak...so brader tu yang pilihkan...


Sedap...creamy...SA makn 3 ulas je dah mengah...


Tembikai susu ni belu sebiji


Limau ni manis katanya..


Tapi kan...suami makan durian tu terus x lama tu bengkak tekaknya..alahai dia ni....alah pulak ngan durian...terus sakit tekak dan membawa ke demam....itu yang hari ni MC tu...semalam dia dah x tahan sangat...merah- merah muka sampai ke telinga..malam tadi dia demam sikit....

Nasib baik SA okey je...


Thursday, June 15, 2017

Rezeki Dapat Harum Manis All The Way Dari Perlis

Hi korang...

Murah rezeki bila dah 3 tahun tak pernah miss lagi Harumanis Perlis ni..terima kasih yang tak terhingga buat family adik ipar yang sentiasa ingat kirim kat kami di NS. Harumanis, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat negeri Perlis khususnya dan penggemar mangga ini amnya. Harumanis Perlis telah mencipta satu fenomena tersendiri setiap kali tiba musimnya antara Mac hingga Jun setiap tahun. Kehadiran Harumanis sentiasa dinantikan penggemar buah tempatan sama ada di negeri Perlis atau lain – lain negeri. Antara mempelam jenis lain adalah Sala, Chokanan dan Nam Dorkmai, Mangga atau mempelam adalah buah – buahan bermusim yang ditanam di negara – negara tropika dan Harumanis Perlis merupakan klon mempelam Perlis yang popular. 

Harumanis dapat hidup subur di kebanyakan jenis tanah dan hanya berbuah dengan banyak di kawasan yang mempunyai cuaca panas antara dua hingga tiga bulan sehingga suhu maksima 30˚celcius hingga 38˚celcius sebagai rangsangan kepada pengeluaran bunga. Taburan hujan minima setahun sudah mencukupi bagi membantu tumbesaran Harumanis. Bentuk buah adalah bujur dan isinya tebal. Walaupun  sudah masak, kulit buahnya tetap berwarna hijau, manis dan berbau harum..memang SA tak nafikan isinya memang sedap, manis semanis- manisnya...


Kali ni besar- besar buahnya


Isi tebal dan juicy



Sehingga kini, Perlis merupakan lokasi  yang paling sesuai untuk penanaman pokok Harumanis. Mempelam Harumanis memerlukan tanah yang dalam, gembur dan mempunyai kandungan mineral yang tinggi.Keunikan hasil bumi Perlis ini telah menjadikan Harumanis antara ikon terbaik untuk memperkenalkan Perlis kepada dunia luar.

Harumanis juga telah menjadi satu faktor kepada peningkatan kadar pelancong ke negeri Perlis terutamanya setiap kali tibanya musim. Harumanis menjadi sebutan sehingga ke serata pelusuk tanah air dan ada yang sanggup datang semata – mata bagi mendapatkan mempelam ini dan merasai sendiri keenakkannya. Namun, ada ada sesetengan peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual mempelam lain yang bukannya Harumanis dengan harga yang tinggi sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kualiti mempelam Harumanis sendiri.

SA tak ngidam dah..dah dapat dan memang tak risau...tiap tahun mesti keluarga adik ipar kat Perlis kirim untuk kami sekeluarga.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah