Showing posts with label Cerita Training. Show all posts
Showing posts with label Cerita Training. Show all posts

Tuesday, August 18, 2026

Training Module 3 ~ Problem Solving Day 2

Assalamualaikum wrt....

Sebelum ni SA ada share pasal Training Day 1 kan? Ha, harini sambung pulak Training Module 3 ~ Problem Solving Day 2.

Hari kedua ni memang bertambah mencabar sikit sebab dari pagi sampai ke petang kami semua kena buat presentation dan perbincangan berkumpulan. Masing-masing dah mula tunjuk muka penat tapi gigih! Mana tidaknya, otak memang kena bekerja keras nak cari penyelesaian untuk setiap masalah yang diberi.

Bila dah masuk sebelah petang tu, faham-faham jelah kan... Ada yang dah mula fokus kat kasut kawan sebelah, ada yang brainstorming sampai berkerut-kerut dahi! Tapi apa-apa pun, teamwork memang padu. Walaupun jadual padat dan perbentangan bertali arus, we managed to finish and go back pukul 4.30 petang jugak!
















Sarapan hari ke 2 makan nasi lemak..sedap betul


sedap nasi lemak bukan sebab apa tau.sebab SA dah lama x makan nasi lemak sejak berdiet ni...cheating la nampaknya siap up 2 ketul kuih


Lunch pun sedap ada ayam masak kicap, gulai telur ayam dan sayur...


Yang ni plak lunch hari pertama..sarapan takde sebab SA dah makan sandwich masa tu...


Syukur semuanya berjalan lancar. Sekurang-kurangnya banyak ilmu dan strategi baru yang dapat diserap untuk modul kali ni. we had a blast la..xde langsung stress macam 2 training sebelum ni...SA ni paling x suka bab presentation tapi terpaksa la buat kan..x adil la kalau x involved bila buat perbincangan dan presentation...untungnya group SA ada pakar IT so slide presentation kami menarik la..xde siapa yang kalah atau yang menang...semua pun belajar kan...

ikutkan elok je kalau training banyak aktiviti dan perbincangan dari training hanya dengar aje kan..itu confirm menguap aje sampai petang...

Korang kalau pergi kursus/training berhari-hari macam ni, bab apa paling mencabar sekali? Share la dekat ruangan komen


Monday, August 17, 2026

Training Module 3 ~ Problem Solving Day 1

Assalamualaikum wrt...

Last week kan SA ada pergi training 2 hari... Bila dah masuk bab training ni, memang SA x berkesempatan langsung la nak blogwalking atau nak update entry banyak-banyak macam selalu. Rindu betul nak jengah blog kawan-kawan!

Banyak tau benda yang SA nak share ngan korang. Semua ni SA nak simpan kemas-kemas dalam blog, al maklumlah blog ni kan ibarat diary harian SA. Walaupun cerita ni dah berlalu dan kira back-dated, SA tetap nak share jugak sebab semuanya kenangan. Lagipun bagi SA, blog masih lagi sangat relevant... Sampai bila-bila pun orang tetap akan cari maklumat kat blog, betul tak? 





kami diminta kira segiempat tepat tu ada berapa...jawapannyaaa....jeng jeng jeng...korang boleh dapat berapa? cuba kira



Untuk aktiviti ni kami dikehendaki membuat jambatan Da'Vinci menggunakan batang aiskrim tu...setiap kami dibahagikan 4 kumpulan..seharian ye buat jambatan ni...dari 10 pagi sampai 4 petang...dari 1 group gabung 2 group dan gabung 4 group...


bina jambatan guna batang aiskrim tanpa bantuan dari gam, salotape atau stapler..


Bila dah siap kena letak mineral water untuk tengok kukuh atau tak jambatan ni

banyak cabaran ye..bila dah siap..dugaan roboh plak...






3 kumpulan dah siap...


Apa yang penting...teamwork


ada je yang nak enterframe


Yang pakai cap tu la coach kami..Coach Raffi


Berjaya jugak kami sahut cabaran...

 

Untuk Day 1 Training Module 3, fokus kami adalah pasal "Problem Solving". Tapi bukan main redah je tau, kena belajar cara bertindak secara teratur.

Antara point penting yang paling terkesan masa sesi awal ni ialah Kenapa Structured Problem-Solving Tu Penting?:

  • Mencari Punca Sebenar (Root Cause): Bila ada masalah, biasa kita cenderung nak selesaikan 'simptom' kat permukaan je. Bila buat structured thinking, barulah kita boleh korek sampai jumpa akar umbi masalah tu supaya ia tak berulang lagi.
  • Fokus Pada Benda Penting: Kita tak buang masa pusing-pusing fikir perkara yang tak relevan. Lebih jelas apa yang patut diberi keutamaan.
  • Buat Keputusan Dengan Yakin: Bila maklumat lengkap dan langkah disusun kemas, nak buat keputusan pun rasa lebih konfiden dan tak teragak-agak.

Bila tengok balik slide latihan tu, memang betul sangat... Kalau kita fikir secara tak teratur (unstructured thinking), asyik kena hadap masalah yang sama berulang kali. Tapi bila ada struktur, barulah dapat hasil yang berpanjangan (sustainable results).

Seronok bila dapat ilmu baru macam ni, sekurang-kurangnya boleh guna bukan sahaja untuk kerja seharian, tapi dalam kehidupan harian jugak!

Nanti ada masa SA sambung cerita untuk Day 2 pulak ya. Korang pulak macam mana minggu lepas, ada sertai apa-apa kursus atau aktiviti menarik tak?

Thursday, October 2, 2025

Bersiaran Dari Pulse Grande Hotel Putrajaya

Assalamualaikum...

SA training hari ni di Pulse Grande Hotel Putrajaya...satu hari training aje...clear mind skit keluar dari office..tiba-tiba di nominated untuk training ni..SA zero knowledge tentang Enterprise Risk Management ni...











 



Sebelum masuk training pergi sarapan dulu ngan suami....

Macam biasa cari mamak je..senang kan...

Sampai hotel..ada sarapan disediakan jugak...training start pukul 9am..tapi by 8am SA dh sampai hotel...paling best coffee free flow...hahaha..

Jumpa lagi next entry


Thursday, March 8, 2012

Biar Betul!!!Training Melukis??

Dua hari tak bersiaran kan????korang sunyi tanpa kehadiran aku???ke x kisah langsung???
hehehehe...
aku pi training Learning How To Think Critically and Creatively..MENYESAL aku pilih training ni..sebab x banyak input..tp output jer....Gambar kat bawah ni salah satu grup activity yang kena buat..
berkenaan Tun Dr Mahathir...kena describe ttg beliau dan buat presentation..nasib aku la duduk dalam grup x bagus..pemalas lipas...bg info tp malas buat presentation

 Lukisan aku...sapa x rupa ngan Tun?
 Lukisan si Shafiz
 Lukisan Farid
Lukisan Fairuz

yessss...aku satu2nya wanita dalam grup ni...memang aku kena buli kaw2 nyer...mcm haram budak2 tuh..
pas tuh suka2 conteng lukisan aku letak perkataan BN guna marker hijau...
dah la presentation failed....
so..untuk training ni aku memang x kan recommend kat kawan2 lain...sgt hampeh..
Trainer bg tajuk...buat dlm grup dan bentangkan..boleh?
ini la training paling worst selama aku kerja 3 tahun kat Malakoff ni...



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah